SSB04-Kaunselling PTSD

True Story Completed 29906

Puan Armina dan puan hamizah beserta beberapa orang jiran sibuk menyiapkan juadah untuk majlis akad nikah pada malam nanti. Daging lembu 5 kilo dan ayam 10 ekor sudah cukup untuk jumlah tetamu mereka. Seorang wakil pejabat agama juga bakal hadir sebagai saksi. Tidak ada majlis besar besaran tetapi Lina dan Adham tidak kisah, mereka gembira kerana semuanya berjalan lancar. Adham menatap wajah lina lama.
"terima kasih kerana lina sudi terima Am." ujar Adham.
"Lina malu sebab lina dah tak ada apa boleh beri pada Am. Lina sudah kotor Am.
" Semua yang berlaku bukan kemahuan Lina pun, Am akan jadi pelindung Lina. Am nak jaga Lina seumur hidup Lina. "janji Adham.
Malam itu Lina sah menjadi isteri Adham dengan sekali lafaz.
Lina masuk ke biliknya dan tersenyum senang. Siapa tak gembira kalau crush akhirnya jadi suami tercinta.
Adham mengetuk pintu bilik Lina lalu masuk ke bilik isteri yang baru saja di nikahi.

"Assalamualaikum sayang...." tegur Adham.
"Kenapa kau masuk ke sini.. Keluar" jerit Lina. Tubuhnya tiba tiba menggigil kuat. Adham memeluk tubuh Lina untuk metenteramkan gadis itu.
"Syttt sayang, ini cuma Am jangan takut ya." Adham memujuk Lina dengan kata-kata lembut.
"Lepaskan aku sial, jangan sentuh aku lah bodoh." Lina meronta-ronta minta di lepaskan.
Adham memilih untuk keluar dari bilik lina dan pergi ke ruang tamu.
"Kenapa Am tak masuk bilik" soal encik Zailani.
"Am rasa Lina trauma, dia halau Am dari bilik. Puan hamizah bangun dari sofa menuju ke bilik Lina.
" Lina. Mak masuk ya, "Puan Hamizah meminta izin.
" Mak... Lina takut mak... "ngongoi Lina.
" Kenapa Lina halau Am dari bilik? "soal puan Hamizah.
" Lina takut lelaki tu... Nanti dia rogol Lina lagi. "ujar Lina, dia sebenarnya terlihat wajah Adham menyerupai Ardi.
*****************

Ardi dan kawan kawannya telah pun di tangkap oleh polis dan akan di hantar pulang ke Indonesia. Ardi dan 3 kawannya di senarai hitam dan tidak boleh kembali ke Malaysia untuk bekerja atau melancong untuk satu tempoh tertentu.

*****************

"Eh Farah... Lina dah tak datang sekolah seminggu kenapa ya?" soal Damia.
"Mana aku tahu, aku bukan mak dia nak jaga dia." balas Farah.

"Lina tu kan kawan baik awak." balas Damia.

" Jadi, kalau kawan baik aku perlu jaga tepi kain dia?" soal Farah.
'tapi Lina tak datang seminggu, Am pun dah seminggu tak kelihatan di sekolah.' bisik hati Farah, Farah merasa sedikit lega bila saingannya sudah tidak wujud di sekolah itu.
*****************

Lina masih belum dapat menghilangkan trauma yang dialaminya. Selepas seminggu pernikahan mereka, Lina diserang senggugut yang teruk. Fadlina period. Adham bersyukur dengan kedatangan period Lina kerana ianya, menandakan, Fadlina tidak hamil akibat kes rogol yang berlaku sebelumnya. Lina telah di bawa ke pusat pakar psikiatri untuk merawat Trauma akibat di rogol.
Pakar psikiatri itu bernama doktor Khalid. Lina memeluk lengan encik Ikhwan dan berbisik.
"Lina tak nak doktor lelaki boleh?" soal Lina.
"ok kejap abah tanya. Lina lebih selesa bersama Encik Ikhwan berbanding Adham.
" doktor, terlebih dahulu, saya minta maaf, tapi menantu saya tanya kalau kalau ada doktor wanita untuk merawat dia. "encik Ikhwan bertanya dengan sopan

" Ya ada, sebentar ya, doktor Khalid membuat panggilan telefon.
"come into my room now please. beberapa minit berlalu, seorang doktor wanita masuk ke bilik rawatan doktor Khalid.
" Mas,please help me to consult this patient."doktor khalid menjelaskan tujuan dia memanggil doktor wanita itu.

" assalamualaikum... , nama saya doktor mastura, apa yang boleh saya bantu. "soal doktor mastura.

" Saya fikir isteri saya ni trauma. Saya dah berkahwin dengan dia selama dua minggu, setiap kali saya masuk ke biliknya dia akan meracau dan halau saya keluar.
"adakah puan Fadlina pernah mengalami peristiwa yang menakutkan sebelum ini?" soal mastura lagi.
Adham menceritakan kisah yang di alami oleh Fadlina. Setelah mendengar penerangan daripada Adham, doktor mastura membuat kesimpulan.
"Saya percaya, puan Fadlina mengalami PTSD Post Traumatic Stress Disorder.
Di mana
Gangguan tekanan selepas trauma adalah gangguan yang berlaku pada sesetengah orang yang telah mengalami kejadian yang mengejutkan, menakutkan atau berbahaya. Jadi Adalah wajar untuk berasa takut semasa dan selepas situasi traumatik."ujar doktor mastura.

Situasi traumatik adalah satu peristiwa yang menyebabkan kecederaan terhadap fizikal, emosi, psikologi atau mental. Seseorang yang mengalami trauma mungkin akan merasa bimbang atau ketakutan. Dalam sesetengah kes mereka mungkin tidak tahu untuk memberi respon atau mungkin menafikan kejadian yang berlaku. Individu ini memerlukan bantuan dan masa untuk menyembuhkan diri di samping menstabilkan emosi dan mental.
Salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan penderitaan terhadap trauma ini adalah dengan berjumpa dengan pegawai profesional seperti kaunselor.
Doktor mastura di lihat Menaip sesuatu di skrin laptop dan mencetak sesuatu. Sehelai kertas diberikan kepada Adham.
" ini ialah jadual program kaunselling untuk puan Fadlina. Sya harap encik boleh bawa isteri encik pada setiap sesi. Kami akan cuba untuk menghilangkan trauma yang di alami oleh Puan Fadlina. Dengan izin Allah, kita boleh menyembuhkan isteri encik.

Dalam perjalanan pulang.

"Abah... Am rasa Am perlu ambil lesen kereta untuk bawa lina pergi kaunselling.
" kata Adham.

"Walaupun Am sudah kahwin... jgn berlagak dewasa ya, abah masih boleh hantar kamu berdua.
Hari pertama kaunselling, Adham dah bersedia untuk menemani Fadlina tetapi Lina memaut kemas lengan encik Adham
" Abah boleh teman lina tak? Lina takut bah. "pujuk lina, mukanya tergambar ketakutan yang teramat sangat.
" Abah nak pergi kerja ni lina, Am teman lina ok, cuba lina tengok muka Am, muka abah masa muda ni. "pujuk encik Ikhwan.
" hensemnya abah masa muda, untung ibu. "puji Fadlina.
" Lina pun untung juga dah jadi isteri Am", balas encik Ikhwan.

Doktor Mastura datang menyapa Fadlina.
" assalamualaikum Fadlina, jom kita masuk dulu, encik Adham boleh ikut ya."
Fadlina mengikut langkah doktor Mastura dan Adham mengekori dari belakang.
Seorang lelaki muncul dan berdiri di hadapan mereka semua.
Doktor mastura berdiri dan memberi ucapan alu aluan.

*****************

" Assalamualaikum... Ini ialah ksunsellor kita cikgu Bahari. Silakan cikgu." kata doktor Mastura. Fadlina mula menggigil ketakutan. Doktor mastura kembali ke kerusinya dan memegang tangan Fadlina. Fadlina merasa lebih selamat di sisi doktor Mastura.
"baiklah, apa khabar semua, saya nak kenal dengan semua orang ya, saya panggil nama kemudian angkat tangan boleh?" kata cikgu Bahari.
"Shamsul"
"Azlina"
" Muhammad "
"Fadlina"
"Amirul"
"Faizah"
"Kamarul"
Kemudian cikgu bahari memandang kepada Adham.

"encik siapa ya, tiada nama dalam list saya." cikgu Bahari menyoal Adham.

"cikgu, dia. Adham, suami puan Fadlina. Maaf saya tak maklumkan lebih awal." ujar doktor Mastura.
"Tak mengapa doktor.

Che da nak minta semua pembaca mendoakan kesihatan lina dan doakan juga lina dapat bersama dengan anak anaknya semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience