2 Perangkap Nuri

Drama Completed 93389

Nuri melangkah tenang masuk ke dalam perut sebuah hotel mewah yang sedikit sesak dengan tetamu. Dia sudah nekad. Malam ini penentu segalanya. Yakin dengan rancangan yang telah disusun atur dengan begitu cantik sekali.

Sengaja memilih tempat duduk agak tersorok. Bola mata terpaku hanya ke satu arah, di mana kawasan yang menjadi sajian layar mata itu hanya menempatkan golongan VVIP. Tak sedar bibir bawah digigit perlahan. Getar halus mengocak jiwa bila lensa mata tertancap pada sekujur tubuh kekar yang sedang duduk sambil sesekali mengangguk pada teman yang sedang rancak berbual di sebelah.

Lelaki terukir sempurna dari hujung rambut ke hujung kaki itulah sebab utama dia datang ke parti korporat itu. Malam ini, lelaki itu akan jadi milik mutlak dia. Bola mata terusan mengawasi. Sebaik sahaja melihat seorang pelayan wanita menghampiri kumpulan itu selepas dipanggil, Nuri segera mengangkat punggung lalu mengekori pelayan wanita itu.

Dia menunggu berhampiran bar sambil menyandar tubuh di dinding. Tidak lama kemudian, kelihatan pelayan wanita itu keluar semula sambil tangan menatang sebuah dulang berisi beberapa gelas minuman beralkohol. Nuri bergegas menghampiri lalu melanggar pelayan itu.

“Oh dear! I’m so sorry… I am a little bit drunk. Sorry sweetie. I’ll pay for this. Go and clean yourself first. I’ll take care of this. I am so sorry…” Seraya berkata, sebungkus tisu dia ambil dari dalam tas tangan lalu diserahkan pada pelayan tersebut. Tubuh wanita itu disorong pantas menuju ke tandas.

“No worries, I akan cover you. Bersihkan diri you dulu. Take your time.” Pintu tandas pantas ditarik selepas menolak wanita itu masuk ke dalam tanpa menunggu kata-kata balasan dari wanita tersebut.

Dulang disambar di atas lantai lalu dia bergegas menuju ke bar. Selepas memesan minuman yang sama, Nuri menumpahkan sesuatu ke dalam salah satu gelas minuman tersebut. Apron yang dipakai oleh pekerja hotel dia keluarkan dari tas lalu disarung ke tubuh.

Sesampainya di meja VVIP itu, Nuri menyusun gelas minuman dengan cekap. Wajah ditundukkan ketika berdiri bertentangan dengan lelaki itu. Kemudian, dia berlalu dengan tenang. Berhenti di satu sudut yang agak tersorok dan mengintai.

Sebuah senyuman licik terlakar di wajah bila lihat lelaki itu mengambil gelas minuman di atas meja lalu mencicip air alkohol berwarna merah pekat itu perlahan-lahan. Senyuman semakin mekar melihat air merah itu semakin lama semakin berkurangan. Kini, dia hanya perlu menunggu masa untuk benda yang dimasukkan ke dalam minuman mengambil alih kewarasan dan kawalan tubuh lelaki terpaling dikehendaki oleh wanita di seluruh muka bumi itu.

Selepas beberapa ketika menunggu, kelihatan lelaki itu bingkas berdiri. Bercakap sekejap dengan teman di sebelah sebelum meninggalkan kumpulan tersebut. Lelaki itu diekori dalam diam. Buat seketika, dia hanya diam memerhati ketika lelaki itu cuba menarik keluar kunci kereta dari dalam kocek. Tangan menggigil menyebabkan kunci jatuh di atas aspal.

Lelaki itu menyumpah sambil kaki menendang keras pintu kereta. Hampir tidak mampu menghidupkan enjin kereta. Melihat lelaki itu menghentak stereng dan berteleku di situ, dia menghampiri.

“Hi there. Do you need a designated driver? I can see you’re having a trouble driving.” Dia menegur sopan.

“Yes! I can’t drive!”

Bingo!

Nuri menyembunyikan senyum ketika lelaki itu cuba keluar dari kereta. Melihat kesukaran yang dihadapi, Nuri merapatkan tubuh dan cuba membantu. Dia buat tak perasan renungan penuh bernafsu yang dilemparkan oleh lelaki itu. Selepas bertukar tempat duduk, Nuri memandu tenang memasuki lebuh raya.

“Encik nak ke mana?” Lelaki itu tidak menjawab. Pasti ketika itu jiwa sedang berperang dengan nafsu serakah yang melonjak-lonjak. Dalam diam, Nuri menjeling ke sebelah.

“Encik… Saya hantar encik ke hotel saja ya.” Masih tidak dijawab. Batin tergelak sakan. Segah-gah seorang Nuhan Hazzan… akhirnya tewas juga dengan pengaruh pil perangsang.

Selepas memarkirkan kereta, Nuhan terpaksa dipapah kerana hampir tidak mampu berjalan. Nuri menyumpah dalam hati. Terlebihkah dos yang dia beri? Ah, lebih baik! Dia harap sampai bilik lelaki itu terus tidak sedarkan diri. Jadi dia tak perlu korbankan apa-apa demi misinya!

Nuri mendaftarkan nama lelaki itu dan mengambil kunci. Mudah saja kerana Nuhan Hazzan bukan manusia biasa. Seorang pekerja lelaki datang membantu bila lihat Nuri termengah-mengah. Akhirnya, Nuhan berjaya dipapah masuk ke dalam sebuah bilik suite.

Nuri menutup pintu selepas mengucapkan terima kasih pada pekerja hotel yang membantu. Tubuh Nuhan dipapah ke katil. Ketika cuba membaringkan Nuhan, tubuh ikut rebah bila sepasang tangan kekar Nuhan melingkar di pundak. Buntang mata Nuri ketika pandangan mereka bertaut dengan jarak wajah hanya tinggal seinci. Serius? Lelaki itu masih sedar?

“Sleep with me, I akan bayar harga you.” Nuhan bisik dengan suara serak basahnya. Nuri buat muka terkejut.

“Encik, saya bukan…”

“I don’t care… I want you now!” Sekelip mata, Nuhan mengubah kedudukan mereka. Kini, Nuhan berada di atas manakala Nuri berada di bawah.

Nuri membiarkan saat bibir Nuhan memburu lalu mengulum dengan gelojoh bibirnya. Saat jemari Nuhan menarik kasar pakaian yang membaluti tubuh, saat jemari Nuhan menjelajah ke serata tubuh tanpa seurat benangpun membaluti. Walaupun kasar, setiap sentuhan Nuhan buat seluruh isi daging bergetar, menyuntik rasa berahi yang tidak mampu dikawal oleh tubuh.

Akhirnya, mereka tenggelam oleh nafsu serakah, melayari bahtera asmara penuh berani yang terasa begitu nikmat bila tubuh saling melengkapi. Perjuangan di lautan asmara berlanjutan hingga kedua-duanya hampir kehabisan tenaga dan akhirnya terkulai dalam keadaan saling berpelukan.

Nuri tersedar bila dengar ketukan keras di daun pintu bilik. Cuba menggeliat namun hampir terjerit kecil bila tubuh terasa begitu sakit dan lenguh. Lelaki itu mengerjakan tubuh dia dengan kasar semalaman. Pun begitu, dia tetap merasa nikmat dalam kesakitan. Musibat betul!

Nuri mengumpul tenaga yang masih tersisa untuk bangun dari pembaringan. Tak semena-mena, lelaki berwajah persis dewa kekacakan itu memusing tubuh ke arahnya. Pandangan mereka spontan bertaut. Dada bergetar menerima tenungan menusuk lelaki itu. Bangun-bangun dengan taik mata dan air liur basi pun tetap hensem gila!

“Siapa tu?” Suara kasar dan dingin menyapa telinga. Nuri angkat bahu. Berusaha melawan sakit untuk membangunkan separuh tubuh tanpa seurat benang itu. Selimut pantas ditarik menutup bahagian dada yang terdedah. Tiba-tiba dia rasa malu teramat. Semalaman tubuh digauli tidak pula terbit rasa itu!

Nuri turun dari katil, mahu mencari pakaiannya yang terbuang entah ke mana semalam. Mendecit bila hujung pangkal paha terasa begitu pedih dan ngilu. Bucu katil dicengkam erat. Damn! Lelaki itu memang buas. Dia hampir tidak mampu berdiri.

Lelaki itu hanya memandang dingin. Tiada segarispun rasa simpati terlakar di wajah. Hanya dengusan jengkel dilemparkan. Lelaki itu bingkas bangun tanpa mengalami kesukaran seperti yang dialami oleh Nuri. Melangkah kasar mengambil tuala untuk membaluti tubuh bogelnya. Sempat Nuri kerling sebatang tubuh terukir sempurna itu. Masih tak percaya tubuh indah idaman wanita itu yang menggomolnya semalam.

Satu sumpahan kesat terpacul dari bibir seksi lelaki itu. Dia benar-benar rasa terganggu dengan bunyi ketukan bertalu-talu di daun pintu. Selepas membalut punggung dengan sehelai tuala, lelaki itu bergegas ke pintu. Sumpah dia akan maki manusia yang datang menganggu pagi-pagi buta macam ni.

Melihat itu, Nuri kelam kabut menarik selimut menutup auratnya. Tinggal wajah yang tidak dibungkus dengan selimut.

“What the hell!” Lelaki itu terus memaki sebaik saja pemegang daun pintu ditarik kasar.

“Encik Nuhan Hazzan? Kami dari Jabatan Pencegah Maksiat. Kami mendapat laporan bahawa di dalam bilik ini…”

“What the…” Bola mata Nuhan pantas memburu Nuri.

“Nampaknya laporan yang kami terima bukan palsu.” Lelaki memakai songkok itu meneruskan kata sebaik sahaja melihat Nuri yang sedang terkebil-kebil memandang rombongan manusia yang datang menyerbu itu.

Nuhan mati kata. Terpaksa berundur untuk memberi ruang kepada rombongan pencegah maksiat itu untuk masuk dan meneruskan siasatan.

“Dan nama cik pula?” Pegawai yang menjalankan siasatan bertanya.

“Nuri Ashura!”

Mendengar sebaris nama yang disebut, Nuhan spontan mengangkat bola mata, memaku renungan keras ke wajah wanita di hadapannya.

“Nuri Ashura… remember my name Nuhan Hazzan because soon, I’ll be your lovely, adorable wife!” Kata-kata itu terngiang dalam minda. Satu senyum kecil yang sangat sinis terlakar di wajah. So… she finally did it!

“I’ll marry her!” Nuhan cantas laju dan berkata dengan yakin.

“Baguslah, itu yang terbaik. Hentikan zina perbuatan yang dilaknat Allah.” Nuri buang muka, terpukul dengan kata-kata itu. Wajah Nuhan juga berubah. Kelu lidah untuk menjawab.

“Prepare yourself, we’ll be getting married as soon as possible.” Nuri hanya mengangguk bila Nuhan menitipkan pesan sebelum berlalu seusai berpakaian lengkap.

Nuri henyak punggung di sofa selepas satu persatu pergi tinggalkan dia seorang diri di dalam bilik untuk bersiap. Rasa bersalah mengulit diri namun segera dia usir jauh-jauh. Tidak mahu memikirkan apa yang bakal berlaku kelak antara dia dan Nuhan Hazzan, Nuri bergegas ke bilik mandi.

Dua hari kemudian, dia selamat bergelar seorang isteri kepada Nuhan Hazzan. Lafaz nikah yang dilakukan di depan tok kadi berwalikan hakim kerana dia sudah lama menjadi anak yatim piatu.

Tanpa pakaian cantik, tanpa manik-manik bergemerlapan menghiasai tudung dan baju kurung. Hanya pakaian serba putih dan polos. Tak kisah, yang penting kini dia sah menjadi isteri kepada billionaire terpaling hot di pasaran itu.

Selepas nikah, Nuhan terus membawa Nuri balik ke rumah agam bak istana penuh kemewahan miliknya. Tanpa bicara, Nuri membuntuti Nuhan hingga lelaki itu menghenyak punggung di salah satu sofa berukiran mewah di ruang tamu. Nuri duduk bertentangan tanpa dipinta.

Nuhan menyandarkan tubuh sambil melipat tangan di dada. Seraut wajah putih bersih di hadapan itu direnung sejenak. Harus diakui, wanita di depannya punya aura tersendiri. Aura yang mampu menggentarkan jiwa seorang lelaki.

“You’re planning this, aren’t you?” Nuhan lontar suara penuh sinis dan dingin. Nuri membalas dengan tatapan yang tidak kurang menusuk.

“I am only a woman Nuh. Apalah sangat tenaga I dibandingkan dengan you. I dah cuba menolak masa you tarik I malam tu.” Nuri berdalih sambil pamer wajah bersalah. Nuhan merenung tajam.

“You memang nakkan I sejak awal. You sanggup buat apa saja demi hasrat you tu. But let me remind you something Nuri… I am not that easy!” Nuri cuba mengawal perasaan, ketenangan cuba dikekalkan walaupun rasa ingin memaki saja saat itu.

Lelaki seperti Nuhan Hazzan tak seharusnya diberi muka. Manusia se-spesis dengan Amar Arif, si tahi busuk itu.

“You rasa berkahwin dengan I akan mudahkan hidup you ke sehingga you sanggup serahkan tubuh you pada I?”

“I tak serahkan, you rog*l I Nuhan! Ikutkan hati I nak buat laporan polis. Tapi I maafkan sebab you dah jadi suami I sekarang. Now listen!” Riak wajah pura-pura bersalah sirna. Cukuplah dia beri muka. Sekarang dia akan perlihatkan pada lelaki itu bahawa bukan semua wanita mudah dipijak!

“I tak perlukan cinta you, perhatian apatah lagi tanggungjawab you sebagai suami. I tahu you pun tak sudi dengan I. But since we’re officially husband and wife now, I nak hak I dari segi perbelanjaan. For people like you… money is nothing.”

Nuhan tergelak sinis. Perempuan dan duit memang sukar dipisahkan. Dia tahu dia bertindak di luar kewarasan pada malam itu. Dia juga tahu ada seseorang yang telah sabotaj minumannya. Malangnya, dia tidak punya bukti. Cctv dalam hotel di mana parti itu dijalankan telah dimatikan pada malam kejadian itu. Dia memang syak Nuri terlibat, cuma dia tiada bukti kukuh untuk menyokong syak wasangkanya itu.

“I’m tired. Where should I sleep?” Mendengar kata-kata Nuri, Nuhan tersenyum licik.

“In my room of course.” Terbeliak mata Nuri memandang. Itu jauh dari apa yang dia sangkakan.

Seperti kisah klise pasangan yang terpaksa kahwin dalam cerita novel mahupun drama cinta, mereka akan sepakat mahu tidur berasingan walaupun di akhir cerita masing-masing jatuh cinta dan beranak pinak dengan jayanya menambah masyarakat madani di muka bumi. Itu yang bermain dalam fikiran Nuri.

Malangnya, ini bukan kisah cinta klise yang pernah dia baca dalam buku mahupun yang pernah dia tonton dalam tv. Dia berada di alam realiti, sebumbung dengan manusia buas yang tidak kenal erti penat bila melayari bahtera asmara berahi. Rasa letih dan ngilu masih bersisa walaupun sudah dua hari berlalu.

Nuhan bingkas berdiri, memandang Nuri sekilas sebelum buka langkah menuju ke tangga. Nuri kelihatan tergagap seketika, bibir bawah digigit untuk menenangkan jiwa yang tengah kacau. Dalam keterpaksaan, langkah dibuka satu-satu mengekori Nuhan.

Nuhan masuk ke dalam sebuah bilik yang sangat luas dan terhias indah dengan perabot mahal dan eksklusif. Hanya dua rona warna yang digunakan iaitu biru gelap dan putih. Sebuah katil king size terletak di sudut tepi berhampiran dinding kaca jenis sliding yang membawa terus ke beranda bilik. Nuri terkesima di ambang pintu, menikmati keindahan rekaan dalaman bilik mewah itu tanpa menyedari Luhan sedang memaku pandangan khusyuk kepadanya.

Sebaik sahaja pandangan mereka bertaut, dada Nuri berdebar kencang. Rasa janggal menyelubungi.

“I… I’m going to take a bath.” Gagap kerana diserang rasa cemas.

“Do you ask for my permission or it’s a signal to ask me to bath you?” Nuri telan air liur. Bergegas dia buka langkah mahu ke bilik air. Malangnya, tangan Nuhan lebih pantas memaut pinggangnya lalu menarik tubuhnya hingga terhempap pada tubuh sasa di belakangnya itu.

“You buat apa ni Nuh? Let me go!” Nuri cuba meronta perlahan, mahu melepaskan diri.

Nuhan merapatkan wajah di bawah tengkuk Nuri. Nafas hangat Nuhan membuat dada berkocak teruk. Terimbas di layar minda kenikmatan belaian Nuhan. Argh! Tak boleh jadi macam ni. Nuri menggeleng laju.

“Let me go!!!” Nuri meronta kasar sambil cuba menolak tubuh sado itu menjauhinya.

“Tak perlu jual mahal sangatlah. Ini yang you mahu kan? Huh? Tell me want you want Nuri Ashura. Kau sama seperti wanita di luar sana kan? Mendekati I kerana punya niat? Tell me what do you want from me.”

“Nuhan!!!” Nuri hilang sabar bila Nuhan mulai bertindak kasar. Aset berharga diramas kasar, tengkuk digigit hingga dia terjerit kesakitan. Sekuat tenaga yang ada, tubuh Nuhan ditolak kasar.

PANG!

Terbelalak bola mata Nuhan bila pipi dilempang kuat oleh tapak tangan Nuri.

“You don’t have the right to treat me like shit Nuhan Hazzan!!!” Nuri menjerit lantang. Jeritan penuh amarah itu malah dibalas dengan sebuah senyum senget penuh kesinisan.

“Right? You’re mine, I can do anything I want. You just a toy to me. Remember that Nuri Ashura!” Terkancing rahang mendengar. Nuri mengepal penumbuk.

“And you’re just a shit to me!” Tidak mampu mengawal kemarahan, terpacul kata-kata itu dari bibir Nuri.

“Perempuan tak sedar diri!” Nuhan mara dengan bola mata marak menyala. Tubuh Nuri ditolak kasar hingga punggung terhempas di lantai sebelum dia jatuh terlentang. Nuhan bertiarap di atas tubuh Nuri.

“You fikir you boleh tunjukkan perangai macam tu depan I? What makes you think I’ll let you do or say whatever you want in front of me hah?” Nuhan merapatkan wajah hingga hujung hidung mereka bersentuhan. Nuri pantas memaling wajah. Tak sudi langsung mahu pandang wajah tampan itu.

“Look at me when I’m talking to you damn it!” Tulang rahang Nuri dicengkam kasar.

“I tak bercakap dengan lelaki dayus yang mengasari wanita!” Nuri cuba memaling wajah walaupun tidak mampu melawan tenaga yang tersalur pada jemari Nuhan.

“Dayus? I’ll show you what is dayus!” Nuri menjerit bila Nuhan mengulum bibirnya dengan kasar.

“Argh!” Nuhan menjerit bila bibirnya digigit. Belum sempat bertindak, kepala lutut Nuri terbenam di celah kelangkang buat Nuhan mendecit kesakitan. Tubuh sasa itu ditolak sekuat hati.

Nuri bergegas bangkit, menjeling sekilas pada Nuhan yang sedang berlutut menahan kesakitan. Nuri melangkah melintasi Nuhan dan terus mengunci diri dalam bilik mandi. Mujur Nuhan tidak mengejar. Dada yang dilanda gelombang menggila diusap perlahan.

Tenang Nuri Ashura… there will be a lot more to come. Dia harus mempersiapkan fizikal dan mental berhadapan dengan seorang Nuhan Hazzan. Jalan yang dia pilih ternyata bukan mudah tapi cukup berbaloi! Dia takkan menyerah. Lihat saja nanti!

My 2nd attempt buat cite genre ni selepas Semalam Yang Hilang. Harus sy akui, Semalam Yang Hilang bagi sy sngt mencabar, bgitu jg citer ni sbb itu utk siapkn chapter, perlu sdikit masa. SYH agak syendu dn sy akui kelemahan sy dlm menulis genre mcbar mcm ni. Mcbr sbb ia berkisar ttg dendam dn sy x mhir mengolah scr mendalam ttg rasa itu. But then, mna yg sukar itu jgklah bh yg mahu dicuba huhu... wish me luck and give yr support ya. Love n hugs!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience