tiga puluh satu

Romance Series 207093

Panggilan di phone nya dijawab.

"Assalamualaikum Shira." suara umi menyapa pendengaran.

"Ye mi. Waalaikumsalam.. umi sihat?" Shira menjawab salam seraya bertanya kepada si mertua ala kadar.

Pinggan berisi tuna sandwich dibawa keluar dari dapur untuk dihidangkan pada si suami di meja makan.

"Alhamdulillah sihat je.. ni umi nak cakap sikit. Sabtu minggu ni Along nak buat akikah anak ketiga dia tu.. hari ke 40.. jadi umi nak kamu berdua balik kampung belah umi. Kita buat di sana. Hujung minggu tak kan tak boleh balik kan?" Pn Zaleha menerangkan tujuannya.

"Ooh.. insyaAllah boleh mi. Nanti Shira cakap pada abang dulu ye." jawabnya sopan.

Mereka berbual seketika sebelum perbualan ditamatkan.

"Umi kirim salam.." kata Shira sambil menuangkan susu untuk Khalish.

"Hmm."

"Ni Shira nak cakap ngan abang ni.. Umi kata Sabtu ni nak buat majlis akikah untuk baby Mumfaz dekat kampung belah umi. Boleh tak kite pergi? Ke abang ade program apa-apa?"

Shira memulakan rutin kebiasaannya, berbual dan beramah mesra dengan si suami bekunya.

"Tak."

"Yes! Kalau macam tu kita balik hari jumaat nak? Abang ambillah half day. Boleh tolong-tolong apa yang patut pagi Sabtu tu.. macam mana?" Cawan kopi panas dibawa ke mulut, menghirupnya perlahan sambil menanti jawapan Khalish.

"Kay.." Khalish menghabiskan sisa-sisa susunya di dalam gelas tanpa memandang Shira.

Tapi dia menoleh apabila lengannya disiku Shira manja.

"What?" Khalish bertanya malas.

"Abang... tak pernah terfikir ke pasal..." Khalish tak faham apa yang isterinya itu mahukan. Keningnya terangkat tanda tak mengerti.

Shira pula sesekali memandang Khalish, lepas itu melarikan pandangan dengan ketawa gediknya.

"Ala.. tak kan tak faham kot. Abang ni malu la Shira nak cakap.." Dia terkulat-kulat apabila diperhati Khalish kosong. Serba tak kena dibuatnya.

'Dah kenapa pulak perempuan ni? Macam ulat bulu dah aku tengok..terliuk sana, terliuk sini... patah tulang belakang ke apa.' fikir Khalish.

Dia malas melayan. Baru saja punggung diangkat,

"Eh eh eh bang. Shira tak habis cakap lagi dah pergi. Duduk dulu la.. haish." lengan Khalish dipegang lembut menyuruhnya duduk kembali.

"Nak apa?" wajah Khalish sudah cemberut. Buang masa betul perempuan ini.

'Nak cakap.. cakap jelah. Haih.. Malu-malu bewak dah kenapa?' Dia mengeluh berat.

"Bile kite.... nak.. am..nak..." Shira masih segan-segan mahu bertanya. Senyuman tak lekang dari bibirnya.

'Dasar perempuan pelik.'

Khalish mengeluh lagi entah yang keberapa kali pagi itu. Glass air mineral yang berbaki separuh diteguknya perlahan sambil menanti bicara lembap Shira.

"..nak ade babies?"

"Uhuk! Uhuk! Urgm...." tersedak Khalish dibuatnya, terkejut mendengar pertanyaan Shira.

Dadanya ditepuk-tepuk sambil terbatuk ke tepi. Shira pun kalut berganjak rapat ke arah Khalish.

Dada lelaki itu diusapnya lembut.

"Apalah abang ni.. orang baru cakap pasal anak dah cuak. Shira tanya je pun." ujarnya selamba.

Wajah memerah Khalish memandangnya geram.

"I don't want to have a baby with you." tuturnya perlahan seraya menepis tangan Shira di dadanya.

Shira pula sentap lagi. Bibirnya memuncung.

"Shira bukan cakap baby.. Shira kata babies la abang ni.. cuba dengar betul-betul." Ujarnya selamba, cuba berlagak biasa.

"Kenapa pulak abang tak nak? Kitekan husband dan wife.. apa masalahnya? Boleh tambah cucu umi abi.. bagi mama papa cucu.."

Shira mula memasang angan-angannya sendiri. Dia masih terasa dengan kata-kata Khalish tadi tapi dia cuba sembunyikan dengan senyuman cerianya.

Khalish tak bereaksi. Jauh di sudut hatinya dia pun turut teringin mahu menjadi seorang bapa,seperti rakan-rakannya yang lain tapi....

Schizo being a dad?

Layakkah aku?

Dia termenung sambil memerhati gelagat teruja Shira.

"Along dah tiga orang. Kak ngah pun tiga orang jugak. Adik dua orang.. dan acu dah seorang. Sekarang ni tinggal 'Abang Cik' je belum lagi... so.. kite bile pulak?"

Wajah dingin Khalish ditatapnya dengan senyuman. Mengharapkan jawapan positif dari si suami.

'Please Please Please lah...'

"In your dream. Enough. Kemas. Lewat nanti." Khalish menjawab dingin sebelum bangun dan mula melangkah ke ruang tamu begitu saja. Meninggalkan meja makan.

Shira merengus geram sebelum mula mengemas meja makan.

"Ishhh.. Orang nak manja sikit lari, sikit sikit lari. Ingat orang ni apa? Singa? Buaya? Gorilla? Tak ada chance betul." gumamnya sendirian tanpa sedar Khalish memerhatikannya dari jauh.

Lelaki itu suka melihat wajah tak puas hati Shira, dalam hatinya tersenyum walaupun pada zahirnya tidak.

Sementara menunggu Shira mengemas, Bob menjadi penemannya. Semasa insiden terkantoi dengan Shira dulu, Khalish sudah tak segan silu menggelarkan dirinya 'daddy' apabila bercakap dengan Bob.

'Anak angkat'nya itu diambil semenjak berumur dua bulan dan kini sudah berusia 3 tahun lebih. Selain Azri dan beberapa orang lagi rakannya, Boblah teman terbaik Khalish sewaktu dia kesunyian.

Sebelum hadirnya Shira dalam hidupnya.

"Nanti kita balik kampung ya? Bob nak tak ikut daddy? Hmm?" apabila dengan Bob, Khalish menjadi seorang yang lebih peramah. Mungkin sudah terbiasa.

Shira yang baru keluar dari dapur tersenyum penuh makna melihat telatah Khalish.

'Alahai.. boleh jadi ayah yang baik dekat anak-anak aku nanti..' otak Shira mula berfikir ke lain.

Gatai!!

"Amboiii.. sembang sakan ye.. dengan Shira abang diam tapi dengan Bob bukan main pulak. Meh sini dekat mummy." Bob yang gemuk di dada Khalish diambil Shira dan diusap-usapnya manja.

Khalish hanya berpeluk tubuh, membiarkan Shira memegang baby nya.

"Shira tengok gaya abang ni dah boleh jadi ayah-ayah dah.. amacam?" Shira masih tak henti menyakat.

Lengan Khalish disebelahnya disiku-siku lembut, mengusik. Automatik si suami menjarakkan duduknya dengan pandangan mencerlung.

"Taknak." balasnya dingin.

"Jadi abang kene nak kan la.." Si isteri menjawab selamba.

"Never."

"Hmmm yela tu. I won't give up on you Mr Schizo. Trust me cuz I'm the best lover ever in this whole entire world."

Khalish hanya beriak malas dan menyampah mendengar celoteh Shira sedangkan sebenarnya dia suka mendengar bicara entah apa-apa wania itu. Memenuhi kekosongannya.

Cuma itulah.. hati kata lain, mulut kata lain.

Tak lama selepas itu, Bob ditinggalkan di rumah dan mereka pun ke office untuk bekerja seperti biasa..

~~~~~~~~~~~~~~~~

Shira peroleh sesuatu hari itu. Di atas mejanya terdapat sejambak bunga ros fresh bewarna merah hati dan patung bear bewarna pink.

Rakan-rakan sepejabatnya juga ada yang bertanya siapa yang memberikan semua itu tapi Shira hanya angkat bahu.

Tina di sebelahnya ditanya,

"We.. sape yang hantar bende ni? Bile?" Memandangkan Shira memang datang office paling lambat, memang apapun dia tak tahu.

"Dalam 10 minit sebelum kau masuk. Ada seorang lelaki ni masuk, tapi aku tak tahu siapa.. pakai serba hitam and helmet cover gelap. So aku pun tak nampak wajah dia."

Tina menjawab teliti, kemudian Mei pula menyampuk.

"I rasa kan.. itu orang tahu u keja sini ataupun dia memang keja sini. Cuz dia masuk-masuk saja ini office terus ke meja u letak itu barang. Tara tanya sapa-sapa." Mereka mula berkumpul bertiga walaupun punggung masih di kerusi.

"Kalau dari laki aku kan bagus.. haih.. Tak apalah. Korang sambunglah your work." Shira mengeluh perlahan.

Bunga ros dan patung tadi diletakkan dulu di bawah mejanya tapi sesuatu terjatuh dari jambangan bunga itu.

'Kad apakah ini? Cintakan? Tolonglah jangan. I'm married..huhuhu.' walaupun tak berminat, kad bewarna putih itu diambil juga.

To: Shirahani Maisarah.

You don't know me,
But don't fear me.
Because I'll make you love,
Only me.

Sincerely,
Your Love.

'Wushhh.. siapa pulak dah ni..?' Shira mula berfikir sendirian.

'Sejak bila pulak aku ade secret admire nih. Haih.. kalau abang tahu ni dia marah tak? Ke.. jealous?'

Eh. Kejap...

'Aku boleh gunakan semua ni untuk tarik perhatian abang. Kalau dia sayang aku confirm dia jealous nanti. hehehe..'

Shira mengabaikan siapa si pemberi kerana dia tak peduli pun. Dia hatinya hanya diisi untuk seorang lelaki iaitu Umar Khalish.

Hanya dia.

'Okay! Balik nanti aku nak bagitau dialah. Nak tengok reaksi abang macam mana.. hahaha. Tak sabarnya!'

Dengan senyuman kad diletakkan balik pada jambangan bunga di bawah meja dan memulakan kerjanya semula.

'Aku gembira kau sukakannya sayang..' seseorang memerhatikannya dari jauh.

Tubuh Shira yang berbalut baju kurung moden berpotongan badan itu diperhati lama.

Langsing, berkulit putih kemerahan dan tubuhnya yang matang amat merangsang syahwat kelakiannya.

Air liur diteguknya sesekali menahan rasa dan bibirnya dibasahkan.

'Sekejap je lagi kau akan jadi milik aku.. tunggulah.'

Share this novel

NH_HANS
2020-07-11 23:44:22 

mybe tht authr mmg jns x rply kot.. ke memilih?

Mimie Harmiza
2020-07-11 20:58:57 

night hans

Eirwanna Masri
2020-07-11 18:12:38 

alahai khalish2.. kalo ska kata ska.. jgn la ego sgt.. kang shira dikebas org baru tau..


NovelPlus Premium

The best ads free experience