Bab 3 - Meet Again

Drama Series 122116

Laju derap langkahnya keluar dari balai ketibaan itu bersama pengawal peribadinya yang membantu menolak troli bagasi miliknya. Spek mata hitam yang terletak di batang hidung dilorotkan sedikit ke bawah.

"Dah inform Pak Karim suruh pickup saya harini?" soalnya sambil memandang atas hingga ke bawah pengawalnya itu. Pengawal peribadinya itu mengangguk laju. Matanya terus meliar mencari kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi majikannya. Melihat pengawalnya masih sedang mencari, sempat dia membelek telefon pintarnya sebentar.

"Tu, Tuan muda. Mari," ajaknya membuatkan fokus pemuda itu pada telefon pintarnya hilang serta merta. Matanya melorot mengikut arah yang ditunding oleh bodyguard nya. Terlihat dek sepasang matanya bahawa pemandu khas keluarganya sedang menunggu tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

"Tolak luggage saya." arahnya dan terus meluru ke arah kereta tersebut. Pak Karim selaku pemandu peribadi pada keluarga pemuda tersebut menunduk separa sedikit tanda hormat. Pintu di bahagian belakang terus dibuka dan mempersilakan anak kepada majikannya itu masuk ke dalam.

Setelah selesai urusan di luar, bodyguard dan pemandunya itu segera masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Cermin pandang belakang dibetulkan sedikit sambil mata tuanya itu mengerling ke arah anak majikannya itu.

"Tuan muda ada nak singgah ke mana-mana dulu?" soalnya membantutkan aktiviti pemuda itu dari menatap skrin telefonnya. Pemuda itu sekadar menggeleng perlahan dan terus menyuruhnya untuk memandu cepat. Dia mengangguk faham dan terus bergerak meninggalkan lapangan terbang tersebut.

Perjalanan yang memakan masa hampir sejam itu sempat membuatkan pemuda tersebut meridap sebentar dek kantuk yang masih tersisa semasa dalam perjalanan pulang ke tanah air. Seminggu dia berurusan di negara barat, United Kingdom atas urusan kerja.

Hari ini, dia pulang semula ke Malaysia dan lusanya dia akan masuk ke pejabat semula. Penat memang penat tapi kalau nama pun 'kerja', memang terpaksalah buang istilah penat itu. Kereta Mercedes Benz yang dipandu tersebut membelok masuk ke dalam kawasan perumahan elit dimana terletaknya rumah agamnya disitu.

Kereta diparkir kemas di garaj lalu Pak Karim menarik handbrake dan menoleh sedikit ke belakang melihat anak majikannya itu. Masih lena diulit mimpi. Dia menoleh semula ke hadapan mengerling sedikit pengawal peribadi kepada anak majikannya itu.

"Pak Karim tolong keluarkan luggage Tuan muda ya? Saya nak kejutkan dia sekejap." arah pengawal peribadi tersebut atau lebih dikenal sebagai Zack pada Pak Karim. Pak Karim mengangguk dan terus keluar dari perut kereta. Zack turut keluar dari kereta dan beralih ke pintu belakang. Bahu majikannya itu digoyangkan sedikit.

"Tuan, Tuan muda. Bangun Tuan. Kita dah sampai." tuturnya senada. Setelah beberapa kali dikejut, barulah pemuda itu mula memberi reaksi dan mengeliatkan tubuhnya. Kemudian dia terus melangkah keluar apabila sedar saja pintu kereta di bahagian belakang itu sudah dibuka oleh pengawal peribadinya.

Terlihat di pandangan matanya bahawa ada sepasang suami isteri sedang tercegat di hadapan pintu rumah banglow 3 tingkat tersebut sedang menanti kedatangannya. Bibirnya melorek senyuman kecil dan terus melangkah menghampiri ke hadapan rumah agam tersebut.

"Balik pun anak Mummy ni. How's UK?" tanpa aba-aba, ibunya itu terus menyoal saat pemuda itu menunduk menyalam tangan ibunya. Suaminya yang berada di sebelah mula membuat mimik wajah menyampah.

"Anak tu baru balik. Dah tanya macam-macam. Kot ye pun suruhlah dia masuk dulu." tegur suaminya membuatkan isterinya itu mencebik bibir tidak puas hati dan diselangi tawa kecil dari pemuda itu. Selesai menyalam dan berpelukan seketika di hadapan rumah, tiga anak beranak itu pun masuk ke dalam rumah tersebut.

"Syah, nak makan dulu ke nak rehat dulu? Harini Mummy yang take over dapur tau. Mummy banyak masak lauk favourite Syah." tanya ibunya atau lebih dikenali sebagai Datin Zurina pada satu-satunya anak lelakinya itu.

Pemuda yang dipanggil Syah atau nama penuhnya Syahir Ahmad itu menoleh ke arah ibunya sekilas sebelum duduk melabuh punggung di sofa di ruang tamu itu.

"Kejap lagilah Mummy. Syah nak tarik nafas sekejap." katanya mengemam sedikit bibir menahan tawanya apabila perasan akan raut wajah menyampah ayahnya itu pada ibunya. Dato' Bakri selaku bapa kepada dirinya itu menjeling isterinya.

"Kan dah kata tadi, bagilah anak ni nak bernafas sekejap. Awak ni macam peluru pula nak menyerang aje kerjanya."

"Eleh kita tanya je kan? Nyampah!" Datin Zurina terus menarik muncung sedepa dan terus berlalu masuk ke dapur. Mungkin ingin menyediakan kesemua hidangan yang sudah siap dimasak tengah hari tadi. Dato' Bakri kembali menoleh ke arah anaknya setelah bayangan isterinya sudah hilang dari mata.

"So, macam mana Syah? Meeting semua okay ke?" soalnya mengalihkan fokus anaknya itu yang sedari tadi menatap skrin telefon pintarnya. Syahir menutup telefonnya itu dan diletakkan ketepi. Dia sekadar mengangguk mengiyakan pertanyaan bapanya itu.

"Okay je, Daddy. Semuanya dah settle dah." jawabnya melorotkan sedikit badannya yang masih bersandar di sofa single tersebut. Dato' Bakri terangguk-angguk faham.

"So, pasal plan Syah yang Syah bagitahu Daddy haritu, Syah nak teruskan ke?" soalnya lagi tatkala baru teringat akan perancangan anaknya itu untuk bekerjasama dengan salah seorang pereka landskap tanaman pada projek yang bakal dilaksanakan oleh syarikat mereka.

Syahir mengangguk. Dia sudah memaklumkan pada PA nya untuk mencari seorang pereka landskap yang handal di bahagian 'gardening' untuk bekerjasama dalam projek mereka kelak. Tak lengkap sesuatu pembinaan itu jika tiada hiasan yang menarik untuk diperagakan. Dia tahu bahawa ramai saja pereka landskap yang handal di Kuala Lumpur ini, namun dia mahukan yang paling terbaik dan berkualiti.

"I see. Goodluck for your project." Dato' Bakri mengukirkan senyuman tanda menyokong dan memberi semangat kepada anak tunggalnya itu. Syahir mengucapkan terima kasih dan menundukkan wajahnya sedikit dan tak lama kemudian terdongak semula saat mendengar bel loceng pintu rumahnya berbunyi.

Dato' Bakri menjengah sedikit leher namun tidak memberi tanda-tanda untuk mengangkat punggung dan pergi ke pintu. Syahir yang baru hendak mengangkat punggung untuk melihat gerangan siapa yang bertandang terbantut apabila pembantu rumahnya sudah meluru terlebih dahulu di hadapan pintu rumah.

Terjengul satu kepala di balik pintu rumah tersebut dengan senyuman manis di bibir. Bibir Syahir mula membentuk sebuah senyuman pabila gerangan yang sudah melangkah masuk ke dalam rumahnya itu adalah kekasihnya, Erissa. Erissa tanpa segan silu terus melangkah ke ruang tamu.

"Hai babe! Balik juga you. I rindu sangat tau dengan you." meleret suara Erissa apabila sudah melabuh punggung di sebelah Syahir. Tangannya merangkul erat lengan Syahir. Syahir sekadar tersenyum dan menggosok sedikit rambut Erissa. Buat seketika, mata mereka berdua bertaut antara satu sama lain melepaskan rasa rindu.

"Ehem!"

Suara deheman seseorang mematikan tautan mata tersebut. Erissa terus herpaling ke hadapan. Wajah Dato' Bakri yang sedikit tegang itu membuatkan bibirnya terus mengukir sengihan.

"Oops. Sorry, Daddy. Assalamualaikum." sapanya lembut pada Dato' Bakri. Bila sudah disapa dengan kekasih anaknya itu, barulah wajahnya menunjukkan reaksi ceria seperti biasa. Kepalanya ditundukkan sedikit tanda respons akan sapaan gadis itu.

"Waalaikumussalam. Amboi, masuk-masuk terus duduk sebelah Syahir ya? Daddy yang dari tadi kat sini terus dibuat jadi halimunan." kata Dato' Bakri sedikit memerli. Pasangan kekasih itu tersengih malu dan mengerling sesama sendiri. Dato' Bakri pula hanya tergelak kecil.

Datin Zurina kembali ke ruang tamu. Tersenyum lebar wanita itu apabila melihat gadis yang sedang duduk tersenyum malu di sebelah anak lelakinya. Dia mara merapat ke ruang tamu. Erissa yang perasan akan kehadiran Datin Zurina, segera bangun dan menyapa wanita itu.

"Mummy!"

"Erissa!"

Mereka berdua berpelukkan mesra. Tak ubah seperti seorang mak mertua dan juga menantu kesayangan. Syahir yang dari tadi memerhati sekadar tersenyum nipis. Dia lega kerana hubungan percintaannya bersama Erissa diterima baik oleh ibu bapanya. Makin erat hubungan kekasihnya itu apabila ibu bapa Erissa juga mengenali ibu bapanya.

Jodohkah ini? Syahir tidak pasti. Yang dia tahu, dia sayangkan gadis itu.

"Eh, alang-alang semua dah ada ni, jom makan. Syah, jom makan. Dah cukup tarik nafas ke belum?" tanya Datin Zurina sekali gus memerli Syahir. Terus meledak tawa Dato' Bakri apabila isterinya menyindir anaknya itu. Syahir tersengih.

"Dah mummy. Dah terlebih cukup tarik nafas dah ni. Jom," jawabnya bersama senyuman di bibir lalu bangun dari duduk. Datin Zurina dan Dato' Bakri sudah melangkah ke ruang makan terlebih dahulu. Erissa memaling ke belakang, setia menanti kehadiran Syahir.

"Let's eat." ajaknya lembut lalu merangkul bahu gadis itu. Erissa tertunduk malu sedikit membuatkan kedua-duanya tergelak kecil.

Usai makan tengah hari bersama, Syahir meminta diri untuk naik berehat di atas. Lelahnya duduk di dalam kapal terbang tadi masih belum hilang. Sampai saja di bilik tidurnya, Syahir tanpa aba-aba terus merebahkan di atas katil bersaiz king miliknya itu. Lengan kanannya menutup kedua pancainderanya bersama keluhan panjang dilepaskan.

Dalam pada dia cuba hendak melelapkan diri sebentar, entah mengapa tiba-tiba bayangan seseorang menerjah ke fikirannya. Lengannya dialihkan dari mata lalu dia bangkit dan menongkat kedua tangannya ke tilam. Dahinya berkerut.

Sudah sekian lama wajah itu lenyap dari pemikirannya, kini ia kembali semula secara tiba-tiba. Wajah bayangan seseorang itu tidak menunjukkan sebarang reaksi. Pandangan matanya juga kelam. Ibarat sedang menyimpan 1001 perasaan yang dia sendiri tidak pasti. Syahir menggelengkan kepalanya.

Dia terlalu penat mungkin. Ya, dia penat.

***

Dua hari kemudian, Syahir kembali bekerja seperti biasa di pejabat yang ditubuhkan oleh Dato' Bakri sendiri. Penampilan dirinya pagi itu sangat kemas dan segak sekali. Sesuai dengan jawatannya sebagai architect landscape di syarikat tersebut. Sapaan pagi daripada staf-staf disitu hanya dibalas dengan anggukan dan senyuman kecil.

Pembantu peribadinya, Hafizi segera datang menghampirinya yang baru saja hendak masuk ke dalam biliknya. Di tangannya memegang sebuah fail yang diambil oleh salah seorang staf disini.

"Encik Syahir, yang Encik Syahir minta saya carikan designer landscape gardening untuk collab dengan kita tu, saya dah jumpa and dia dah bagi kata putus. Dia setuju untuk bekerjasama sekali." kata Hafizi dengan cermat sekali. Syahir yang barusan tadi memegang daun pintu terus menjatuhkan tangannya dan menghadap sepenuhnya ke arah Hafizi.

"Seriously? You sure dia setuju dengan kita? And yang you cari tu memang best of the best?" soal Syahir bertubi-tubi meminta kepastian. Syarikatnya boleh tahan besar. Plannya hendak menjalankan projek pembinaan ini juga bukan cikai-cikai. Dia tak mahulah bila dah dilaksanakan, hasilnya nanti jauh dari apa yang dia mahukan. Hafizi tersengih sedikit.

"Ya, Encik Syahir. Yang saya jumpa ni, memang semua rekaan dia lawa-lawa. Banyak juga feedback positif yang customer mereka sebelum ni bagi atas hasil rekaannya tu. Saya yakin, Encik Syahir pun mesti suka." jawab Hafizi dengan penuh yakin. Dia tidak langsung menambah perasa di dalam kata-katanya.

Semua yang dikatakan itu adalah benar sekali. Ternganga juga mulutnya pabila melihat hasil rekaan yang ditunjukkan oleh bos kepada pereka landskap tersebut. Syahir menjongket kening sambil tersenyum senget. Dia mengangguk perlahan tanda faham.

"Okay. Then, call dia bagitahu saya nak meet dengan dia waktu lunch hour nanti. Tempat biasa ya, Fizi. Kalau dia orang tak tahu bagi location." arah Syahir pada Hafizi dan terus menolak daun pintu bilik pejabatnya dan masuk ke dalam. Hafizi sekadar mengangguk faham dan terus berlalu ke tempatnya semula.


Tengah hari itu, Syahir dan Hafizi sudah menunggu di restoran kafe yang biasa menjadi 'favourite spot' untuk Syahir bertemu dengan kliennya. Sementara menunggu kedatangan pereka landskap tersebut, mereka membuat pesanan makanan terlebih dahulu. Dalam 15 minit kemudian, muncul dua sosok tubuh wanita memasukki ke dalam kafe tersebut.

Hafizi yang tadi melihat sekeliling ruang restoran itu terus tertancap matanya pada sosok tubuh yang baru memasukki restoran itu. Dia terus melambai tangan pada seorang wanita yang memakai tudung bawal berwarna nude pink, berkemeja putih dan dipadankan dengan blazer hitam yang seperti sedang mencari seseorang itu. Mendapat lambaian dari Hafizi, wanita itu terus melangkah ke arahnya. Diikuti lagi seorang wanita yang dari tadi berada di belakangnya.

"Encik Syahir, mereka dah sampai." beritahu Hafizi. Syahir yang tadinya leka menatap skrin telefon segera mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan yang bakal bekerjasama dengannya tadi. Dia terpempan. Matanya serta merta membulat pabila matanya bertembung dengan sepasang mata yang sudah lama tidak muncul di dalam hidupnya.

Begitu juga dengan empunya mata tersebut. Dia juga menunjukkan reaksi yang sama seperti Syahir. Mereka berdua saling membalas tatapan terkejut itu tanpa mempedulikan siapa-siapa.

"Kenalkan, Miss Dian Armila, designer of landscape gardening. Miss Dian nilah yang akan bekerjasama dengan kita Encik Syahir." kata Hafizi tanpa disuruh. Langsung tidak perasan akan wajah bos dan pereka landskap yang bakal bekerjasama dengan mereka itu. Dian menatap Syahir lama. Tangannya tiba-tiba dikepal membentuk sebuah genggaman.

'Syahir...' desis hatinya.

Bersambung...

meriahkan sikit ruangan komen xD mcm sendu sgt cite ni. ada satgi buang terus kang xD

Share this novel

ilahnrl
2021-04-30 16:12:22 

sakit plk hti kita bila jmpa smula dgn musuh ketat kita ni... n jgn buang plk cita ni nk tau lgi pe plk kisah lpasni

ilahnrl
2021-04-30 16:12:19 

sakit plk hti kita bila jmpa smula dgn musuh ketat kita ni... n jgn buang plk cita ni nk tau lgi pe plk kisah lpasni

Anis Insyirah
2021-03-11 16:50:24 

berdebarnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience