bab 12

Romance Series 425423

bab 12

“Eh dorang kenapa tu?” Mana mereka tidak terkejut apabila dengar Ayriz dan Sya menjerit begitu.

“Pergilah tengok. Itu pun nak ajar lagi.” bebel Ayie sambil berjalan ke arah mereka. Yang juga turut mengikut jejak Ayie.

“Eh bongok tu kumbang je.” Sya menolak Ayriz. Ingatkan apalah tadi.

“Manalah aku tahu kumbang. Kau pun jerit kan tadi!”

“Aku jerit sebab kau. Kau tengok dorang dah datang.”

“Eh Ayriz, you okay ke ni? Sayang kenapa ni?” Haizad orang pertama yang bertanya. Ayriz mejeling ke arah Sya.

“I okay…. ada kumbang je tadi.” perlahan Sya menjawab. Hatinya berasa lain apabila Haizad menanyakan Ayriz terlebih dahulu.

“Ingatkan apalah tadi. Ayriz you okay ke? I tahu you semua jenis serangga you takut. You okay?” soal Haizad prihatin.

‘Ouh takut serangga.’

“O…okay. Husband! Kumbang tu besar lepastu dia terbang.” seperti budak budak Ayriz mengadu kepada suaminya. Fariz membuat riak selamba. Malas dia ingin melayan.

“Ish Ayriz cerita ni!” bengang Ayriz apabila rancangannya ingin bermanja di hadapan Haizad dibuat tidak tahu Fariz.

“Ye yayang…. Husband dengar! Itulah pergi jauh jauh lagi siapa suruh? Tahu tak malam? Bahaya… orang cakap jangan nak pergi juga.” terkelip kelip Ayriz apabila dengar suaminya membebel. Mereka yang lain sudah kemam bibir menahan ketawa melihat wajah kedu Ayriz.

“Pergi dekat je.” jawab Ayriz sambil menunduk.

“Orang cakap ada melawan. Dekat memangla dekat tapi kalau ada apa apa nak selamatkan yayang ingat sempat ke nak lari.” Entah mengapa risau Fariz apabila dengar isterinya menjerit tadi. Kalau mama papanya tanya habis dia yang kena.

Ayriz bermain dengan jarinya seperti merajuk dimarahi ayah.

“Dahlah tu Fariz… kesian Ayriz tu.” celah Haizad lagi sambil tersenyum. Sya yang memandang Haizad muka bengang.

“Yang you backup Ayriz kenapa? Betullah Fariz tu cakap.” Sya sudah bercekak pinggang.

“Lah sayang ni marah pula.”

“Yela Ya….” Ayriz berdehem sebelum menyambung kata katanya. “Yayang minta maaf.” Ayriz memandang tepat ke arah Fariz sambil tersenyum. Senyuman itu membuatkan Fariz geram dengan isterinya.

“Buat muka.” Fariz mencuit hidung Ayriz lalu tertawa malu isterinya.

“Ni pakai sweater. Sejuk tahu tak.” Fariz memakaikan sweater ditubuh Ayriz lalu dia terus jalan sambil tangannya elok dibahu Ayriz.

“Betul dorang buat kita tak wujud dekat sini.” Andy bercekak pinggang melihat drama 5 minit di depan matanya sambil yang lain sudah tersenyum mengikut mereka daripada belakang. Sya yang memandang Haizad menjeling lalu terus jalan memegang tangan abangnya. Haizad menggaru belakang kepalanya.


“Hai sayanggg… i miss you. You pergi mana? I chat you tak reply pon.”
“I miss you too… rumah sedara Ayriz ada buat makan makan. Sorry I tak reply chat you.”

“You tak habis habis dengan perempuan tu. Dia tu siapa ha? I merajuklah macam ni.” Wawa memeluk tubah sambil memusingkan badan. Fariz tersenyum menampakkan giginya.

“Hey sayang… kan I ada depan you ni. Janganlah merajuk. Jom kita pergi makan. Hari I free kan diri tau untuk you.” tidak jadi Wawa ingin merajuk dengan pujukan Fariz itu. Cepat gadis itu mengcapai lengan Fariz dan terus berjalan.


“Ayriz, betul ni kau tak nak ikut kitaorang pergi lunch? Kau tak lapar ke?”

“Haah lah Riz, jom la ikut aku dengan Ella pergi makan. Nak tunggu kerja abis sampai ke sudah tak habis.”

“Korang pergilah… kang aku makan meggi cup je kat pantry.” harini kerja Ayriz betul betul banyak, jika tidak dihabiskan, memang mahu ke rumah jawabnya menyiapkan kerja.

“Betul ni? Tak apalah kitaorang pergi dulu. If nak apa apa chat or call tau.” pesan Ella. Ayriz hanya menganggukkan kepala.

Selang beberapa minit mereka tiba di restoran yang biasa juga mereka makan. Sedang fokus mereka melihat menu sepasang kekeasih melintasi mereka.

“Eh La, tu bukan minah kekwat tu ke?” tegur Reen sambil mengecilkan matanya.

“Haahlah… eh boyfriend hensem dia tu still ek dengan dia. Apa yang hadap sangat dengan perempuan tu pun aku tak tahu lah. Punyalah ramai lagi perempuan, perempuan macam tu juga dia suka.”

“Tahu tak pe…. Kesian boyfriend dia dapat awek gedik. Ni kalau Ayriz ada memang best jadi bahan ni.”

“Dah kawan kita tu gila kerja. Eh dahlah cakap pasal dia memang tak makan kita. Dah tengoklah kau nak order apa.”


“Finally, siap pun. Ya allah sakitnya pinggang aku. Eh cepat juga ek aku buat kerja. Diaorang pun belum masuk kerja.” Ayriz merenggangkan badannya lalu mencari telefon di dalam beg tangan. Dalam meraba isi di dalam beg itu dia merasakan ada sesuatu benda kecil dan bulat lalu dikeluarkan.

Cincin. Cincin yang di mana jatuh ke dalam kolam tempoh hari. Selepas Fariz beredar, Ayriz membuat keputusan untuk terjun mencari cincin itu. Hampir 15 minit Ayriz mencari dan akhirnya jumpa. Hanya bibik sahaja tahu apa yang dia lakukan dan oleh sebab itu dia demam.

“Saya tahu ini cincin idaman awak untuk Wawa. Jadi, saya tak akan pakai. Sampai masa, saya akan pulang pada pemilik asal dia.” Ayriz bercakap seorang diri lalu dia tertawa sendiri.

“Kau ni gila la Ayriz. Macam mana kau boleh kahwin dengan orang yang tak cintakan kau. Macam mana kau boleh terfikir sampai jadi macam sekarang. Kau bahagia ke? Sampai bila kau boleh bertahan? Sebulan? dua bulan?”

“Ba!!!! cakap apa sorang sorang ni. Wah cincin. Cantiknya. Kau punya ke Riz?” tegur Ella yang baru sahaja sampai.

“Riz macam cincin kahwin… kau jangan cakap yang kau……” tegur Reen sedikit teruja.

“Tak adalah! Tu cincin bakal kakak sepupu aku. Abang sepupu aku suruh pegangkan.”

“Ouh…. ingat kau punya. Cantik. Untung bakal kakak sepupu kau kan dapat abang sepupu kau. Ada abang sepupu lebih? Mehlah past kat aku. Aku pon lama single.” gurau Ella sambil ketawa.

“Banyaklah kau.”

“Eh Riz teka kitaorang jumpa siapa tadi?”

“Siapa?”

“Minah kekwat tu weh….. menyampah aku tengok.” Ella membuat mata ke atas. Memang dia tidak puas hati dengan gadis itu.

“Dengan siapa?” sedikir berdebar Ayriz menunggu jawapan rakannya.

“Bf hensem dia tu lah. Bukan main berkepit lagi aku tengok. Macam belangkas. Baru tunang dah kecoh kalah dah kahwin.” berubah wajah Ayriz ketika itu. Dia menyimpan semula cincin di dalam beg tangannya.

“Ouh… biarlah orang ada tunang.”

“Hello orang lain pun ada tunang tak adalah over macam dia. Kalau kau tengok dia paut tangan bf dia tadi macam takut nau tunang dia lari.” Ayriz hanya diam lalu terus bangun.

“Eh kau nak gi mana? Aku cerita ni.” Ella memerhati rakannya itu.

“Makan. Kerja aku dah settle.” Ayriz terus beredar tanpa memperdulikan mereka. Ella dan Reen memandang satu sama lain dan hanya mengangkat bahu.


Tepat pukul 6:30 Ayriz tiba dirumah. Dia terus menghempas tubuhnya ke katil. Letih! Ya sangat penat. Dia memejamkan mata untuk beberapa minit. Apabila dia celik dia memandang ke arah meja solek. Dia mengeluh perlahan.

“Tak ada guna aku duduk dalam bilik ni. Riz kau kena sedar diri kau bukan pilihan hati dia.” Ayriz terus bangun dan mengemas alatan soleknya di dalam beg kecil. Setelah siap, dia terus keluar daripada bilik itu.

“Assalammualaikum.” Fariz memberi salam sambil membuka pintu. Sunyi, tiada sahutan. Tv terbuka lalu Fariz terus menuju ke arah itu. Kelihatan Ayriz sudah lena di sofa. Perlahan lahan Fariz menutup tv dan duduk di sebelah isterinya. Wajah Ayriz ditatap lama. Terbit rasa yang aneh dalam hatinya. Selang beberapa saat Ayriz tersedar daripada tidur.

“Awak dah balik? Pukul berapa ni?”

“10:30. Kenapa tidur sini?”

“Tertidur… dah makan? Mestilah dah kan. Tak apalah saya nak simpan lauk. Pergilah naik atas, mandi.” Ayriz terus bangun menuju ke meja makan. Fariz yang melihat terlatah isterinya mengerutkan dahi pelik. Namun dia terus naik ke bilik untuk membersihkan diri. Selepas siap mandi dia membelek belek telefonnya. Setelah sejam dia mula merasa pelik kerana Ayriz tidak naik naik ke bilik.

“Mana budak ni tak naik naik. Banyak sangat ke kerja kat bawah?”

Fariz terus turun ke bawah mencari kelibat isterinya. Dia mencari seluruh tempat tapi tiada.

“Mana dia ni? Kereta ada. Ayriz! Ayriz!.” Fariz buat keputusan naik ke bilik semula. Fariz seperti teragak agak ingin membuka pintu bilik yang berhadapan berhadapan dengan biliknya. Perlahan lahan dia buka. Terlihat satu tubuh terbaring di atas katil.

“Tidur sini? Dah kenapa budak ni… pelik je hari ni. Moody la kot. Suka hatilah yang penting tahu kau ada kat sini.”

hai! sorry semua menghilang… niena tak sihat dah seminggu dah… ni pun belum sihat sepenuhnya… sorry buat semua tertunggu tunggu… happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience