Chapter 15

Romance Completed 35261

“Happy 23rd Birthday Sofia Amelia!”

Sofia Amelia membuka mata apabila mendengar jeritan rakan-rakanya. Baru Sofia Amelia ingat hari ini merupakan hari jadi dia ke-23.

“Thank you kawan-kawan yang aku sayang.” Sofia Amelia memeluk kedua-dua rakannya.

“Pakai ni. And then turun. Uncle is waiting for you downstairs.” Rohani memberikan birthday cap dan happy birthday sash kepada Sofia Amelia.

Sofia Amelia mengambil topi dan sash itu. Diletak di atas meja. Sofia Amelia menghampiri almari bajunya. Ingin untuk menyolek dan menukar baju untuk menyambut hari jadinya tengah malam itu.

“Kejap okay. Aku pergi tukar baju dulu.”

“Alright. Cepat sikit tau!”


*******************

“Dato’ ada apa-apa lagi nak disediakan?” menyoal Mak Ziah kepada majikannya.

Semua makanan kegemaran disediakan oleh Mak Ziah. Walaupun penat, Mak Ziah menyediakan semua makanan kesukaan Sofia Amelia. Setiap tahun Mak Ziah akan masak semua makanan kegemaran Sofia Amelia semasa hari jadi.

“Terima kasih Ziah. Sanggup buatkan semua untuk Sofi. Walaupun Sofi tak layan awak dengan sopan, tapi awak tak pernah marahkan dia. Saya minta maaf bagi pihak dia Ziah.” Dato’Johari meminta maaf kepada Mak Ziah. Bukannya Dato’Johari tidak tahu bagaimana layanan Sofia Amelia dekat Mak Ziah. Namun, Mak Ziah telan semua penghinaan dan layanan buruk Sofia Amelia.

“Tak apa Dato’. Jangan minta maaf semua. Saya dah anggap cik Sofi sebagai anak saya sendiri walaupun cik Sofi tidak sukakan saya.”


*****************

~ 20 minit kemudian ~

“Cantik tak?”

“Cantik. Kau selalu cantik Sofi.” puji Christina.

“Aku tahu.” jawab selamba Sofia Amelia.

Gincu warna merah jambu diambil dari beg solekan. Dicalit sedikit ke bibirnya. Maskara diambil dan dipakaikan sedikit. Blusher disapu sedikit di pipinya supaya nampak lagi cantik.

“Dah ke Sofi? See the time now. It’s 12.20am. Nak bergaya semua ni apahal?” Rohani mencebik. Tidak tahu kenapa Sofia Amelia bergaya seperti model untuk masa ini. Bukannya parti besar pun.

“I'm a birthday girl. I should be like this. Extra ordinary for today. Supaya aku nampak special dari yang lain.”

“Sebelum turun, jom kita ambil gambar dulu.” Christina mengeluarkan telefon bimbit jenama OPPO dari poketnya.

“No! Use my phone. Phone awak tak cantik lah gambar nanti. Low class phone.” memerli Sofia Amelia.

Christina menjeling setelah mendengar perlian Sofia Amelia. Tahap sabarnya tidak lah kuat sangat. Entah bila-bila masa sahaja Christina akan meletup nya. Rohani yang perasan kan muka merah Christina cuba untuk menenangkan situasinya. Tak nak berlaku pertelingkahan di situ. Terutama pada hari penting Sofia Amelia.

“Here is your phone, Sofi. Jom ambil gambar.” ajak Rohani.

“Jom. Christina, kau buat apa kat situ? Marilah join.” panggil Sofia Amelia. Di dada Iphonenya hanya Rohani dan Sofia Amelia.

“Tak ape lah. Korang je lah ambil gambar.” Christina keluar dari bilik. Hatinya sakit. Moodnya hilang terus.

“Kenapa dengan Christina? Tadi dia elok je?” menyoal Sofia Amelia. Sofia Amelia tersentak apabila Christina keluar dari bilik.

“Tak de apa lah. Ambil gambar jom.” Rohani memaniskan mukanya. Rohani tahu Christina mengambil hatinya. Mana tak ambil hati, telefon Oppo itu dibeli dengan duit sendiri. Hasil titik peluh sendiri.


*************************

“Happy birthday cinta hati daddy.” Dato’Johari menghampiri anak tunggalnya yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

“Thank you daddy. Sofi cantik tak?” bertanya Sofi sambil memusingkan badannya. Gown labuh berwarna merah padan dengan Sofia Amelia yang berkulit putih itu.

“My princess is always beautiful.” memuji Dato’Johari. Rambut milik anaknya diusap perlahan. Dahi anaknya dicium.

“Dah, mari potong kek. Dah lama sangat tahu. Kesian Mak Ziah. Penat-penat Mak Ziah prepare semua untuk Sofi. Untuk happy kan Sofi.” berkata Dato’Johari. Dato’Johari nak Sofia Amelia tahu pengorbanan Mak Ziah. Kalau pembantu rumah lain yang berada di tempat Mak Ziah, nak ke berbuat seperti ini untuk Sofia Amelia? Nak ke kerja lagi berdepan dengan layanan buruk Sofia Amelia?

“Did I ask this? Did I ask her to do this? No right?” membalas Sofia Amelia sedikit geram.

“Sofi, today is your birthday. Daddy tak nak Sofi cakap macam ni lagi. Learn to appreciate people’s work for us.”

Happy Birthday To You,
Happy Birthday To You,
Happy Birthday To Sofia Amelia,
Happy Birthday To You.

Lagu hari lahir dinyanyi oleh semua yang berada di situ. Dato’Johari, Rohani, Christina, Mak Ziah, James dan musuh Sofia Amelia, Amirul Nasruddin.

“Daddy, what is he doing here?”

“Daddy yang invite him datang sini. Kenapa?”

“You know Sofi tak suka dia kan. Sofi benci dia.” suaranya mula kedengaran serius.

Amir dengar suara Sofia Amelia yang marahkan Dato’Johari sebab jemput dia datang ke majlis hari lahir Sofia Amelia.

“Erm, uncle. Maaf Amir mencelah. Amir nak balik. Dah lewat kan. Mesti mak akan tunggu untuk Amir. I will meet you tomorrow uncle. Happy Birthday Sofi.” Amir mengucapkan Sofia Amelia. Hadiah istimewa yang dibeli untuk Sofia Amelia dihulurkan.

“Apa ni?” soal Sofia Amelia tanpa memandang muka Amir.

“Gift for you.” jawab Amir.

“Gift?” Sofia Amelia menjeling dan lantas menolak kotak hadiah itu.

Amir tidak bersedia untuk menangkap kotak hadiah. Kotak hadiahnya jatuh terbalik di atas lantai.

“SOFIA AMELIA!”

Semua yang berada di ruang tamu terkejut mendengar suara lantang Dato’Johari. Semuanya bergerak ke arah Sofia Amelia, Dato’Johari dan Amir.

“Kenapa kurang ajar sangat ni? Daddy tak pernah ajar Sofi macam ni kan!” tengking Dato’Johari.

“Dato’ jangan marah. Tak elok bagi kesihatan Dato’. Cik Sofi what happened?” soal James. Hanya James yang mampu mengawal suasana tegang sekarang.

“Uncle, ask him yourself. Daddy knows that I hate him!” jari telunjuknya diarah ke muka Amir.

“Cik Sofi, sebenarnya…” James mula bercerita semuanya dengan Sofia Amelia.

“Sebenarnya apa uncle? This idiot!” Sofia Amelia mula menyerang Amir.

“Stop it Cik Sofi!” jerit James.

“Biar betul uncle James ni. Berani marahkan Sofi.” berbisik Rohani. Christina hanya mengangguk. Keliru dengan suasana sekarang. Sepatutnya semua kena happy, tapi sekarang semua marah.

“Listen to me first!” James memberi arahan. Sofia Amelia mendiamkan diri. Tidak berani untuk bersuara.

James menceritakan semuanya kepada Sofia Amelia. Mengapa Amir membuat sebegitu. Kalau Amir tak buat macam itu, apa yang mungkin telah berlaku pada Sofia Amelia sekarang.

Sofia Amelia terkedu mendengar semua dari mulut James. Matanya memandang muka Amir.

“Kenapa dia sanggup gadaikan maruah dia demi menjaga aku? Apa aku dah buat ni? Aku salah sangka kat dia.” Sofia Amelia mula menyesal dengan dirinya. Malu hendak melihat muka Amir yang berdiri di hadapannya. Suasananya menjadi sepi.

“I’m sorry Amir. Aku salah sangka. Aku menyalahkan kau. Aku tak investigate sebelum ni. Aku just percaya semua bulat-bulat.” air matanya bergugur.

“It’s okay Sofi. Saya tak ambil hati pun. But saya harap awak tahu dan sedar berapa banyak saya cintakan awak.” Amir meluahkan perasaan cintanya.

“Amir, pasal hal cinta, I’m not ready for now. Please leave it.” berterus-terang Sofia Amelia. Dia tak nak memberi harapan palsu kepada Amir. Memang tidak ada perasaan cinta terhadap lelaki yang bernama Amirul Nasruddin.

“It’s okay Sofi. Saya tak paksakan awak.” Amir berharap sangat suatu hari nanti Sofia Amelia akan mencintainya.

“Alhamdulilah. Akhirnya Sofi tahu kebenarannya.” Dato’Johari berasa lega selepas Sofia Amelia tahu pasal jasa Amir.


*********************

“Good Morning girls.” Sofia Amelia mengejutkan Rohani dan Christina yang sedang dibuai mimpi. Malam semalam mereka tinggal di rumah Sofia Amelia. Letih menyambut hari jadi Sofia Amelia.

“Ada apa Sofi? Hari ini kan hari minggu. Tidur lah kejap.” Rohani menarik selimut hingga paras dada.

“Teman aku lawat kubur mummy aku.”

“Now?” bersuara Christina.

“Yes. Can?”

“Lepas tu kita pergi makan at your favorite Nandos.” cadang Sofia Amelia bagi pancing minat Christina.

“Okay lah macam tu.” rasa mengantuk terus hilang saat mendengar Nandos.

“Go and get ready.”


*********************

“Sofi!” Sofia Amelia dengar Dato’Johari memanggil.

“Yes daddy?”

“This is your birthday gift.” Dato’Johari menghulurkan kunci kereta barunya.

“What daddy! Mini Cooper?” terkesima Sofia Amelia.

“Untungnya Sofi.” tutur Christina dengan nada cemburu.

“Daddy, Sofi nak pergi lawat kubur mummy. Boleh?”

“Sure Sofi. Rohani dan Christina teman kan?”

“Yes. We three are going. Mana pernah kami tiga ni berpisah?”

“Ye lah. Elok lah tu.”

“We are BFF uncle.”

“Be like this forever okay!”


************************

“Masuklah girls. This is our first trip in my new car.” seronok Sofia Amelia.

Baru dua hari lepas Sofia Amelia memberitahu ayahnya yang dia teringin nak beli kereta MiniCooper. Tak sangka ayahnya beli betul-betul.

“Bertuah lah Sofi. Dapat ayah kaya-raya. Boleh dapat apa sahaja yang kau nak.” Christina agak kecewa dengan diri sendiri. Kecewa kerana dirinya tidak seperti Sofia Amelia. Kalau nak dapatkan sesuatu, Christina terpaksa kerja sendiri. Berusaha sendiri untuk dapatkan apa yang dia nak.

Rohani sedar perasaan Christina. Rohani dan Christina bukannya berbeza. Rohani pun dari keluarga yang sederhana. Jadi, Rohani fahamlah perasaan Christina.

“Itu lah kelebihan aku. Aku boleh dapatkan apa yang aku nak dengan sekelip mata je.” jawab berlagak Sofia Amelia. Terlalu angkuh dengan harta yang dia memiliki.

“Betuk kau cakap? Kau boleh dapat apa yang kau nak dengan mudah macam tu je ke Sofi?” menyoal Rohani. Agak bengang dengan perasaan sombong kawannya.

“Yes. Why not?”

“Nanti aku cabar kau. Kalau kau dah buat apa yang aku suruh, aku akan buat apa yang kau suruh.” Rohani terus mencabar Sofia Amelia. Christina yang duduk di belakang kereta terkebil-kebil tengok kedua-dua rakannya di hadapan yang bercakap pasal cabaran.

“Okay. What is the challenge?”

“Sofi, kau cakap kau boleh dapat apa yang kau nak sekelip mata kan! Kalau kau dapat semua dengan mudah, kau membuatkan Iskandar tu untuk mencintakan kau.” cabar Rohani.

“Iskandar? You mean Iskandar Faiz?” soal Sofia Amelia.

“Yes.”

“Itu je? Kacang lah! Fine! I will make him fall in love with me!” Sofia Amelia bersetuju dengan cabaran kawannya.

“Dalam masa 4 bulan dari sekarang.”

“Deal.” jawab Sofia Amelia dengan penuh yakin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience