Rate

BAB 40 - HANYA SEMINGGU

Romance Completed 454604

Sampai saja di rumah.. Inas terus turun dari motosikal sebaik motor itu berhenti.. Terkial-kial Raif menapakkan kakinya ke tanah.. hampir saja mereka sama-sama jatuh kerana Inas yang sedang turun dengan tergopoh gapah..

''ma...'' Inas berjalan meninggalkan Raif sendirian didalam garaj.. sebelum sempat dia menghabiskan katanya.

''marah lah tu.. Atau.. merajuk?'' Raif menongkatkan motosikal tersebut.. berpaling melihat kepada Inas yang sedang berjalan semakin menjauh..

Yaakob menghampiri Raif yang sedang berdiri di samping motosikalnya.. sebelah tangannya membawa satu beg plastik besar yang terisi daun kering yang baru di sapu nya tadi..

''kenapa dengan Inas tu? muncung panjang saja tu?'' Yaakob menunjuk dengan dagunya, kearah Inas yang baru menghilang di sebalik pintu utama..

'' tak ada apa pak Akob.. ni kunci motornya.. Terima kasih pinjamkan.. '' kata Raif menyuakan segugus kunci yang ada di tangannya kepada Yaakob.

''tak payah nak terima kasih.. Motor buruk saja... tangan pak akob kotor ni.. manja letak saja di motor tu.. tak apa.. bukannya ada orang lain boleh masuk kedalam rumah ni tinggalkan saja.. senang.. Pak akob nak sambung pergi buang sampah ni..'' kata Yaakob.

Raif mengikut saja seperti apa yang Yaakob katakan kepadanya.. memasukkan kunci motosikal ke lubang kunci dan tinggalkan saja begitu.. seperti asalnya kejadiannya.. raif kemudiannya mengatur langkah menuju kedalam rumah.. melepasai pintu utama rumah tersebut.. terus naik mendaki anak tangga ke atas..

krrekkk... pintu biliknya dibuka..

''manis....'' panggil Raif mengharapkan Inas ada dihadapannya.. malangnya bilik itu kosong tak berpenghuni..

Berpalinglah dia kebelakang mengadap pintu yang ada di belakangnya. Satu keluhan berat dan terasa sarat dilepaskan keluar. Raif melangkah lemah kearah pintu itu.. yang hanya berjarak tujuh langkah kakinya.. satu jarak yang pendek tapi terasa sangat jauh baginya..

Tokkk! tokk! tok!

Tangan yang mengetuk pintu itu.. kemudian turun memusingkan tombol pintu bilik itu... pintu yang tak berkunci itu dibukanya..

''manis...'' Panggil Raif sebaik melangkah masuk kedalam bilik Inas..

''manis..'' panggilnya sekali lagi.. dia melihat belakang tubuh Inas yang sedang tegak berdiri mengadap tingkap kaca memeluk tubuh..

Raif mengatur langkah menghampiri Inas.. berbaki lagi dua langkah yang membolehkan dia mencapai tubuh itu... Inas segera mengalihkan tubuhnya menjauh dari Raif..

''kenapa? '' sepatah perkataan itu keluar dari bibir Inas..

''manis.. ''

''kenapa manja tak diberitahu dulu.. tentang semua ni? kenapa manja nak manis ikut family manis pergi buat rawatan itu.. kenapa semuanya, dan secara tiba-tiba...?'' tanya Inas.. dari tadi fikirannya penuh dengan semua persoalan itu..

''manis.. sebenarnya nak juga manja ke sana.. tapi manja ada kerja.. ada hal sikit.. ingat tak hotel dekat bandaraya tu? .. abang hamzi minta manja tolong dia.. itu yang manja tak boleh ikut tu.. manis jangan lah pikir yang bukan-bukan.. manis pergi dulu dengan ibu dan ayah.. seminggu macam tu.. manja sendiri akan pergi jemput manis.. boleh tak, macam tu?'' tanya Raif seraya memusingkan tubuh Inas mengadap kepadanya..

Raif melihat kedalam anak mata Inas yang sedang berkaca-kaca.. anak mata Inas terus menikam anak matanya.. mengikut arah anak matanya begerak selari dengannya..

''jangan macam ni! manja tak sukalah manis yang macam ni..'' kata Raif menunjuk kepada mata Inas. Inas menutup kelopak matanya, membuatkan air mata yang bertakung di kelopak mata mengalir keluar dan jatuh di pipinya...

''janji yang manja akan jemput manis nanti..?'' tanya Inas.. Raif menarik bibirnya tersenyum.. perlahan-lahan kepalanya mengangguk kepada Inas..

'pergi dulu.. sementara Manja selesaikan masalah di sini.. biarlah kita berpisah sementara.. dari terjadi apa-apa kepada Manis nanti... maafkan Manja! ini keputusan yang manja buat.. untuk lindungi manis..'

''Iya.. dah! tak nak nangis macam ni.. dari manis boleh jadi masin lepas ni...'' usik Raif mengusap air mata Inas yang mengalir di pipi Inas..

''masin?'' Inas mencebik... Raif memeluk Inas erat seeratnya..

'maafkan manja.. Manja tak mahu libatkan manis.. dalam kemelut keluarga ini.. Jadi.. jalan terbaik adalah.. Menghantar manis keluar dari sini..'

Hari tersebut akhirnya tiba.. Sebuah van Toyota Hiace putih sudah sedia menunggu mereka dihadapan rumah keluarga Inas.. Kereta itu sememangnya datang dari pusat rawatan yang bakal merawat Izhar untuk menjemput Izhar dan keluarganya kesana..

''manja jaga diri.. Lepas seminggu.. Ambik manis tau!'' kata Inas sambil memegang erat tangan Raif..

''ya! Manis.. '' Balas Raif..

''janji?'' tanya Inas.. Raif menganggukkan kepalanya tersenyum manis kepada Inas.

''tak nak angguk-angguk macam tu..'' protes Inas tidak setuju dengan perilaku yang ditunjukkan dari Raif sebentar tadi.. Inas mengangkat tangannya dan menayangkan jari kelingkingnya di depan wajah Raif.

''apa ni ?'' tanya Raif.. Sempat matanya meliar melihat sekeliling.. Dimana ada ibu mertuanya sedang tersenyum-senyum tak jauh dari tempat mereka berdua berdiri..

''Pinky promise! Takkan manja lupa pula?'' kata Inas sambil mengoyangkan tangannya.

''manis.. Macam budak-budam kecil lah.. Tengok tu ibu gelakkan manis..'' kata Raif.. Menunjuk kearah Amni dengan muncung bibirnya.

Inas berpaling ke belakang melihat kepada ibunya yang sedang mengeleng disamping pintu kenderaan yang bakal mereka naiki nanti.

''alah biarlah, ibu tu..'' Inas berpaling semula kepada Raif.

''cepat lah!'' Inas mengoyangkan lagi tangannya.. Tak puas hati selagi Raif tak menyambut tangannya itu..

''haishh! Perlu ke?'' tanya Raif dengan mengeluh.

''PERLU!'' balas Inas.. menekan perkataannya itu..

''okay..'' Raif mengangkat tangannya lalu memautkan jari kelingkingnya di jari kelingking Inas..

''janji! Seminggu datang ambik manis..'' kata Inas.. Berulang kali entah untuk kali yang ke berapa, diucapkan ayat yang sama..

''Insya Allah.. Sayangku manis..'' Raif membawa bibirnya singgah di dahi Inas.. Lama ciuman itu bertaut disitu.. Inas memejamkan matannya mengigigt bibir bawahnya.. Menahan satu rasa yang hadir didalam jiwanya.. Sebak! . Tapak tangan Inas menyentuh dada bidang milik Raif yang berlapik dengan baju yang dipakainya.. Satu irama degupan dari dalam sana dapat dia rasakan..

'aku.. Aku tak pasti kenapa semua ni secara tiba-tiba.. Tapi harap ini keputusan yang tepat! Kalau kau tak datang seperti yang kau janjikan.. Aku sendiri akan pulang kesini..' Inas membuka matanya semula .. Sebaik merasakan ciuman didahinya sudah terlerai..

''jaga diri.. Jangan nakal-nakal.. Apa-apa call manja..'' kata Raif.. Memperingati Isterinya.. Inas menunduk mencium tangan Raif.

'aku dia kata nakal?'

''Manja pun.. Jaga diri.. Jangan reject call manis.. Jangan tak reply mesej manis!.....'' Inas mula membebel sambil mereka sama-sama sedang berjalan menuju ke van putih yang sedang menanti kehadiran Inas didalamnya.. Kerana Amni dan juga Izhar sudah lama masuk kedalam van itu..

''ibu.. Ayah.. Minta tolong untuk tengok kan Inas nanti ya..'' kata Raif.. Menyalam kedua tangan orang tua Inas..

''Insya Allah ..'' balas mereka berdua..

''Assalamualaikum ..'' kata Raif..

''waalaikumsalam..'' jawap semua yang ada di dalam van putih itu.. Raif kemudiannya menutup pintu van putih itu..

Bedirilah dia diluar seorang diri melihat kedalam cermin gelap yang tak dapat dia tembusi dengan mata kasarnya..

PLAKKK... bunyi tingkap van itu dibuka.. tersentak Raif dibuatnya.. dia melihat kedalam.. melihat Inas yang sedang duduk di belakang yang langsung tak berpaling melihat kearahnya..

Raif mengangkat tangan melambai kearah mereka.. van itu mula bergerak.. dari luar dia melihat Inas yang sedang menunduk mengangkat perlahan wajahnya dan berpaling memandang kearahnya.. tiada sebaris senyuman pun yang menghiasi wajah kesayangannya itu.. tak dapat dia gambarkan apa yang sedang dirasakan oleh Inas pada waktu itu.. semakin lama semakin menjauh van Toyota Hiace itu pergi..

Raif memegang dadanya sendiri ' ini untuk kebaikan dia.. Ya! Allah lindungilah dia.. selamatkanlah perjalanan mereka sehingga sampai ke tempat arah tujuannya.. Dan permudahkan urusan mereka nanti.. '

Manakala didalam van putih Toyota Hiace itu.. Inas yang duduk bersendirian di bahagian belakang menarik rambutnya agar menutupi wajahnya.. melayan perasannya.

''Inas.. kan ayah dah kata.. kalau kamu tak nak ikut.. kamu tak payah la ikut.. ibu kamu ada boleh uruskan ayah..'' tegur Izhar serba salah.. memisahkan pasangan itu.

'' ya! Inas.. sementara tak jauh lagi ni.. baik Inas pikir baik-baik.. urusan kami.. Inas tak payah risaukan.. ibu ada.. ibu boleh uruskan ayah.. insya Allah ibu kuat..'' kata Amni pula.. berpaling sedikit kebelakang melihat akan Inas yang sedang bersandar di cermin hitam menutup seluruh wajahnya dengan rambut.

Inas membetulkan duduknya.. rambut yang menutup wajahnya dibetulkan semula.. melihat kepada ibunya yang sedang memandang kearahnya..

''buat apa Inas nak patah balik.. Raif yang minta Inas ikut.. ibu dengan ayah janganlah risau.. Inas okay..'' kata Inas menarik bibirnya tersenyum..

''haiii.. bunyi macam merajuk saja tu?'' usik Izhar..

''ha kan abang.. ada orang merajuk .. kena berpisah dengan buah hati..'' perli Amni pula.

''tak.. mana ada Inas merajuk..'' nafi Inas..

''iya lah tu.. mulut cakap tak.. tapi dalam hati.. hanya tuhan saja yang tahu..'' kata Amni..

''ayah ni.. tahu kalau anak ayah merajuk.. Kalau nak tahu? .. macam tadi tulah bunyinya .. '' usik Izhar lagi.. kedua orang tua Inas ketawa bersama.. mendengar ketawa dari kerusi di hadapannya membuatkan bibir Inas tersuing naik keatas sendiri.

'seminggu sahaja.. dia akan datang jemput aku semula.. tenanglah inas' Inas memujuk dirinya sendiri.. walaupun hatinya menyatakan hal sebaliknya.. kerana bukan senang nak menduga apa yang bakal dilakukan oleh lelaki yang bernama Raif Althaf itu..

Alhamdulillah selesai.. Terima kasih kepada pembaca semua.. Sudi luangkan masa bersama MANJA... sayang hampa semua.. Muaahhh muahh muaahhh.. (^-^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience