Completed
9329
‘Ish perempuan murah memang macam gitu. Stakat buat happy happy boleh lah. Ahh, ni lagi satu perempuan kat dalam. Tak sedar diri’ Izkandar pantas masuk semua ke dewan
“Ibu, ayah sorry. Iz nak bawak Puteri ke suatu tempat. Urgent. I got to go” Izkandar menarik lengan Qalisha dengan kuat. Qalisha yang sedang makan dengan seleranya tiba tiba terkejut. Tisu diambil
“Lepas lah. Sakit tau tak” Qalisha merentap lengannya.
“Eh, kau 10 tahun tak makan ke?Gelojoh! Ni lah orang kampung tak sedar diri. Aku suruh kau berlakon je bukan bertagak dekat situ happy happy”
Izkandar melepaskan geram. Sempat dia melirik ke rantai leher Qalisha yang ade huruf ‘Q’.
‘Q? Kate name Puteri, kenapa huruf Q pulak? Macam mahal je rantai tu. Ah lantak lah’. Izkandar sempat berkata dalam hati
“Dah awak busy dengan controversy woman tu, saya makan lah. Lapar tahu tak” Qalisha menjawab dengan penuh geram
“Controversy woman hotak kau. You know nothing about her. You’re just a normal plain kampung girl. Not even her standard, have the cheek to badmouth her…. Oh lupa, kau tak faham pon bahasa English. Senang kata pergi cermin muka kau lah budak kampung” Izkandar mengejek. Ramai orang yang sedang melihat babak drama itu
“Hantar saya balik” Qalisha menjawab dengan suara mendatar. Sungguh geram dengan sikap bongkak Izkandar. Dan juga malu dengan orang yang melihat mereka sambil berbisik-bisik
“You know what? Aku tak akan hantar kau balik.Aku taknak kotorkan kereta aku dengan budak kampung macam kau. Nah, duit kau untuk penyamaran kau malam ni. Aku pasti kau suka kan dapat duit banyak. Pegi balik sendiri” Helaian wang kertas dicampakkan dimuka Qalisha
Tanpa sedar, Qalisha menjatuhkan sebutir air permatanya. Hina sangat ke kalau jadi orang kampung? Ya Allah
Izkandar terus berjalan ke keretanya dengan senyuman yang memuaskan. Padan muka kau!
Qalisha tidak mengutip duit itu. Lalu dia terus ke tandas, mengeluarkan iPhone 5nya dari bag buruk yang dipinjam oleh Sustri, bibik di rumahnya. Nombor didail
“Hello, Abang….”
xxxxxxxx
“Tak guna kau” Penumbuk sulung Qalis dikenakan tepat ke muka Izkandar
Izkandar terjatuh
“Wey Qal, kau kenapa?” Izkandar bertanya dengan nada tidak puas hati. Tiba tiba kene tumbuk, apehal?
“Kenapa? Kau tanya aku kenapa? Aku yang sepatutnya tanya kau. Kenapa perangai kau macam binatang! Sial lah”
Qalis yang begitu marah, mengerunkan Izkandar. Tidak pernah dia melihat Qalis begitu marah. Qalis yang sentiasa cool dan relax tiba tiba menjadi orang bagai disampuk.
“Hey, chill chill. Aku da agak dah, ni mesti pasal budak kampung tu kan?” Sekali lagi, Qalis menumbuk Izkandar hingga terjatuh lagi
“Jage sikit mulut kau. Orang kampung atau tak, die tetap manusia macam kita. Ade perasaan” Qalis menjawab dengan lantang
“Qal, sudah lah tu. Qalis!!” Izyani cuba menenangkan Qalis. Sungguh dia terkejut dengan tindakan Qalis yang menumbuk abangnya, Izkandar
“I nak ajar abang you sikit Yan. Jangan suka suka hati nak hina orang. Jangan nak megah sangat. Suatu hari, kalau Tuhan tarik balik semua, menyesal tak sudah” Qalis berkata dengan suara yang amat serius
“I tau I tau. Abang Iz memang salah. On behalf, I mintak maaf okay. Kan die tak tau. You pon tak boleh nak salahkan die jugak. Kirekan, die pon ditipu” Izyani yang cuba membela abangnya memandang sayu kepada Qalis supaya berhenti mengamuk.
Izyani sudah tahu apa yang sedang berlaku. Siapa Puteri Qalisha sebenarnya pon dia sudah tahu. Pada malam Qalisha menelefon abangnya, menangis teresak-esak, dia ada bersama Qalis.
Malah dia tidak sangka Qalisha dihina abangnya. Dia juga geram dengan sikap bongkak abangnya. Kenapalah abangnya tidak seperti Qalis yang selalu merendah diri.
Dia tahu tentang latar belakang lelaki dia minati ini, bukan kerana harta atau pangkat tetapi lelaki yang telah selamatkannya dari jantan-jantan yang tidak guna pada masa lalu. Cuma dia merahsiakan perkara ini seperti dijanjikan dengan Qalis
“Tertipu? Ape yang tertipu?” Izkandar bertanya
Qalis mengeluh panjang. Dia tidak mahu Izkandar tahu siapa dia dan Qalisha sebenarnya
“Iz, aku mintak maaf kerana serang kau. Aku mintak maaf sebab cadangankan kau perempuan kampung tu jadi date kau.Dan aku harap, lepas ni kau tak tanya kan aku tentang perempuan kampung itu lagi. Whatever happened yesterday, let it be there. Aku hargai persahabatan kita. Forgive and forget?” Qalis menghulurkan tangan
Izkandar yang seakan bingung hanya menyambut huluran Qalis
Izyani cuba mencari keikhlasan di wajah Qalis. ‘Sampai bila Qalis?’
Share this novel