Setelah hampir 2 tahun iera koma, akhirnya Allah telah memberinya peluang untuk meneruskan kehidupanya. Akan tetapi ,iera mengalami amnesia(hilang ingatan) dia hanya mengenali ahli keluarganya sahaja .
Abang abangnya amat bersyukur kerana adik mereka iaitu ,iera tidak perlu menangis lagi untuk bekas teman lelaki adiknya yang kini masih mengambil berat tentang iera. Abang abang iera ingin menjaga iera supaya tidak bertemu lagi dengan si wan itu . Mereka takut, iera akan merasa sakit yang untuk kedua kali dari orang yang sama menyakitkan nya dulu.
Iera sedikit Demi sedikit semakin sembuh. Walaupun kaki nya patah tapi telah di operasi, dia semakin sembuh. Manakala, wan hanya memerhatinya dari jauh. Tanpa disedari abang abang iera.
Setelah iera sembuh sepenuhnya, iera dibenarkan balik dari hospital dan diberi nasihat supaya tidak melakukan kerja kerja berat dulu. Abang abang iera tumpang gembira, setelah mengetahui adik mereka akan kluar hospital.
6 bulan berlalu dengan cepat,...
Iera meneruskan pekerjaan nya sebagai guru tadika. Meneruskan kehidupannya yang baru. Dimana dia tidak mengenali dan mengingati wan walaupun sedikit. Abang Izz nya telah memberi iera sebuah kereta untuk mengantikan keretanya yang hancur kerana kemalangan dulu.
'Nah, kunci kereta baru' kata izz. 'woww.. serious lah bang, abang izz bagi hadiah kat iera laaa' kata iera dengan nada manja. 'kereta ni pakai elok elok, keluaran baru ni, sayang abang tengok' kata izz lagi. 'bebel bebel bebel.. bla.. bla.. blaa' kata iera mengusik abang izz nya. 'ehh, budak ni.. nak kena ehh' kata izz mengejat iera yang sudah masuk ke kereta barunya.
Sebelum menuju ke sekolah untuk mengajar, iera menuju ke MacDonald untuk membeli sarapan. Sedang dia menunggu pesanannya siap, iera didatangi seorang lelaki. Lelaki itu memperkenalkan namanya sebagai SAFUAN.
Dan tiba tiba, kepala iera terasa sakit dan pening .Seolah olah dia agresif mendengar nama itu, dan benci mndengarnya. 'kau pergi lah, aku tak nak tengok muka kau! ' tiba tiba iera meracau dan cuba menghalau wan ,walaupun kedua dua tangannya menekup telinganya.
Iera pun berkata lagi. 'kau siapa? kau orang asing je bagi aku, tapi kenapa nama tu buat aku sakit!! ' marah iera lagi. Wan pun pergi dari tempat itu. Setelah wan pergi ,barulah hati iera tenang dan kepalanya yang tadi kusut masai kini kembali tenang. Sedar tak sedar pesanannya telah siap dan jam sudah menunjukkan bahawa dia sudah terlambat untuk ke sekolah.
Iera pun mengambil pesanan nya dan terus memecut ke sekolah. Sampai disekolah, dia mula mengajar sehingga lupa dengan sarapannya. Waktu rehat barulah iera menjamu mknan nya. Dia mengimbau kembali waktu dia di MacDonald tadi. 'kenapa aku benci dengan nama tu eh? ada something tak kena ni' kata iera yang mahu mengingat sesuatu tetapi semakin sakit kepala dibuat nya.
Selesai, sesi sekolah. Dia terus memandu ke rumah. Dan ,melemparkan dirinya ke atas katil, setelah tiba dibiliknya. Ibunya asyik terlolong lolong memanggil iera untuk turun makan, sedangkan iera masih berada diatas katilnya memandang ke siling.
Tepat 8:00 p. m
Iera sekeluarga makan malam bersama. Dan banyak benda yang dibual mereka.
Sorry, Lama tak updated
Share this novel