Bab 4

Romantic Comedy Series 60772

"Ada satu hari tu, Mija ni datang kat aku nak bercerita. Biasalah budak-budak bercerita kan. Aku ni pula masa tu memang lurus bendul. So aku layan je la si Mija. Tadah telinga dengan apa yang dia nak katakan. Padahal bukan aku faham atau tahu pun apa yang dia nak cakap." Sarah menceritakan bersungguh-sungguh.

Tiba-tiba Niza menyampuk. "Ni mesti si Syafiq tu tumpang sekaki kan? Aku dah agak dah... Dia pun kaki suka kecoh juga macam perempuan. Sebab tu dia panggil kau nama tu," telah si Niza. Gayanya macam pasti benar bahawa apa yang dikatakan itulah yang berlaku.

Sarah menggeleng. Dia pun tercengang sebentar tadi kata-katanya dipotong oleh Niza macam tu je.

"Eh, kau ni cepat sangat buat kesimpulan kenapa? Cuba bagi aku habiskan ayat aku dulu, baru kau nak menyampuk. Ni kau tak tahu hujung pangkal nak mencelah. Apa yang kau cakap tadi tu salah belaka. Bukan macam tu pun ye." Sarah dah mula rasa nak menyinga.

"Alah, janganlah marah. Aku cakap je. Kalau tak betul tak pe la. Okay, aku tak sampuk lagi lepas ni. Aku janji. Kau sambung balik cerita kau tu tadi." Niza dah angkat tangan tanda menyerah. Sarah benar-benar bengang dengan tindakan dirinya sebentar tadi.

"Ha. Macam tu aku suka. Kalau kau menyampuk lagi tak tentu hala aku tak nak sambung cerita ni. Biar kau melopong tak tahu apa jadi sampai ke sudah." Sarah sengaja menggertak kawannya itu. Niza dah muncungkan mulut tanda nak merajuk.

"Mija datang jumpa aku nak bercerta dan aku pun dengar jelah kan. Rupanya dia nak bercerita pasal mak cik yang kerja tukang cuci kat sekolah kami. Dia cerita macam-macam pasal mak cik tu samoai bahagian mak cik tu amil makanan kat kantin tak bayar pun si Mija tu boleh tahu. Kebetulan masa tu si Syafiq ni entah macam mana boleh ada kat situ juga. Aku pun tak tahu dari mana dia datang. Muncul je terus mencelah cerita." Kata Sarah.

"Eh, macam sama je yang aku cakap tadi, ke tak? haha," kata Niza lagi.

"Tak lah. Dia tak tumpang sekaki pun dengar gosip si Mija tu. Dia sergah kami berdua tahu tak?" kata Sarah menjelingkan matanya.

"Ha, mestilah korang berdua terkejutkan?" kata Niza menambah.

"Iyalah apalagi, Aku dan Mija memanglah terkejut. Ingatkan kami berdua je masa berbual tu sebab tak nampak sesiapa pun sekali masa tu. Sampai air yang si Mija pegang tu tersimbah kat aku. Tu yang buat aku angin sangat!" Akui Sarah yang geram mengenangkan kejadian ketika itu. Niza dah tak mampu menahan ketawa. Dalam kepalanya dia sudah boleh membayangkan apa yang terjadi kepada Sarah dan Mija ketka itu.

"Habis tu kau buat apa?" tanya Niza lagi.

"Aku dengan Mija pun jeritlah kat dia. Sejak dari hal itu, dia tak habis-habis panggil aku kay ph chi. Dan setiap kali dia panggil aku dengan nama itu, aku akan teringat sangat momen kami berdua terkejut dan aku rasa macam nak lempang je dia kiri kanan," kata Sarah melepaskan geram. Hatinya marah sungguh dengan perbuatan si Syafiq ketika itu dan tidak mungkin dapat dia lupakan semudah itu.

"Aku rasa dia saja sergah korang berdua tu, nak join sekaki tapi tak dapat!" kata Niza disusui ketawa terkekeh-kekeh.

"Kau ni dah mulalah tu, Aku ni yang malas nak layan kau. Dah la, Aku turun tengok mana pula mak aku dah pergi tu," kata Sarah meninggalkan Niza yang masih ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience