"Emma..Emma.. Emma.. ".Laung Adam
"Ye.. ye.. saya datang..".Emma berlari anak menuju ke arah Adam yang dari tadi memanggil-manggil namanya.Emma sibuk di dapur untuk menyediakan makan malam mereka.
"Ada apa awak jerit-jerit ni ?? Ada hal kecemasan ke ?? ".Tercungap-cungap Emma.
"Tak lah.. ni aku nak bagitahu, Pagi besok kita ke rumah Mummy "
"Wahh... ye ke awak ?? baguslah dah lama kita tak pergi ke rumah Mummy "
Emma menarik nafas panjang.
"Awak.. awak nak makan apa harini ?? saya nak masak untuk awak.. Special punya.. "
Emma tersengih-sengih.
"Kenapa kau nak masak ?? Mak Esah tak sihat ke ?? "
"Ehh... tak lah, Mak Esah sihat je.. Saya saja nak masak untuk awak.. "
Emma tersenyum kambing.
"Tak payah.. aku nak makan masakan Mak Esah je.. Dalam dunia ni, aku hanya makan masakan dua orang sahaja iaitu Mummy dan Mak Esah.."
Adam memandang sinis kearah Emma dan berlalu pergi.
""Dalam dunia ni, aku hanya makan masakan dua orang sahaja iaitu Mummy dan Mak Esah.."""
Ajuk Emma dengan reaksi muka geram.
""""Haish poyo betul la Adam, tipu la kalau dia tak pernah makan makanan dekat mana-mana restoran ,takpe... aku akan buktikan yang aku mampu.. huhh""""
Emma berjalan sambil menghentak-hentak kaki seperti budak-budak yang merajuk kerana tak dapat gula-gula.
*****************
Emma berjalan ke hulu ke hilir di depan pintu bilik Mak Esah. Pintu bilik Mak Esah tidak ditutup rapat.Sesekali Emma mengintai Mak Esah yang sedang memakai telekung solat sambil menadah tangan berdoa.Emma menunggu Mak Esah dengan penuh sabar.
"""""Haa.. Mak Esah dah siap berdoa.. """"
Pintu bilik Mak Esah dibuka perlahan.
"Mak Esah.... "
"Uishh... kamu Emma, terkejut Mak Esah.. mesti kamu lapar kan?? Mak Esah dah siap solat ni, nanti Mak Esah masak ye.. "
"Ha'ah Mak Esah.. Emma lapar.. "
"Haa.. Mak Esah dah agak dah, kejap ye.."
Mak Esah bingkas bangun lantas melipat telekung solat.Mak Esah keluar bilik menuju ke arah dapur diikuti Emma.Emma menghentikan langkah Mak Esah.
"Mak Esah.. Mak Esah nak masak apa malam ni?"
"Hurmm.. Mak Esah ingat nak masak Daging masak kicap, Sayur goreng dan Gulai ikan merah... kenapa?? kamu nak tambah menu ke?? "
"Ehh.. takde la.. saja tanya.. hehe"
Emma tersenyum-senyum seorang diri.
"Kenapa dengan kamu ni?? kena sampuk ke?? tersengih-sengih.. "
"Takde la.. saja"
"Kalau takde apa-apa Mak Esah nak masak dulu, Emma naik atas bersiap-siap.. nanti lepas isyak kita makan, kamu ni dah mandi ke belum?? "
"Ermm.. belum.. "
"Ish.. ish.. ish.. bertuah sungguh.. dah. dah.. pergi siap sekarang.. lain kali... bla.. bla.. bla.. "
"Ermmm.. "
Emma menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal
*****************
**Tok.. tok.. tok.. **
"Emma.. jom turun makan, ajak Adam sekali.. "
"Baik Mak Esah.. "
Emma baru sahaja selesai solat. Seusai berdoa,Emma bingkas bangun dan bersiap untuk turun. Emma menuju kearah bilik Adam. Bilik Adam berhadapan dengan bilik Emma.
**Tok.. tok.. tok.. **
"Awak.. jom makan.. "
Tiada suara sahutan daripada Adam.
**Tok.. tok.. tok.. **
"Adam.. "
**Tok..tok.. tok.. **
""Mana Adam ni.. dia dalam tandas kot, sebab tu dia tak dengar aku ketuk.. ""
Kali ini Emma mengetuk dengan lebih kuat.
**Tokkk... tokkk... tokkk.. **
Pintu bilik Adam terbuka.. Adam berdiri di hadapan Emma dengan muka yang bengis.. Jarak Emma dan Adam begitu dekat.. Emma melangkah satu langkah ke belakang.
Adam mendengus perlahan dan berlalu pergi.
""Huhu.. Adam nampak macam marah.. hurmm.. tu la Emma, lain kali kau kena sabar.. ""
Emma turun dengan muka serba salah.
"Haa.. Emma.. jom makan.. "
ajak Mak Esah.
Emma mengambil tempat duduk bersebelahan Adam. Tiba-tiba muka Adam berubah.
"Mak Esah, kenapa masakan Mak Esah ni lain macam je?? "
"Haa.. Adam apa yang peliknya.. tak sedap ke?? "
Adam hanya terdiam. Muka Adam seperti orang yang kehairanan.
Emma tersenyum kambing menampakkan barisan giginya.
"Tak sedap ke Adam?? ".Tanya Mak Esah tersengih-sengih.
Adam hanya terdiam.
Emma tergelak kecil.
"Kenapa ni Mak Esah.. " Tanya Adam. "Siapa yang masak hari ni??.. "
Mak Esah tersenyum
"Hebat jugak kamu ni Adam, Kamu boleh cam masakan Mak Esah.. memang bukan Mak Esah yang masak harini.. tu.. orang yang masak.. "
Mak Esah menuding jari kearah Emma..
"Patut lah Emma tersengih-sengih dari petang tadi.. rupa-rupanya Adam, dia dah masak.. Mak Esah hairan jugak dengan Emma harini.. dia tak bagi Mak Esah ke dapur.. hurmm... Rupa-rupanya dia ada plan sesuatu.. ".Mak Esah tergelak kecil
"Macam mana awak ?? sedap tak?? "
Adam hanya diam.
"Adam.. isteri kamu tanya tu.. jawab la.. "
"Urmm... sedap.. "
Jawab Adam dengan muka kosong
"Hurmm.. macam tak ikhlas je.. "
Emma buat-buat merajuk .
"Adam saja je tu Emma.. dah-dah kamu berdua makan la ye.. Mak Esah nak ke dapur nak ambik air.. tertinggal tadi.. "
"Mak Esah.. Emma tolong ye.. "
"Haa.. jom"
Adam memerhatikan langkah Mak Esah dan Emma.. Adam tersengih-sengih seorang diri.. Tiba-tiba Adam tergelak kecil..
******************
"Assalamualaikum Mummy.. Mummy sihat?? "
Emma memeluk ibu mertuanya.
"Waalaikumussalam.. sihat.. Emma sihat?? Adam ??Macam mana dengan kerja kamu?? "
Emma tersenyum
"Macam tu la Mummy.. biasa je.. "
"Kamu ni Adam.. macam tak ceria je balik rumah Mummy.. "
Puan Aisyah mencebik.
"Ehh.. tak lah Mummy.. Adam suka la.. Adam happy jumpa Mummy.. Cuma hal-hal kerja yang buat Adam serabut.. "
"Hmm.. ye la.. Mummy saja je.. "
"Mummy.. Mummy.. "
Satu suara memanggil Puan Aisyah.
"Mummy nak letak kat mana ni..?? "
Emma memandang wajah lelaki yang berada di hadapannya.. Mata Emma membulat..
""Ammar""
"Haa.. kamu letak je kat situ.. nanti Mummy ambil.. "
Puan Aisyah memandang wajah Emma.. Puan Aisyah kehairanan..
"Emma.. kenapa ni.. kamu okey?? "
Emma terdiam.
"Emma.. Mummy lupa nak perkenalkan.. ni la adik Adam yang tak dapat hadir ke majlis perkahwinan Emma haritu.. Rafiqul Ammar..Haa...Ammar ni la isteri abang kamu Fatimah Ilyana.. Emma"
Terlopong Emma mendengar butiran yang keluar daripada mulut Puan Aisyah.
Ammar juga menunjukkan reaksi yang sama.
"""Patut la... dekat kat kahwin tu tertulis Rafiqul Adam.. aku ingatkan kebetulan nama sama.. """
Share this novel