enam belas

Romance Series 207093

Khalish sudah turun ke bawah dan berbual-bual dengan ahli keluarga Shira yang lain.

Walaupun Khalish 'Schizo', ianya tak menghalang dia daripada berbual seperti biasa. Hanya dia kurang dan dingin saja percakapannya.

Memandangkan ahli keluarga yang hadir dan bermalam di situ agak ramai, mereka tak makan di meja makan. Tapi dua tikar buluh dihamparkan di ruangan luas ruang tamu rumah En. Kamal untuk mereka makan beramai-ramai.

Semua makanan diatur sepanjang tikar dan Pn Mas mula memanggil sanak-suadara yang lain untuk makan bersama.

Shira yang sedang membancuh air di dapur agak lambat sedikit keluar berbanding yang lain. Kata umi, Khalish akan minum susu saja pada waktu pagi kerana sudah terbiasa sejak kecil.

'Haih.. comel betullah laki aku ni.. besar-besar pun minum susu..hihihi.' tersenyum dia seorang diri di dapur.

Sekotak dutch lady purefarm milk dibawa keluar bersama air tadi.

Dulang diletakkan bersebelahan periuk nasi sebelum mata meliar mencari si suami. Shira melihat Shura yang duduk rapat bersebelahan Khalish dan berbual mesra dengan lelaki itu.

Syaitan mula menghurungi hatinya.

'Fuhh.. minah ni memang mencabar tahap keimanan aku.. abang ni pun satu, pi layan kaset rosak tu buat apa? Tak suka betullah..' desis Shira dalam hati.

Tak tunggu lama, susu untuk Khalish dituang ke dalam gelas dan air kopi untuknya sebelum dibawa bersama ke arah Khalish.

"Ey.. kau tepi sikit. Aku nak duduk." selamba badak je Shira mencelah. Mata-mata keluarganya sudah memandang.

"Kau duduk la tempat lain, yang nak semak kat tempat aku dah apahal?" Shura membalas tak puas hati.

Khalish di sebelah hanya buat tak endah. Bagai tak ada apa-apa yang berlaku, dia hanya melihat saja pergaduhan mulut itu tanpa menyampuk.

"Kau dok menempel kat laki aku dari tadi lagi apa kes? Gatai dah nak berlaki? Tepi sikit." dengan mulut tak ada insurans senang saja Shura dihalau ke tepi.

Shura yang seperti dimalukan di hadapan ramai ahli keluarga yang lain hanya menurut dengan wajah cemberut. Sakit hatinya.

Shira pula dengan senyuman manisnya duduk bersimpuh bersebelahan Khalish.

"Abang nah susu.. Shira ada suruh Hariz beli tadi.." tuturnya berubah 100%, lemah gemalai.. Susu disuakan pada Khalish.

"Hmm." balas lelaki itu dingin. Shira tak kisah.

Terdetik juga dalam hati Khalish, 'Tahu pulak dia ni aku selalu minum susu..'

Pinggan berisi nasi Shira suakan pada Khalish. Melihatkan suaminya itu agak kekok mengambil lauk-pauk, Shira dengan ayunya menjadi isteri mithali.

Sambal dan ayam peha berempah diambil untuk Khalish lalu disuakan. Shira tahu Khalish tak sukakan timun dan kacang, jadi dia abaikan.

Sebabnya.. diakan stalker berjaya En Schizo. Semuanya ada dalam poketlah.

"Thanks." ucap Khalish beku. Langsung tak ada keramahan.

"Sama-sama kasih abang.." Shira pula menjawab manja.

"Amboi Shira.. sweet la hangpa berdua nih. Nanti boleh la cepat-cepat bagi papa hang cucu, iye dok Mal?" Makngah mengusik Shira seraya bertanya pada En Kamal.

"Hahaha.. boleh jugak. Papa nak ramai sikit tau Shira." papa pula menambah.

Shira tersenyum malu saja sedangkan Khalish sudah tak senang duduknya mendengar.

'Cucu? Means.. anak aku? Hell no..'

Tak mengendahkan kata-kata sekeliling, dia makan bagaikan seorang diri di situ. Tak mahu masuk campur perbualan mereka.

"Boleh pa.. Shira tak kisah. Tapi papa kene tanya menantu papa ni lah.." Shira menyiku manja lengan Khalish. Mengusik si suami pula.

Tersedak dibuatnya, Shira kalut menyuakan air kosong pada Khalish dan Khalish meminumnya rakus.

Tangan mulalah miang naik menggosok belakang tubuh Khalish, dalam hati, Shira sudah menjerit kegilaan.

'Maigad!! Ya Tuhan! Am fan girl!!' dia tersengih cover line.

"Haish abang ni, macam tu pon boleh tersedak. Shira tak sebut nama abang pun lagi tau." kata-kata Shira diiringi ketawa kecil ahli keluarga yang lain.

Pagi itu tak habis-habis dirinya diusik sebagai pengantin baru, begitu juga Khalish. Tak suka? Dia lagiiiiii suka! menyengih memanjang.

Tapi kalau Khalish.. tak tahulah pulak.

Mereka sekeluarga berbual rancak beramai-ramai di ruang tamu. Mengisi masa.

Tengahari pula, selepas selesai lunch, kebanyakan adik beradik belah mama dan papa sudah pulang. Hanya tinggal beberapa orang saja lagi.

Semasa Khalish mandi selepas lunch tadi, Shira masuk ke dalam bilik untuk menyediakan pakaiannya, telefon Khalish bergetar seketika menandakan ada beberapa mesej yang masuk.

Shira menjenguk sebentar ke arah pintu bilik air sebelum telefon Khalish diambil. Ada beberapa notification.

'Nak baca ke tak, nak baca ke tak.. tapi ni nama perempuan.. Sape ek?'

Perasaan curious nya membuak-buak, akhirnya aplikasi WhatsApp itu dibuka.

Qistina.

SELAMAT PENGANTIN BARU ABANG. TAHNIAH.. QIS SEDIH SEBENARNYA DENGAN KEPUTUSAN ABANG NI TAPI QIS TERIMA..

Shira mengerutkan dahinya, 'nak sedih dah kenapa? Teman wanita abang ke ni? Apa maksud dia yang dia terima? Hurm' pelbagai perkara mula menganggu fikiran. Shira kembali membaca lagi yang seterusnya.

QIS CUMA NAK ABANG TAHU YANG QIS AKAN SETIA TUNGGU ABANG.. QIS BETUL-BETUL MENYESAL DENGAN KEPUTUSAN TERBURU-BURU QIS SEBELUM NI.

'Setia? WTFish..Minah ni siapa sebenarnya ha?' Mulut Shira sudah berkumat-kumit memaki serapah perempuan bernama Qistina itu.

QIS DOAKAN ABANG BERBAHAGIA. BTW, CONGRATS ABANG.

Tak semena-mena Shira screenshot mesej itu sebelum dihantar ke nombornya..

Nama dia terpampang,

PEREMPUAN PELIK

'Aduhai sayangkuuu En Schizooo.. pelik sangat ke Shira ni bang oii..' Shira ketawa tak bersuara, tak percaya betul. Haih..

Chat si minah gatal tadi dia padam, begitu juga dengan screenshot yang dihantar ke nombornya tadi.

Nama Shira di dalam contact list Khalish ditukar.

PEREMPUAN PELIK.

to

SWEETHEART.

'Okay.. done.' save.

Shira menyediakan pakaian Khalish dan berlari anak turun ke bawah sebelum ketawa setannya keluar.

Sampai saja di dapur, terus saja dia ketawa seorang diri. 'Looks like aku ade pesaing.'

'Aku rasa perempuan tadi macam ade something fishy je.. aku kene berhati-hati lepas ni.' tekad Shira.

Dua hari di rumah En Kamal dan Pn Mas, membuatkan Shira makin berani bermanja-manja dan mengada dengan Khalish. Lelaki itu pula hanya melayan nak tak nak saja.

Pelbagai perkara yang Shira lakukan untuk menambah hati si suami. Dimasaknya makanan kesukaan lelaki itu, dilayan seperti raja saja Khalish oleh Shira.

Segala yang diminta Khalish, mesti Shira tunaikan. Sebenarnya Khalish cuba untuk buatkan Shira tak suka atau tak rapat dengannya, tapi semuanya tak berjaya.

Pernah dia meminta coklat pada pukul 1am pada Shira, wanita itu hanya membebel seketika sebelum keluar senyap-senyap membeli coklat untuknya.

Pernah juga dia menolak Shira jatuh katil pada malam kedua, atas sebab Shira makin sakan memeluknya. Tak suka. Rimas.

Gadis itu hanya ketawa kecil dan mengada seperti biasa tanpa sedikit pun terasa hati dengannya. Shira kembali naik ke atas katil dan memeluknya seperti malam pertama mereka tanpa pedulikan Khalish.

Esok hari, Khalish akan membawa Shira pulang ke rumahnya setelah dua hari tinggal di situ. Dia akan pastikan Shira tak akan boleh berkelakuan sesuka hati padanya lagi seperti sekarang. Tak akan.

'Tapi.. macam manalah nak buat perempuan pelik ni jauh dari aku.. rimas betul.' desis hatinya.

Shira yang sedang berbual dengannya di meja solek ditatap kosong. Shira memandang Khalish.

"Abang dengar tak Shira cakap apa ni?" Shira bertanya lagi.

Khalish melarikan pandangan, "Hmm." balasnya dingin. Sebenarnya sepatah haram pun dia tak ambil peduli perbualan Shira tadi. Baginya semua itu 'useless and nonsense'.

"Iyelah tu.. macam tak dengar je. Kalau abang dengar, Shira cakap tentang apa tadi?" Shira bertanya semula pada Khalish yang leka dengan telefonnya.

Diam.

"Hishh.. abang ni.. orang tanya, dah lama ke abang beli rumah tu? Dekat mana? Jauh ke dari tempat kerja? Kita tinggal berdua je kan? Ha.. itulah soalan Shira tadi." dia mula membebel seorang diri sambil meratakan losyen di betisnya.

Khalish mengeluh kasar, earphones diambil lantas disumbatkan ke dalam telinganya, tak mahu mendengar suara Shira. Tubuh dibaringkan mengiring menghadap jendela luar.

"Shira ingatkan bang.. nanti kita pergi mall dulu nak tak sebelum balik? So tak payah la berulang-alik bagai.. tak pun, abang balik dulu.. bawak barang-barang Shira, Shira bawak kereta Shira pi beli barang basah okay?" Shira merapati Khalish.

Tubuh dibaringkan di sebelah, dia melihat Khalish melayan Fac nya.

"Kalau tak.. nanti mesti kereta abang berbau ikan ayam kan..haha.. takpe lah. Esok Shira pergi pasar sendiri je. Abang mesti penat kan?"

Tut......

"Abang dengar tak ni?" bahu Khalish yang membelakanginya dicuit sedikit.

Tak ada respon. Shira mengeluh perlahan sebelum matanya tertancap pada skrin phone Khalish.

'Hold on..what is that?'

"Abang chat dengan sape tu dekat messenger?" Tubuh dirapatkan dengan Khalish, serta-merta Khalish menolak Shira agak kasar.

Tubuh Shira agak tersentak ke belakang. Shira buat bodoh.

"Boleh tak kau jangan ganggu aku. Kau ni dah kenapa?" biasa saja nada pertuturannya tapi Shira tahu Khalish bengang dengan dirinya.

Memang sejak malam pertama mereka, pertuturan Khalish agak kasar dengannya. Tiada lagi 'awak saya', yang tinggal kini hanyalah 'kau aku' saja.

"Shira cuma tanya.. abang chat dengan sape? Itu je.." Shira mula memuncung. Protes.

Bantal panjang dipeluk ditengah tubuhnya, memandang Khalish tak puas hati.

"Dengan sesiapa pun.. kau jangan masuk campur. Jangan sibuk urusan aku, kenapa tak cerdik sangat ni? How many times do I've to tell you the same thing?" Khalish memerli pedas.

Sebelum dia menjeling dan mengambil bantal dipeluk Shira lantas diletakkan ke tengah-tengah antara mereka.

"Don't across this boundary." jari naik memberi amaran betul-betul di hadapan wajah Shira sebelum dia kembali berbaring membelakangi Shira kembali.

Mulut Shira sudah berkumat-kumit membebel seorang diri.

"Orang tanya pun salah. Itu salah.. ini salah.. semua salah. Ade pulak aku dimarahnya? Orang tanya je pun. Bukan nak godam phone die ke apa.. hurmm" omelnya perlahan seorang diri di belakang tubuh Khalish.

Bantal di tengah tadi dipeluknya. Tak best macam peluk En Schizo.. haish.

'Tak pe.. dia tidur nanti, aku peluk dia balik.. hehe..' Shira tersenyum seorang diri.

'Nanti kalau dekat rumah sendiri.. senang lah aku nak tackle dia. Harap-harap semuanya baik-baik je nanti.. Amin.'

Shira mula berfikir jauh, merangka rancangannya bagi memikat si hati beku. En Umar Khalish Abd Razi.

Khalish pula merangka rancangan agar Shira jauh dan tak rapat dengannya, Qistina dihubungi untuk bertanyakan advice untuk menjauhi Shira.

Dia tak mahu jika suatu hari nanti mereka berpisah, akan melukakan hati kedua-dua pihak. Terutamanya gadis itu..

Sebab itu dia tak mahu Shira makin jatuh hati padanya, parah nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience