chapter 9

Romance Series 9561

  

    "Assalamualaikum." Satu suara garau memberi salam dikala Anisa sedang khusyuk mengajar anak-anak muridnya. Terus tertoleh kepala wanita itu kearah muka pintu bilik darjah.

Kelihatan seorang lelaki berkopiah putih, berkurta hitam berdiri di situ bersama senyuman. Tinggi lampai, janggut sejemput dan berkulit sawo matang.

   Anisa blur. Tak kenal dan tak pernah lihat manusia ni dekat kafa An-Nur ni sepanjang dia kerja disini.

   "Ustazah Anisa, kan?" tanya jejaka itu penuh sopan bersama senyuman manisnya. Laju Anisa mengangguk.

  "Haah ye saya." balas Anisa. Langkahnya dimajukan ke arah muka pintu.

  "Eh Ustaz Umar!" Hanif yang duduk tepi tingkap itu berteriak dari jauh memanggil lelaki yang bergelar Ustaz Umar itu. Anisa membulatkan mulutnya buat seketika. Jadi inilah Ustaz Umar yang selalu sangat Hanif bercerita tu. Boleh tahan.

   "Ustazah Anisa? Ustazah? Ustazah okey tak ni?" Ustaz Umar memetik jarinya depan muka Anisa. Automatik dia tersedar. Astagfirullahalazim! Alah Anisa...agak-agak lah nak usha anak teruna orang pun. Cepat benor kantoi. Eh? ye ye je anak teruna, entah-entah laki orang. Haish, buat malu saja Anisa oi!

   "Okey-okey. Hahaha. Ada apa Ustaz cari saya?" Tebal muka dia macam pakai mekap 10 inci tau sekarang ni. Tak boleh tunjuk sangat malu tu. Nanti orang ingat ada penyakit sawan. Ala tibeh.

   "Takde. Ni ha. Maklong suruh saya...eh! Maksud saya, Ustazah Hayati suruh edar surat kebenaran waris untuk setiap darjah. Maaflah tersasul pula. Ustazah Hayati tu mak saudara saya. Dah terbiasa panggil Mak Long."

Anisa senyum nipis. Huluran kertas disambut dan kini bertukar tangan.

   "Tak apa. Terima kasih ye."

   "Sama-sama." Dia angguk. Macam biasa. Dari tadi senyum aje dia ukir buat Anisa. Bukan senyum gatal okey! Senyum entahlah macam...'nice to meet you' gitu. Memandai je. Haha.

   "Erm, saya belum kenal lagi Ustaz. Ustaz baru kerja ke macam mana?" Anisa buka bicara sebab dia betul-betul nak tahu. Yelah, tak pernah nampak muka Ustaz ni dekat sini, tiba-tiba je muncul depan muka pintu. Mahu tak tanjat Si Anisa tu.

   "Haah. Dalam 5 bulan macam tu."

   "Oh...tapi saya tak nampak Ustaz pun hari tu? Ustaz menyorok ke macam mana?" soal Anisa lagi dengan selambanya.

"Jangan gelojoh sangat Anisa nak tanya soalan tu. Astagfirullahalazim. ' hati kecilnya memarahi diri sendiri.

Spontan tawa Ustaz Umar terlepas. Tangan naik menekup mulut sendiri. Terasa lucu pula dengar perkataan menyorok itu.

   "Bukan. Saya ambil cuti sebulan sebab nak settlekan urusan di Mesir. Hari ni baru start balik."

   "Mesir? Balik dari Mesir?"

   Dia mengangguk.
"Saya graduan Al-Azhar. Masa saya balik sini, rupanya masih ada hal yang belum saya selesaikan di sana. Jadi mahu atau tidak, saya terpaksa ambil cuti sebulan untuk terbang ke sana semula. Ha macam itulah, Ustazah. Ada apa-apa lagi Ustazah nak tanya?" Ustaz Umar angkat kening. Anisa tersentak. Merah sudah pipinya bila disoal begitu. Nampak sangat dia ni bakal dicop mulut becok.

   Anisa sengih kekok lalu menggeleng.
"Tak ada. Maaflah Ustaz, banyak bertanya pula saya ni."

   "Tak apa. Saya faham. Saya pergi dulu ye. Assalamualaikum." Ustaz Umar melempar senyumnya kepada Anisa, seraya menunduk sedikit sebelum melangkah pergi dari situ.

   "Waalaikumsalam." Sendirian Anisa menggaru kepala yang tidak gatal. Dahi sendiri diketuk.

   "Buat malu je, Anisa!"

  ***

"Nufail. Mama nak—" Tak sempat Datin Kauthar nak bila bicara, laju saja Nufail mencantas dengan mengangkat tangannya sedikit.

   "Umi kalau nak cakap pasal Anisa... Nufail minta maaf. Nufail tak nak dengar."  kata Nufail sambil membutangkan kancing baju kemejanya.

Tidak semena-mena tawa Datin Kauthar meledak besar.

   "Hey! Mama bukan nak cakap pasal tu lah. Jauhnya travel..." Bahu Nufail ditampar kuat.

Nufail terkedu. Terus mati pekerjaannya tadi. Tangan terjatuh ke sisi.
"Oh? Bukan eh?"

  "Kantoi fikir pasal Anisa! Ooooo mulut cakap tak nak, hati nak rupanya." Sakat Datin Kauthar. Hujung jari dicucuk-cucuk pada lengan sasa anaknya.

"Apa Umi merepek ni? Umi...umi..." Nufail bergerak ke sisi katil. Telefonnya yang terletak di atas meja bersebelahan katil itu, dicapai. Datin Kauthar membuntuti langkah anak lelakinya.

   Tersengih-sengih Datin Kauthar pandang Nufail. Kolar anaknya yang kurang kemas dibetulkan dengan rapi. Sesekali bahu Nufail ditepuk-tepuk.

   "Anisa tu baik budaknya, Nufail."

  Nufail mengeluh perlahan.
"Nufail tahu, Umi... tapi..."

Kening Datin Kauthar terangkat mendengarnya.
"Tapi...?"

   "Tapi Nufail belum...belum bersedia. Bahkan, kalau Nufail dah bersedia untuk terima seseorang dalam hidup Nufail pun... adakah dia akan terima Nufail dan Zulaikha sekali? "

   "We're talking about Anisa, Nufail Wijdan. Bukan pasal orang lain. Zulaikha sayang Anisa sangat-sangat. Anisa pun sayang Zulaikha. What's the matter, huh?" nada suara Datin Kauthar tiba-tiba bertukar serius.

  "Macam mana dengan, Fail? Macam mana dengan Anisa? Dia boleh terima Nufail ke? Umi, she deseve someone better"

"That's not the point." laju Datin Kauthar

  "What? How come? It's all about 2 heart, Umi. 2 heart."

  "Here." Datin Kauthar letak jari telunjuknya pada dada Nufail.

   "Hati Anisa dan hati kamu...masing-masing terluka dan rasa sakit itu masih ada untuk menerima hakikat sebenar dan sukar untuk memberi kepercayaan kepada seseorang. Tapi... pegang satu perkataan. Percaya. Kalau Nufail boleh berikan kepercayaan itu kepada Anisa, Anisa juga mampu beri benda yang sama kepada Nufail. Cinta? Ianya akan terpupuk bila masing-masing pegang satu kunci itu. Hilang kunci itu, maka tiadalah cinta."

  Nufail senyum tawar. Dia tahu Umi sungguh-sungguh nak dia kahwin dan lupakan semua yang pahit. Mulakan hidup baru, cari orang baru dan wallah happy ending. Tapi...tak semudah itu. Bicara mungkin mudah, tapi nak laksanakannya?

Susah.

Dia tahu Anisa wanita yang baik-baik. Dia dapat nampak dan lihat serta dapat merasakan ketulusan gadis itu. Dia suka melihat kelakuan gadis itu tapi dia takut. Takut untuk menyayangi lagi sekali. Terlalu menyayangi sehingga membuat diri sakit. Dia tidak mahu itu berlaku lagi. Sedangkan luka yang lama belum sembuh, mahu ditambah luka yang baru. Mungkin bukan luka dihatinya, tapi dihati gadis itu.

Memang dia selamba ajak wanita itu kahwin tempoh hari, tapi semuanya sebab Umi dan Opah. Dia tak nak Anisa rasa terpaksa. Dia tidak mahu sebuah perkahwinan berlandaskan ketidakrelaan dan kepentingan orang lain.

   "Umi...beri Nufail waktu?" Sekadar itu saja dia mampu membalas walau sudah berjuta kali dia dibebeli oleh Uminya. Pandangan redup dia hadiahkan buat Si Ibu.

  Lambat-lambat Datin Kauthar mengangguk lalu diukir senyum.

  "Yelah...Umi faham. Umi minta maaf ye? Umi...cuma nak anak Umi bahagia, bukan derita macam ni. Haih..." Keluh Datin Kauthar. Dia mengalah. Tali leher pemberian arwah menantunya yang dipakai oleh Nufail tika ini dikerlingnya.

   "Tak apa. Nufail faham... maafkan Nufail juga, Umi." Tubuh kecil kecil Uminya dibawa dalam dakapan. Datin Kauthar membalasnya.  Belakang Nufail ditepuk.

   "Umi doa anak Umi bahagia suatu hari nanti."

***

"Dik. Ustazah Hayati jemput ke rumah dia. Dia buat doa selamat malam esok." Hammara melabuhkan duduk disebelah Anisa yang sedang sibuk menaip sesuatu pada keyboard laptopnya.

Dengan mata yang masih menghadap skrin laptop, Anisa berkata, "Sapa pergi Mekah?"

   Tidak semena-mena bahu Anisa dicubit. Tidaklah terlalu tapi cukup untuk mengejutkan Si Anisa.

  "Akak!" Automatik tangan naik menggosok bahu sendiri. Berkerut dahi Anisa sambil memandang  kakak kesayangan dengan pandangan tidak puas hati.

  "Mana ada sapa pergi Mekah! Eii Nisa ni!"

Mengekek Anisa ketawa.
"Habis tu? Siapa nikah?"

   "Ada jugak karang aku nikahkan kau, dik." Hammara tarik mulut panjang. Merajuk!

   "Elelele mak buyung ni...gewammmmm iteeeee." sakat Anisa. Pipi tembam Kakaknya dicubit manja. Hammara tepis perlahan tangana adiknya.

   "Ha, berbalik kepada topik asal. Doa selamat siapa?"

   "Kenal Ustaz Umar? Anak sedara Ustazah Hayati?"

Anisa membulatkan mulut.
"Oh...Ustaz Umar. Baru petang tadi kenal dia. Eh tapi kenapa baru nak buat selamat? Bukan ke dah lama dia balik sini?" kata Anisa.

PAP!

Kali ini Hammara tak kisah. Sakit atau tak...dia main tampar aje bahu Anisa. Agak kuat bunyinya.

   "Suka hati depa lah nak buat bila. Awak ni...ada je jawapan—"

Belum sempat Hammara menghabiskan bicaranya, telefon pintarnya yang ada di tangan tika itu, berbunyi.

Tertera nama bekas suaminya. Hammara terkedu. Anisa pelik melihat keadaan Kakaknya yang tiba-tiba membatu.

   "Kenapa? Siapa call?"

    "Abang Hakim." Hammara gigit bawah bibir. Anisa mendengus kasar. Telefon Kakaknya dirampas olehnya.

  "Biar Nisa yang cakap." serius dan penuh tegas nada bicara gadis itu. Ada satu perasaan yang hadir tika ini. Iaitu benci.

Lelaki kedua paling dia benci selepas arwah ayah. Bekas suami kakak dia, Hakim Firdaus.

  "Tak apa, biar akak yang—" Hammara baru je nak ambik semula telefonnya, tapi Anisa halang.

  "Shhh..." Anisa letak jari telunjuk pada bibirya tanda 'diam'. Butang hijau diseret ke atas.

   "Hammara, aku nak–"

   "Waalaikumsalam. Ni Anisa. Apa kau nak?" Kasar suara Anisa menerjah di dalam talian. Kalau jantan dayus ni ada depan mata, dah lama kena terajang dengan aku.

    "Eh adik ipar. Anisa Ufairah, heh." kedengaran sinis jantan itu menyebut nama Anisa.

 
   "Siapa adik ipar kau syaiton?! Kau nak apa malam-malam call?" Ha mula dah dia nak keluar benda tak baik dari mulut. Dia pantang betul apa-apa yang berkaitan dengan jantan tak guna ni. Ya Allah, kau tinggikanlah kesabaranku pada malam ini.

   "Mana kakak hang? Aku nak cakap dengan dia, bukan dengan hang. Bagi telefon dekat dia."

   "Apa masalah kau, hah? Kau dah ceraikan kakak aku kan. Tak payah lah ambik tahu pasal dia lagi!" Kalau dulu depan nama Hakim itu ada gelaran 'abang', tapi sekarang dia jijik nak sebut gelaran abang. Cukup kau-aku sudah. Lelaki itu tak layak buat kakak dia! Langsung!

Hammara menggeleng banyak kali. Pandangan risau dia lontarkan kepada Anisa suruh bersabar. Tangan kanan naik mengusap bahu Anisa yang sedang membara itu.

     "Aku cakap bagi, bagi ja lah dekat dia! Apa masalah hang perempuan!"

   "Masalah aku sekarang ni...adalah engkau. Kau nak apa?"

Lelaki itu mengeluh di hujung talian. Agaknya sudah penat berbalah dengan bekas adik iparnya. Main-main lagi dengan Anisa Ufairah. Ini bukan setakat harimau yang keluar, buaya...naga, badak hah semualah.

 

    "Kakak kau belum habis iddah lagi kan? Aku nak rujuk."

   Anisa ketawa palsu terselit juga nada sinis disitu.

    "Dah ludah nak jilat balik? Nafkah pun kau tak pernah bagi, ada hati nak dekat kakak aku balik. Kau hentam kakak aku sampai dia masuk hospital, kau ingat kau layak digelar suami ke? Sudahlah, Hakim. Berhenti ganggu kakak aku!"

Hakim diam. Kedengaran lelaki itu mendengus kasar. Seketika kemudian bunyi sesuatu jatuh. Dan yang pasti...sesuatu yang jatuh itu adalah hasil tumbukan jantan tak guna itu.

Anisa tersentak. Bahunya sedikit terhinjut dek terkejut.

Memang binatang lah jantan macam ni. Inilah salah satu sebab dia susah gila nak percaya lelaki. Ha tu dia. Itulah dia sebabnya.

   "Aku nak bini aku balik! Anak aku! Hang siap hang! Aku cari hang sampai lubang cacing! Tak malam ni, esok jugak aku sampai depan rumah hang! Hang tunggu, Anisa."

Usai menghambur ayat berbaur amaran itu, talian diputuskan. Hampir terlepas telefon dari genggaman Anisa namun Hammara sempat menyambutnya.

Penuh khuatir, Anisa tatap wajah kakaknya. Tangan Hammara diraih. Berpeluh-peluh tangan mereka dibuatnya.

   "Akak...bahaya macam ni. Ya Allah. Apa Anisa dah buat..." Matanya mula berkaca. Kepala ditunduk kebawah. Hammara tarik tubuh genit adiknya ke dalam pelukan. Jikalau Anisa takut dan risau, dia bertambah tambahlah risau. Tapi dia kena kuat. Mereka tidak punya siapa-siapa.

   "Sudah. Jangan nangis. Akak fikirkan cara." Belakang Anisa diusap perlahan.

  "Cara apa, kak? Benda ni boleh bahayakan nyawa akak dengan Hanif! Anisa tak sanggup. Macam mana kalau esok dia datang? Lepas tu dia cederakan—"

Automatik Hammara leraikan pelukan. Pipi adiknya dipegang.
"Aip! Jangan cakap macam tu. Tak baik."

Sesaat kemudian kedengaran bunyi enjin kereta di luar rumah. Anisa mula tak sedap hati. Wajah kakaknya dipandang penuh kerisauan. Biarpun kadang kala Hammara kelihatan tenang, tapi sebenarnya hatinya berselirat dengan kerisauan.
  

  "Anisa pergi jenguk dekat tingkap dulu." Lantas dia bangun dari sofa. Kaki diayun penuh berhati-hati menunju ke jendela rumah berasaskan kayu itu. Sebelah tingkap dibuka sedikit. Matanya mengecil, cuba mengintai disebaliknya. Dia nampak sebuah kereta Alphard dan dia nampak...

  Kelam-kabut Anisa buka pintu utama berlari-lari anak untuk mendapatkan ibunya dan Hanif.

  "Ibu! Hanif!"

Tak sempat pintu kereta ditolak, Anisa dah tarik tangan mereka berdua. Nufail tukang hantar pun blur. Terkejut juga lah dia bila wanita itu tiba-tiba berlari ke luar. Sebenarnya, Hanif ikut nenek dia pergi rumah Nufail. Kan setiap ada mengaji. Datin Kauthar dengan Opaj Khadijah pun ikut sekali.

 
  "Eh Nisa. Kenapa ni? Kenapa kelam kabut sangat ni?  Ibu tak sempat tutup pintu lagi ni."

   "Abang Hakim...ibu." Hanya itu yang disebut oleh Anisa. Dia takut. Sangat takut. Dia kalau boleh tidak mahu susahkan hati siapa-siapa, terutama sekali ibu dan kakaknya. Sebab tu dari dulu dialah penjaga dialah pelindung. Tapi sekarang dah lain. Kekuatan yang dia pernah ada suatu ketika dahulu, kini semakin lemah. Dia hilang semangat. Dia tak mampu hadap benda ni sorang-sorang. Jika orang lihat dia seorang yang tabah setiap masa, mereka salah. Setiap hari dia menangis tapi bukan di hadapan orang yang dia sayang. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya dia harus menaggung rasa itu.

"Mari masuk dalam dulu. Dah malam ni."

***

Semua duduk di atas sofa mendengar cerita Anisa dari A sampai Z. Sambil bercerita, Hammara genggam tangan adiknya. Terbit keluhan di bibir ibu Anisa.

   "Betul ke dia cakap macam tu? Dia nak cari kakak kamu balik?"

Anisa angguk. Wajah gusar ibunya ditatap lama dan disilih ganti dengan wajah Datin Kauthar, Opah Khadijah dan serta Nufail. Kelihatan lelaki itu sedang berfikir sesuatu.

   "Erm Aunty...Opah, Encik Nufail. Saya minta maaf sebab perlu dengar perkara begini. Saya sebolehnya tak mahu susahkan orang lain. Saya ..." Anisa jadi sebak. Dia tidak tahu mahu bebuat apa. Dia buntu.

Laju Datin Kauthar menggeleng lalu bangun dari sofa dan mendekati Anisa. Bahu gadis itu dipeluk. Ubun-ubun Anisa diusap kasih.

  
 

  "Anisa...jangan cakap macam tu, sayang. Umi dah anggap Anisa macam anak Umi sendiri. Macam keluarga Umi sendiri."

  

   
"Umi..." Nufail tiba-tiba sahaja bangun dari duduknya. Serius sahaja muka jejaka itu saat memanggil Uminya. Wajah Datin Kauthar dan Ibu Anisa dipandang sekilas sebelum wajah Anisa yang basah dengan air mata itu, ditatapnya.

"Makcik...izinkan saya untuk halalkan Anisa sebagai isteri saya yang sah. Saya akan jaga dan lindung orang-orang yang Anisa sayang.... sepenuh hati saya."

Semua yang berada situ tercengang dengan lamaran mendadak jejaka itu. Anisa pening. Dia rasa nak pengsan. Tangan naik memegang kepala sendiri. Sungguh dia tak percaya jejaka itu berani mati melamar dia depan semua orang!

  "Ap....apa Encik merepek ni?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience