18

Romance Series 10716

Usai sarapan pagi dirumah, Taylor dan Fea bertolak seawal jam 8.30 pagi untuk ke gudang perabot.

"Perlu ke kita ajak Ed pergi bersama?" Fea cuba mendapatkan pendapat Taylor.

"Rasanya tak perlu. Kita berdua sudah cukup. Lagipun, kita sudah ada interior designer sebagus Puan Ivy. Jadi, tak perlu ramai-ramai disana." luah Taylor. Hatinya masih sakit saat nama Ed meniti di bibir Fea.

Fea sekadar tersenyum dan mengangguk.

Fea kemudian menoleh memandang Taylor. Sikap Taylor pagi ini juga tidak jauh beza dengan saat lelaki itu pulang dari Kana Hotel semalam.

Apa yang sebenarnya berlaku?

"Taylor" panggil Fea lembut.

Taylor menoleh.

"Awak ok tak ni?"
Taylor memandang Fea sekilas sebelum menumpukan semula pemanduannya.

"Awak nampak lain lepas pulang dari hotel semalam, kenapa? Ada sesuatu yang berlaku ke?"
Taylor menggeleng perlahan.

Fea nampak kecewa dengan jawapan yang diberikan Taylor.

Setelah satu jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di sebuah gudang perabot.

Puan Ivy sudah siap menunggu mereka di hadapan pintu masuk gudang.

Fea melepaskan tali pinggang kaledar dan mahu membuka pintu.

"Fea" panggil Taylor.

Fea yang mahu keluar dari kereta segera mematikan hasratnya.

"Jangan terlalu percaya dengan orang yang baru dikenali. Ketika seseorang bersikap manis, bahkan terlebih manis terhadap kita, boleh jadi orang tersebut menyimpan maksud yang tidak baik terhadap kita."

Dahi Fea berkerut mendengar kata-kata Taylor.

"Puan Ivy, dah lama tunggu?" Taylor berjalan menghampiri Puan Ivy sementara Fea membuntuti langkah Taylor dari belakang.

"Puan Ivy" sapa seseorang dari arah belakang Taylor dan Fea.

Riak wajah Taylor berubah saat melihat Ed juga berada disitu.

Sepanjang pemilihan perabot, Taylor lebih banyak berdiam dari sebelumnya. Tapi, dia lebih caring terhadap Fea dari sebelum ini. Dia langsung tidak membenarkan Fea berduaan dengan Ed.

Fea nampak perubahan sikap Taylor yang lain dari biasanya. Taylor bersikap lebih protective terhadapnya lebih dari biasa.

Kata-kata Taylor sewaktu di dalam kereta tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.

'Apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Taylor?'

'Jangan terlalu percaya dengan orang yang baru dikenali?' kata-kata itu bermain di benak fikiran Fea berulang-ulang kali sehinggakan dia susah hendak lelapkan mata.

Fea bangun. Dia berjalan keluar dari bilik menghala ke dapur, mencapai gelas lalu membuka peti sejuk. Dia mencapai sebotol oren jus lalu diletakkan di atas meja pantry.

Fea menarik kerusi dan duduk. Perlahan dia menuang oren jus ke dalam gelas.

'Ketika seseorang bersikap manis, bahkan terlebih manis terhadap kita, boleh jadi orang tersebut menyimpan maksud yang tidak baik terhadap kita.'

Lagi-lagi ayat itu terngiang-ngiang di telinga Fea.
Dia mencapai gelas lalu meneguknya perlahan.

"Kenapa tak tidur lagi?" Taylor muncul dari luar.

Fea tersentak kerana terkejut.
"Taylor" tegur Fea sambil menyentuh dadanya.

"I'm sorry" Taylor lantas mengusap belakang Fea perlahan. Dia menarik kerusi lalu duduk disamping Fea.

Fea menarik nafas panjang, cuba menenangkan perasaannya.

"Awak ke mana?" tanya Fea setelah merasakan dirinya kembali tenang.

"Saya ambil angin di luar" jawab Taylor jujur.

Fea memandang pakaian yang dikenakan Taylor, jaket tebal.

"Dengan cuaca sejuk macam ni?" soal Fea tidak percaya.

Taylor tersenyum seraya mengangguk.
Taylor mendekatkan bibirnya pada telinga Fea lalu berbisik,
"Ada unggun api di luar"

Mata Fea terbeliak.
"Really?"
Taylor mengangguk.

Fea melompat turun dari kerusi, berlari anak menuju ke pintu keluar menuju halaman belakang. Mulutnya ternganga.

Fea menoleh kearah Taylor yang sudah berdiri tepat di belakangnya,
"Awak buat ini?" Fea menunding jari ke arah unggun api yang dibuat khas di bahagian tapak fireplace.

Taylor mengangkat kedua keningnya sambil tersenyum.

"Eeeee" Fea melompat gembira.
"Awak tunggu sini" arah Fea seraya berlari masuk ke dalam bilik, beberapa saat kemudian dia keluar bersama baju sejuk, scarf dan sarung tangan. Dia menyarung kesemua itu sambil berjalan ke arah Taylor.

"Saya dah siap, mari" ajak Fea dengan wajah yang gembira dan tidak sabar.

"Err..tapi.." kata-kata Taylor terhenti saat Fea menatapnya dengan wajah simpati.

"Ok. Sekejap" Taylor berjalan ke arah dapur, mengambil beberapa tin minuman lalu menghampiri Fea semula.

"Mari" Fea tersenyum lebar seraya mengangguk.

Sebaik sahaja kedua kaki mereka melangkah keluar, angin dingin menyapa lembut wajah mereka berdua.

Taylor menghulurkan tangannya kearah Fea. Tanpa ragu, Fea menyambut dan menggenggam erat tangan Taylor. Kedua mereka menghampiri unggun api yang masih menyala.

Mereka duduk agak hampir dengan unggun api sambil menikmati minuman keras yang berada dalam tin. Sebaik sahaja air itu masuk ke dalam tubuh, rasa dingin itu mulai berkurangan.

"Taylor" lelaki itu menoleh.

"Apa maksud kata-kata awak siang tadi?"

Taylor tersenyum sambil berkata,
"Sampai masa nanti, Fea akan faham" luah Taylor.

Fea cuba menghadam maksud kata-kata Taylor sebelum mengangguk.

"Nak makan sesuatu?" soal Taylor sambil memerhati raut wajah Fea yang cantik dan putih bersih.

Fea mengangguk pantas.
Taylor menyambut kata-kata Fea dengan sengihan.

"Tunggu sini sebentar." arah Taylor lantas bangun dan melangkah masuk ke dalam rumah.

Tidak lama kemudian, Taylor kembali.

Fea memandang sesuatu yang dipegang Taylor.
"Marshmallow" Taylor mengangguk.

Taylor mengambil beberapa ketul marshmallow lalu dicucuk pada sebatang kayu yang sudah siap sedia dari tadi lalu membakarnya.

Aroma marshmallow menerjah ke rongga hidung Fea. Dia sudah tidak sabar.

"Mahu?" Taylor tahu, Fea sudah tidak sabar.

Fea mengangguk pantas lantas membuka mulut.
Taylor tanpa menunggu lama, mencuit marshmallow yang masih panas, meniupnya sedikit sebelum menyuap ke dalam mulut Fea.

"Ermm" mata Fea terpejam rapat sambil menikmati kemanisan marshmallow bakar.

Taylor kemudian menjamahnya pula.

Walaupun cuaca di situ mencecah 10°C, tapi disebabkan unggun api dan minuman keras yang mereka minum itu telah berjaya untuk mereka panaskan badan.

Sudah dekat 30 minit mereka diluar dan sudah enam tin minuman keras telah diminum oleh mereka. Fea paling banyak minum berbanding Taylor kerana lelaki itu tahu, jika kedua mereka mabuk, buruk padahnya.

Dia sebagai penjaga yang telah diamanahkan untuk menjaga Fea, hanya membiarkan wanita itu melakukan sesuka hatinya, hanya pada malam ini sahaja. Tapi tidak dia.

"Boleh saya peluk tangan awak?" pinta Fea yang mula mabuk.

Taylor awalnya tidak mahu mengambil kesempatan terhadap Fea, lantas mengiakan sahaja dengan anggukkan. Bukannya mereka melakukan apa pun, hanya sekadar duduk sambil menikmati keindahan dan kedinginan malam hari, itu sahaja.

Fea dengan lembut merangkul erat tangan Taylor. Perlahan kepalanya direbahkan ke bahu lelaki itu.

"Kalau Abang Drake ada, tentu dia marah, kan?" Fea ketawa dihujung kata-katanya.

Taylor ikut tersenyum. Benar apa yang dikatakan Fea. Walaupun dari luaran, Drake terlihat tidak langsung ambil tahu pasal Fea, tapi sebenarnya dia begitu mengambil berat tentang adiknya ini. Taylor sendiri tidak menafikan hal itu. Dia dapat lihat sendiri bagaimana risaunya Drake saat Fea hilang. Tuan Reynard juga tahu akan hal ini.

Sebelum pulang ke New York, lelaki itu juga sempat berpesan kepadanya supaya menjaga Fea dengan baik. Itu sudah cukup membuktikan yang Drake sebenarnya sayangkan Fea.

"Sudah tentu saya sudah dipukulnya sekarang"
Taylor dan Fea terkekeh ketawa.

Keadaan sunyi buat seketika sebelum Fea bersuara,
"Fea tahu, abang memang susah nak terima Fea. Tapi Fea yakin, satu hari nanti, abang dan Fea akan berbaik sama seperti adik beradik kandung yang lain." Fea mengeluh perlahan.

"Fea sebenarnya, teringin nak merasai kasih sayang seorang abang. Abang yang ambil berat pasal Fea, jaga Fea, sayangkan Fea, temankan Fea jalan-jalan, makan-makan, tengok wayang, teman Fea berborak. Tapi, Fea sedar yang Fea takkan dapat semua tu dari Abang Drake" luah Fea kesal.

"Mungkin Drake perlukan masa untuk tunjukkan semua tu pada Fea. Kita tak duduk di tempat Drake dan kita tak tahu apa yang ada di hati dan di fikiran dia. Kita tak tahu apa yang dia fikirkan." Fea mendongak memandang wajah Taylor.

"Betul ke Abang Drake begitu?" Fea menegakkan duduknya. Dia menutar tubuh menghadap Taylor.

"Awak sebagai lelaki, tentu faham tentang Abang Drake. Hurmm, apa yang awak tahu dan yang saya tak tahu, cuba cakap" desak Fea sambil bercekak pinggang.

Taylor tersengih melihat telatah Fea yang mabuk dan bersikap keanak-anakkan. Pipi wanita itu sudah kemerahan begitu juga dengan hujung hidung dan bibirnya.

"Comel!" puji Taylor sambil terkekeh ketawa.

"Jangan tukar topik!" gerutu Fea sambil mencebir bibirnya sehingga menampakkan lagi merah darah bibirnya.

"Saya tak tahu, sumpah. Hati Drake bukan saya yang pegang. Hanya dia saja yang tahu. Kalau Fea tanya tentang hati saya, tahulah saya macam mana hendak menjawabnya" gelak Taylor sambil berkata-kata.

"Ishh!" Fea kesal sambil memeluk tubuhnya erat.

"Merajuk pulak. Dah, mari kita masuk. Dah lewat ni, cuaca kat luar ni semakin sejuk, nanti kita dua sakit, siapa yang nak kerja" gerutu Taylor lantas mengambil sebaldi air yang sudah dia siapkan sejak awal tadi lalu disimbahkan ke atas unggun api.

Fea yang berdiri sudah mula terhuyung hayang.

"Eh..ehhh" Taylor dengan pantas menyambar tubuh Fea dari terjatuh.

Fea spontan menyambar tubuh Taylor lalu memeluknya erat.

"Opss! Sorry" ucapnya lemah.

"Boleh jalan tak ni?" Tanya Taylor.

"Ehem" gumam Fea sambil mengangguk.

Taylor menggelengkan kepala. Dalam keadaan macam ni pun masih mengaku kuat.

Tanpa berfikir panjang, Taylor lantas mengendong tubuh Fea masuk ke dalam rumah.

"Uuu.. Now I'm like a princess" omel Fea sambil ketawa geli hati. Tangannya spontan memeluk leher Taylor sambil kepalanya melentok manja pada bahu lelaki itu.

Taylor hanya membiarkan Fea membebel sendirian. Dia tahu, wanita itu tidak sedar apa yang sedang dia bicarakan.

Bersambung...

Gembira je kan bila Fea berada disamping Taylor. Lelaki itu benar-benar ikhlas menjaganya, tak ubah seperti malaikat pelindung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience