BAB 1

Romance Completed 9492

“Kalau kau nak tahu, aku dah menyampah tengok muka kau, naik loya tekak tengok! Aku benci kau! tengking lelaki tu sambil menolak aku agar menjauhkan diriku daripadanya. Aku gelisah di tempat tidur. Peluh mericik penuh di dahiku. Akhirnya aku terjaga sendiri.

Termengah-mengah aku sendiri di tempat pembaringan. Sungguh trauma aku dengan kenangan itu. ‘Sampai bila aku nak hidup dalam ketakutan macam ni.’ Soal aku sendirian.

********

Esokkannya aku terus menceritakan mimpi aku tu kepada sahabat baik aku, Mardhiyah. Aku semakin tidak tenang kerana semakin kerap mimpi tu datang menjengah ke dalam tidurku. Semakin ngeri aku rasakan.

“Aku rasa kau patut mintak maaf dari dia sebab perbuatan kau tu dulu.” Cadangkan Mardhiyah kepada aku. Dari dulu sampai sekarang, Mardhiyah menasihatkan aku begitu.

“Eh, bukannya aku tak pernah mintak maaf pun. Dia tu yang tak mau maafkan. Salah dia la patutnya sekarang ni sebab tak mau memberikan kemaafan sesama Islam. Kan, kan…” Jawab aku balik kerana tak nak mengalah.

“Ikut kaulah. Malas aku layan kau ni. Orang suruh bukannya nak dengar. Wat bazir air liur je kalau cakap dengan kau ni. Sekarang ni baru kau tau dahsyatnya dia kalau bila membenci dan marah, kan.” Kata Mardhiyah lagi. Kata-kata tu ibarat bedil yang seakan membunuh diri aku yang cuba untuk bertahan dari mengingatkan kenangan yang aku rasakan sangat menyedihkan dan memeritkan hidup aku selepas kejadian itu.

Bila aku fikirkan lagi, ketika tu aku cukup muda dengan usia 14 tahun yang sememangnya sangat tidak matang tu, ditambah pula dengan kemarahan seorang senior yang aku minat dari kecil lagi.

Aku akui bila aku terkenangkan peristiwa tu, airmata mengalir dalam diam kerana menangis menyesal dengan perbuatan aku dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience