BAB 3

Romance Series 68161

Keesokkan harinya datuk mengajak mereka sekeluarga untuk pergi kediaman sofea ini kerana mahu membincangkan hal mereka berdua , Danisya terkejut kerana abangnya sudah berkahwin dengan perempuan yang tidak dikenalinya...

"Kenapa papa kahwinkan dia dengan abang?" soal danisya semasa mereka menuju ke kampung sofea , "Demi jaga aib keluarga dan juga syarikat kita" jawab datuk

"Tapi kita tak tahu perempuan ni baik ke tak? entah entah dia nak kan harta tu sebab dia perangkap abang" ujar danisya lalu memandang ke arah sofea yang duduk di sebelahnya...

"Danisya jangan mulut tu , walauapapun dia tetap kakak ipar kamu" marah datuk dan danisya membuat muka pada sofea...

Sofea sendiri bertanya pada dirinya dapat ke dia bertahan dalam keluarga suaminya ini? semua ahli keluarga membenci kehadiran dirinya yang secara tiba tiba...


"Kita repot polis , ni dah cukup 24 jam kan?" soal makcik salmah , Di ruang tamu ada ain dan rina mereka yang memberitahu tentang kehilangan sofea dan malam itu mereka tidak senang duduk dan tetap menunggu kepulangan sofea...

"Belum cukup lagi sal , sabar kita berdoa banyak banyak supaya sofea selamat di mana pun dia berada" kata pakcik daus pula..

"Saya risau bang , sofea tak pernah hilang macam ni saya tak nak kehilangan dia bang"

"Mak sal saya faham , mak sal tengah sedih sekrang ni tapi mak sal kena bertenang takut mak sal jatuh sakit pula" pujuk hisyam yang turut berada di situ...

"Eh kereta siapa tu? mewahnya" tanya syamsul dan mereka semua keluar untuk melihat siapa yang datang , mereka semua agak terkejut bila melihat datuk zul keluar dari kereta itu dan tak lama sofea pula terlihat...

"Ya allah sofea" makcik salmah terus berlari ke sofea dan memeluknya , datin , danisya dan juga danish hanya memandang rumah papan itu...

Rumah itu kelihatan cantik dan tetapi di berbuat dari kayu itu membuatkan danisya memandang ke arah danish , "Salah pilih isteri" bisik nya...

"Kami datang sini oleh kerana kami ada satu berita yang tidak meyenangkan untuk di dengar" kata datuk zul pada pakcim daus...

"mari la naik ke atas , kita bincang di atas" ajak makcik sal dan membawak sofea ke dalam rumah di ikuti keluarga datuk zul....

Hisyam hanya mampu memandang ke arah sofea dan berkerut dahi , "Apa yang tak menyenangkan tu? ada apa apa ke?" soal hisyam di fikirannya...


************************************


"Hey honey" tegur faris lalu mengucup pipi irdina dan duduk di hadapan irdina , "Hey you ni cium i kenapa? kedai makan ni"

"Macam tak biasa pula you ni , kita dah pernah lebih dari cium tau" usik faris dan itu membuatkan mereka tersenyum bersama...

"You , i nak tanya something?"

"Tanya la apa dia? i tak pernah halang you untuk bertanya" kata irdina dan meletakkan cawannya semula...

"Bila you nak akhirkan hubungan you dengan danish? hubungan kita dah setahun lebih , you tak penat ke asyik ulang alik malaysia ke paris?" tanya faris...

"I penat , tapi i buat semua ni disebabkan bussiness papa i juga , papa i percaya pada i dan dia bgi i handle syarikat di sini , about danish i dah fikir habis balik malaysia i akan putuskan hubungan kami" jawab irdina lalu memegang tangan faris..

"I trust you sayang" ucap faris dan mengucup perlahan jemari irdina...

"Apa? datuk baik datuk bagitahu saya semua ni tak betul , adik saya tak akan buat kerja terkutuk tu" marah syamsul bila datuk menceritakan hal tangkap khalwat itu...

"Semua ni salah faham , sofea tak akan buat macam tu" kata mak sal pula...

"Dia baik depan keluarga je tapi belakang korang , korang tak tahu kan? dah berapa ramai lelaki..."

"Eh kau jangan nak tuduh sofea bukan bukan eh , kau tak kenal keluarga kami" marah syamsul sambil tunjuk jari ke danish...

"Sudah tu" halang pakcik daus dan memandang datuk zul...

"Semua nya sudah terlambat , mereka dah pun bernikah dan sekarang mereka berdua sudah sah sebagai suami isteri , saya datang ke sini untuk memberitahu hal ini dan saya nak melakukan majlis secara terbuka" ujar datuk zul...

"Sofea macam mana boleh terjadi ni? apa semua ni?" soal syamsul pada sofea..

"Ab...abang sofea tak tahu apa apa , sofea di culik dengan dua lelaki dan sofea cuba selamatkan diri sofea itu je bang , dalam fikiran sofea adalah diri sofea sendiri" jawab sofea menemankan air mata...

Danisya yang melihat sofea menangis terasa simpati dan terus memandang ke arah abangnya yang tidak reaksi sama sekali...

"Sudah tu syamsul , benda dah berlaku kita tk boleh nak undur kan masa , ini semua dah takdir , kita terima semua ni dengan hati yang terbuka" ucap pakcik daus pula......

Makcik salmah memeluk tubuh sofea dan menyekat air mata sofea , "Sofea minta maaf , sofea dah malukan keluarga ni sofea tak ada niat"

"Sofea sudah tu , ni semua bukan salah kamu , tak baik kamu melawan takdir tuhan" pujuk pakcik daus , "majlis nak buat macam mana tu ya datuk?" soal mak sal

"Buat majlis sanding terbuka dan saya akan umumkan berkahwinan mereka supaya mereka tidak salah faham dan tidak menganggap sofea perempuan seperti itu" ujar datuk dan ahli keluarga sofea menerimanya...

"Ini ada sagu hati dari kamu sekeluarga" datuk menghulurkan sampul berwarna coklat dan diisi duit berjumpa 15k...

"Kami tak akan menerima apa apa dari datuk , kami semua menerima dengan hati yang terbuka , kami anggap ini semua takdir" jawapan pakcik daus....

"Pa danish keluar dulu boleh tak? panas ah" kata danish dan terus turun ke bawah meninggalkan mereka semua...

"Maafkan anak saya , dia tak biasa dengan suasana kampung" ucap datuk yang agak malu kerana kelakuan anaknya...

Danisya masih memerhatikan sofea yang berada di pelukkan makcik salmah nampak dari tangisannya dia sememang nya tidak bersalah dan di jadikan mangsa keadaan sahaja....

"Aku tahu sofea bukan level kau , tapi ingat ni semua takdir dari tuhan" ujar hisyam yang datang kepada danish di luar halaman...

Hisyam agak kecewa bila tahu sofea kini sudah bersuami jadi impiannya kini pudar , "Kau suka dia ke? tapi aku tak akan lepaskan dia" jawab danish yang memandang tepat wajah hisyam...

"Ye aku suka dia , ikutkan rancangan aku , aku nak lamar dia hujung minggu ni tapi takdir kata lain dia jadi hak kau"

"Apa istimewa dia tu sampai semua suka dia? aku tak nampak apa apa keistimewaan pun pada dia , ke sebab kau pernah tidur dengan dia juga? apa kata kau bgitahu aku sedap sangat ke dia tu" ucapan danish membuatkan hisyam naik beran..

"Kau" marah hisyam dan menarik baju danish , "Apa benda korang ni" marah danisya dan meleraikan mereka berdua...

"Mulut kau jaga sikit , kalau aku dapat tahu kau buat bukan bukan pada sofea aku sendiri akan berhadapan dengan kau" pesan hisyam dan terus pergi...

"Apa ni bang? abang cakap apa sampai lelaki tu marah mcm tu sekali? abang jangan buat malu mama dengan papa eh"

"Kau diam boleh tak? aku rimas ah" marah danish kpada adiknya lalu masuk ke dalam kereta...


**********************************

Selesai berbincang sofea mengemas kain baju nya untuk ikut keluarga suaminya dan terpaksa berpisah seketika dengan keluarganya....

"Abang sofea minta maaf , sofea dah malukan keluarga , sofea minta maaff sangat sangat bang" kata sofea sambil memegang tangan abangnya...

"Sudah tu sofea , semua dah selesai sekrang sofea kena teruskan hidup , bina kehidupan baru dengan danish , kalau sofea perlukan abang , sofea bagitahu abang" kata syamsul lalu mengusap perlahan badan sofea

Hilang sahaja kelibat kereta keluarga danish , rina dan ain terus meminta maaf pada mak sal dan juga pakcik daus kerana tidak jaga sofea dengan baik tetapi maksal dan pakcik daus memaafkan mereka dan berkata itu bukan salah mereka...

"Aku tahu perasaan kau sekrang , jadi aku minta kau lupakan sofea dan moveon dari dia , aku tak boleh buat apa lagi" ucap syamsul...

"Tak apa la syam , aku dah boleh terima yang sofea bukan jodoh aku" jawab hisyam dengan senyuman pahitnya...


"Sherry , look" liya memberikan phonenya kepada sherry..

"Berita ni baru keluar 2 jam yang lalu , rancangan kau macam mana? kenapa dia pula yang kena dengan danish?" soal liya..

"Aku tak kenal siapa perempuan ni , tapi yang penting bukan aku yang kena tangkap khalwat kalau aku tetap dekat bilik tu semalam aku tk akan dapat separuh dari syarikat ni" jawab sherry tanpa ada rasa bersalah...

"Gila , kau memang gila kalau danish tahu plan ni semua dari kau masak kau sherry , dia akan buat keluarga kau jatuh muflis tau"

"i dont care , dia tak akan tahu kalau kau tak pecahkan semua ni , ingat liya kau kawan baik aku sepatutnya backup aku" ucap sherry dan beredar dari situ...

********************************


Selesai makan malam bersama danish terus naik ke biliknya tanpa pedulikan sofea yang ada di sebelahnya , sama seperti datin rahila langsung tidak ambil tahu atau berbual dengannya...

"Bang saya naik atas dulu la , saya tak ada selera nak makan tiba tiba rasa loya pula" ucap datin rahilla.

"Mama pregnant ke? serius la ma" kata danisya , "Mandai la kau , mama loya sebab ada bau busuk dekt sini" jawab datin dan terus pergi dari meja makan...

Datuk mengeleng kepalanya , "Sofea jangan ambik hati dengan mama" kata datuk dan sofea mengangguk berlahan...

"Sofea ke dapur dulu ya" kata sofea dan terus ke dapur dengan pinggan dan cawannya...


"Macam mana rasa kahwin dengan anak datuk? best ke sensara?" soal danisya secara tiba tiba , Sofea terdiam dan sambung basuk pinggan yang ada di singki

"Aku tahu kau bukan perempuan yang macam tu , tapi kena kau boleh ada dekat situ?" tanya danisya dan kali ini dia berdiri disebelah sofea..

"Saya , saya dikejar oleh dua orang lelaki yang saya tak kenal langsung , mereka tutup mulut saya dengan kain lepastu saya terus tk ingt apa apa" jawab sofea

"Hummm , kenapa kau tk lari keluar dari hote tu atau minta tolong orang hotel?"

"Kau tak payah nak jadi polis sangat boleh tak? Cakap perempuan ni semua nya tipu aku tak percaya langsung apa yang keluar dari mulut dia ni , perempua murahan macam dia ni mana ada harga diri" sampuk danish dari pintu dapur...

"Apa abang ni" marah danisya

"Kau naik atas sekarang , lambat siap kau" arah danish pada sofea dan terus pergi , "Hati hati" pesam danisya...

Kata kata yang diucapkan danish sangat menyakitkan hati sofea , terasa harga dirinya di pijak lumat oleh suaminya sendiri , apa yang mampu dia lakukan hanya la bersabar dan berdoa agar suami dan mak mertuanya lembut hati menerima nya.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience