Hadi sedang berada di dalam kereta. Keretanya dipandu untuk ke sesuatu tempat. Sepatutnya keretanya di arahkan ke jalan universiti tetapi jalan lain pula di gunakan nya.
Selepas beberapa minit memandu kereta, Hadi sudah sampai di destinasi yang ingin dituju nya. Di hadapan nya, terdapat sebuah rumah teres satu tingkat yang dicat berwarna coklat dan putih.
Itu lah rumah milik keluarga Tiara Adriana.
"Tiara dah keluar ke pergi universiti?" Rupanya Hadi ingin menumpang kan Tiara untuk bersama-sama ke universiti pagi itu.
Itu salah satu plan Hadi untuk mengambil hati Tiara yang sudah dimiliki orang lain. Hadi keluar daripada keretanya dan melihat lihat ke dalam rumah.
"Dia belum lagi kot pergi. Lagipun awal lagi ni aku datang. Aku call dia lah" kata Hadi seorang diri. Dia kemudian membuka pintu kereta untuk mengambil telefon pintar nya.
Tiba-tiba, dia merasakan ada orang menepuk bahu nya dari belakang. Luruh jantung Hadi dibuat nya. Dia pun lantas pusing kan badannya untuk melihat siapakah orang itu.
Tanpa disangka, orang itu adalah Luqman. Abang Tiara yang bertekak dengan Tiara semalam.
"Kau buat apa depan rumah aku ni?" tanya Luqman sambil matanya melihat penampilan Hadi dan kemudian matanya terarah pada kereta Hadi.
"Boleh tahan" bisik hati Luqman.
Hadi ingin menjawab soalan Luqman itu tetapi suaranya seolah-olah tidak keluar daripada kerongkong nya disebabkan terlalu takut.
Muka Luqman selepas keluar daripada rumah semalam berlegar legar dalam fikirannya.
"Kau bisu ke? Aku tanya ni. Kau buat apa depan rumah aku ni? Cari adik aku ke?" tanya Luqman sekali lagi.
"Haah. Saya tengah tunggu Tiara" Akhirnya keluar juga suara Hadi.
"Ouh. Tunggu Tiara" balas Luqman. Di fikirannya sedang memikirkan tentang sesuatu perkara.
Hadi melihat Luqman dari atas sampai bawah. Rupa Luqman tidak lah seteruk mana. Wajahnya boleh tahan kacak juga. Cuma bawah matanya kelihatan hitam. Dirinya juga tidak terurus.
Lama mereka diam, Luqman bersuara sekali lagi.
"Kau yang semalam ada dekat depan rumah aku kan?"
Jantung Hadi berdegup kencang mendengar soalan Luqman itu. Berpeluh peluh dia di buatnya.
"Mampus aku!!" desis hati Hadi
"Haah, saya lah tu" jawab Hadi sesopan mungkin.
"Apa yang kau dengar dari dalam rumah semalam?"
"Saya dengar tapi tak faham apa-apa pun" jawab Hadi. Dalam hati berharap sangat yang Tiara akan keluar dari rumah dan perbualan antara dia dan Luqman terhenti.
"Ouh, tak faham apa-apa. Tiara tak cerita dekat kau pasal aku ke? Luah perasaan dekat kau ke?" tanya Luqman.
"Tak ada. Dia tak cakap apa-apa pun. Saya pun tak tanya apa-apa dekat dia"
"Okey, aku percaya cakap kau. Sekarang ni aku nak tanya benda lain pulak. Boleh?"
Hadi hanya mengangguk kepala sahaja sambil matanya tepat memandang muka Luqman.
"Kau ni boyfriend adik aku ke?" tanya Luqman
Hampir tersedak air liur Hadi apabila mendengar soalan Luqman itu. Ingatkan soalan apa yang nak dia tanya.
"Eh, bukan. Saya kawan Tiara je, tak ada lah sampai boyfriend dia" jujur Hadi.
"Kau suka Tiara?" tanya Luqman lagi.
Berkerut kening Hadi mendengar soalan soalan pelik daripada abang Tiara itu.
"Abang Tiara ni khayal ke apa tanya soalan soalan macam ni dekat aku. Dah kenapa dia ni?" kata Hadi dalam hati.
"Kenapa abang tanya macam tu?"
"Aku just nak tahu. Sebab kalau kau suka adik aku, maksud nya kau bakal adik ipar aku. Tak kan aku tak nak kenal dengan bakal adik ipar aku sendiri" kata Luqman sambil tersenyum penuh makna.
Dari nada suara Luqman dan wajah Luqman, Hadi dapat rasakan yang mesti ada sesuatu yang Luqman fikirkan.
Sebagai seorang pelajar yang mengambil course law, dia belajar tentang psychology.
"Dan sebagai bakal adik ipar aku, tak kan lah kau tak nak buat bakal abang ipar kau ni gembira kan?"
Hadi mula memandang Luqman dengan penuh curiga. Dia sudah agak pasti ada sesuatu di sebalik senyuman itu.
"Abang nak apa" tanya Hadi tanpa berselindung.
"Aku nak kau nagi aku duit sebulan sekali. Tapi, aku bukan nak sikit lah. Kalau kau setakat nak bagi aku 50 ringgit macam Tiara bagi baik kau sedekah je dekat masjid. Lagipun kan, aku tengok kau ni macam orang yang boleh tahan kaya lah jugak. Dengan penampilan kau, kereta kau. Aku boleh agak. Macam mana adik ipar? Setuju?" kata Luqman tanpa segan-silu.
Hadi yang mendengar permintaan Luqman itu tersentak. Dengan tak tahu malu, senang-senang je nak mintak duit. Dengan alasan adik ipar dengan abang ipar.
"Kalau kau macam tak berminat, aku tak boleh cakap apa-apa lah kan. Sebab itu duit kau. Cuma, mungkin tangan aku ni akan lagi kerap lah naik dekat muka Tiara suruh dia bagi aku duit. Takut nanti macam yang dia cakap, dia dah tak sedar je nanti" sambung Luqman sambil melihat-lihat tangan nya itu. Di muka nya menunjukkan wajah yang tidak tahu malu langsung.
Hadi yang mendengar dan melihat tingkahlaku Luqman itu mengetap gigi nya dengan kuat. Geram dia dengan perangai Luqman itu.
"Banyak cantik kau nak buat Tiara macam tu. Ingat aku nak bagi kau buat macam tu dekat Tiara?" kata Hadi dalam hati.
Hatinya sedang panas membara dengan sikap Luqman itu.
Tanpa menunggu lama, dia bertanya.
"Berapa abang nak?" Hadi sudah mengeluarkan dompet nya dari dalam poket seluar. Mata Luqman sudah bersinar melihat dompet Hadi.
"Berapa kau ada sekarang?" Luqman melihat-lihat isi dalam dompet Hadi.
"Dalam 300 ringgit" Hadi menjawab dengan nada yang dingin.
"Kalau aku kata aku nak semua, boleh?"
Hadi memandang muka tak tahu malu Luqman itu. Ikutkan hati nya, ingin saja dia menumbuk muka tembok itu. Tapi dia masih lagi waras.
"Itu abang Tiara, Hadi" Banyak kali Hadi mengucapkan ayat itu dalam hati. Kalau tidak memang melayang dah penumbuk dia di muka Luqman. Satu kerana menampar muka Tiara semalam dan lagi satu sebab suka-suka meminta duit orang.
Hadi dengan selamba mengeluarkan semua wangnya dari dalam dompet dan menyerahkan semua nya pada Luqman.
"Ini barulah adik ipar aku! Okey, kalau kau bercinta dengan adik aku sekalipun aku tak halang" kata Luqman tidak memandang muka Hadi. Sebaliknya fokus pada duit yang berada di tangannya itu.
"Memang lah tak halang, dah kau sedap ambik duit aku. Hey! Nasib baik dia ni abang Tiara kalau tak memang lunyai dia ni" desis hati Hadi.
"Ouh, aku lupa nak tanya. Nama kau apa?" Akhirnya Luqman memandang muka Hadi yang sudah masam mencuka itu.
"Hadi" jawab Hadi pendek
"Hadi je?"
"Ikhwan Hadi"
"Ouhh, okey. Panggil Hadi kan? Nanti ada masa, kita jumpa lah lagi" Luqman menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Hadi.
Hadi memandang tangan Luqman yang dihulurkan itu dan memandang muka Luqman.
"Abang buat apa dekat sini pagi pagi ni?" tanya Hadi.
"Rumah aku, suka hati aku lah. Tapi disebabkan kau dah buat baik dengan aku, aku jawab lah persoalan kau. Aku datang sini sebab nak mintak duit dengan Tiara. Semalam dia tak bagi aku duit. Tapi, tengok-tengok kau yang bagi aku duit. Itulah yang dinamakan rezeki di pagi hari"
"Rezeki tengkorak kau" Sekali lagi Hadi berkata dalam hati. Banyak benda yang dia nak luahkan tapi dia hanya mampu simpan dalam hati.
"Okey lah, aku gerak dulu. Hati-hati jalan" Luqman berlalu pergi bersama dengan motosikal nya yang diparkir agak jauh dari rumah.
Selepas 5 minit Luqman pergi, Tiara keluar dari rumah. Hadi tidak perasan yang Tiara sudah keluar.
"Hadi!" panggil Tiara dari pintu. Hadi yang sedang sibuk melayan perasaan tersentak apabila Tiara memanggil nya.
Tiara cepat-cepat mengunci pintu rumahnya dan berjalan ke arah Hadi.
"Kau buat apa dekat sini? Pagi pagi ni. Kau tak pergi universiti ke?" tanya Tiara bertalu-talu.
Tenang sedikit hati Hadi apabila melihat wajah Tiara yang berada di hadapannya itu. Reda sedikit kemarahan nya.
"Aku datang ni nak ambik kau lah. Kita pergi universiti sama-sama. Jom" jawab Hadi. Dia kemudian pergi ke pintu tempat duduk pemandu dan membuka pintu.
Tiara yang masih terkejut tercengang di situ.
"Yang kau tegak dekat situ dah kenapa? Nak aku bukak kan pintu untuk kau ke?" tanya Hadi.
"Tak. Kejap, aku tutup pagar" Tiara tersedar.
Hadi tersenyum melihat Tiara dan masuk ke dalam kereta. Dia tidak berniat untuk menceritakan pada Tiara tentang abangnya yang meminta duit pada Hadi.
Dia tahu, sekiranya dia cerita, keadaan akan bertambah keruh.
//
Sepanjang dalam kereta, Hadi hanya senyap sahaja. Tiara yang berada di sebelah menjadi pelik. Jarang Hadi senyap dalam kereta.
Selalunya, ada sahaja yang dia nak cakap. Tiara nak bertanya tetapi takut. Takut kalau angin Hadi tidak baik.
Jadi, Tiara hanya membiarkan sahaja Hadi senyap. Tiba-tiba dia teringat tentang Nia.
"Aduhai! Kalau Nia nampak aku keluar daripada kereta Hadi apa pulak dia cakap nanti!! Kalau tak Nia sekalipun orang lain yang nampak boleh bagitahu dia. Mampus aku. Kau pun satu Tiara! Kau lupa ke perjanjian yang kau buat dengan Hadi?! Yang kau menonong masuk dalam kereta tu dah kenapa? Argh, harap-harap tak jumpa lah Nia ke siapa-siapa yang bahaya" bebel Tiara panjang dalam hati.
Hadi pula hanya berdiam diri dan fokus dengan pemanduan nya. Tetapi tidak fikirannya. Kejadian antara dia dan Luqman bermain main di kotak fikiran nya.
"Biarlah duit aku habis, janji dia tak sakit kan Tiara lagi. Itu pun cukup lah bagi aku" bisik hati Hadi.
Kereta Hadi diberhentikan. Mereka sudah sampai di universiti. Tiara cepat-cepat menanggalkan tali pinggang keledar dan membuka pintu.
"Oi! Laju sangat nak pergi mana tu? Lambat lagi kelas start. Jom lah kita makan dekat kafe dulu. Aku belum breakfast lagi ni" tegur Hadi.
Terbuntang mata Tiara mendengar ajakan Hadi itu. Makan dekat kafe? Dengan Hadi? Memang menempah maut lah nama nya kalau Nia ada dekat situ.
"Aku... Aku kena cepat. Aku dah janji nak jumpa dengan Farhan. Dia tengah tunggu aku. Sorry sebab tak boleh breakfast dengan kau and terima kasih sebab tumpang kan aku" Laju Tiara keluar daripada kereta dan berjalan ke arah bangunan universiti.
Terpempan seketika Hadi mendengar ayat Tiara.
"Farhan? Jumpa Farhan?" Hadi ketawa tidak puas hati.
"Apa yang dia kejar sangat nak jumpa Farhan tu sampai tak tengok kiri kanan nak melintas jalan? Hey! Buat panas hati aku je lah!" Hadi mematikan enjin kereta dengan kasar dan keluar daripada kereta.
"Kenapa pulak aku cakap yang Farhan nak jumpa aku? Apa pulak lah otak Hadi tu fikir nanti. Kenapa mulut ni tak cakap nama Hadirah. Haih!" Tiara sedang berada di hadapan tandas wanita.
Dia sudah memberi pesanan ringkas pada Farhan supaya bertemu dengannya dahulu sebelum masuk kelas.
Hadi masuk ke dalam dewan kuliah dan melihat Tiara masih tiada. Dia duduk di meja nya dan memandang tajam ke arah pintu masuk. Dia menunggu sahaja Tiara masuk bersama Farhan.
Setelah menunggu selama 15 minit, muncul Tiara dan Farhan di muka pintu. Mereka berdua sedang rancak berbual tanpa menyedari kehadiran Hadi di dalam dewan itu.
"Ingatkan tak nak masuk kelas tadi" kata Hadi perlahan.
//
Sepanjang kelas berjalan, Hadi tidak dapat fokus dengan apa yang pensyarah bincangkan. Dia menunggu masa untuk kelas itu berakhir.
Setelah kelas itu berakhir, dia terus mengeluarkan telefon pintar nya dan menelefon Tiara.
Tiara melihat nama Hadi tertera di skrin telefon nya dan memandang muka Hadi. Hadi memberi isyarat supaya melihat telefon.
Tiara membuka ruang mesej dia dan Hadi.
Hadi : Aku ada something nak cakap dengan kau. Boleh tak kau suruh kawan kau balik dulu? Lepas Akmal dengan Hafiz balik, kita jumpa dekat kolam ikan.
Tiara pelik. Something?
Tiara : Something? Kau nak cakap apa? Kau buat aku gelabah lah!
Hadi : Nanti lah aku cakap. Aku tunggu kau dekat kolam ikan.
Kemudian Hadi menutup telefon nya dan berbual dengan Hafiz dan Akmal.
Tiara memandang Hadi dari jauh. Sungguh, Hadi memang seorang lelaki yang tiada sesiapa dapat jangka apa yang dia akan lakukan.
Selepas mengucapkan selamat tinggal pada Hadirah dan Farhan, langkah Tiara terus ke arah kolam ikan seperti yang dia sudah janjikan dengan Hadi.
Dari jauh dia melihat Hadi sudah menunggunya di bangku yang berada di situ. Sesekali Hadi akan merapikan rambut nya yang menyerlahkan lagi ketampanan wajah nya.
"Handsome" bisik Tiara.
Kemudian dia berdiri di hadapan Hadi. Melihat Tiara di hadapannya, dia memandang wajah Tiara.
"Duduk lah" Hadi menunjukkan tempat di sebelahnya. Nasib baik bangku itu panjang juga.
Tiara melabuhkan punggung di sebelah Hadi dan memandang Hadi.
"So, kau nak cakap apa? Cepatlah. Tertanya-tanya aku pasal apa" Tiara memulakan perbualan.
Hadi yang mendengar kata-kata Tiara itu mengalihkan pandangan nya ke muka Tiara. Dia serba salah mahu cakap. Tapi hatinya kuat ingin mengatakan perkara itu.
"Err, Tiara... Sebenarnya aku..." Ayat itu seolah-olah tersekat di kerongkong nya tidak mahu keluar.
Tiara pula menunggu apa yang Hadi mahu katakan.
"Sebenarnya..."
thankyou sebab sudi bace :):) sorry atas kekurangan and sorry late update :(:(
Share this novel