Bab 23

Romance Series 113890

Tok tok tok

"Masuk"

"Ha, semalam kau cakap nak tunjuk pada aku. Tunjuk apa?" aju Syam lantas melabuhkan punggung di atas kerusi hadapan Aniq.

Sehelai kertas kecil dari laci dikeluarkan dan diletakkan di hadapan Syam.

Syam dengan wajah pelik memgambil kertas tersebut dan membaca apa yang tertulis.

"Kau kenal ke siapa yang tinggalkan nota ni sebab aku tak rasa suspek ni maksudkan Tuan Aniq lain" soal Syam. Pasti Aniq kenal orangnya kalau dah ada nama Aniq pada kertas tersebut.

"Itulah yang jadi masalahnya. Aku tak kenal. Kalau suspek ni tulis tangan boleh juga nak buat perbandingan tulisan tapi ni guna cetakan komputer. Kertas pulak guna kertas biasa. Aku ingatkan lepas Mat Tinting dah kena tangkap, aku boleh rasa lega sikit. Ni datang pulak masalah baru" luah Aniq.

"Kau tak syak siapa-siapa ke?" soal Syam. Tapi kalau dah kerja macam diarang ni, musuh memang ada sahaja cuma nak cari yang spesifik sampai simpan dendam macam ni yang susah cari kenal.

"Kau pun tau kan kerja kita macam mana, kalau kata musuh, memang ada saja tapi kalau yang berdendam atau marah dengan aku sampai buat tindakan macam ni, aku tak pasti la Syam" keluh Aniq. Ye lah baru nak tenangkan diri, tengok-tengok datang pulak kes ni.

Tapi apa yang pasti bukan Yus target sebenarnya.

"Dah tu kau nak buat apa sekarang, majlis kau lagi 3 hari. Jumaat ni dah."

"Kau tolong semak CCTV area yang dekat dengan tempat tayar kereta Afya kena pancit tu. Mana tau boleh dapat apa-apa clue. Aku buntu la. Kau tolong aku" pinta Aniq.

"Tak apa, aku dengan anggota team akan buat yang termampu. Sekarang ni aku rasa kau patut balik rumahkan sebab tak silap aku mama dengan Pakcik nak datang tengah hari ni. Hal office biar aku handle, apa-apa aku roger. Esok kau dah start cuti. Dah kau balik rumah buat apa yang patut" pinta Syam. Kesian juga pada sahabatnya ini. Banyak sungguh dugaannya. Apa lagi la selepas ini.

"Sebelum aku lupa, pasal kereta Yus, petang ni siap. Kau nak aku hantar ke kau nak hantar?" soal Syam.

"Kau hantar kat rumah akulah boleh. Nanti aku hantar ke rumah Afya. Nanti whatsapp aku total, aku nak transfer" balas Aniq.

"Yelah kalau macam tu" jawab Syam.

"Thanks Syam. Pasal kes tadi tu, kalau kau dapat apa-apa kau roger aku cepat." Aniq ingatkan Syam.

"Ye... Dah, sekarang ni bangun dan balik. Save drive" ucap Syam lalu keluar dari pejabat Aniq.

Tersandar kepala Aniq pada headrest. Siapa kau sebenarnya. Apa yang kau nak. Kenapa kau tak cari aku, kenapa kau buat macam tu pada Afya.

Bertalu-talu soalan dalam kepala Aniq. Makin fikir makin berdenyut kepala. Macam mana agaknya keadaan Afya.

Aniq : Assalamualaikum Afya

Hampir 5 minit masih belum balas, takkan tidur lagi kot. Relax Aniq, tah-tah Afya tengah sibuk tu. Kau pun kalau tak de benda penting bukan nak whatsapp dia. Bila dia tak balas tu maknanya dia taknak layan la tu..

Baru Aniq bangun dan mahu menyimpan telefon di dalam poket seluar, telefonya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Eh, dia balas la. Aniq melabuhkan semula duduknya.

Yus : Waalaikumsalam. Maaf, sibuk sikit. Mak Long dah bawakan baju nikah saya dan awak masa Mak Long dan Pak Long datang tadi. Jadi Mak Long minta saya cuba sekali lagi.

Aniq : Ooh.. Ye ke. Maaflah ganggu.

Yus : Eh, tak apa. Tapi ada apa ye awak whatsapp ni. Biasa mesti ada hal penting.

Aniq : Tak, saya cuma nak bagitau kereta awak siap petang ni. Nanti saya hantar.

Yus : Ye ke. Berapa kos semuanya?

Aniq : Tak apa. Bukan kereta orang lain pun.
'Kereta bakal isteri saya jugak..' nak je balas macam tu. Tapi takut kang Afya cakap aku lebih-lebih pulak

Yus : Betul ke ni? Mahal jugak tu kalau dah tukar empat-empat tayar.

Aniq : It's okey.

Yus : Awak nak datang petang ni kan. Elok juga, boleh ambil sekali baju melayu awak ni.

Aniq : Okey. Jumpa petang nanti. Assalamualikum.

Yus : Waalaikumsalam.

Aniq bangun, menyimpan telefon dalam poket seluar, bersiap untuk pulang. Hm.. Nak beli barang dapur sikit. Nanti tak ada apa yang mama nak masak pulak.

****

"Tersenyum-senyum tu mesti baru lepas whatsapp dengan Aniq la tu. Kemain besar senyumnya, suka la tu" tegur Mak Long.

"Mana ada Mak Long ni. Pandai-pandai je. Tak, Aniq whatsapp bagitau petang nanti dia nak datang hantar kereta. Nanti boleh serah baju melayu ni. Tak payah datang banyak kali." terang Yus.

"Haah, betul juga tu" jawab Mak Long.

Mak Long yang tadi duduk di birai katil datang menghampiri Yus yang sedang membetulkan baju nikah yang digantung untuk dipakai Jumaat ini.

"Yus, Yus okey ke?" soal Mak Long sambil menggosok lembut bahu anak saudaranya itu.

Lama Yus diam tidak membalas. Lalu Yus berpusing dan menghadap Mak Long. Pipinya sudah basah dengan air mata. Mak Long lantas menarik Yus dalam pelukannya. Terdengar esak tangis dari Yus. Belakang Yus digosok lembut untuk meredakan perasaannya. Mak Long tau apa yang dirasai Yus.

"Yus.." Mak Long memanggil Yus sebaik pelukan dijarakkan.

"Kalau arwah mak dan abah ada tentu semua ni tak jadi." sedih suara Yus menuturkan kata.

"Yus, apa yang arwah abah buat adalah demi kebaikan Yus. Tapi satu Mak Long nak pesan. Walaupun tiada rasa sayang Aniq pada Yus atau sebaliknya, tolong hormati Aniq kerana dia suami Yus, jangan pertikaikan hak dia terhadap Yus. Yus fahamkan maksud Mak Long" pinta Mak Long.

Yus hanya diam tiada balasan.

"Kalau Yus sayangkan rumahtangga ni. Yus mesti pertahankan, Mak Long tau sedikit sebanyak ada rasa suka Yus pada Aniq kan? Kenapa tak Yus tukarkan rasa tu kepada rasa sayang dan cinta, penuhkan hati Aniq dengan rasa tu. In sha Allah Yus bahagia. Jodoh tak pernah salah alamat Yus." panjang nasihat Mak Long pada Yus.

Mak Long kemudian keluar dari bilik Yus. Dibiarkan Yus untuk menenangkan fikirannya.

Petang itu Aniq datang menghantar kereta aku dan mengambil baju melayu yang akan dipakai semasa akad nikah.

"Aniq, nak balik dah ke?" tegur Pak Long yang baru turun dari tangga pada Aniq yang berada di pintu utama.

"Ye Pak Long. Nak balik dah." ucap Aniq.

"Tunggu sekejap, Pak Long ada hal nak cakap sikit. Kita cakap kat luar" arah Pak Long sambil keluar dari pintu utama dan memakai selipar lalu duduk di taman mini di sebelah kolam ikan.

Aniq melangkah perlahan lalu duduk di samping Pak Long.

"Apa sebenarnya yang berlaku? Bukan orang yang mengugut tu, dah Aniq tangkap?" Soal Pak Long serius sambil memerhati wajah anak muda di hadapannya ini. Terserlah karismanya sebagai pegawai polis yang hebat.

"Saya tak pasti siapa pelakunya tapi saya rasa target sebenar adalah saya" jawab Aniq jujur.

"Maksud Aniq?" soal Pak Long dengab wajah yang berkerut.

"Sebenarnya selain dari tayar kereta yang ditebuk, saya juga turut jumpa keratan kertas." Aniq kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya, membuka bahagian galeri dan menunjukkan gambar keratan kertas yang diambil dari celah tayar kereta Yus yang ditebuk.

Pak Long mengambil telefon Aniq lalu melihat gambar tersebut.

"Aniq kenal siapa orang ni?" soal Pak Long.

"Itu yang jadi masalahnya. Saya tidak pasti siapa. Pak Long sedia maklum tugas macam saya memang ramai musuh dan yang tak puas hati tapi kalau sampai berdendam macam ni, saya tak dapat nak teka siapa" terang Aniq panjang lebar.

"Hm... Yus tau pasal ni?" tanya Pak Long lagi.

"Afya tak tahu dan saya rasa tak perlu beritahu pada Afya. Saya tak nak Afya takut"

"Pak Long pun berpendapat sama. Jadi apa tindakan Aniq?" bimbang juga Pak Long pada Yus. Bimbang perkara buruk berlaku.

"Saya dah minta anggota team saya siasat apa perlu dan jika ada apa-apa lead, mereka akan maklum pada saya segera"

"Baiklah kalau dah macam tu kata Aniq tapi Pak Long nak apa juga yang berlaku, tolong jaga Yus sebaik-baiknya. Dia anak yatim, hanya ada adik dan saudara-mara saja. Pak Long pun bukan boleh selalu ada dengan Yus. Lagi satu, Pak Long minta sangat pada Aniq sekiranya Aniq tak dapat teruskan perkahwinan ini dengan Yus di masa hadapan. Tolong, tolong pulangkan Yus kembali dengan baik pada Pak Long dan Mak Long." berat sungguh permintaan Pak Long.

"In sha Allah Pak Long, saya akan jaga Afya dengan seluruh nyawa saya hingga akhir nafas" ucap Aniq dengan wajah yang tenang.

"Alhamdulillah... Pak Long tau, adik Pak Long tak salah pilih bakal menantu" ucap Pak Long sambil menepuk perlahan bahu Aniq.

"Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu. Lagi pun mama dan Pakcik baru sampai di rumah. Tak ada yang lain. Jumaat ni saya bersama mama, Pakcik, Syam dan dua orang sepupu saja yang akan hadir sebab mama nak buat majlis makan-makan di kampung untuk kenalkan Afya pada keluarga dan orang kampung, jadi adik-beradik yang lain hadir majlis di kampung je nanti" terang Aniq.

"Elok lah macam tu, perkara baik memang elok dikongsi bersama"

"Saya gerak dulu Pak Long" minta Aniq.

"Ye lah, sampaikan salam Pak Long pada mama dan Pakcik. Hati-hati memandu"

"In sha Allah Pak Long. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

"Eh, mana Aniq, balik dah?" soal Mak Long yang baru keluar membawa dulang berisi air kopi dan kuih karipap pusing.

"Baru je. Kenapa lambat sangat bawa keluar air dengan kuihnya?" soal Pak Long sambil air kopi disisip perlahan.

"Saya ingat lama lagi, lagipun kuihnya baru siap. Tak apa lah, saya je la minum teman abang kat sini" ucap Mak Long lalu duduk di sebelah suaminya.

"Ada yang tak kena ke?" soal Mak Long bila melihat air muka suaminya yang keruh.

"Abang bimbangkan Yus. Ingatkan bila orang yang mengugut dah kena tangkap, dah selesai tapi tak sangka masih ada yang tidak puas hati" terang Pak Long.

"Awak pun tau kan, tayar kereta Yus ditebuk. Itu adalah tindakan yang sengaja dilakukan untuk menakutkan atau memberi amaran tidak pun kerana marah. Apa lah nasib Yus, dah la tinggal dua orang adik- beradik sahaja" keluh Pak Long mengenangkan nasib anak buahnya itu.

"Kita berdoa je bang semoga Yus sentiasa dilindungi. Kita nak tengok-tengokkan Yus selalu pun payah."

"Ye lah.. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience