CHP 3

Romance Series 55119

Iryna merenung dirinya, hari ini semuanya bakal dinoktahkan. Dia akan menjadi seorang isteri kepada lelaki yang tidak dikenali. Kelihatan ibunya sedang merapikan selendang di kepalanya. Dia hanya diam melihat dirinya dirapikan oleh beberapa orang.

"Halus buatan baju ni. Manik dia ni macam Swarovski." Kata seorang perempuan lagi, "eh, memang Swarovski pun. Untung Iryna.." kata perempuan lain lagi. Iryna hanya tersenyum nipis."Ya Allah, aku reda. Tolong lah bantu aku untuk mencintai suamiku. Tolong lah bantu aku untuk menjadi seorang isteri yang baik." Rintih hati Iryna. "Iryna, dah siap.. Jom turun.." kata bapanya. Iryna hanya diam. Dia mengikuti bapanya.

Dia cuba untuk meneliti siapa suaminya? Namun, dia tidak tahu. Mamanya duduk di sisinya. "Ma, mana satu suami Iryna?" Soal Iryna. "Errr... Sebenarnya..." Selepas Mamanya berkata demikian, dia agak risau sebenarnya.
***
(PARIS)

Semua meja kerja milik Dayen berterabur, dia terlalu sakit hati apabila apa yang dirancangkan tidak menjadi, "I don't care, hubungi pihak di sana, apa lagi jalan supaya aku bernikah dengan Irsha hari ini." Kata Dayen. Sham hanya menikus di dinding. Penerbangan mereka dibatalkan atas faktor cuaca. "Dato.. saya dah hubungi pihak sana, nikah masih boleh dijalankan sebenarnya Dato. Secara dalam talian." Kata Sham, cuba memujuk.

Terus wajah Dayen semakin berseri, "what are you waiting for, go! Prepare that things." Kata Dayen. Sham kelam-kabut berlari menyusun peralatan. "Wait! Pastikan kau dapatkan dulu aku penerbangan yang paling cepat sampai Malaysia! Habis je akad nikah, suruh Joe ambil Irsha dekat rumah. Aku tak kira!" Kata Dayen.

"Baik Dato." Kata Sham. Dayen mulai mengemaskan baju Melayunya dan songkok yang dipakainya. "Akhirnya, Irsha milk Abang." Senyum Dayen.
***
Akad dibacakan oleh Bapanya sendiri, Irsha tidak dapat melihat wajah suaminya di sebalik laptop tersebut. Irsha hanya diam melihat lantai. Berita yang disampaikan oleh Ibunya sangat membuatkan dia terkejut.

"Maaf, bakal suami kamu tak dapat datang. Dia ada masalah yang tak dapat dielakkan." Kata Mamanya tadi, sebelum akad nikah berlangsung. Kedengaran kata Sah! menyebabkan lamunannya tersentak. Dia sudah berkahwin.

Dia kini sudah berkahwin!

"Ahh.. apa lagi kau tunggu?" Semua orang tertuju kepada Halisa. "Keluar dari rumah ini anak pungut! Aku dah tak nak serumah dengan kau!" Teriak Halisa. Semua orang terkejut dengan apa sahaja yang baru dituturkan oleh Halisa. "Untuk pengetahuan kau! Kau tu bukannya adik aku, ibu bapa aku sekarang bukan ibu bapa kau yang sebenarnya. Kau tu kami pungut dari kau baby lagi. Kau faham tu. Dah, keluar! Tak payah nak susahkan keluarga kami lagi." Kata Halisa.

Tidak semena-mena wajahnya ditampar oleh Bapanya. "Pa.. sebab anak pungut ni, Bapa tampar Halisa. Memang Bapa tak sayangkan saya!" Kata Halisa, menangis masuk ke biliknya. Iryna masih terdiam, lama-kelamaan air matanya jatuh.

"Ma... Pa... Betul ke saya cuma anak angkat?" Soal Iryna. Mamanya terus memeluk Iryna. "Mama tak pernah fikir macam tu, Iryna. Walau apapun.. Iryna tetap anak kami. Dari kecil, kami yang dah besarkan Iryna, sayang.." pujuk mamanya.

Semua orang dalam rumah berkenaan hanya diam. Sehinggalah satu suara berbunyi di luar. "Assalamualaikum..." Kata lelaki tersebut. Iryna dan tetamu yang lain hanya memandang sosok lelaki tersebut.

"Maaf pak cik, mak cik.. saya diarahkan oleh Tuan saya untuk jemput Puan. Mana satu ye Puan Iryna Irsha?" Soal lelaki tersebut. "Ya, saya.." kata Iryna. "Puan.. waw... Lawanya, patutlah majikan saya tak sabar nak kahwin dengan Puan. Dah, Puan kemas barang-barang Puan ye. Semua dekat rumah dah tunggu daa.. Mari.." kata lelaki tersebut. "Awak siapa?" Soal Iryna. "Maaf Puan, kurang adab betul saya ni kan. Saya Joe, pemandu Dato.." kata Joe.

"Dato?" Semua di rumah terkejut mendengar pangkat tersebut.
***
(PARIS)

"Pastikan kau teman Puan, aku nak Irsha selesa dalam rumah tu.. Faham?" Arah Dayen. Selepas sahaja panggilan dimatikan, dia membuka songkok dan baju Melayunya.

"Sham.. lambat lagi ke Sham?" Soal Dayen, semakin tidak sabar dia bertemu dengan isterinya. "Dato.. ada berita gembira, cuaca dah okay.. apakata, kita naik pesawat pribadi Dato?" Kata Sham.

Dayen terus menepuk bahu Sham. "Bagus! Dah cepat kita gerak. Aku malas nak tunggu. Kalau boleh malam ini kita kena sampai sana." Kata Dayen.

Sham hanya sedikit tersenyum melihat wajah majikannya. "Sayang sangat dengan Puan Irsha ini, entah.. macam manalah Puan Irsha ni ye? Sampaikan kau angau, Dayen?" soal Sham. Tidak pernah lagi dia melihat majikannya boleh jadi kurang siuman disebabkan oleh perempuan. Sham mulai mengemaskan meja Dayen yang berterabur akibar kemarahan Dayen tadi.

"Tak sabar pula aku nak jumpa Iryna Irsha ini." gumam hati Sham. Panggilan telefon daripada seseorang mengejutkannya. "Ye , hello.. kenapa?" soal Sham. "ahh?? Dato nak buat candle light dinner malam ni juga? sempat ke? aihh lah, Dato ni.. main ikut suka dia je. Dah, awak inform dekat sana. Pastikan semuanya prefect! Awak carilah baju yang sesuai dengan Puan malam ini." kata Sham mematikan panggilan daripada Malaysia itu.

"Parah betul Dayen ni.. Aisyh!!!" kata Sham. "Sham, cepat!! Aku nak kita bertolak sekarang!" laung Dayen. "Baik Dato." kata Sham, terus mengambil segala keperluan majikannya.
***
(MALAYSIA)

"Suami aku ni orang tua ke? Ya Allah... Lindungilah aku." Gumam hati Irsha. Namun, seperti yang dia katakan, dia harus reda.

Dia kini melipat pakaian sambil dibantu oleh Mamanya. "Jadilah isteri yang taat dengan suami ye. Jaga makan, pakai suami. Jangan bergaduh.. bincang. Dan yang paling penting, cuba belajar mencintai suami Irsha." Pesan Ibunya.

"Iryna. Ini ada sesuatu yang Bapa nak bagi kamu." Kata Bapanya. Iryna membuka kotak tersebut dan terdapat gambar di dalamnya. "Siapa ni Pa?" Soal Iryna. "Inilah kedua ibu bapa kamu, Iryna. Tapi, mereka dah meninggal waktu kamu kecil. Ini sahaja memori yang kedua ibu bapa Iryna tinggalkan." Kata Bapanya.

Iryna menangis sambil memeluk kedua ibu dan bapanya. "Terima kasih sebab jaga Iryna, Ma.. Pa." Kata Iryna.

Joe sedang memuatkan beg kepunyaan Iryna. "Puan, silakan masuk." Kata Joe. Iryna melambai ke arah kedua ibu dan bapanya. Dia masuk ke dalam kereta dan menarik nafas panjang.

"Err.. Encik Joe kan?" Soal Iryna. "Apa pula Encik, Puan. Panggil Joe je. Kenapa Puan?" Soal Joe. "Suami saya tu orang tua ke?" Soalan pertama Iryna. Joe hanya menutup mulut menahan ketawanya.

"Saya tak boleh bagitahu Puan. Puan kena lah tengok sendiri, Dato tu.. " kata Joe terus menjalankan kenderaan tersebut. Iryna sudah terdiam, memang sah dia kahwin dengan orang tua.

"Aku nak panggil apa? Pak Cik? Tuan? Ke Dato? ke Uncle? Abang??. Gumam hati Iryna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience