Bab 61

Romance Completed 53836

Mama memang tak faham ke apa yg Amar katakan ini??!! Amar nak menikah dengan Munirah!! Amar nak kahwin dengan Munirah. Itu pun susah sangat nak faham ke haaa!! Dulu memang yee Amar lepaskan dia dekat Cikgu tak guna itu..Tapi sekarang Amar mahukan Munirah kembali. Amar cintakan Munirah seorang saja. Kami berkawan sejak kecil lagi Mama..Amar terlalu cintakan Munirah sampaikan Amar tidak boleh lupakannya. Amar tak kisahlah kalau dia masih isteri lelaki itu. Amar nak Mama buat sesuatu untuk Munirah jadi milik Amar kembali. Please mama..ini saja Amar minta..Amar sayangkan Munirah seorang saja. Kata Amar lalu melutut di depan Datin Rosmah. Amar sudah tiada pilihan lain lagi. Hanya ini saja pilihan akhir yg dia miliki. Mira sudah tidak mahu menolongnya dan sempurnakan rancangannya ini.

Amar..kamu kena faham. Munirah sekarang sudah menjadi isteri orang malah dia sedang sarat mengandung lagi. Kalau dia tidak hidup bahagia bersama cikgu Azhar itu..kenapa Munirah mengandung? Adakah semua ini terjalin tanpa cinta? Terimalah kenyataan Amar. Munirah sudah hidup bahagia bersama pilihannya itu. Kenapa kamu masih lagi setia menanti orang yg tidak akan menjadi milik kamu selamanya. Banyak lagi pilihan hati kamu Amar. Banyak lagi wanita jauh lebih baik dari Munirah di luar sana. Bukan perempuan yg sudah rosak seperti dia. Kenapa kamu beria sangat pertahankan orang sepertinya Amar..Jangan guna alasan sebagai kawan kamu sanggup jadi 'Pak Sanggup' kepadanya. Jawab Datin Rosmah lembutnya supaya Amar faham satu persatu ayatnya ini. Datin Rosmah mengusap lembut kepala Amar yg kelihatan agak botak sedikit kerana baru habis kem latihan tentera laut. Dia faham apa yg Amar lalui sekarang. Datin Rosmah tidak dapat menafikan hubungan akrab antara Amar dan Munirah ini. Sejak kecil lagi mereka berdua rapat antara satu sama lain. Dia kasihan melihat anaknya ini hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Sedangkan kekasih hatinya itu sudah bahagia di samping orang lain.

Apa yg rosaknya mama??!!! Munirah bukan perempuan murahan..Bahkan lebih suci dari perempuan lain di luar sana. Jangan berani kata Munirah perempuan macam itu. Dia tak akan rosak kalau Amar yg tebuk dia dulu dari Cikgu Azhar! Semua ini tak akan berlaku kalau dari dulu lagi Mama kahwinkan kami berdua!! Semua salah mama dan papa..Apa yg terjadi semua ini salah mama dan papa!! Tengking Amar kuatnya sudah hilang sabar dengan semua ini. Amar terus mengambil pasu bunga di atas meja lalu dilemparkan ke atas lantai. Habis pecah berderai pasu bunga itu di atas lantai. Dia terus menumbuk kuat tangannya di dinding. Meraung seperti orang gila di situ. Tergamam Datin Rosmah melihat kemarahan Amar seperti ini. Belum pernah dia melihat Amar berkelakuan seperti ini disebabkan oleh seorang perempuan.

Apa yg bising sangat ni??!! Sampai ke luar saya boleh dengar...Tak malu dekat jiran ke? Maruah saya nak letak mana?? Haa, kamu ni dah kenapa Amar?? Balik rumah nak marah bagai macam ini. Lempar pasu bunga sana-sini..Haa, eloklah perangai tu..Hantar pergi masuk tentera ingat nak jadi orang tapi jadi binatang lagilah. Anak yg tak pandai nak kenang budi! Ehh, kau memang tak pernah nak bersyukurkan apa yg aku bagi dekat kau selama ini. Dari kecil sampai besar aku bagi apa yg kau nak..macam ni kau balas dekat aku?? Anak jenis apa kau ni Amar Asyraf?? Sampai bila aku nak jaga maruah kau?? Haa beritahu sampai bila? Hidup kau kalau tak menyusahkan aku memang tak boleh. Lebih baik tak ada anaklah kalau macam ini gayanya. Memalukan sahaja. Kata Dato' Yunus lantangnya bersuara ke arah Amar. Rasa penat baru pulang dari tempat kerja tidak habis lagi. Baru melangkah kaki masuk ke dalam rumah sudah melihat keadaan seperti ini. Mahu tidak lentingnya perasaan amarah itu.

Abang...apa cakap begitu..Amar ini anak kita. Baik buruk dia tetap darah daging kita. Bawa mengucap abang..Tegur Datin Rosmah dekat suaminya ini. Tergamak suaminya berkata begitu sekali dekat Amar sendiri. Perangai suaminya ini sudah melampau sekali. Demi menjaga nama baik maruah dan martabatnya sanggup menghina anak kandung sendiri. Air mata mula bergenang di kelopak matanya. Keadaan di sini menjadi tegang sekali.

Yaa..memang aku sudah menyusahkan kau selama ini. Aku anak yg tak pandai nak kenang budi. Apa yg aku buat selama ini tak pernah cukup di mata kau. Apa yg kau nampak semua salah aku sendiri saja. Ehh, kau kena sedar ehh..aku jadi seperti ini disebabkan oleh kau. Dari kecil sampai besar kau yg ajar aku jadi macam ini. Kau jangan nak tunding jari dekat aku sorang ehh. Ooo,maruah kau serorang saja lebih pentinglah selama ini. Wauuu, Yang berhormat Dato' Yunus bin Tan Sri Abbas. Ahli parlimen yg terpengaruh di Malaysia ini. Di luar semua sanjung kau. Rasa diri itu di hormati..disayangi oleh rakyat. Semua kerna kerja kau saja sampaikan keluarga sendiri kau tak pernah kisah sedikit pun. Memang kau kata sudah beri aku segalanya..ada kau pernah tanya cukupkah kasih sayang kau dekat aku? Ada kau hargai apa yg telah aku buat selama ini untuk kau? Pernah tak terdetik dekat hati kau bangga dapat anak seperti aku? Herghh..soalan bodoh apa aku tanya ini sedangkan aku sendiri sudah tahu jawapannya. Apa yg aku nak sekarang kau beritahu segalanya dekat Munirah apa yg telah kau buat selama ini!! Kalau kau tak buat semua itu pasti aku akan berkahwin dengannya sejak dari dulu lagi. Aku nak kahwin dengan Munirah! Aku nak keluar dari keluarga ini..Tak guna kalau aku tinggal di sini kalau tak ada sesiapa yg sayangkan aku! Balas Amar kembali kepada Dato' Yunus. Sudah lama ia pendamkan semua ini. Satu perasan sakit terkandung di dalam dirinya. Di luar semua orang fikir dirinya patut bersyukur anak kepada seorang ahli parlimen, Masa depan akan terjamin, Cukup kasih sayang dan lengkap segala kemewahan hidup. Tetapi baginya, dirinya hanyalah bayangan kepada ayahnya sendiri. Hidup seperti menjerat leher sendiri. Di luar tampak bahagia tetapi di dalam tiada sesiapa yg tahu. Penuh dengan kekosongan. Titisan jernih mula tubir di kelopak mata Amar. Tidak semenanya keadaan di situ menjadi sunyi dan sepi.

Abang..apa yg Amar katakan ini benar?? Apa yg telah abang lakukan kepada Munirah?? Beritahu saya abang..Apa yg abang rahsiakan selama ini??? Tanya Datin Rosmah mula bangun dari tempat duduknya. Air matanya dari tadi tidak berhenti daripada tumpah ke pipi.

Mendengar luahan hati luhur Amar juga membuatnya sedih. Ada benarnya juga apa yg dikatakan Amar itu. Dirinya tidak cukup kasih sayang seorang ayah sejak dari kecil lagi. Mungkin Amar berubah disebabkan oleh semua ini juga. Mereka berdua yg gagal mendidiknya selama ini. Memberi kasih sayang secukupnya kepada Amar. Pada masa yg sama juga, satu kebenaran yg belum terungkai apabila ada sesuatu yg Dato' Yunus rahsiakan selama ini. Mereka berdua terus memandang wajah Dato' Yunus yg sudah kemerahan. Menahan amarahnya sebaik mungkin di situ. Dia mengusap kasar wajahnya sebelum berbicara semula. Amar sudah memandang ke arah lain. Akhirnya ayahnya ini membuka mulut juga. Setelah sekian lama mereka berdua rahsiakan semua ini dari pengetahuan ibunya.

Sebenarnya...

..............................................................................

