BAB 1

Romantic Comedy Completed 705

“Hey! Berapa kali aku cakap panggil aku Auntie Kelly! Kiah tu nama
kampung. Kau kena terima jugak kalau tak tapi jangan harap tanah mak kau
nie aku nak bagi dekat kau. Aku akan jual tanah nie. Biar padan muka kau.”

Tak sedar diri dah nama tu Lekiah ada hati nak tukar Kelly! Aku panggil
Lengkuas baru tau.

“Mana boleh tu tanah mak. Mak Kiah mana boleh jual. Bukan hak Mak Kiah.”
Zara tetap memanggil nama Kiah walaupun dia tau ibu tirinya tak suka.

“Kau nie memang bebal kan? Kelly! K-E-L-I… Kelly bukan Kiah.” Mak Kiah
a.k.a KELI seperti yang diejanya tadi membetulkan sanggul bonggol
untanya tu. Baru lepas pergi buat rambut. Mahal tu.
Kelly diejanya Keli? Ikan keli…hahaha

“Peduli apa aku dengan hak. Yang aku tau kau kena terima pinangan tu.
Faham budak bodoh?” Kasar betul bahasa mak cik tua nie.

“Zara tetap tak nak terima pinangan tu. Zara nak balik geran tanah nie.
Zara tak kira Mak Kiah kena bagi balik geran tanah. Tu hak Zara bukan
Mak Kiah. Tanah nie milik mak Zara, Mak Kiah tak boleh ambik tanah nie.”
Zara merenung tajam ke arah Mak Kiah… betul-betul macam nak telan! Ah,
kalau boleh di telan sekalipun Zara tak ingin. Lemak ja yang banyak
orang tua nie, buat gemuk badan dia ja nanti. Dah la tu lemak degil!
Sebab tu Mak Kiah gemuk walaupun minum vitagen dengan buat /sit up/
hari-hari

“Kau nak tenung aku sampai biji mata kau tercabut keluar sekalipun
lantak kau lah… kau pilih terima pinangan tu atau aku jual geran tanah
mak kau nie. Tapi dah sah-sah lah aku nak kau terima pinangan nie kan.”

“Zara tak nak!”

“Baik. Aku jual tanah mak kau nanti. Degil. Bodoh macam bapak dia
jugak.” Mak Kiah merengus. Dia nak berlalu pergi tapi Zara tahan.

“Mak Kiah bak geran tanah nie dekat Zara.” Zara masih meminta haknya.

“Aku boleh bagi tapi kau kena terima pinangan tu.”

Zara terdiam. Dia tak nak terima pinangan tu sebab lelaki yang
meminangnya tu. Kalau lelaki lain memang dah lama Zara terima.

“Zara terima.”

“Bagus. Dari tadi kau terima kan senang. Masa hari nikah kau aku bagi
geran tu untuk pastikan kau tak lari dari berkahwin dengan anak Tan Sri
tu. Lepas kau kahwin nanti, pergi mampus kau. Ingat jangan tunjuk lagi
muka kau tu dekat rumah aku! Dah berambus! Menyampah aku tengok kau.”

Zara merengus kasar. Diikutkan hati ringan saja orang tua tu dia nak
tangan-tangankan biar berakal sikit. Zara terima juga pinangan tu. Tanah
mak tu tanah pusaka, tanah yang diwarisi dari dulu lagi. Zara tak boleh
biarkan tanah nie kena jual. Tapi sebagai ganti dirinya yang ‘terjual’.

Hidup memang tak adil.

Sebaik sahaja Zara keluar dari rumah tu. Bersorak sakan orang tua sorang
nie.

“Seronoknya aku. Lepas nie aku nak meloncong ke /Paris! New York!/
Londeh! Eh… londeh ke londen?? Londen kot… hahaha! Aku kaya. /Best/nya
aku nak pergi jumpa Senah Pendek la… nak canang dekat dia aku nak pergi
luar negara. Huh! Bodoh betul Zara tu… dia tak tau yang aku dapat habuan
kalau dia kahwin dengan anak Tan Sri tu. Ingat aku kisah sangat ke
dengan tanah pusaka yang sekangkang kera nie? tak bernilai langsung
kalau nak di banding dengan habuan yang aku akan dapat.” Kelly a.k.a Mak
Kiah tengah syok sendiri. Sebut London pun tak betul ada hati nak ke
sana… kubur kata mari rumah kata pergi tapi tak sedar-sedar diri jugak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience