Bab 1~Aku&dia

Romance Series 830

“Baby... apa yang kita nak buat dengan bayi kita nih?! Kita tak banyak masa dah.”

“KITA? Tu bayi kau jelah.. Kalau kau takut sangat.... gugurkan jelah bayi tuh.Ha... ‘settle' semua masalah. Mudah kan? ”

“Tapi saya takdak hak nak bunuh dia. Dia pun manusia macam kita juga.”

“Eh.. yang kau nak acah baik sangat nih, apehal? Kau sedar sikit bayi tuh anak luar nikah tau...luar nikah, kau sedar sikit kau tuh bukan mulia sangat.Dahlah, meluat aku dengan kau, kejap acah baik kejap buat dosa.”

Terdengar hentakan pintu yang kuat.
Masihku bingung apa yang harus ku lakukan. Aku keluar daripada rumahku dan terus berjalan. Entah ke mana yang aku pergi, aku sendiri pun tidak tahu.

“Kalau aku berjalan pun tidak ada hala tuju mana kan pula hidup ku yang sengsara dan penuh dosa ini.”

Tiba-tiba, hujan pun turut sikit demi sedikit membasahi bumi.

“Hmm... baguslah hujan.Kenapa tak bagi hujan batu terus kan senang.Kau tak suka aku sangat kan.”

Bila aku teringat balik setiap perkara yang aku lakukan,lagi aku benci terhadapNYA.

“Perlulah dia bagi semua ujian nih dekat aku. Yalah, benda dah kalau benci.Kenapa kau tak bunuh aku terus kan senang.Aku dah tak dak siapa-siapa dah. Mak ayah aku pun dah meninggal dunia meninggalkan aku sendiri menghadapi segala benda tak dak faedah nih.”

Cakap tentang mak ayah, sebenarnya aku ialah anak yatim piatu.Mak ayah aku telah tinggalkan aku semasa aku kecil lagi.Masatuh kami semua ditimpa kemalangan tetapi aku seorang sahaja yang terselamat. Aku dibesarkan oleh pakcik aku sehingga aku dah matang, aku hidup sendiri.Tengoklah hidup aku,betapa malangnya nasibku.

Pabila ku melihat perut ku yang mula menaik dan membesar, aku tersenyum. Entah mengapa, aku begitu sayang terhadap anakku ini walaupun dia hanya anak luar nikah.Aku tidak mahu bunuh anak ini, aku ingin membesarkannya dengan cara yang betul bukan seperti kehidupanku, tetapi bila ku fikirkan semula mampukah aku berbuat demikian perbaiki diri sendiri pun tidak boleh.Apa yang akan ku katakan jika anakku ini bertanya tentang ayahnya, apa yang harus ku jawab.

Hujan mula berhenti, langit semakin cerah maksudnya aku sudah boleh meneruskan perjalanan ku.Aku tidak mahu pulang ke rumah, hatiku berasa amat resah. Jika ikutkan aku, mahu saja aku berjalan selamanya.

Tiba-tiba sahaja, bila aku pandang ke hadapan, terlihat rumahku.

“Hah.. jalan-jalan terus sampai rumah.Dunia nih memang kecik.”

Hidup aku berulang alik seperti biasa. Doktor banyak nasihatkan aku supaya tak buat benda berat sangat.Sehingga lah cukup 9 bulan untuk aku lahirkan bayi ku ini.Hehe.. aku dapat anak lelaki dan aku namakannya Muhammad Dzikri bin Mohammad Syukur.Setelah aku beritahu bahawa aku mengandung kepada 'boyfriend' aku, terus langsung dia tak jumpa atau 'contact' aku dah. Aku terpaksalah besarkan anak aku ini seorang diri.

Riak wajahku berubah apabila memikirkan bagaimana aku mahu bekerja dengan anakku.Membesarkan bayi sebagai ibu tunggal bukanlah senang dan memerlukan duit yang banyak. Setakat 'cashier' ja, cukupkah duit gaji tuh untuk beli semua keperluan bayi.

Keesokan harinya, aku pergi mencari pengasuh yang boleh menjaga anakku ini dengan upah yang murah tapi memang payah dah nak jumpa pengasuh yang ambil upah murah maklumlah barang sekarang dah mahal, perlukan duit banyak.Bila aku tanya upahnya berapa?Dia jawab RM200.Ya.. Allah, mahalnya tapi upah dia lah yang paling murah pun yang aku jumpa dalam sekeliling taman nih.

Aku takdak pilihan dah, aku terpaksa juga setuju walaupun upahnya mahal.

Malangnya nasibku ini.....

Waktu inilah, syaitan terus membisikku dan menghasut ku dengan mengatakan
“Itulah.. kenapa kau tak buang anak nih ja.. kan dah menyusahkan kau.... kau kena penat-penat cari kerja dan jaga dia.”

Tapi aku bukannya kuat sangat iman.. aku mestilah mengiyakan. Kalau boleh memang aku nak saja gugurkan tapi aku sayang sangat dekat Dzikri entah kenapa.


~~~~~~~~~

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina Itu adalah suatu perbuatan yang keji.Dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isro:32)

P/S:jangan lupa komen kalau saya ada silap. Saya akan perbaiki

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience