BAB 7

Humor Completed 26062

"Tolong gantikan mama meeting hari ni.Mama ada hal lain."Terngiang pesanan Puan Yasmin di telinga Harith.Nak tak nak terpaksa Harith turutkan juga.

Sampai saja di Hotel Paradise terus Harith menuju ka tempat yang Puan Yasmin maksudkan.Suasana pada waktu pagi agak lenggang berbanding sebelah petang.Dah lama Harith tidak ke sini.

Sengaja dia datang awal dari waktu yang dijanjikan.Dia tidak suka berlengah jika melibatkan hal bisnes.Harith akui yang mama nya telah bersusah payah memajukan syarikat milik arwah papanya.Jadi dia tidak akan mensiakan usaha Puan Yasmin selama ini.

"Morning Harith..."sapa satu suara lembut.

Harith bangun dan berpaling.Intan tersenyum manis di tepi meja.Dua orang lelaki dan wanita disampingnya turut tersenyum.Mulanya Harith agak terkejut kerana tidak menyangka akan kehadiran Intan di situ.Selalu Naufal yang akan menggantikan Auntie June.

"Hai,morning."balas Harith sambil berjabat tangan dengan yang lain.

Tanpa melengahkan masa,mereka terus membincangkan tentang urusan perniagaan yang akan dibuat nanti.Intan juga tidak kekok dalam hal selok belok syarikat.Terpegun Harith sebentar.Sangka nya Intan hanya tahu serba sedikit tetapi lebih dari itu.Banyak perubahan positif Intan berbanding dahulu.

Setelah hampir beberapa jam mereka berbincang.Akhirnya kata sepakat di capai.

"Alhamdulillah semua dah selesai."kata Intan.

"Terima kasih untuk you juga sebab dapatkan projek ni."puji Harith.

"I tak buat apa pun.."Intan merendah diri.

"Ya lah tu..Cara penyampaian you buatkan mereka tertarik..I sendiri kagum dengan you.Tak tahu pula selama ni you dah kerja dengan company Auntie June."

"Well...Macam I cakap,hidup perlukan perubahan.I pun nak berjaya macam orang lain juga.Dan I tak akan sia kan peluang kedua ni."Medalam sekali maksudnya.Sedalam renungnya ke dalam mata Harith.

"Baguslah kalau you dah banyak berubah.Lepas ni kita kerap lah berjumpa."kata Harith sambil melarikan anak mata ke arah lain.Seolah tidak mahu mengerti maksud sebenar Intan.

Intan tersenyum kecil.Tahu Harith mengelak dari bertentang mata dengannya.

"Eh,dah waktu lunch.Jom I belanja you makan."pelawa Harith.Lama juga mereka berbincang tadi sampai dah masuk waktu lunch.Tiga klien tadi sudah pun beredar.Hanya tinggal mereka berdua sahaja.

"Boleh juga..."sambut Intan sambil tersenyum suka.Dah lama dia tak keluar berdua dengan Harith.Ini juga satu peluang buat dirinya untuk mendekati Harith kembali.Dan dia tak akan lepaskan peluang ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience