Bab 6

Drama Completed 35637

Hadirah dan Farhan sudah lama sampai di class. Mereka berdua sedang menunggu Tiara.

"Mana Tiara ni? Dia salah jalan ke? Tak kan la dia salah jalan pulak. Dah lambat ni. Kejap lagi Prof Yusuf masuk" kata Hadirah

"Dia ada mesej kau? Mungkin dia tak datang ke apa" kata Farhan

"Tak ada pulak dia mesej aku apa apa" Hadirah melihat telefonnya mana tahu ada mesej dari Tiara.

Tiba-tiba Tiara masuk pintu kelas dan pergi ke arah mereka berdua.

"Hah, Tiara. Kau pergi mana? Salah jalan ke? Lambat kau datang" tegur Farhan apabila melihat Tiara

"Tu lah. Selalu kau datang awal. Eh, kenapa kau letak buku kau? Kau nak pergi mana? tanya Hadirah apabila melihat Tiara meletak bukunya tetapi tak duduk di kerusi.

"Aku ada hal kejap. Nanti aku masuk kelas balik"

"Kau okey tak?" tanya Farhan

"Ikut hati memang tak okey, tapi kena berlakon okey" kata Tiara dalam hati

"Okey je. Aku pergi dulu tau. Kejap lagi aku masuk kelas" kata Tiara sambil pergi dan keluar kelas. 

"Kenapa dia tu?" tanya Hadirah

"Tak tahu lah. Eh, tu Hadi kan? Asal Tiara pergi dekat dia?" kata Farhan apabila ternampak Hadi di luar kelas.

"Haah la, itu Abang Hadi. Dia buat apa lagi la dengan Tiara kali ni? Semalam dah la suruh dia beli makanan seminggu"kata Hadirah

"Tu lah. Geram pulak aku dengan dia. Bukan selama ni dia tak cakap dengan orang lain ke selain dengan Akmal dengan Hafiz tu. Ni siap suruh beli makanan pulak tu" kata Farhan

"Kan dia cakap gantirugi" kata Hadirah

"Ouh, ye lah gantirugi. Lupa pulak aku apa yang Tiara cerita dekat kita semalam" 

"Kita doa je la yang Tiara tu selamat. Kesian dia. Baru je berapa hari dekat sini dah ada masalah. Masalah dengan hero malaya universiti ni pulak tu" kata Hadirah sambil melihat luar bilik itu.

Dia melihat Hadi dan Tiara sudah pergi. Pergi ke mana, dia tidak tahu.

Farhan yang juga sedang melihat Tiara dan Hadi terhenti apabila mendengar Hadirah cakap tentang hero Malaya.

"Apa kau cakap tadi? Hero Malaya universiti?" tanya Farhan

"Haah, itu gelaran kedua dia lepas 'most wanted guy'. Tak kan kau tak tahu?"

"Aku bukan makcik bawang macam kau" balas Farhan

Hadirah mencebik mendengar kata-kata Farhan.
//
Hadi dan Tiara sudah sampai di hadapan surau perempuan.

"Bak sini kasut kau" minta Hadi sambil membuka kasutnya dan menyerah kan kepada Tiara.

"Aku basuh kasut kau ni tak ada sabun tau. Aku tak gila bawak sabun pergi class" kata Tiara sambil membuka kasutnya.

"Iye, aku tahu. Yang penting kau basuh kasut aku" balas Hadi

"Kau jaga elok-elok kasut aku tu. Rosak ke, terkoyak ke, jaga kau" pesan Tiara

"Kau tu yang basuh kasut aku elok elok. Oh, nasib baik muat kasut kau. Kalau tak, aku kena pakai selipar surau macam kau. Ok lah, aku gerak dulu. Selamat membasuh" kata Hadi sambil pergi meninggalkan Tiara bersama dengan kasut miliknya.

"Sabar Tiara, sabar" kata Tiara kepada dirinya selepas mendengar kata-kata Hadi itu.

Dia pun masuk ke dalam surau dan mulakan kerja pembasuhan nya. Nasib baik tiada orang yang masuk ke dalam surau itu sehingga Tiara selesai membasuh.

Tiara menghabiskan masa kira-kira 30 minit membasuh kasut Hadi. Hasilnya, warna coklat air Milo itu tetap ada cuma berkurang sedikit sahaja. 

"Aku tahu dia ni saja je nak suruh aku basuh kasut dia. Padahal, dia memang tak akan pakai dah kasut ni. Tak akan la dia nak pakai lagi kasut yang dah kotor ni. Dia kan 'Ikhwan Hadi'. Menyampah" kata Tiara sambil dia membuka lipatan lengan bajunya yang dia lipat sebelum membasuh.

"Mesti prof dah masuk nii. Aduhh, naya aku. Dah la student baru. Baru berapa hari dah masuk lambat. Itu belum kira apa yang Hadi tu buat dengan kasut aku. Aduhai, apa jadi dengan harini?"

Tiara meletakkan kasut Hadi di tepi tempat ambil wuduk. Nanti sebelum balik, dia akan ambil kasut itu dan serahkan pada Hadi. Jadi bibik Hadi Tiara hari itu.

Sebelum keluar, dia pakai selipar surau. Memang dia rasa bersalah untuk bawak keluar selipar surau itu.

Tapi, dia akan beli selipar yang baru untuk ganti kan selipar yang dia pakai itu. Mungkin dia akan beli dua pasang selipar kerana dia berasa bersalah sangat.

Dia pun pergi ke kelas dengan selipar itu. Memang malu, tapi lebih baik berselipar daripada berkaki ayam.

Dia menarik nafasnya dalam-dalam sebelum mengetuk pintu kelas. Memang tepat tekaan nya yang prof sudah masuk.

Hadi pula yang nampak Tiara yang sudah selesai membasuh kasutnya dan berselipar itu menahan ketawa.

"Assalamualaikum Prof Yusuf. Maaf sebab saya lambat" kata Tiara di depan pintu.

Ketika itu, Tiara rasa teramat malu kerana banyak mata yang memandang nya. 

"Oh, Tiara. It's okay. Kali ni saya lepaskan awak. But after this, don't be late again. Okey, sila masuk" kata Prof Yusuf memberi maaf kepada Tiara

"Terima kasih prof" kata Tiara sambil masuk dan duduk di kerusinya.

Dia melihat buku yang di letakkan di atas meja tadi tiada. Dia melihat muka Farhan dan Hadirah seperti bersalah. Dia bisik kepada Farhan

"Mana buku .." 

Belum sempat Tiara habis tanya, pantas Farhan menjawab.

"Hadi" kata Farhan tidak memandang muka Tiara. Takut nanti prof ingat mereka berbual. Pantang Prof Yusuf lihat pelajar nya berbual semasa dia bercakap di depan.

Geram bukan kepalang Tiara ketika itu. Ikut hati dia nak menjerit saja pada Hadi.

Dia pandang Hadi dan Hadi menunjukkan buku Tiara yang diambilnya sambil tersenyum mengejek. 

Tiara malas nak pandang muka Hadi lama lama, jadi dia pandang depan. Prof Yusuf sedang bercakap di hadapan.

"Hadirah, share buku boleh tak?" bisik Tiara 

"Boleh boleh" kata Hadirah sambil menolak sedikit buku nya ke arah Tiara.

Tiara tidak dapat fokus dengan apa yang di kata oleh Prof Yusuf itu kerana marah sedang menguasai dirinya.

Ramai yang perasan dengan selipar yang dipakai oleh Tiara itu. Mereka juga berbisik sesama sendiri.

Malas Tiara nak ambil tahu. Bukan diaorang tahu apa yang dia alami dari pagi tadi. Yang diaorang hanya nampak Tiara pakai selipar. 

Selepas beberapa jam, kelas pun tamat.

Tiara sengaja biar semua orang keluar dulu. Hadirah dan Farhan pun menunggu mereka semua keluar dulu.

Belum sempat mereka berdua mahu tanya apa yang jadi kepada Tiara, Hadi datang ke meja mereka dan letak buku Tiara.

"Nah buku kau. Aku ingat aku tak bawak buku tadi, aku ambik la buku kau. Sebab ye la kau tak ada dalam kelas. Tapi rupa-rupanya aku bawak buku aku. Aku nak bagi dekat kau masa kau masuk tadi tapi nanti macam biadap pulak sebab prof tengah cakap dekat depan" kata Hadi.

Tiara malas nak balas kata kata Hadi itu. Dia tahu yang Hadi sengaja ambik bukunya.

Dia hanya ambil buku nya dan simpan dalam beg. Dia hanya diam.

Hadi yang melihat Tiara senyap bertanya lagi.
"Kasut aku mana? Kau buang ke?" tanya Hadi

"Dekat surau. Kau tunggu kejap, aku ambik" jawab Tiara malas.

"Ehh tak payah. Tak ada kerja aku nak tunggu kau ambik. Kau bagi aku kasut tu esok je. Kasut kau ni pun aku bagi esok" kata Hadi

"Hmm" jawab Tiara.

Dia sudah penat layan perangai Hadi itu. Baju dia basah, seluar dia pun sama disebabkan kena dia membasuh kasut Hadi.

Dia masuk kelas lambat padahal dia student baru. Lepastu kena hadap muka Hadi lagi. Memang dia penat.

Buat kali kedua, empat orang yang lain tidak faham dengan apa yang Tiara dan Hadi katakan.

Kenapa mereka bincangkan tentang kasut? Kenapa Hadi pakai kasut Tiara? Mana Tiara pergi sampai dia masuk kelas lambat? Apa yang Hadi suruh Tiara buat? Kenapa kasut Hadi dekat surau? Soalan soalan itu bermain main di fikiran mereka berempat.

Ikut hati nak tanya, tapi bagi Tiara dan Hadi selesai dahulu.

"Jangan lupa ambik kasut aku dekat surau tu" kata Hadi.

Kemudian, dia pergi bersama dengan Akmal dan Hafiz.

Selepas melihat mereka pergi, Hadirah nak bertanya pada Tiara apa yang jadi. Tapi, Farhan memberi isyarat 'jangan tanya apa apa'.

Muka Tiara ketika itu menunjukkan yang dia sangat penat. Penat dari segi mental.

Hadirah yang faham maksud Farhan itu tidak jadi bertanya. 

"Erm, Tiara. Biar aku je la ambik kasut Abang Hadi dekat surau. Kau cakap je dekat mana" kata Hadirah menawarkan bantuan

"Dekat tempat ambik wuduk. Thank you tau Hadirah" kata Tiara sambil menghadiahkan senyuman lemah

"No problem. Kau tunggu sini kejap dengan Farhan"

Setelah melihat Hadirah pergi, Farhan memandang Tiara. Dia kesian melihat Tiara kena buli sebegini. Tiara meletakkan tangannya di atas meja dan letak kepalanya di atas tangannya. 

"Tiara, kitaorang mintak maaf sangat-sangat sebab kitaorang tak dapat nak tolong kau apa apa. Kitaorang nak tolong kau, tapi kitaorang tak tahu macam mana. Lagipun, itu Hadi" kata Farhan

Tiara yang mendengar kata-kata Farhan mengangkat kepalanya dan memandang Farhan.

"Tak ada apa-apa lah. Aku faham. Lelaki macam tu memang tak boleh nak buat apa-apa. Cukup korang ada dengan aku pun ok la" kata Tiara tersenyum lemah.
//
"Apa jadi ni Hadi? Asal kau pakai kasut Tiara?" tanya Akmal

Tanpa menunggu mereka bertanya lebih banyak soalan, Hadi pun ceritakan segala-galanya.

"Tapi, bukan kau ada kasut lebih ke dalam kereta kau? Asal tak pakai tu je?" tanya Hafiz selepas mendengar cerita Hadi.

"Aku tau. Memang ada kasut pun. Aku sengaja je suruh dia basuh kasut aku. Biar dia tahu dengan siapa dia cari pasal"

Akmal pandang Hafiz, Hafiz pandang Akmal. Mereka pelik dengan perangai Hadi. Hadi tak pernah bersikap begitu. Lagi lagi, nak buli orang. 

"Aku bukan nak cakap apa lah, tapi kesian la Tiara tu tadi. Pastu kau ambik pulak buku dia" kata Hafiz

"Kisah apa aku? Lantak dia. Puas hati aku bila tengok dia macam tu" kata Hadi sambil membuka kunci kereta nya.
Hafiz hanya menggeleng kepala kepada Akmal apabila mendengar kata-kata Hadi.

"Okey la, aku gerak dulu. Assalamualaikum" kata Hadi sambil menutup pintu kereta. Selepas itu, kereta itu pun pergi.

"Waalaikumussalam" jawab mereka berdua.

"Kenapa dengan dia tu?" tanya Hafiz kepada Akmal

"Kau tanya aku? Aku lagi la tak tau. Tak apa, kita tengok apa jadi nanti. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam ni tapi aku rasa nanti Hadi tu yang beria nak Tiara nanti" kata Akmal kepada Hafiz

"Kau rasa macam tu? Aku pun rasa macam tu" kata Hafiz terkejut apabila apa yang di rasa nya sama dengan Akmal.

"Tak apa, kita tunggu. Kita tunggu kita tengok. Just wait and see" kata Akmal.
//
Hadirah sudah pulang dari surau dan di tangannya ada sepasang kasut berwarna putih dan bertompok coklat daripada air Milo Tiara.

"Thank you Hadirah sebab tolong ambilkan" kata Tiara sambil mengambil kasut itu

"Tak ada apa apa lah. Lagipun, bukan jauh sangat pun surau tu. Dekat je" kata Hadirah sambil tersenyum manis.

Tiara dan Farhan menunggu Hadirah di luar kelas. 

"Oklah, aku balik dulu. Byee" kata Tiara

"Eh kejap Tiara. Apa kata kau balik dengan aku je la. Aku hantar kau" ajak Farhan

"Haah, jom la Tiara" ajak Hadirah pulak.

"Tak apa. Aku boleh order grab je. Korang balik la" tolak Tiara

"Tak apaa, jom. Tak menyusahkan pun" kata Hadirah sambil menarik tangan Tiara dan jalan ke arah kereta Farhan.

Hari itu, Hadirah pergi universiti dengan Farhan.

Sampai di hadapan rumah Tiara , 
"Thank you tau sebab tolong hantar aku balik" kata Tiara tersenyum

"Tak ada apa apa lah. Lagipun jalan rumah aku sama je dengan jalan rumah kau" kata Farhan dari tempat duduk pemandu

"Okey lah, kau masuk la dulu. Baru kitaorang gerak. Kalau ada apa-apa call aku tau" kata Hadirah pula. 

Hadirah dan Farhan sudah tahu yang ibu Tiara sedang outstation. Jadi Tiara tinggal sorang di rumah buat masa ini. Abang Tiara, Luqman pula Tiara tidak sebut.

"Okey, Assalamualaikum" kata Tiara sambil satu tangan  melambai kepada dan satu tangan memegang kasut Hadi.

Kemudian, dia masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam" jawab Farhan

"Kesian doh aku tengok Tiara tadi. Macam mana Abang Hadi boleh jadi macam tu? Dia okey tak?" kata Hadirah

"Aku dah cakap dah tadi kat Tiara, masa kau pergi ambik kasut Hadi tu. Aku mintak maaf la dekat dia sebab ye lah kita tak boleh nak tolong dia apa apa. Hadi tu siapa. Memang tak la kita boleh nak suruh dia stop buli Tiara. Entah entah Akmal dengan Hafiz tu pun tak boleh nak stop kan dia. Sebab ye lah, diaorang bukan pembuli dekat universiti tu. Mesti la kawan dia terkejut tengok Hadi buat macam tu" kata Farhan panjang

"Betul tu. Aku sokong. Nasib baik kau mintak maaf dekat Tiara. Takut nanti dia rasa yang kita tak kisah pasal dia" jawab Hadirah

"Tak apa lah. Nak buat macam mana. Yang penting kita kena selalu ada dengan Tiara" kata Farhan

Tiara sedang berada di atas birai katilnya. Dia termenung memikirkan hari ini.

Tiba-tiba satu cecair jernih mengalir dari matanya. Memang, mulut Tiara tak makan saman. Tetapi, kesabaran dia ada 'limit'.

Sambil tidak berkata apa-apa, dia bangun dari katil, capai tuala nya dan masuk ke dalam bilik air.

thankyou sebab sudi bace ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience