BAB 4

Romance Series 7123

TENGKU ARYAN lebih sanggup berbaring di atas lantai dari dia tidur atas katil pengantin. Biar pun dia sudah berbaring dengan kedua belah tangan dia bawakan ke belakang kepala.

Menindannya dengan otak laju bergerak. Macam-macam benda sedang dia fikirkan. Semuanya berlaku dalam sekelip mata biar pun memang sudah dirancang.

'Hmm... dalam banyak-banyak random selected yang aku jalankan dalam Insta dan juga lil match. Kenapalah... perempuan atas katil tepi aku ni jugalah yang kau nak wahai hati? Bagaikan langit dengan bumi antara dia dan Lara aku tu... and now dah jadi isteri pun dah. Kalaulah Lara dapat tahu. Memang aku habis. Hmm... nak bawa dia ke vila like papa wanted? It' s totally hang my neck lah. Lara sure akan datang. Some time dia kan park kereta dia di sini before naik kereta aku. Hah? Soal kereta... macam mana pula ni?'

Bukan mulutnya saja yang herot-berot. Malahan dahinya juga berkedut-kedut. Seolah-olah memikirkan hal ekonomi pula. Ni belum lagi dia duduk di kerusi Ceo nanti.

Airmata tetap rajin mengalir sewaktu Adarra Aisyah merebahkan badan atas katil. Tanpa membuka baju pengantin dan mencuci muka. Inilah malam pengantin buat Adarra Aisyah.

Seorang di barat. Dan dia di timur. Seandainyalah Puan Roha nampak sudah pastilah perempuan separuh baya itu tersenyum lebar.

'Sampai hati you, Mateo buat I macam ini. Di mana janji-janji yang you katakan, hah? Di mana? Why with Elly even you know Elly my best friend!' Adarra tetap meluahkan apa yang berladung dalam dadanya biar pun tak berlagu.

"Aku pernah cakap pada you, Adarra. Tapi apa kau kata aku... cemburu pada persahabatan di antara you dengan si Elly tu. Now did you see what i'm try to tell you? You think bff can' t stabbed our back hah? Think about it, sayang..."

Terpekup mulut Adarra Aisyah menahan dari kedengaran tangisannya apabila perbualan dia dengan Cammy beberapa bulan lalu hadir di ingatan. Semakin berlinangan lagi airmata bercampur mekapnya itu di pipi.

Sesekali dia tersedu-sedu dan menarik hingus. Dia tidak pastilah sama ada suaminya itu mendengar tangisannya atau pun tidak.

Puan Roha jenuh cuba mengintai dari balik celahan papan dan pintu tapi ternyata tidak semudah dia sangkakan. Johar keluar dari dalam bilik merasa dahaga pula sebab tadi air sirap bancuhan jirannya terlampau manis.

Menggeleng dia yang berdiri di muka pintu sambil menggulung kain pelekat dia melangkah. "Sudah-sudahlah tu awaknya... mereka dah sah pun. Tak kisahlah siapa pun lelaki yang Adarra nikahi itu. Tapi abang merasa yakin dia mampu menjaganya..."

Teguran Johar merencatkan ulah Puan Roha. Semerta dia buat-buat membetulkan ikatan sanggulnya. Kembang baju kelawarnya itu.

"Dah pukul berapa pun ni. Awak tak ngantuk lagi?" Johar memberhentikan sekejap perjalanan. Puan Roha hanya mencebir dan tanpa menjawab soalan dari suaminya itu, dia langsung menapak ke arah bilik peraduan mereka.

"Hmm... kadang-kadang perangai kau ni Roha. Buat aku terfikir apakah betul keputusan aku menikahi kau setelah Meriam pergi ke alam lagi satu... " Spontan kata-kata berbau penyesalan itu terkeluar dari mulut Johar sebelum dia menyambung langkah ke arah tangga dapur.

Sempat lagi matanya tertancap pada deretan hadiah serta hantaran yang sepatutnya untuk penukaran dengan keluarga angkat Mateo. Kini masih tersusun cantik.

"Ya Allah! Benarkah keputusan aku siang tadi menikahkan zuriat tunggalku dengan Aryan? Dapatkah dia membahagiakan Adarra Aisyah. Siapa keluarganya pun tidak aku tahu. Adarra, maafkan bapak nak. Bapak terpaksa kerana bapak tak mahu dimalukan. Bapak yakin nak Aryan tu seorang pemuda yang baik..."

Usai berkata-kata lelaki berkain pelikat dan bersinglet pagoda itu terus bergerak ke muka pintu dapur dan menuruni tangga. Tekak semakin kuat rasa dahaganya.

Sementara itu, Adarra berkalih semula menatap dinding. Tadi dia memang ada mendengar suara Johar dan Puan Roha. Cumanya dia tidak pastilah sama ada Tengku Aryan juga ada mendengarnya atau tidak.

'Aku harap tak. Nanti apa pula kutuknya bila mengetahui sikap sebenar ibu...' Bicaranya di dalam hati.

Telefon pintar bergerak-gerak di permukaan meja. Adarra Aisyah memanjangkan tangan untuk mencapainya. Tertera nama Elly.

Pap!

Langsung dia menghempasnya semula di atas meja. Nasiblah pada masa itu, suaminya sudah lama berlayar di lautan mimpi. Hanya Adarra saja yang sukar mahu tidur.

'Kenapa kau buat aku macam ini, Elly? Kau kawan baik aku. Kau juga kakak aku. Tak pernah sekali pun aku membezakan kau kalau pun kita tak sama bapak. Ibu kau tetap ibu aku juga. Biar pun ibu kau tak suka aku... sanggup kau buat aku macam ini, Elly. Kau tahukan betapa cintanya aku pada Mateo... patutlah kau seringkali memburukkan dia depan aku. Walhal aku lebih mengenali dia daripada kau... '

Berlinangan lagi airmata yang menuruni serta membasahi bantal.

"HUH! Kau sengajakan taknak angkat call aku. Kau marahkan aku kan? Aku tahu. Apa nak buatkan dah memang jodoh aku dengan Mateo. Kau redha jelah ya..." Ujar Elly sambil mengerling ke arah sisinya itu.

Mateo menunduk dalam menanti keputusan penangkapan mereka. Mateo tahu dia sudah mengecewakan lagi hati Adarra Aisyah.

'Like how i'm gonna explain to youl, Adarra. Aku tahu aku dah tersalah langkah. Tak sepatutnya aku keluar sedangkan aku tahu akan bernikah...'

"Honey, why you diam saja dari tadi. Betul honey bukan I yang call pencegah maksiat. What for i know you akan berkahwin. I just said nak jumpa you untuk ucap tahniah saja... is it wrong sayang..." Elly menarik tangan Mateo lalu mengenggamnya. Tidak dia sedar di manakah dia sedang berada.

"I tak marahkan you. I tahu you juga tak bersalah. Kita kena frame but I tak tahu siapa punya kerja..." Jawab Mateo menarik kembali tangan.

Elly mengertap bibir tanda geram. Namun dia tersenyum kerana dia tahu dalam keadaan sekarang. Mateo tetap akan menjadi hakmiliknya.

'Mateo sayang... hanya I yang layak untuk you. You tahukan like how masa kita di luar negara dahulu. Melebihi hubby and wife is it? Then you masih lagi nak bernikah dengan that kampung girl? Forget it ok...'

'Huh! Adarra. Adarra... kesian kau kan? Naif sangat kau pada ketulusan aku tu. Sehingga dengan mudahnya aku goda Mateo di belakang kau pun tak tahu. Huh! Marah konon bila Mateo tak call. Tak vc. Tak face time... ada hati erk! Nak bercinta dengan excec? Hei, tolong cermin muka tu dulu. Orang macam Mateo tu lebih layak dengan perempuan macam I okay. Up to date. Sophiticasted. Not like you. Book worm!"

Tersenyum-senyum Elly ketika berada dalam bilik Mateo semasa di London. Mateo sibuk Face Time dengan Adarra konon-konon mahu ambil hati dan tidak tangkap syak sangat ada perempuan lain.

Dan dirinya di bawah meja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience