BAB 4

Humor Completed 26855

Dua minggu kemudian….

Qisha memasuki kawasan sekolah dengan hati yang riang. Mana tidaknya dia gembira, hari ini tak perlulah masuk kelas dan berhadapan dengan mamat hantu tu, sebab hari ini cikgu akan mengadakan gerak gembur di dewan sekolah. Dia akan menjadi mentor Matematik Tambahan kepada murid-murid yang mendapat keputusan yang agak teruk.

“Wei, Qisha!!” Qisha sudah melambai-lambaikan tangannya pada Qisha. Qisha tersengih, dia berlari mendapatkan kawannya itu. Macam rancangan jejak kasih je.

“Kau nak pergi check nama pasangan mentor kat board tak?” tanya Qisha.

“Aku ingat nak pergi la ni, aku tak check lagi” Qisha berjalan beriringan dengan Sofia, mereka berdua bersembang hinggalah ke hadapan papan kenyataan.

Sofia melontarkan dirinya seperti bola meriam ke dalam sekumpulan belajar yang berebut-rebut untuk melihat nama mereka. Qisha menggelengkan kepalanya,nasib baiklah perangainya bukan seperti Sofia.Tidak sampai lima minit kemudian Sofia sudah keluar, dadanya berombak.

“Kau tak apa-apa?

“Sesak betul kat dalam tadi” Sofia tersengih, dadanya masih berombak.

“Itulah, jangan berumah di tepi pandai kalau takut dilanda ombak. Hehe, kau pasangan dengan sapa”

“Adalah budak dari kelas sebelah, Fadhil”

“Aku tak tengok lagi nama aku” Qisha berpusing untuk merempuh pelajar-pelajar yang masih berebut-rebut itu tapi bahunya dicengkam oleh Sofia.

“Aku dah tengok untuk kau. Kau pasangan dengan Khalish”

“WHAT??”

“Nama korang kat atas sekali. Kau tak nampak ke, besar-besar cikgu Zualif print”

Qisha mendongak, terkejut dia melihat bertaba besarnya namanya dan Khalish terpampang di atas papan kenyataan itu.

“Cikgu Zualif, dia memang sengaja nak cari pasal dengan aku” Qisha menggengam penumbuk, mukanya merah seperti naga tapi selepas beberapa minit dia duduk bersendirian di dalam dewan menunggu pasangan mentornya dan murid-murid yang akan mente-mentenya.

“Kau pasangan mentor aku?” tanya Khalish.

Qisha meletakkan jari telunjuknya pada bibir menyuruh agar Khalish diam. Khalish hanya tersenyum nipis, dia duduk disebelah Qisha tanpa banyak bicara.

“So, nama aku Khalish”

Aku kenal kau la, saja nak cari pasal dengan aku. Sabar Qisha, sabar.. Sabar itu separuh daripada iman. Jangan biar keimanan kau runtuh disebabkan lelaki tak guna tu…

Melihat Qisha yang diam bagaikan tunggul itu, Khalish malas nak cari pasal dengan Qisha. Dia membuka buku latihan matematik tambahan untuk membuat sedikit ulang kaji sementara menunggu pelajar-pelajar lain masuk ke dalam dewan itu.

Qisha melepaskan keluhan perlahan, dia mengeluarkan buku latihannya untuk mengikut jejak Khalish. Duduk termenungpun tak boleh jadi juga, SPM lagi beberapa bulan je lagi.Sedang dia mencuba menjawab soalan Vector, dia terpandang akan Khalish disebelahnya.Dia perhatikan mata biru Khalish yang bergerak ke kanan dan ke kiri ketika dia membaca soalan di buku latihan itu, dia ketawa perlahan membuatkan Khalish mengangkat wajah memandangnya.

“Apasal?”

“Mata kau bergerak ke kanan ke kiri. Lawak la, macam mata patung”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience