Rate

Lelaki paling biadap part 2 Bab 8

Humor Completed 61915

Teguh holding

Dato sri Hassan kamarudin mengosok-gosok dagunya

"Aku pun malas Said nak memanjangkan hal nie, tapi kau tahulah, perangai Omar tu, terlampau manjakan sangat anak dia,"

"Sebab tu lebih baik kita selesaikan je kat luar, daripada masuk court, nanti anak dia juga yang malu,"

Said bohkari mengutarakan pendapatnya tentang ugutan saman dari Tan seri Omar kepada Dato sri Hassan kamarudin supaya salah faham itu di selesaikan secara baik

"Hmm.. okay, nanti aku call Omar, tapi confirm rakaman..?,"

"Tuk.. Tuk.. Tuk..,"
Kata-kata Dato Sri Hassan kamarudin tergantung, dia Dan said bohkari sama-sama memandang ke arah pintu pejabat

"Siapa pulak tu?, Masuk,"

Farid Husin membuka pintu pejabat, bibirnya tersenyum memandang ayahnya sedang duduk bersama Said bohkari

"Sibuk ke?,"

Dato sri Hassan kamarudin menyeget hujung bibir
"tentulah sibuk, sibuk dengan kes saman Farid,"

Farid Husin mengeluh perlahan, pintu pejabat di tutup, sebelum mengayun langkah ke arah Sofa

"Sebab tu Farid datang,"
Balas Farid Husin sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa

"Biar Farid jumpa dengan Tan seri Omar,"

"Farid nak minta maaf ke?,"

Farid Husin mengeleng
"Tentulah tak, yang sepatutnya minta maaf anak dia bukannya Farid, lagi pun kitakan dah ada bukti, biar Farid sendiri yang tunjukan rakaman tu pada Tan seri Omar,"

"Tak usahlah Farid, kalau Farid yang pergi bukan menyelesaikan masalah tapi mempanjangkan lagi masalah tu, biar ayah dengan Said je yang pergi,"

"Ayah nie, Farid pergi jumpa dia bukannya nak cari masalah, apa kata biar Awaisha ikut sekali dengan Farid, kan lagi selamat orang yang tahu hukum temankan Farid,"

"Kenapa tak pergi dengan Said?,"

"Pakcik Said peguam utama syarikat nie ayah, kalau Farid pergi dengan pakcik, takut pula Tan seri tu fikir Farid jumpa dia nak berlagak,"
Jawab Farid Husin dengan tenang, ada sebab dia ingin pergi dengan Awaisha Laila,

Dato sri Hassan kamarudin memandang Said bohkari

"Apa pendapat kau Said?,"

"Kalau Farid dah berkeras, saya setuju je Dato,"

Dato sri Hassan kamarudin terangguk-angguk

"Tapi Farid kena ingat, Tan seri Omar tu salah seorang bisnes partner syarikat nie, sahabat ayah sendiri, ayah harap sangat Farid berbincang baik-baik dengan dia,"

Farid Husin mengangguk
"Baiklah ayah,"

"Farid tunggu je, ayah kena hubungi Tan seri Omar tu dulu, pukul berapa dia senang? tak boleh terus jumpa je, orang tua tu sibuk,"
Kata Dato sri Hassan kamarudin

Farid Husin mengangguk sebelum mengalih pandangan memandang said bohkari

"Pakcik jangan lupa suruh Awaisha bawa rakaman Cctv tu nanti ya,"
Pinta Farid Husin

"Farid jangan risau, nanti pakcik beritahu dia,"
Balas Said bohkari

**

Awaisha Laila tidak dapat menumpukan perhatiaan pada kerja, fikirannya berserabut, jiwanya tertekan, dia lebih banyak mengelamun bila Said bohkari menyuruhnya mengikut Farid Husin berjumpa dengan Tan seri Omar

Jiwanya masih goyah bila berhadapan dengan Farid Husin, entah mengapa hatinya masih menaruh harapan untuk kembali bersama dengan lelaki itu, dia selalu tertanya-tanya mengapa hubungannya dengan Farid Husin dahulu tidak mampu bertahan, mati-mati dia ingatkan jika dia mengandung Farid Husin akan lebih mengambil berat padanya namun di sebaliknya lelaki itu cuba membunuhnya

Sampai bila dia harus terus mendaki liku-liku duka air mata

"Awaisha?,"

Awaisha tersentak dari lamunan bila Said bohkari memanggil

"Kenapa Awaisha, pakcik tengok kamu macam tertekan je, ada apa-apa masalah?,"

Awaisha Laila mengeleng sambil tersenyum
"Takde apa-apa pakcik, saya baik je,"

Said bohkari tersenyum
"Tadi Farid call pakcik, dia suruh Awaisha turun sekarang, tapi tak perlu pergi pejabat dia, Awaisha tunggu je dia kat lobi,"

Awaisha Laila sedikit terkejut
"Dah hampir 5.30 sempat ke?,"

Said bohkari mengankat bahu
"Katanya Tan seri Omar nak jumpa lepas pukul enam,"

Awaisha Laila menjadi serba salah, waktu pertemuan telalu lewat, tapi nak tak nak dia terpaksa akur

"Baiklah pakcik,"

"Nanti Awaisha tolong perhatikan Farid ya, pastikan dia berbicang baik-baik dengan Tan seri,"

Awaisha Laila mengangguk lagi, dia mengerti dengan permintaan Said bohkari, dia memang kenal sangat dengan sikap Farid Husin, lelaki itu bukannya jenis baran tapi mulutnya saja yang menyakitkan hati bila bercakap

Selepas keluar dari Lif Awaisha Laila mengayun langkah ke arah penghadang laluan, bola matanya memerhati sekitar lobi jika ada kelibat Farid Husin di situ

"Sha cari siapa?,"

terangkat Bahu Awaisha Laila sedikit terkejut bila ada yang menegurnya dari belakang

"Farid?,"

Farid Husin tersenyum manis, dia terus melangkah melewati Awaisha Laila

"Jom, kereta aku ada kat luar,"

Awaisha Laila mengangguk, dia berjalan di belakang Farid Husin, selepas melewati penghadang laluan, Farid Husin menarik siku Awaisha Laila supaya berjalan di sebelahnya

wajah Awaisha Laila yang putih terus berubah merah bukan kerana malu ataupun marah tetapi hatinya tiba-tiba terpesona bila bibir lelaki tampan itu sentiasa melirik senyuman manis padanya

"Sha dah makan?,"
Tanya Farid Husin lembut

"Sudah,"

"Umm.. kalau macam tu, kita makan malam sama-sama ya,"

Hati Awaisha Laila serba salah untuk menurut ajakan Farid Husin memandang lelaki itu sudah berkahwin, makan malam pula berdua,

"tapi kalau lewat sangat, baik kita balik je, lagi pun Farid dah berkahwin, nanti isteri farid risau,"

Farid Husin tersenyum,
"Itu Sha tak perlu risau, isteri aku seorang yang memahami dengan kerja suaminya, kita bukannya makan malam setiap hari, hari nie je kan, ini pun sehubungan dengan kerja, bukannya untuk suka-suka,"
Jawab Farid Husin dengan lembut seakan memujuk

Awaisha Laila hanya diam tidak membalas namun hatinya masih berbelah bahagi, sikap mesra Farid Husin membuatkan hatinya tidak keruan mana tidaknya, hanya berjalan bersama Farid Husin ke arah pintu Lobi telah menarik perhatian beberapa staf Teguh holding di lobi memerhati ke arah mereka berdua

**

Pertemuan dengan Tan seri Omar habis dalam pukul 7.30 malam, Awaisha Laila berdiri termangu di pintu lobi menunggu Farid Husin pergi ke tandas, dia tidak menyangka sikap Farid Husin betul-betul berubah, Farid Husin begitu ramah dan pandai mengambil hati Tan seri Omar bahkan siap mendapat dua projek puluhan juta dari Tan seri Omar sendiri

Yang lebih menghairan Awaisha Laila, setiap kali dia berjalan dengan Farid Husin, lelaki itu seperti segaja ingin bersentuhan dengannya,

Di hujung lobi pula Farid Husin berjalan perlahan mendekati Awaisha Laila sedang termangu, dia perasan riak wajah Awaisha Laila sedang gelisah seperti memikirkan sesuatu, Farid Husin menyeget bibir dengan wajah jengkel

"Jangan harap kali nie kau boleh lari daripada aku Awaisha, aku tak akan lepaskan kau,"
Bisik Farid Husin, apabila dia hampir mendekati Awaisha Laila riak wajahnya berubah, bibirnya tersenyum manis, bahu Awaisha Laila di tepuk lembut

"Jauh termenung?,"

Awaisha Laila sedikit terkejut, cepat-cepat dia menoleh

"Farid?,"

"Sha tengah fikirkan aku ke?,"
Usik Farid Husin

"Ha,"
pertanyaan Farid Husin membuatkan jantungnya berdetak laju, wajah Farid Husin yang tampan di tatap seketika

"Kenapa nie Sha?,"
Tanya Farid Husin lagi, kali ini tangannya mengusap lembut pipi Awaisha Laila membuatkan Awaisha Laila terperanjat

"Farid? please don't do that,"
Pinta Awaisha Laila sambil menolak lembut tangan Farid Husin dari pipinya

"Sha marah ke?,"

Awaisha Laila tidak menjawab, wajahnya menjadi pucat, dia memerhati sekeliling lobi takut jika ada orang melihat kelakuan Farid Husin tadi

"Mari kita balik Farid,"

Farid Husin mengeluh perlahan sebelum mengangguk,

"Kita pergi makan dulu ya,"

Awaisha Laila melihat jam di tangan
"Saya rasa lebih baik kita balik je?,"

Wajah Farid Husin tenang memandang Awaisha Laila

"Sha, jujur aku katakan aku gembira dapat jumpa Sha semula, sebab tu aku ajak Sha makan malam, anggap saja sebagai meraikan pertemuan kita semula,"

Awaisha Laila mengenggam kedua tangannya, ada sesuatu yang ingin dia tanyakan pada Farid Husin

"Tolonglah jujur farid, betul ke farid dah lupakan semua apa yang belaku antara kita, farid dah lupa ke, dulu Farid inginkan saya mati,"

Farid Husin tidak menjawab, dia memerhati sekeliling,

"Kita pergi kat kereta dulu, tempat nie tak sesuai untuk berbual, nanti dalam kereta aku akan jelaskan, tapi jujur aku cakap, aku rindu sangat pada Sha,"

wajah Awaisha Laila merah padam, Sekali lagi Awaisha Laila menatap wajah Farid Husin, bila tangan lelaki itu mengosok belakangnya membuatkan hatinya tidak keruan, hairan dengan sikap Farid Husin seakan cuba mengodanya

"Farid? Farid sedar tak apa yang farid dah buat, Faridkan dah kahwin, janganlah sentuh saya, Farid tak takut ke kalau orang nampak,"

"Baiklah aku minta maaf, lepas nie aku hati-hati?,"
Farid Husin berpura-pura tenang, dia memandang Awaisha Laila dengan senyuman manis walaupun hakikatnya dia begitu geram dengan kata-kata Awaisha Laila tadi

Wajah Awaisha Laila merah padam, senyuman Farid Husin benar-benar menganggu imannya

"Maafkan saya Farid, saya tak bermaksud bercakap kasar, saya cuma ingin menjaga batas,"

**

Ampang Jaya

Selepas Solat isyak, Fazura cepat-cepat turun ke bawah, bola matanya memerhati ke luar rumah, dia sedikit resah bila suami tercinta masih belum pulang, inilah kali pertama suaminya balik lewat, hatinya mula gusar,

Fazura menyarung selipar sambil menekan remote pagar di luar, dia berjalan melewati pagar rumah walaupun pagar rumah masih belum terbuka sepenuhnya, kedua kaki Fazura terjongket-jongket melihat laluan, setiap kali dia melihat lampu kereta dia tersenyum riang namun bila kereta itu melewatinya, dia seperti ingin menangis, skrin telefon pintar di tangan pula berkali-kali di tatap, tetapi Fazura tiada keberaniaan untuk menghubungi suaminya,

"Mana abang nie, kenapa lewat sangat balik,"
keluh Fazura, air matanya mengalir namun pada masa yang sama, dia melihat lampu sebuah kereta berkelip-kelip, bibirnya tersenyum lebar

Fazura seperti anak kecil melompat-lompat sambil tangannya melambai

Kereta di pandu Farid Husin memasuki pekarangan rumah, Fazura terlalu gembira sehingga tidak segaja membuka pintu kereta

"Boleh tak Zura bagi abang ruang sikit, abang letihlah,"
Ucap Farid Husin dengan nada agak meninggi, wajahnya serius memandang isterinya

bergetar tubuh Fazura bila di marahi suaminya, perlahan-lahan kakinya melangkah mengundur, matanya tidak berkelip memandang Farid Husin, dia hanya ingin mencium tangan suaminya

selepas menutup pintu kereta, Farid Husin terus mengayun langkah masuk ke dalam rumah langsung tidak mempedulikan isterinya namum Fazura tetap berjalan di belakangnya

"Ab.. ab.. abang, har.. hari nie Zu..zu buat na.. nasi ayam, ab..?,"

"Zura.., abang dah makan, kalau zura lapar, zura pergi je makan, abang nak naik atas, abang nak mandi nak solat, abang letih tahu tak,"

"Zu.. zu.. ta.. tahu,"

"Jangan lupa tutup pagar luar, tutup lampu, pintu jangan lupa kunci, dah abang nak naik atas,"
Farid Husin berdengus kuat selepas menyelesaikan kata-katanya, tingkahnya itu semakin membuatkan hati isterinya terguris

Fazura masih berdiri di kaki tangga, sejak suaminya memarahinya matanya langsung tidak berkelip, dia terus melihat ke atas membiarkan saja air matanya jatuh bercucuran, selepas beberapa minit barulah Fazura melangkah ke arah pintu, dia menekan remote pagar di luar rumah, pintu di tutup perlahan, setelah mengunci pintu, lampu luar di matikan, dia melangkah lemah dengan kepala menunduk menuju ke arah dapur

Fazura duduk sambil mengankat sedikit tudung saji melihat lauk pauk sudah di hidangkan di atas meja, dia mengesat-ngesat air mata, bibirnya terketar-ketar, sejak tengahari dia tidak makan semata-mata ingin makan bersama suaminya

"Ha.. hari nie Zura masak ma.. masak istimewa un.. untuk..,?

"Opocot mak kau!!,"

Terlompat Zura dari duduknya, bila kedua pinggangnya tiba-tiba di cengkam, Farid Husin ketawa terbahak-bahak sehingga terbaring di lantai bila melihat reaksi isterinya,

"Abang!,"
Fazura mengosok-gosok dadanya, jantungnya seakan terhenti bila di sergah suaminya

"Ya Allah, lucunya Zura,"

"Hiss... abang nie, Zura nangis tau tak tadi,"

Farid Husin cepat-cepat bangun, fazura berdiri sambil menunduk, merajuk dengan sikap suaminya sehingga membuatkan dia menangis, Farid Husin memeluk erat tubuh Fazura

"Abang minta maaf, tadi abang saja je nak usik Zura,"

"Tapi abang usik Zura, macam abang marah betul-betul, Zura takut,"

"Abang minta maaf, abang janji abang tak akan buat lagi,"
Ucap Farid Husin, dia merasa bersalah, dia memang tiada niat untuk memarahi isterinya

Farid Husin mengosok-gosok belakang Fazura, dahi isterinya di cium bekali-kali, lama mereka berdua berdakapan, Fazura seakan tidak mahu melepaskan dakapan suaminya

"Laparnya abang,"

Fazura mendongak
"Abang cakap abang dah makan?,"

"Sayang.., tadi abang makan mee goreng je, mana boleh kenyang,"

Fazura tersenyum,
"Abang tengok nie,"

Bulat mata Farid Husin bila Fazura membuka tudung saji,
"Sedapnya bau ayam,"

"Ayam nie Zura rebus lepas tu Zura perap dengan bahan perisa dalam peti ais barulah zura masak dalam oven, cubalah abang rasa,"

Farid Husin menarik kerusi, Fazura mengambil pinggan, mencedok nasi untuk suaminya

"Bau nasi pun harum,"

Fazura tersenyum, selepas menghulurkan nasi pada suaminya, dia cepat-cepat menarik kerusi duduk di sebelah suaminya

"Cuba abang rasa ayam tu, cicah dengan sambal nie,"

Terbeliak mata Farid Husin bila dia merasa ayam masakan Fazura,

"Alhamdulilah, sedapnya sayang, kalau tak cicah sambal nie pun dah sedap,"
Puji Farid Husin masih lagi menguyah

Lebar senyuman Fazura, rasa bahagia bila mendengar pujian dari suami namun dalam hatinya masih terasa sedih bila Farid Husin memarahinya walaupun itu satu usikan tapi tidak mustahil satu hari nanti suaminya benar-benar akan memarahinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience