5| First meet

Action Series 1767

Derapan kasut bertumit berbunyi nyaring saat ia berjalan. Derapan itu mempunyai maksud sesuatu yang tidak mudah di fahami.

Kenapa? Kenapa dia di paksa ke sini? Tiada tempat lain ke? Kenapa di Malaysia juga? Sejak kelmarin lagi dia tidak bercakap atau bersemuka dengan Zack Es'kha.

"Tak payahlah hentak kasut tu. Patah nanti baru tahu" Zack bersuara tenang. Orang-orang di Airport itu mula memerhati mereka. Ialah Zack Es'kha pemilik Es'kha Air'asia iaitu Airport ini.

"Eh!! suka hati aku lah. Kasut aku. Aku yang beli. Tak guna duit kau pun" Is'kha berjalan laju meninggalkan Zack yang terpinga-pinga.

"Fit, Porelto, Luq. Ikut aku. Jom" Is'kha menyorong lagguge nya ke arah bodyguard Zack. "Bawa balik rumah" Zack yang melihat. Menggeleng perlahan.

.
.

Dentuman lagu di club itu membingitkan telinga. Ialah dah lama tak jejak club. Orang sekeliling yang menari terkinja-kinja, berhenti bila perasan akan ke hadiran nya. Bilik VVIP di tuju.

"Hello friend!!" Jerit nya nyaring. "Yo!!" sahut dua gadis sexy di hadapannya. "Kenapa club? tak ada tempat lain ke?" soal Medina kepada dua gadis di hadapannya.

"Ala!! sekali-sekala. Aku jarang datang sini sebab sibuk dengan Modelling aku tu. Lagipun inikan kelab kau" Jawab Merica santai. Air kencing syaitan di teguk.

Melda hanya mengangguk. Setuju. Masih dia ingat lagi bagaimana ia berjumpa dengan Merica dan Melda.

Merica, dia berjumpa di sekolah Menengahnya dahulu. Tapi masa itu, Merica seorang yang berisi dan selalu di buli di sekolahnya. Dia lah yang selalu menyelamatkan Merica. Sampai satu masa Zack Es'kha turut masuk campur akan hal itu. Sekarang. Orang yang berisi di hadapannya ini sudah menjadi sexy dan tidak berisi lagi. Sudah menjadi Model terkenal antarabangsa. Merica Mereina.

Melda, masih ingat lagi bahawa dia di tuduh perompak. Sedang kan dia yang mahu menyelamatkan beg mak cik itu yang dirompak sekumpulan remaja. Bila sampai di tempat kejadian. Mak cik itu sudah tiada di situ. Dia pula yang dituduh perompak. Masa itu dia terserempak dengan Cik Muda Merina Melda, yang lari dari rumah. Ah!! kenangan.

"Oii!! kau termenung apa tu" soal Melda. Asap rokok di hembus. "Tak ada lah. Aku tengah fikir ni. Zack suruh aku siasat tentang kumpulan D'argon D'evel" bohong nya.

"Pfft..Hahahahaa.. " Melda dan Merica tidak berhenti ketawa. Bukan Mereka sahaja. Fit dan Luq yang berdiri di sampingnya juga ketawa. Cuma Porelto sahaja. Tidak.

Kelakar? yang memang kelakar. Ada ke patut suruh leader D'argon D'evel siasat tentang kumpulannya sendiri. Untuk pengetahuan semua. Dia lah leader D'argon D'evel.

"Habis tu. Macam mana?" soal Merica dengan ketawa kecilnya. "Tak bagitahu. Merajuk pula orang tua tu nanti"

"Kau bagitahu?"

"Tak semudah tu. Aku tahu nak buat macam mana!!"

Mediana bangun lalu mengajak mereka keluar untuk ke banglo milik Melda. Baru sahaja keluar terdengar kecoh di hadapan meja bar. Selalunya Is'kha Medina tidak mengambil kesah sangat. Tapi kali ini dia bagai tertarik untuk mengetahui apa terjadi.

"Korang pergi dulu. Fit tinggal dengan aku" Arahnya. Merica, Melda dan Luq mengangguk. Porelto hanya muka satu reaksi sahaja. Begitulah dia.

"Apa yang bos mahu lakukan?" soal Fit di sisinya. "Free show. Jom tonton" ajak nya lalu meninggalkan Fit seorang diri di situ.

UZFAIR POV (POINT OF VIEW)

Aku memandang pelik ke arah wanita di hadapan ku. Pelik. Dia yang melanggar ku. Dia yang menuduh ku.

"Hey!! ni siapa yang mahu bayar baju aku ni?!!" Soalnya. Aku hanya diam dan membetulkan cap dia atas kepalaku. Bukan tidak biasa datang club dan tengok pemandangan menjolok mata. Tetapi aku datang sini dengan sebab lain.

"Saya minta maaf!!" Ucap ku perlahan. "kau ingat minta maaf kau bo-" Ayatnya dipotong seseorang dari belakang. "Apahal ni?" Soal gerangan tadi.

Dengar sahaja suara itu aku terus menundukkan kepala. Yang aku pasti bukankah itu Is'kha Medina pemilik Mez's Club ni.

END UZFAIR POV

"Apahal ni?" Soal Medina kepada dua orang di hadapannya. "You siapa, Girlfriend dia?" soal wanita Sexy hadapannya. Sebenarnya dia malas mahu masuk campur. Tetapi ada megnet yang menariknya ke sini.

Tengok sahaja Fit, dia sudah santai dengan kotak Milo entah dari mana dia ambil. "Kalau aku girlfriend dia, Apa salah nya?" soal Medina. Mungkin wanita depannya ini tidak mengenalinya.

Dia kenakan Mask hitam di muka. Tadi sahaja orang mengenalinya melaluinya tattoo yang di bahu. Mungkin.

"Ohh! boyfriend kau ni langgar aku. Habis baju aku dia kotor kan. Siapa nak bayar, sudahlah mahal"

"Ala!! setakat sepasang baju itu sahaja. Aku boleh bagi kau satu butik. Setakat baju bayi satu ni je pun. Mahu?"

"Kau-" belum sempat dia menyumpah seranah, gadis atau mungkin kawannya menarik tangannya untuk balik. "Girl jom balik!!" Tangan gadis sexy itu ditarik.

"Kejaplah aku belum selesai lagi!!"

"Sudah jom balik!!. Saya minta maaf bagi pihak kawan saya Med!!" Terus dia menarik tangan gadis sexy itu keluar.

Medina memandang atas bawah jejaka di hadapannya. "Kau okay?" Fit yang mendengar soalan itu di belakang. Terlopong mulut. Adakah ini bos nya? Adakah jin baik merasukinya?

"Y-ya saya okay!! Thanks!!" ucapnya. Pandangan masih menunduk dari tadi. Tetapi Is'kha akan menjadi Is'kha. Dia menunduk untuk mencari wajah jejaka itu.

"Thanks je? kiss tak ada?" bisik Is'kha di telinga jejaka itu. Melompong mulut Fit yang di belakang Is'kha. "Pfft.." Tersembur keluar air Milo di mulut.

"Shit!! pengotor!!"

Tq for reading... Sorry kalau boring...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience