4

Drama Series 4104

5 tahun berlalu dengan sangat pantas setelah Adeline mengambil keputusan untuk mengikut kedua orang tuanya ke Malaysia. 5 tahun juga dia meninggalkan negara di mana dia membesar bersama abang dan sepupunya. Hari ini, bermula sesi baru persekolahan. Adeline kini berada di tingkatan 5 di sebuah sekolah elit di ibu kota Malaysia.

Kelas 5 Zeta bingit dengan bunyi suara merdu murid-murid kelas itu yang sibuk bercerita dengan satu sama lain. Hampir sebulan tak berjumpa, banyaklah cerita nak dikongsi. Ya ke sebulan tak jumpa. Rasanya dekat Instagram, setiap hari rakan sekelasnya berkongsi gambar melepak dengan kawan-kawan. Lantak kau oranglah. Adeline setia meletakkan kepala di atas mejanya. Ngantuk tahu, dah lama asyik sedap tidur sampai tengah hari tiba-tiba hari ini kena bangun awal pagi. Kawan-kawan? Dia ada kawan baik empat orang dan semuanya satu kelas dengannya cumanya mereka semua tu pengawas sekolah jadi tinggallah dia seorang dalam kelas memandangkan mereka perlu menguruskan hal kemasukan pelajar tingkatan satu. How sad.

Baru nak lelapkan mata tiba-tiba meja Adeline ditepuk kuat. Terus tegak badannya yang baru nak lembik itu. Tajam pandangan dihalakan kepada gerangan yang sudah menempah maut dengannya. Elak sekejap lagi dia campaknya budak ini masuk kolam ikan koi dari tingkat empat ini. Koridor dekat aje ni.

"Apa kau nak Firsyad? Aku tak ada moodlah nak layan perangai miang keladi kau tu hari ini. Aku ngantuk." Tanya Adeline kepada Firsyad yang menjadi punca badannya tegak tiba-tiba tadi. Jelas kerutan terpancar di wajah Adeline.

"Alah sayang. Jangan macam ni. Isyad datang nak berborak dengan sayang aje. Bukannya apa pun." Jelas Firsyad dengan senyuman di bibir.

Eh aku rasa macam nak tampar saja mulut kau tu. Sesedap maggi cukup rasa je kau panggil aku sayang. Tak ada masa siot nak sayang kau.

Adeline tahu lelaki ini menaruh harapan padanya sejak tingkatan tiga lagi. Bila ditanya kenapa dijawab kerana kecantikan Adeline hanya boleh dilihat dari dalaman, bukan penampilan. Macam mana dia tahu dalaman Adeline lawa pun tak tahulah, malas nak fikir bukan-bukan. Adeline rimas dengan Firsyad yang asyik mengganggu hidupnya seolah-olah dia adalah teman wanita lelaki itu. Sejak datang ke Malaysia, Adeline tidak begitu menjaga penampilannya malah nama 'Tengku' juga disorok dari khalayak ramai begitu juga dengan pangkat besar Tengku Irwan. Adeline mahu tahu siapa yang betul-betul ikhlas ingin berkawan dengannya dan bukan disebabkan pangkat dan harta.

"Firsyad stop. Berapa kali aku cakap, aku tak suka kau panggil aku macam tu. Aku geli. Dahlah, berhenti kacau hidup aku. Aku menyampah." Adeline terus berlalu keluar dari kelas menuju ke bilik pengawas mencari rakan-rakannya. Dia risau jika kekal di kelas, dia akan 'ter'terajang Firsyad.

"Adeline!" Suara Firsyad memanggil namanya tidak dihiraukan. Kaki terus melangkah menuruni tangga sehingga tiba di tingkat satu yang menempatkan bilik pengawas bersebelahan pejabat sekolah. Firsyad yang masih setia di koridor tingkat 3 diperhatikan dengan menyampah. Ei, tak ada perempuan lain ke kau nak kejar? Kenapa aku? Aku hodohkan rupa pun ada orang suka ke?

Sedang memandang Firsyad, terasa badannya berlanggar dengan sesuatu atau lebih tepat seseorang menyebabkan Adeline hampir terjatuh. Rapat matanya dipejam.

Mummy! Ada orang langgar Lin! Otak ligat menghantar isyarat kepada punggung yang bakal menghadapi impak yang kuat. Tapi, bukan punggung yang sakit, tapi tangan. Eh. Adeline membuka mata dan mendapati orang yang dilanggarnya tadi sedang memegang pergelangan tangannya menyambutnya dari jatuh ke simen konkrit lantai koridor sekolah. Badannya distabilkan kembali selepas beberapa saat.

"Awak okay?" Tanya lelaki itu kepadanya. Mak ai, hensem weh. Budak baru kot, muka tak familiar.

"Err, ya. Saya okay. Sorry sebab terlanggar awak." Adeline berkata sambil menggaru belakang tengkuk yang sedikit gatal. Kelemumur banyak.

"Eh tak apa. Saya pun tak tengok depan. Sibuk tilik peta, kan dah langgar orang." Senyuman manis terlakar di bibir si lelaki.

"Peta? Budak baru eh? Tingkatan berapa? Kelas apa?" Bagai machine gun, laju Adeline melontarkan beberapa soalan serentak.

"Haah. Saya budak baru. Tingkatan 5 Zeta." Ramah lelaki itu menjawab soalan Adeline. Hari pertama buat kawan baru. Okay apa. Tak naklah orang cop sombong hari pertama sekolahkan?

"Oh, kelas saya tu. Jomlah, saya tunjukkan awak kelasnya. Lepas tu, saya bawa awak jalan-jalan keliling sekolah. Hari pertama ni, cikgu tak masuk kelas pun. Sibuk uruskan urusan lain." Ujar Adeline. Sebelum berlalu jalan di hadapan lelaki itu.

Lelaki itu memecut langkahnya menyamai langkah Adeline. "By the way, nama awak siapa? Asal mana?" Soalan kedua lelaki itu menyentakkan Adeline. Kalau dia jujur, pasti ramai yang nak berkawan dengannya. Kerana typical pemikiran budak sekolahnya adalah orang yang berasal dari luar negara ialah orang kaya. Adeline tak mahu orang berkawan dengannya kerana kekayaan keluarganya. Juga satu lagi perkara besar yang dirahsiakan. Keluarga Tengku Michael adalah jutawan di Australia.

"Err. Nama saya Adeline Christina. Panggil Lin je. Saya asal Sabah. Awak?" Jawap Adeline ringkas. Memang dia lahir di Sabah pun. Tapi seminggu selepas dia lahir, Tengku Irwan membawanya pindah ke Australia.

"Saya Faiqal Arrayan. Panggil saya Faiq. Saya asal Pahang."

Lamunannya terhenti apabila Dyan duduk di katilnya. "You eat nothing since this morning and now is 12 midnight. You sure you okay?" Lembut suara Dyan menyapa gegendang telinga Adeline.

Adeline menoleh ke arah Dyan. Senyuman nipis beserta anggukan kecik diberikan sebagai jawapan kepada soalan Dyan. Nasib baik tengah tak ada tenaga, kalau tidak, mahunya ditampar kepala si Dyan ini. Mata aku tengah bengkak dengan makannya tidak, boleh lagi dia tanya aku okay ke tidak? What a very clever guy.

"Esok flight pukul 8 pagi. I am coming with you." Kata-kata Dyan hanya mendapat anggukan sebagai balasan. Tak ada tenaga nak keluarkan suara.

"Have you packed everything?" Sekali lagi Adeline hanya mengangguk. Haih, serupa bercakap dengan tiang dah si Dyan ni. Nasib baiklah nampak respon.

"Where's you phone." Kali ini hanya bahu yang diangkat oleh Adeline.

"No wonder he's been calling me since this morning. Haih, truly didn't understand with you guys. Macam budak-budak." Rungut Dyan kepada Adeline. Mana taknya, Faiq tak berhenti menghubunginya dari pagi. Naik pening kepalanya mendengar bunyi ringtone. Bila dijawab, katanya nak bercakap dengan Adeline. Rupanya, perempuan ni matikan telefon. Padanlah aku yang dicarinya.

"He called you?" Akhirnya Adeline bersuara.

"He missed you damn much. He loves you, Lin." Dyan membalas pertanyaan Adeline. Memang dia tidak suka dengan perbuatan Faiq terhadap sepupunya, namun melihatkan kesungguhan Faiq, dia tahu lelaki itu jujur mencintai sepupunya itu. Kalau tidak, lelaki itu takkan tunggu sepupunya selama lima tahun.

Adeline kembali termenung dan sekali lagi airmatanya mengalir membasahi pipinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience