BAB 8

Romance Completed 19731

”Akad nikah dah nak bermula.Orang di luar suruh pengantin perempuan keluar,.” mendengar saja ayat Mak Long aku dah mengeleng pantas.

”Tak maulah Mak Long. Iza malu! Please Mak Long Iza tak nak. Iza takut!,.ni ha tangan Iza dah sejuk,siap mengigil lagi,.” aku merengek dan cuba beralasan.Semakin riuh suara-suara nakal yang mempermainkan aku dalam bilik ni.

”Jangan nak mengada-ngada.Jom!,.Mak Long temankan,.” semakin laju jantung aku berdegup.Ya Allah tolong redakan perasaan aku ni.Yang nak pegang tangan Tok Kadi tu nanti Harris bukannya aku.Kenapa pula aku yang terlebih gabra ni.

”Alaa,.Mak Long,..” tanpa menghiraukan rengekkan aku Mak Long tetap memegang tangan aku dan memimpin aku keluar.Aku hanya menundukkan wajah.Nasib baik ruang tamu rumah kami ni sempit jadi tak ramai orang yang menyaksikan upacara akad nikah nanti.

Aku di dudukkan di belakang Harris.Emak aku datang duduk di sebelah kanan aku.Mak Harris duduk di sebelah kiri aku.Harris sudah bersedia di depan Tok Kadi.Lega aku bila mendengar Harris menjawab setiap soalan yang diajukan padanya dengan lancar.

Bila selesai ijab dan kabul aku menarik nafas lega.Alhamdullilah,.dengan sekali lafaz aku sah bergelar isteri Harris.Buatnya Harris pun gabra macam aku,tak ke haru.Aku tak dapat bayangkannya.Tak kena gaya sekali dengan aku boleh berpeluh.Nasib baik Harris cool ja.

” Iza!!!,.” sambil nama aku diseru emak mencuit lengan aku.Aku menoleh memandang emak.Emak jegilkan mata.

”Harris nak sarung cincin tu!” aku pantas menoleh ke hadapan semula.Ruang tamu rumah kami dah riuh dengan gelak tawa.Dalam keadaan gabra aku memang selalu blurr.Perlahan Harris mencapai tanganku.Demi tersentuh saja tanganku dengan tangan Harris aku rasa wajah aku dah semakin berbahang.

”Abang dah ada di depan pun nak melamun lagi? Entah dok ingat siapa lagi tu?” sambil cincin disarungkan ke jariku Harris bersuara.Aku kecilkan mataku demi mendengar suara Harris.Eh!,.sejak bila pula Harris ni jadi abang aku.Aku panggungkan kepala dan memandang wajah Harris.

”Bila Harris jadi abang Iza??” sebaik soalan aku ajukan pada Harris ruang tamu gamat sekali lagi.Reaksi Harris yang paling aku tak sangka.Boleh pulak dia ketuk kepala aku.Lepas tu dia gosok pulak.

”Salam tangan suami tu Iza!,.” tanpa menghiraukan telatah kami berdua emak memberi arahan kepadaku.Aku mengapai tangan Harris lalu menyalaminya.

”Macam tu ja? Kenapa tak cium tangan suami tu?” suara emak berbunyi lagi.

”Oh!,.kena cium sekali ya mak?” aku bertanya lurus.Harris di depan aku ni dah bergegar badan tahan gelak.Aku buat tak tahu dengan suara-suara usikan dan gelak tawa yang lain.Aku tetap dengan perangai blurr aku.Tangan Harris aku capai sekali lagi dan ku bawa ke bibirku.Aku panggungkan kepala semula.Harris memegang daguku lalu mendekatkan wajahnya ke wajahku.Aku tergaman.Harris nak buat apa pulak ni? Depan orang ramai lagi.Aku berdialog di dalam hati.Aku sudah mula mengelisah.

”Awak nak buat apa pulak ni?” tindakan spontan aku dengan gelagat Harris.Harris tercenggang di depan aku.Aku dah terasa perit di lengan terkena cubitan emak.Harris yang tercenggang tiba-tiba berubah riak.Bibirnya terus melebarkan senyuman.

”Za boleh rilex tak? Cool la sikit!,.janganlah nak mengelabah sangat.Abang bukannya makan orang pun,.” dalam senyumnya Harris, keluar juga ‘ayat penyata’ dia tu.Nampak sangat dia tengah bengang dengan aku.Harris meneruskan agendanya dengan mengucup dahiku.Selepas itu kami menyalami kedua ibu bapa kami.

……………………………………..

Selesai di ruang tamu jurukamera tak bertauliah Cik Ameera mengarahkan kami masuk ke bilik untuk bergambar.Hiasan dalam bilik semua dipinjamkan oleh sepupu-sepupu aku.Dari cadar hingga ke bunga perhiasan dan permaidani.Inilah untungnya ada ramai saudara mara.Tak payah nak menyewa mahal-mahal.Nak guna sehari ja pun.Dah masing-masing nak buat amal jariah.Biarlah!,.pucuk dicita ulam mendatang.Syukur,.Alhamdullillah.

Nak bergambar pun kira berjimat juga.Tak perlu guna khidmat juru foto bagai.Hanya guna kamera digital Ameera.Hah!,.selamat RM.Dipihak Harris pun macam tu juga.Abah aku tak letak jumlah wang hantaran yang tinggi.Ikut kemampuan pihak lelaki.Mas kahwin abah tetapkan senaskhah Al-Quran.Yang penting abah cakap Harris kena jaga aku macam mana abah dan emak jaga aku.Kalau aku buat salah tegur aku cara baik.Jangan sesekali naik tangan atau sepak terajang.Sedih aku dengar amanat abah.Begitu sekali abah dan emak sayang aku.

” Iza!!,.kau boleh pose elok-elok sikit tak? Dah macam patung cendana dah aku tengok.Keras macam kayu,.” Ameera dah membebel.Yang ada dalam bilik sekarang ni cuma aku,Harris,Ameera,Hashimah dan Afiqah.Pintu bilik Ameera tutup.Kononnya nak suruh kami memberikan pose-pose maut,supaya boleh dikenang seumur hidup.Hampeh!!

”Kejap!,.kejap!,.aku confused!. Maksud kau, aku keras macam patung cendana ke macam kayu?” datang balik perangai blurr aku tu.Ameera dan Afiqah dah tepuk dahi.Harris dan Hashimah dah pulun gelak.Aku buat selamba ja.

”Aku ketuk juga kepala dia ni kang!” Ameera mendengus marah sambil datang kepada kami.Baju aku diperbetulkan sikit.Harris hanya jadi pemerhati.Aku membiarkan saja.

”Okey!,.apa yang penting kerjasama!. Abang Harris tolong sama isteri abang Harris yang tengah blurr tahap tak ingat tu,.” Ameera terus memberikan arahan.Dia menyuruh Harris memeluk aku dari belakang.Belum sempat aku membantah Harris dah ikut perintah.Terus aku terkaku malu.

”Ya Allah Iza!,.kau boleh tak,jangan tayang muka lempeng basi kau tu? Senyumlah sikit!!” lantang suara Ameera marahkan aku.Afikah mengekek ketawa.Hashimah tersenyum simpul sambil mengelengkan kepala berulangkali.Mesti dia terlebih bangga tu sebab dapat kakak ipar yang macam aku ni.Hahaha,.

”Macam mana la isteri abang ni.Baru peluk sikit muka dah pucat lesi.Malam ni first night jangan ada yang pengsan sudah!,.” Harris berbisik di telingaku.Dah tau aku ni gabra dengan dia,lagi nak gertak aku? Aku mendongkol dalam hati.Agaknya malam ni aku nak sembunyi kat mana erk? Dalam almari boleh tak??? Otak aku mula merencanakan misi gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience