BAB 9

Romance Completed 22633

Setelah keadaan kembali reda.

“Doktor, terima kasih sebab tadi tolong anak saya ni, kalau doktor tak ada tadi, saya sendiri tak boleh nak fikir apa yang akan terjadi kepada Maisarah.” Baru aku tau nama budak perempuan mata bulat ni Maisarah rupanya. Sedap namanya. Aku memberikan senyuman lebar kepada lelaki itu dan mengangguk.

“Sama-sama Encik, lagipun itu sudah menjadi tanggungjawab saya untuk saling tolong-menolong.” Aku membalas dengan senyuman. Lalu mataku tertancap kepada Maisarah yang sedang memandang kepadaku.

“Hai Maisarah, nak vitamin tak?” Aku cuba bermesra dengan Maisarah dan sejurus aku bertanya soalan kepadanya, terus dia mengangguk dan tersenyum. Comel budak ni. Lama-lama aku tenung macam ada iras muka danish pula, pelanduk kut ! Hatiku berkata.

“Maisarah lepas dapat sesuatu cakap apa?” Lelaki itu bertanya kepada anaknya. “Oh..lupe pulak ! Mekaceh dokcor….auntie..” Maisarah berkata dengan pelatnya, sangat comel di pendengaran aku.

“Ermmm…encik….ohh..encik” Aku cuba memanggil lelaki di hadapan aku ini, tetapi setelah beberapa kali aku memanggilnya, barulah dia sedar ke alam yang nyata. Teringat bini dekat rumah kut !

“hehe….encik okay ke? Nak kena rawatan ?” Aku cuba berbasa-basi dengan lelaki di hadapan aku. Alah ! Nak malu apa, dah jadi bapak orang pun bukan?

“Eh takpelah saya tak sakit, yang semput tadi pun anak saya je. Terima kasih doktor saya keluar dulu ya?” lelaki itu berkata

“Baiklah encik, nanti ambil ubat di kaunter ya?” Aku berpesan kepadanya.

”Baiklah doktor!” Lelaki itu memberikan senyuman yang lebar. Dan tiba-tiba aku berasa itu adalah Danish. Lelaki yang amat aku cintai suatu masa dulu sehinggalah sekarang. Di manakah lelaki itu sedang berada sekarang?

Tiba-tiba mulut aku terlepas kata.

“Encik !” dan aku terus menutup mulut aku dengan kedua telapak tangan aku. Oppsss !! Terpanggil pula !

“Ermmmm…..encik saya nak tanya ni, saya kenal awak ke? Dan awak tak kenal saya ke? Ke saya yang perasan seorang yang saya macam kenal awak?” Aku bertanya seperti Machine Gun kerana perasaan aku tiba-tiba berasa cemas dan berdebar-debar. Aku dapat merasai yang itu adalah Danish Uwais.

Dup ! Dap ! Dup ! Dap

“Er mm…….saya……?? Eh! Awak…….eh bukanlah..sayalah.. sebenarnya….ermmm….” Lelaki di depanku tiba-tiba tergagap. Nasib baiklah ini malam, tak ada orang kalau tidak, kesian jugalah pesakit-pesakit diluar yang terpaksa menunggu lama. Aku sempat melihat kepada Maisarah, sudah pun duduk dia atas kerusi yang sememangnya disediakan untuk pesakit sambil bermain pen dan kertas yang diberikan oleh jururawat sebentar tadi.

“Sebenarnya……awak ni Danish Uwais Dato’ Baharin? Betul kan Danish? Betul? Betul ke tak?” Aku bertanya tanpa sempat lelaki itu menjawab soalan aku.

“Ermmm….Auni…” Aku kenal akan cara lelaki itu bersuara menyebut nama aku, itu suara Danish Uwais. Ya aku kenal akan suara itu. Aku hanya menunggu Danish untuk berkata.

“Ermmm…ya saya Danish Uwais. Hehe, lama tak jumpa ya…Naura Auni…….saya…nak minta maaf dekat awak sebenarnya kerana semua yang telah saya lakukan kepada awak”

Sebaik sahaja Danish berkata begitu, dia terus membuka cermata mata hitamnya dan aku terus memberikan senyuman lebar kepadanya.

“Takpelah …saya dah lama maafkan awak, saya faham.” Aku menjawab sambil malu-malu kucing.

“Kalau macam itu, saya balik dululah, lagipun anak saya ini tak berapa nak sihat.” Danish berkata.

Sebaik sahaja Danish menyebut perkataan ‘anak’ senyuman aku terus mati dan digantikan dengan debaran yang menggila.

“Danish? Nanti dulu. Mai….Maisarah ni..an……anak..awak ke? Awak dah kahwin?” Soalku dengan nada yang kecewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience