"Konon tak rindu, yang terus kemas baju ni kenapa?", sakat Arif menarik aku kembali ke atas katil, duduk di sebelahnya.
"La, tadi suruh kemas baju", balasku keliru.
"Nak ikut terus?". Arif meminta kepastian. Aku bingung.
"Habis tu, bila?". Tadi suruh kemas baju, dia ni main main ye?
Arif diam, menahan senyum.
"Macam mana Joy dengan Aedy? Nanti diorang cakap apa?". Arif menyatakan kemusykilan.
Aku pun merenung dia, "Yang masuk bilik orang lama lama ni tak pe?". Hangin pulak aku.
"Sapa yang tarik abang masuk tadi? Nampak abang macam nak terkam je", ujar Arif mengangkat angkat kening.
Aku mengetap bibir menahan senyum dan malu. Kurang asam betul, aku balik yang kena.
"Pergi la balik. Jumpa lusa kat opis", halauku. Menolak Arif supaya bangun dan keluar.
"Lusa?", tanya dia kehairanan.
"Esok nak MC".
Arif ketawa besar. Aku yang sakit hati.
"Betul nak ikut abang malam ni?". Arif berbisik cuba memegang tanganku. Aku segera bangun.
"Tak nak. Pergilah balik", balasku kegeraman sambil menyumbat semua baju yang dah aku masukkan dalam beg tadi ke dalam almari semula.
Arif berbaring dan menarik aku sekali berbaring di sebelahnya. Arif mengerengkan badannya ke arah aku yang terlentang. Aku tahu dia renung aku. Biarlah, aku tak nak pandang dia. Aku pandang ke sisi.
"Sayang, rumah tu dah dua minggu terbiar tak berkemas. Mesti banyak habuk. Takkan abang nak bagi isteri abang duduk dalam rumah kotor camtu", bisiknya rapat ke telinga. Dicium hujung keningku seketika.
"Kata nak lepas rindu. Hotel kan ada," balasku cembeng.
"Eii.. dia ni. Tak berubah perangai. Nampak je ganas tapi ...."
"Tapi apa?". Aku melawan pandangan Arif, suka hati mengutuk aku depan depan. Dan saat itu aku kalah, aku benci betul la. Biarpun tiada lagi bau haruman maskulin, bau maskulin sebenar Arif lebih menghairahkan jiwa.
Bibir kami bersatu kembali. Kali ni lebih dalam, lebih asyik dengan belaian Arif di rambutku kemudian turun ke bahu. Begitu juga bibirnya, beralih dari bibirku ke tengah dahi sebelum singgah di pipi dan leher. Aku kegelian namun pada masa yang sama asyik menikmati. Tengah dadaku dijilat dari leher tanpa henti. Dadaku semakin laju rentaknya.
"Abang, pedih la", bisikku. Bimbang juga jika Joy dan Aedy pasang telinga.
Arif mengangkat kepala memandangku. "Best kan?"
Aku tersipu² mengangguk, "best tapi kenapa pedih?"
"Yang pedih tu la nikmat", balas Arif mencium hidungku sebelum dia duduk. Aku menyela rambut yang dah kusut akibat aktiviti beberapa minit yang lalu.
"Esok kita jumpa kat pejabat ye. Jangan lupa bawa beg".
Aku kecewa, kenapa Arif ni suka berhenti separuh jalan. Eh.. tak sampai separuh pun, suku pun tak. Aku dah dalam keterujaan, mendambakan sesuatu yang lebih lagi dan lagi tapi selamba dia je berhenti. Aku tak nak la tunjukkan keinginan, malu. Nampak sangap sangat.
"Kita nak pergi honeymoon ke?"
Arif ketawa kecil sebelum membuka pintu bilik. Aku mengekori dia dari belakang dan menghantar ke pintu.
"Tak payah keluar. Terus masuk bilik lepas ni. Butang tu menonjol sangat", pesan Arif berbisik bila aku mahu menghantarnya ke tangga.
Butang??
Diusiknya dua butang yang menampakkan bentuk di balik singletku. Oiii.. meremang kau. Aku tampar tangan nakal Arif.
Sebaik aku menutup pintu, Joy menegur.
"Boss la sangatkan? Dalam bilik bukan main lama, buat apa?"
"Tak buat apa pun. Sembang je", jawabku mengunci pintu.
"Sembang sampai merah merah tu. Nyamuk banyak ke dalam bilik kau?".
Aku berlari masuk ke bilik, menilik di cermin.
Arif!!! Patut la pedih pedih je tadi. Bertuah punya laki.
Aku cuba untuk lelapkan mata tapi tak berdaya. Rasa debar menanti matahari terbit sangat menyeksakan. Rasa teruja pun ada. Tak sangka aku akan jadi begini. Menyesal tak kawin awal awal dulu. Tapi kalau aku kawin dengan Yusri, aku akan ada perasaan sama macam ni juga ke? Atau hanya dengan Arif?
Rasa resah dan panas membuatkan aku keluar dari bilik menuju ke balkoni untuk merokok. Aku duduk bersandar di pintu, sebelah kaki dilunjurkan manakala satu lagi kulipat menegak. Aku memandang pada Joy baru keluar dari bilik air dan berjalan menuju ke biliknya.
"Tak tidur lagi?", tanya Joy. Aku tersenyum. Dia mendekati aku.
"Kau menyesal?", tanyanya lagi.
Menyesal apa pula minah ni? Aku merenung dia meminta penjelasan.
Joy membetulkan tualanya. Cantik body minah ni. Cemburu betul aku. Perfect 8. Dia duduk di sebelah aku.
"First time tadi tu? Sakit?". Soalan yang buat aku terkedu seketika.
"Korang dengar ke?", tanyaku berdebar, menelan air liur.
"Jelas, kuat betul suara kau", jawab Joy tertawa kecil.
Buntang mata aku bila Joy kata begitu. Aku rasa aku dah tutup mulut sehabis boleh.
"Hahahaha. Takde la. Aku dah mute tv pun tak dengar apa. Dengar Arif ketawa je", ujar Joy mengekek ketawa melihat aku panik. Lahanat betul!
Aku tampar paha Joy. Betul betul buat aku malu dan serba salah.
"So how was it?", soal Joy kembali.
"Apa?", balasku buat buat bodoh, menenyeh puntung rokok yang sudah habis.
"Sekali rasa, kau akan ketagih. Macam makan lauk sedap la, kita akan nak lagi dan lagi. Tak puas. Makan tu kita berhenti sebab kenyang kan? Ni kita berhenti sebab penat. Rehat sekejap lepas tu mula balik. Aku kalau takde Aedy, pening kepala tau".
Aku terdiam mendengar kata kata Joy. Sampai macam tu sekali penangan seks?
"Sedap kan? First time sakit la. Tapi lepas lepas tu hahahaha. Senak tak? Panjang ke pendek? Gemuk tak?", usik Joy mencuit lututku.
Aku tau Joy sengaja cari pasal cerita macam ni, nak korek rahsia. Dah la dengan Arif tadi dapat intro je. Aku menggeleng tak tahu.
"Kedekut la kau. Cakap la, nanti boleh aku try. Aedy punya so so tapi tahan lama macam bateri energizer", kata Joy mengakhiri dengan ketawa miangnya.
"Jangan mengada nak try. Tu laki aku la. Aku tau kau tidur dengan dia, aku sembelih kau", kataku serius sambil membuat isyarat potong leher.
"What??? Bila korang kawin?", tanya Joy sedikit tinggi suaranya. Dah la malam malam begini sunyi. Mata Joy berapi, marah.
Aku menyalakan rokok kedua sebelum bercerita satu persatu apa yang terjadi.
"Sorry beb. Aku tak beritahu kau. Kami nak rahsiakan buat sementara waktu. Kau orang kedua tau selepas angah. Tolong jangan beritahu sesiapa, kami belum bersedia", ujarku perlahan lahan, penat mengimbas kembali kisah yang aku ingin lupakan.
Joy memeluk aku, "sorry dear. Sebab kami, kau yang kena tangkap pula. Sampai kena kawin. So sorry".
"It is ok. Aku masih cuba adapt dgn status isteri. Dia pun sama aku rasa sebab kami tak rancang semua ni".
"Korang bercinta tak?". Soalan Joy aku jawab dengan mengangkat bahu.
"Patutlah monyok je. Rindu abang rupanya. So sakit tak first night?", usik Joy.
"Choiii.. kau ni kan".
*******
Aku membuka mata perlahan lahan, terasa seperti kelopak mata melekat. Kucapai telefon di bawah bantal. Besar terus mata aku. Dah lepas pukul 9!! Apasal aku tak dengar pun bunyi alarm?? Bingkas aku bangun dan mencapai tuala.
Lelah sebaik tiba di pejabat. Mujur Arif belum sampai. Aku agak dia lewat atau mungkin tak masuk. Cepat cepat aku simpan kalendar love, jika dapat pada Arif. Hmmm... habis aku dibahannya.
Jam 3, Arif terpacul di depan pejabat.
Aku cair di dalam. Kenapa Arif nampak beza hari ni? Ohh, rambut sudah dipotong pendek dan kemas. Jambang seperti orang pelarian sudah dinipis dan dirapikan. Wangi haruman maskulin muncul kembali.
Oh tidak! Aku rasa aku jatuh cinta pandang pertama. Kali ni betul jatuh cinta. Kenapa selama ni aku tak perasan Arif segak?
"Banyak lagi kerja?". Arif bertanya, berdiri di belakang aku.
"Tak", jawabku ringkas, berdebar. Umpamanya seseorang yang kita minat sekian lama, tiba tiba menegur. Cukup cukup la Nura. Semalam menggedik, hari ni jatuh cinta pula. Baru sepuluh hari berpisah, dah jadi macam ni. Sebelum ni elok je, tak kesah pun.
"Jom".
"Kemana?", tanyaku seolah olah tak faham. Padahal dalam hati dah bagai dipalu, seram sejuk semuanya ada, membayangkan maksud di sebalik honeymoon.
"Ada laaaaa". Aku benci tau, jangan la buat aku terlebih excited. Penat aku acah acah cool ni.
********
Hmmmm....
Balik rumah dia je pun. Aku ingat pergi hotel atau pulau. Paling lekeh pun PD, Port Dickson, kalau Pantai Dalam tu melampau sangat. Baik aku balik tidur kat rumah.
Semuanya masih sama cuma ada bau epal hijau. Mesti bau pencuci lantai. Beg baju aku dibawa naik ke atas. Aku terus ke ruang tamu. Terfikir ingin membuka tingkap tapi mengenangkan habuk petang dan bingit bunyi kenderaan, aku sekadar berdiri memandang ke luar.
Arif menarik tanganku mengikut dia duduk di sofa. Eh... sofa bed rupanya. Langsir ditarik rapat, menjadikan suasana seperti sudah malam.
Tangannya melingkari bahuku. Manakala sebelah lagi menekan butang remote astro. Aku dah jadi tak keruan. Nafas yang tadi ok ok saja mula berubah. Come on Nura, chill.
"Selesa?", tanya Arif. Mungkin dia sedar aku beralih kedudukan. Tangan kami bergenggaman.
"Kenduri adik macam mana?". Aku bercerita semuanya kecuali krisis yang timbul di penghujung hari.
"Sibuk sangat. Patut tak ingat kat abang", ujarnya seakan merajuk.
"Eh, mana ada. Orang call tak dapat. Mesej tak jawab", balasku. Naik angin juga bila dituduh begitu, tanpa sedari itu hanyalah umpan.
"Ohh.. rindu ye? Kenapa tak bagitahu? Penat la abang menunggu sayang ucap rindu abang".
Ala... aku dah tertangkap. Aku tersengih sendirian lalu mendongak memandang dia. Aku tak suka sudut pandangan ini, aku rasa macam nak gigit gigit je jawline Arif yang kelihatan semakin ketara.
"Kenapa pandang je?". Aku terkedu bila ditanya begitu.
"Dah tu?"
"Buat la nak buat apa pun". Aku menelan air liur. Sialan betul! Dia tahu apa dalam kepala aku. Apa ilmu dia pakai ni.
"Abang....."
"Ya sayang"
"Perkahwinan kita ni semata mata untuk menjaga nama dan reputasi abang kan? Rasanya kita tak perlu rapat sangat", luahku walau dalam hati menangis bila aku sendiri melafazkan. Aku tahu aku dah jatuh cinta pada Arif. Jatuh cinta tanpa sedar. Dan aku tak mahu terperosok terus dalam lubuk percintaan. Sementara baru ada rasa, baik aku jauhkan. Aku sedar siapa aku dan siapa dia.
"Kenapa Chi-Chi Gyumao cakap macam ni?"
What?????
Genggaman tangan aku leraikan. Aku berganjak jauh darinya. Meremang bulu romaku. Aku renung Arif. Sakitnya dada aku bila dengupan jantung semakin laju. Arghh.. aku rasa lagi lama aku disebelah dia, lagi cepat aku dapat sakit jantung. Kedua tanganku memegang kepala. Gosh!!! Apa ni?
"Terkejut?"
"Yes. Of course!"
"Why sayang?". Arif mendekati aku. Terus aku bangun dan ke dapur. Aku perlukan air. Aku perlu tenangkan diri.
"Jangan datang dekat. I need some air", kataku bila Arif berjalan ke dapur. Aku memandang setiap pergerakannya dengan tajam.
"Kenapa ni?". Lembut tuturnya. Sama! Sama sangat.
"Tak siapa panggil saya dengan nama tu kecuali...."
"Bang chik", sambung Arif mengenyit mata.
Share this novel
mesti bang ngah dh cerita dkt arif apa jadi kat kampung
bila nak sambung ni
Nura selama ni bagai terhijab dari mengenali siapa diri sebenar arif di sebalik jambangnya. Padahal dah banyak hint. Arif juga yang bagus walau Nura tak cukup sifat sebagai wanita melayu terakhir, dia tetap terima dengan sepenuh dan seikhlas hati. Now time to bongkar kisah lama diorang..