Bab 15

Horror & Thriller Completed 7874

Bab 15

Kepulangan adik, mama dan pak cu memang aku nantikan untuk mengetahui apa yang sudah dilakukan oleh kuntilanak itu kepada adik. Setibanya kereta pakcu di hadapan rumah, kereta papa juga tiba dari Kuala Lumpur. Papa bergegas pulang menemui kami setelah mama memberitahu apa yang dimaklumkan oleh Ustaz dan pengakuanku pagi tadi.

"Bagaimana adik?" soal papa saat keluar dari kereta apabila melihat mama juga turut keluar dari kereta pak cu.

"Dia tidur ni bang."

"Masuk dalam rumah dulu bang. Kita cerita di dalam," kata pakcu menjemput. Papa terus mendapatkan mama dan memangku adik masuk ke dalam rumah.

"Kasihan anak papa. Apa yang Ustaz kata? Adik bagaimana?" tanya papa bertalu-talu. Tangan adik diciumnya setelah dibaringkan di atas sofa.

"Alhamdulillah. Adik dah pulih. Cuma kena behati-hati." Kata Pakcu.

"Buat masa ni, adik dah pun 'dipagar' dari gangguan yang datang padanya. Tapi dia perlu berehat dan ada di dalam rumah sepanjang masa." jelas mama.
Aku dan papa hanya mengangguk tanda faham.

"Takpelah. Asalkan semuanya selamat. Papa dah lega. Kalau tidak macam-macam yang papa fikirkan. Selagi tak sampai sini dan melihat kamu semua selamat, selagi itulah papa tak senang duduk."

Mama bangun dan menggosok belakang papa kerana papa sudah bercakap dengan nada sebak ketika itu.

"Abang mandi dan berehatlah dahulu. Pasti letih berkejar ke sini kan? Soal adik rasanya sudah selesai. Dia pun tidak lagi mengadu bertemu wanita berpakaian putih itu lagi. Kita doakan sahaja yang baik-baik." KAta Pak cu memujuk ayah.

Malam itu kami sekeluarga kembali tenang semula. Mak cu dan mama sudah menyediakan makan malam dan semuanya telah terhidang di atas meja.

Kami makan bersama buat kali pertama setelah pelbagai kejadian datang bertimpa. Mujurlah kini semuana sudah selesai. Adik juga semakin banyak cakap di meja makan dan tak habis-habis memeluk papa kerana rindu.

Mama dan papa juga ada riak lega dan tidak lagi kusut seperti selalu. Itulah yang suda lama aku tunggu. Terima kasih Tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience