Hakim berasa lemas dan dia membuka mata. Bau busuk menusuk hidung dan dia berada di dalam kegelapan. Tangan yang diikat tali berjaya dilongarkan setelah lama bergelut. Dia bangun dan terkejut melihat dia berada di dalam tong sampah besar dan dia segera bangun melepaskan diri daripada jerami yang melitupi satu badannya. Hakim melompat keluar dan jatuh terduduk kerana kepalanya masih sakit. Dia mengelap darah beku pada bahagian kanan kepala dan masih agak pening lagi kerana dipukul kuat oleh David. " Aku tak sangka si Luke dan David geng baik. Aduh, kepala aku. Alhamdulillah,nasib baik nyawa aku masih panjang. Ouh ni dekat belakang mall rupanya." Hakim membebel sendirian dan meraba poketnya. Dia menjumpai kunci kereta yang diberikan oleh Harry dan bergegas ke kawasan parking kereta untuk merawat dirinya menggunakan kit kecemasan kerana jika dia kembali terus ke mall pasti dia akan dituduh sebagai pembunuh Smith. "Maaf pak cik Smith." Hakim duduk di kerusi belakang sambil mengelap lukanya dengan kapas dan mengeluh kesal kerana tidak dapat menyelamatkan Smith. Usai merawat lukanya dia menukar ke pakaian baru dan makan sedikit makanan.
Mereka baru sahaja hendak melelapkan mata tetapi tidak dapat kerana bunyi penggera kebakaran berbunyi sangat nyaring. " Mari periksa di bawah." Harry mengajak mereka dan meninggalkan Nadia dan Lisa untuk memerhatikan budak-budak di atas. Julie menyerahkan sebuah senapang kepada Nadia dan mereka berlalu pergi. Mereka juga bimbang jika dibiarkan penggera berbunyi berterusan akan menarik zombi untuk datang berkerumum di sekitar luar mall. Will yang terakhir sekali beredar dan dia pergi ke arah Adam. "Adam, jika ada kecemasan baru guna." Will berbisik sambil menyelitkan sepucuk pistol ke dalam baju Adam. Lalu dia berlalu pergi meninggalkan mereka. David yang berada di belakang meminta maaf untuk berpatah balik kerana tertinggal barang dan yang lain turun ke arah eskelator. David mengeluarkan satu kunci dan mengunci pintu tangga ke atas atap. "Saya rasa kalau api marak baik kita terjun ke dalam kolam renang untuk lari daripada sini. " Mia memberi pendapat dan dipersetujui oleh yang lain. Adam dan Danial terlihat sebuah lori kecil tentera menghampiri kawasan parking mall. " Auntie Nadia ada orang datang sini." Danial menunding jari ke arah lori itu. Nadia juga perasan akan kehadiran lori tersebut dan mengambil walkie-talkie untuk memaklumkan kepada Harry namun tiada sambutan. Nadia dan Lisa bingung dan mereka berdua pergi ke arah pintu tangga dan mereka mahu membuka pintu tetapi telah dikunci dari arah luar. "Eh, siapa yang kunci pintu ni? Sekejap lagi mereka semua akan Naik juga ke sini mengapa perlu kunci pintu ni?" Lisa berkata. "Arghh!!!" Mia segera menjerit ketakutan kerana lampu di mall tersebut terpadam dan mereka berada di dalam kegelapan dan hanya bersumber cahaya sinaran bulan. Dari kejauhan Harry dapat melihat terdapat sebuah longokkan barang sedang terbakar pada bahagian tempat makan. Chen terus mengambil tong pemadam api dan mematikan api yang sedang marak membakari meja makan camping. Debu putih menyelubungi kawasan situ dan mereka pergi ke arah pintu untuk mengeluarkan debu putih tersebut. Akhirnya pengerra kebakaran di matikan oleh Jack dan tiba-tiba semua lampu terpadam. "Eh, blackout pula." Jack menggaru kepalanya yang tidak gatal. Will dan Bennet yang kebetulan membawa lampu suluh seperti diarahkan oleh Harry membuka lampu dan agak sukar untuk melihat keadaan sekeliling yang masih diliputi debu putih. Chen mengeluarkan gugusan kunci kesemua manga pada pintu mall dan berjalan ke arah pintu kaca utama untuk membuka pintu. Sebaik sahaja dia mahu memasukkan kunci pada lubang manga dia ditembak pada bahagian belakang dada dan Chen hanya mampu memandang rakannya yang lain lalu rebah ke lantai dan gugusan kunci jatuh di sampingnya. Ahli anggota yang lain bergegas menerpa Chen yang sedang mengerang kesakitan dan Harry merampas lampu suluh daripada Bennet dan menyuluh pada tingkat satu punca bunyi das tembakan dilepaskan. Alangkah terkejut mereka apabila melihat David yang tenang sedang mengacukan senapang sniper ke arah Will. " Sesiapa pun yang bergerak walaupun sedikit akan aku tembak budak ni." David memberi amaran disertai senyuman sinis. " Bagus pertunjukan engkau, David. Memang aku tak salah pilih rakan sekutu. " Tiba-tiba Luke berucap sambil menepuk kedua-dua tangannya dan berjalan ke arah John dan secara pantas mengigit leher doktor malang itu hingga darah memancut keluar. John yang terbeliak matanya hanya mampu memandang Luke dan jatuh terkulai sambil menahan darah yang memancut laju keluar daripada karotid."John!" mereka menjerit terkejut. Luke berubah rupa menjadi zombi sepenuhnya dan memandang mereka. " Kalian akan mati di sini." Luke berkata lalu mengarahkan semua zombi yang mengepungi mall menyerang mereka. Harry di serang oleh Luke dan dia juga cuba mengelak sambil menumbuk Luke namun badan Luke seperti kebal manakala ahli lain sedang bergelut cuba melepaskan diri daripada kerumunan zombi itu. Ada yang menghentam zombi dengan pemukul besbol dan yang menembak zombi hanya Jack dan Bennet sahaja kerana tidak semua membawa pistol. Will dan Julie yang mempunyai pistol pula menembak zombi lain yang cuba mendekati Harry yang sedang bertumbuk dan menahan Luke yang asyik ingin mengigitnya. Bennet yang berjaya meloloskan diri daripada gerombolan zombi itu pergi ke arah pintu berdekatan mengambil sebuah kerusi plastik yang terletak di sebuah kedai dan membaling kerusi itu pada pintu namum kaca pintu yang kalis peluru itu hanya retak. "Aduh lupa aku!" Bennet teringat terdapat gugusan kunci pada mayat Chen dan dia terpaksa berlawan pula dengan lapan zombi yang mengikuti dia berlari dan lebih malang dia sudah kehabisan peluru. Lalu Bennet mengambil kerusi tadi dan menghentam lapan zombi itu dan sebaik sahaja zombi tadi jatuh dia pantas berlari menuju ke arah mayat Chen dan mengambil kunci. Amelia yang dilindungi oleh Jack mengintai ke arah David dan melepaskan dirinya lalu menjerit pada David. " David tolong selamatkan saya. Saya berjanji akan patuh apa yang kau arahakan. " Amelia si jururawat menjerit. David membalas. "Buktikan pada aku Amelia." sambil menunding ke arah Jack yang juga keliru melihat kelakuan Amelia. Amelia yang memegang kayu golf terus tanpa banyak soal menghayunkan batang besi golf itu dan memukul kepala Jill yang berdiri di belakangnya. Jill tidak perasan lalu apabila terkena hentaman batang golf terus jatuh dan Jack menolak Amelia jatuh dan menerpa ke arah Jill yang pengsan. Jack menembak tiga zombi yang mendekati mereka. Amelia yang berpeluh takut segera berlari ke arah tangga eskelator dan David menyambutnya dengan mesra. Amelia memeluk David dan mereka berlalu pergi ke arah tangga atap. " Jack melihat mereka " Amelia, aku akan bunuh kau!" Jack berazam dan amat kesal akan tindakan Amelia yang juga merupakan kekasihnya.
Semasa bergelut Julie telah berjaya digit oleh satu zombi wanita dan Will menerpa zombi itu. Julie menahan luka pada tangannya sambil terus menembak zombi yang menyerang suaminya. Harry yang melihat isterinya digigit juga hilang tumpuan dan malangny Luke berjaya mengigit pipi kanan Harry. Bennet yang berjaya mendapatkan kunci sedang mencuba satu persatu kunci pada pintu utama dan terdengar rintihan Will. Dia ternampak kejadian malang menimpa ibu dan bapa Will lalu berpatah balik ke arah mereka. Masih terdapat sekitar dua puluh zombi dan Jack memapah adiknya yang pengsan dan berlalu pergi ke arah pintu yang hendak dibuka oleh Bennet.Bennet mengangkat tong pemadam kebakaran dan berlari menuju ke arah Luke. Sebaik sahaja dekat dia menghentam kepala Luke dengan kuat dan lelaki itu jatuh tersungkur. Will merampas pemadam kebakaran itu dan menghentam kepala Luke berulang kali. Harry dan Julie yang cedera menahan Will. " Semua dengar sini. Kalian yang selamat segera beredar daripada sini. Bawa budak-budak sekali kerana aku pasti konco Bob akan datang untuk mengambil budak-budak. " Will dengar arahan ayah. Kamu pergi ke atas bersama-sama Bennet dan periksa keadaan budak-budak sebab David pergi ke sana. Jack bawa Jill keluar dan pergi ke arah jip kalian bersedia untuk bertolak.Ambil juga bekalan dan kami berdua akan bantu ambil barang bekalan selagi kami tak bertukar. " Harry berpesan. Will terus beredar mengikuti Bennet dan Jack pergi ke arah Harry. " Jack, tolong jaga anak aku Will. Kami memang tak mampu sudah. " Harry berkata sambil Julie yang berjuraian air mata memeluk suaminya.Jack berlari ke arah tempat makan dan memasukkan beberapa bekal ke dalam beg plastik. Julie dan Harry cuba membuka pintu utama selepas Bennet menyerahkan kunci itu.
Share this novel