Saya telah kemukan laporan tentang kes peras ugut terhadap Puan Munirah tentang kejadian itu. En Azhar jangan risau..pihak kami akan keluarkan waran tangkap kepada Suspek yg bernama En Amar Asyraf bin YB. Dato' Yunus tidak lama lagi. Saya minta, Puan Munirah di awasi demi keselamatannya buat sementara waktu ini. Kalau tidak ada apa-apa lagi kami minta diri dulu. Kata Amri setelah memberi salinan laporan itu kepada Azhar. Amri yg memberikan candangan kepada Azhar untuk keluarkan laporan ini kerana ia sudah melibatkan satu kes jenayah jika mereka tidak membanterasnya secepat mungkin. Tinggi seperti mana pun darjat keluarga Amar ia tetap salah di sisi undang-undang.

Terima kasih sudah banyak membantu saya. Malam ini..jika ada masa berkelapangan jemputlah datang ke sini lagi. Kami akan adakan majlis pernikahan adik saya. Ujar Azhar sambil bersalaman dengan Amri. Sejak kejadian yg lepas menimpa keluarganya, Amri, Farah dan juga Huzair sudah banyak membantu mereka. Azhar tidak rasa keberatan untuk menganggap mereka semua seperti ahli keluarganya sendiri.

Inshallah..kena tengok jadual dulu. Huzair dengan Farah bolehlah datang. Wakil saya dah kira ok. Baiklah..saya Minta diri dulu..Assalamualaikum. Balas Amri semula ramahnya dengan pelawaan Azhar ini. Dia pun berlalu ke kereta honda civic polisnya semula. Kembali bertugas seperti biasa. Azhar hanya melambai ke arah kereta itu sehinggalah hilang dari pandangannya.

So..camne?? Sudah selesai buat laporan? Sapa Azman setelah melihat Azhar berdiri lama di situ. Azhar hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Di buka spek matanya sekejap. Mereka berdua terus berjalan seiringan menuju ke arah meja bangku di tepi rumah sekejap. Kelihatan riuh-rendah sahaja suasana di sini. Semua orang masih sibuk menguruskan persediaan untuk majlis pernikahan malam nanti.

Macam mana keadaan Munirah di dalam?? Dia sudah makan? Tanya Azhar semula jika Azman tahu semua ini. Azhar sibuk sedikit dengan pengurusan khemah di luar ini sampaikan tidak sempat melihat keadaan Munirah di dalam rumah. Bukan itu sahaja, disebabkan kes semalam juga mereka berdua bergaduh besar. Munirah sangat marahkan dirinya. Azhar hanya mengalah dan tidak mahu menganggu Munirah lagi. Biarlah dia bersendirian buat sementara waktu. Munirah masih lagi bersedih dengan kematian 'Putih'. Azhar juga merasai perkara yg sama. Mereka berdua sudah membesarkan Putih selama ini. Kehilangannya juga membawa satu kerinduan selepas ini.

Ermm..Iman kata dia tidak mahu makan. Mereka semua sudah cuba memujuknya. Perkara yg lepas sudah terjadi. Sudahlah..apa kata kau sendiri yg pergi memujuknya. Fikirlah anak di dalam kandungannya itu sama. Aku tahu korang berdua sedih anak kucing tu dah mati..Tapi sampai bila?? Sampai bila korang berdua nak jadi macam ni?? Aduh..Tak pahamlah aku. Berleter Azman geramnya melihat keadaan Azhar seperti ini. Cepat sangat melatah bila bergaduh dengan Munirah. Sebelum ini dia juga yg membawa diri tetapi Munirah tetap bertahan dengan semua ini. Azman pula yg rasa sakit dengan keadaan begini. Azman mengusap wajahnya kasar sekali. Malas dia mahu berbual lagi dengan Azhar.

Hahaha..rilex lah bro..kau ni..tak sabar betul lah. Ingat sikit malam ni kau akan ijab kabulkan anak perempuan orang. Kau akan ikat satu tali perkahwinan. Aku nak pesan satu saja..Iman sudah tiada ayah. Maka, kaulah akan jadi pelindung seumur hidupnya. Menjadi tulang belakangnya. Menjaganya sepeti kau menjaga diri kau selama ini. Jangan pernah naik kan suara dekat isteri bila bergaduh. Cepat-cepat minta maaf kalau itu adalah salah kau sendiri. Hati mereka lembut Azman..sekali ia terguris..tidak mudah untuk cantumkannya lagi. Aku juga pernah buat silap sebelum ini. Aku juga selalu berbuat salah dengan Munirah. Apa yg buat aku menyesal adalah..Munirah tidak pernah pandang salah dan silap aku selama ini. Dia tetap terima aku seadanya. Munirah adalah seorang isteri yg baik. Setelah..Amar kembali lagi..Aku takut hatinya akan mula tersakiti. Sampai bila pun..aku tak akan lepaskan Munirah ke tangan budak lelaki tak guna itu. Akulah pelindungi Munirah selama ini. Aku sayangkan Munirah sepenuh jiwa dan raga aku. Ermm.. sudahlah..cerita dekat kau pun tak guna. Kau bukannya faham pun. Pesan Azhar dekat Azman sebelum dia menjalankam tanggungjawabnya malam nanti. Azhar menahan saja air mata yg sudah pun bergenang di kelopaknya. Teringatkan tentang masa silau Munirah membuatkan dirinya rasa sebak semula.

Wehh..alah kau ni..sambunglah lagi..Kalau makan popcorn sekali ni best dengar..Sampuk Azfar baru saja menyertai mereka berdua di sini. Mendengar apa yg dikatakan Azhar ini terus menarik minat mereka berdua. Sebagai seorang lelaki mereka tak pernah lalui satu pengorbanan yg besar seperti Azhar lakukan selama ini. Azhar terus ketawa di situ. Kelakar saja nelihat wajah abang dan adiknya ini betul-betul berminat dengan kisah hidupnya. Azhar terus bangun dan melihat ke arah mereka berdua.

Azman..kalau kau dah kahwin nanti kau fahamlah apa yg aku ujarkan tadi. Kau pula Azfar..jangan melebih..kau tu dah lama berumah tangga. Tahulah pahit manisnya dalam percintaan. Sudahlah..aku nak pegi pujuk buah hati aku semula..doakan aku guyss..haraplah tak kena baling dengan bantal nanti. Balas Azhar terus berjalan meninggalkan berdua di situ. Berdegup jantungnya untuk bejumpa dengan Munirah nanti. Azman dan Azfar terus ketawa di situ. Tidak sabar mereka nak lihat wajah Azhar apabila di marahi oleh Munirah lagi.

Di dalam bilik, Munirah hanya duduk bersimpuh tepi bucu katil sahaja. Tangannya lembut membelai bulu gebu White yg sudah pun dibuai mimpi di tepinya. Nasib sahaja bonda sudah memberi keizinan kepada mereka untuk membawa White ke sini. Bonda tidak pernah kisah langsung kalau semua ini Munirah sendiri yg pinta. Selepas mendengar apa yg telah berlaku kepada Munirah, Mereka semua akan cuba melindunginya di sini. Membiarkan sahaja apa yg dia suka lakukan di sini. Munirah masih lagi trauma dengan kejadian itu. Tambahkan pula dia sedang sarat mengandung sekarang. Munirah hanya dibiarkan berehat di dalam bilik sahaja. Semua urusan majlis pernikahan nanti diuruskan oleh mereka semua.

Putih...mama rindu putih..Kenapa putih pergi dulu..White..mesti sunyikan tak ada putih di sini?? Tak apalah..White ada mama sekarang..mama akan jaga White. Mama sayangkan White..Sampai hati papa kata begitu dekat Putih..papa memang tak sayangkan kita semua. Menangis Munirah sendiri di situ. Dia tidak dapat menahan sedih apabila teringat kembali tentang kejadian semalam.

"Ya Allah..Irah..Irah tak apa-apa ke?? Buka pintu ini Irah..Pinta Farah apabila baru sampai di depan pintu pagar rumah ini. Farah terkejut melihat baju Munirah sudah berlemuran darah di tepi kolam itu. Mungkin perkara buruk sudah berlaku di sini."

"Munirah masih lagi menangis teresaknya di situ. Diabaikan sahaja suasana di sekelilingnya. Farah sudah tidak tahu nak buat apa lagi. Mahu panjat pagar ini, dia sedang memakai baju kurung. Cepat-cepat Farah menghubungi Azhar dahulu untuk memaklumkan semua ini kepadanya. Dalam beberapa minit Farah berdiri kaku melihat Munirah masih menangis di situ, muncul kelibat kereta Huzair di sini. Bergegas Huzair keluar dari kereta dan menghampiri kakak iparnya itu dulu."

"Sis..kenapa di sini?? Mana Munirah?? Tanya Huzair termegahnya kerana terburu-buru kejar ke sini. Keselamatan Munirah penting lagi dalam hal kes ini."

"Huzair...cepat panjat pagar ini..masuk buka dengan alat kawalan jauhnya. Munirah berada di tepi kolam tu..Akak sendiri pun belum tahu keadaannya sekarang. Cepat Huzair..Beritahu Farah mula gelabah dan risau tentang Munirah. Huzair tidak bertanya lebih lagi terus memanjat pagar itu tanpa teragaknya. Bergegas dia pergi mendapatkan Munirah dahulu. Terkedu Huzair melihat tompokan darah yg berada di sekeliling Munirah. Tangisan sayu Munirah masih kedengaran di situ lagi. Perlahan-lahan Huzair berjalan menghampiri Munirah. Baru dia tahu, kesan darah itu hanya pada kucing yg sudah mati berada di dalam dakapan Munirah. Huzair pergi masuk ke dalam dulu untuk membuka pintu pagar. Selepas itu, baru mereka berdua menolong Munirah."

"Munirah...Munirah..Panggil Azhar baru sahaja pulang ke sini selepas mendapat maklum balas dari Farah tadi. Peti simpanan dari panggilan Munirah ada masuk tetapi selepas dia cuba menghubungi Munirah semula sudah tidak dapat lagi. Semasa Munirah menghubunginya, Azhar sedang berbual dengan Iqbal. Iqbal telah memaklumkan semua ini kepadanya. Azhar bergegas masuk ke dalam rumah untuk mencari Munirah. Tergamam dia melihat Farah sedang mencuci kesan darah pada tangan dan wajah Munirah. Azhar terus berjalan menuju ke arahnya. Hanya keadaan Munirah dia risaukan sekarang."

"Irah...Irah ada cedera di mana-mana tak?? Rasa sakit di mana-mana?? Dari mana datangnya kesan darah ini..Farah?? Soal Azhar sambil memeriksa keadaan Munirah di depannya ini. Azhar menghembus rasa lega apabila tiada kesan luka pada sekitar badan Munirah. Jika sesuatu berlaku kepadanya, Azhar tidak akan sesekali maafkan Amar. Tangan Azhar mengusap lembut wajah Munirah yg masih menangis redup di situ. Dia faham mesti Munirah dalam keadaan trauma sekarang. Farah pun menceritakan perkara sebenar apa yg telah berlaku kepada Munirah tadi. Azhar terus mengusap kasar wajah kerana mula terasa panas apabila mendengar semua ini."

"Kenapa abang tak angkat semasa Irah call tadi? Tanya Munirah dalam keadaan teresaknya sambil menatap dalam anak mata Azhar. Lelaki di hadapannya ini tidak pernah menjawab panggilannya miskipun semua ini dalam keadaan terdesak dan darurat. "

"Abang tengah jawab panggilan lain masa itu..Abang..belum sempat Azhar mnceritakan habis semua ini Munirah terus balas percakapannya."

"Jadi, kalau Irah yg kena tikam tadi..baru abang nak jawab panggilan Irah?? Macam tu ke abang?? Penting sangat ke panggilan itu kepada abang sampaikan Irah calk abang tak angkat?!! Lepas Irah kena tikam..Baru abang boleh pikir kenapa tak jawab panggilan Irah..macam tu kan?? Marah Munirah mula menampar dan memukul dada Azhar. Sakit hatinya mendengar jawapan bodoh Azhar lagi. Azhar terus memegang kedua belah lengan Munirah dari terus memukulnya. Dia faham apa yg Munirah rasakan sekarang."

"Irah..Irah...sabar dulu. Bukan maksud abang macam itu..Okey. Salah abang. Abang minta maaf. okey? Abang minta maaf. Benda ini berlaku di luar kawalan kita berdua. Abang baru saja dapat tahu tentang semua ini. Kalau dari awal lagi abang sudah tahu..mana mungkin abang akan tinggalkan Irah seorang diri seperti ini. Maafkan abang Irah..Ujar Azhar cuba untuk menenangkan keadaan Munirah dahulu. Di tatap dalam anak mata Munirah supaya Munirah faham dengan semua yg telah berlaku ini. Munirah terus meleraikan tangan Azhar daripada terus memegangnya. Dia bangun dan berjalan menuju ke arah anak tangga. Selepas itu Munirah sudah hilang dari pandangannya. Azhar terdiam sebentar di situ. Farah yg melihat situasi ini rasa sedih memandang mereka berdua. Bukan salah Azhar dan juga bukan salah Munirah. Keadaan begini yg memaksa mereka berdua. Farah terus meminta izin untuk pergi memujuk Munirah dahulu. Azhar hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Tiada jawapan yg mampu ia berikan kepada Farah lagi. Azhar mula bangun perlahan untuk melihat apa yg telah berlaku di tepi kolam itu. Farah juga memaklumkan yg Huzair sedang mencuci kesan darah di situ."

"Biarlah aku uruskan Putih nanti..Bersuara Azhar setelah sampai di situ. Terbutang matanya melihat Putih sudah pun tidak bernyawa dan terdapat kesan tikaman pada perutnya. Amar adalah lelaki kejam yg pernah dia jumpa di dunia ini. Membunuh putih seolah haiwan ini tiada perasaan sakit. Azhar tidak dapat bayangkan jika Munirah yg terkena semua ini. Dia bersyukur sangat tidak ada apa-apa yg berlaku kepada Munirah. Azhar mungkin tidak akan dapat maafkan dirinya selepas ini."

"Eemm..aku sudah cuci kesan darah di sini...Kau dah tahukan ini berpunca dari angkara siapa?? kata Huzair sekiranya Azhar sudah tahu tentang perkara ini. Azhar hanya memberikan senyuman saja. Selepas itu, dia berjalan mendekati Putih. Di angkat tubuh Putih yg sudah keras badannya. Azhar meletakkan putih di atas surat khabar. Di balutnya badan putih dengan kain bersih dahulu. Air mata mula bergenang di kelopak mata Azhar. Hatinya juga terasa sakit melihat keadaan Putih seperti ini. Selepas selesai menguruskan mayat Putih. Azhar membawanya pergi ke belakang rumah. Huzair juga menolong Azhar mengali tanah lembut di situ. Mereka berdua menguruskan semua ini sehingga selesai."

Irahh...tegur Azhar setelah membuka pintu bilik itu. Munirah terus tersedar dari lamunannya. Segera dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Malas dia mahu bersua muka dengan Azhar dalam keadaan sekarang. Azhar hanya memberikan senyuman kosong sahaja selepas melihat keadaan Munirah seperti ini. Dia gigihkan diri untuk mendekati Munirah juga.

Irahh...Irah masih marahkan abang? Tanya Azhar lalu melabuhkan dirinya di hadapan Munirah. Di tatap lama wajah Munirah di depannya. Mereka berdua hanya diamkan diri saja di situ. Munirah mula duduk tidak senang dalam keadaan begini. sekali sekala dia menjeling ke arah wajah Azhar yg masih setia memandangnya. Sibuk sahaja tangan Azhar membelai bulu gebu White di sebelah Munirah. Hampir 20 minit juga mereka berdua hanya mendiamkan diri saja di situ. Tiba-tiba..

"Kruckk..."

Munirah hanya buat tidak dengar sahaja bunyi yg keluar dari perutnya itu. Azhar cuba menahan ketawanya melihat wajah Munirah sudah kemerahan sedikit. Keras kepala sungguh isterinya ini. Sampai begini dia sanggup menahan lapar. Azhar mula memegang dan mengusap perut Munirah yg sudah membesar habis. Tunggu masa saja anaknya ini akan dilahirkan tidak lama lagi. Munirah membiarkan saja apa yg akan Azhar lakukan kepadanya. Malas dia mahu melawan lagi.

Sayang...anak kita bergeraklah..sayang rasa tak?? Bersuara Azhar seronoknya apabila merasa satu tendangan pada tapak tangannya. Ini adalah kali pertama dia merasa sentuhan seperti ini pada perut Munirah. Bibirnya tidak lepas dari lenturkan senyuman riang. Azhar tidak sabar mahu nenanti kedua cahaya matanya ini. Bergelar seorang 'papa' tidak lama lagi adalah satu kejayaan yg telah ia kecapi. Bibir Munirah turut melenturkan satu senyuman manis. Hatinya rasa tersentuh melihat reaksi Azhar seperti ini. Azhar terus meletakkan kepalanya pada perut Munirah. Mahu sahaja dia mendengar dengupan jantung anak kembarnya ini. Tangan Munirah terus mengusap lembut wajah Azhar. suaminya ini tidak sabar sangat mahu menanti cahaya mata mereka tiba. Azhar dan Munirah terus ketawa bersama di situ. Hilang sekejap segala masalah dan kegusaran di benak hatinya. Azhar memang pandai memujuk hatinya. Pandai sahaja dia menggunakan alasan anak mereka untuk mengalihkan perhatiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience