BL5

Humor Series 177133

"Woi Ngah hang ni kebuluq sangat ka?."

Farah memandang lama wajah abangnya sedang menghabiskan lauk hospital.

Mentedarah tak ingat buat malu ja!

"takdaq la kebuluq sgt tapi di sebab kan hang dik aku tak dan makan. Dapat call dari Along sup sap sup sap aku sampai. Ini contohlah abang misalikan?" Farah menjeling sesaat wajah Megat Fairus. Bibirnya terjongket sedikit.

Kalau dia punya sembang tuh kingzir pun berkepak-kepak terbang. Menyampah!

"Dah kenyang ni pi berambus balik." Halau Farah.

"Amboi kuang ajaq hang noh.." Megat Fairus kecilkan mata pandang Farah. Menyirap je tengok muka selamba adik bongsunya itu.

"Bukan kurang ajaq. Hang tak malu ka kawan cheq dok tengok perangai hodoh hang. Elok dia nak buat jadi laki terus cancel." Ujar Farah tak puas hati.

"Hang dengki. Bakal laki ang dengan aku. Kalau dia dok sebelah aku. Rasanya juling mata anak dara dok keghenyih tengok aku dik. Sebab aku lah lelaki melayu idaman malaya ha gitu"

"Sudah la Ngah.. Tolong sedaq diri sama. kalau muka hang elok tuh bersusun la perempuan mau. Ini daq umoq tiga puluhan single supa tu juga."

Megat Fairus terus pandang tajam wajah si adik kesayangan seorang itu. Tangan sudah mencekak pinggang mendengarnya.

"Amboi hang Farah Najwa anak pak Othman biadap sungguh noh! Mulut hang dik supa gampang hang tau daq.."

Mangkuk yang sudah kosong di tolak ketepi. Meja makan yang beroda juga sudah di alikan di hujung katil Farah. Megat Fairus kembali duduk di hujung katil. Sedikit pun dia tidak memperdulikan Mey Ling yang masih duduk di kerusi tepi katil Farah.

"Tuh dah habis makan pi balik. Dok buat apa lagi kat sini serabut perut cheq tengok hang ngah. Pi balik."

Megat Fairus memekakkan telinganya. Dia memusingkan sedikit tubuhnya memandang Mey Ling pula.

"Nama siapa?"

"Mey Ling.."

"Nice to meet you Laling."

Farah mendengus kasar.Dia mengelengkan kepala berkali-kali. Ha dah mula dah.
Terus dia tampar lengan Megat Fairus.

"Mey sorry abang aku ni sel-sel otak dia tak berapa nak berhubung sangat.." Ujar Farah. Malu dengan perangai abangnya ini.

"Elek lah dik. Aku cuba nak cari jodoh kau dah cantas.."

"Jodoh tengkorak ang!" Marah Farah.

Mey Ling hanya tersenyum melihat telatah dua beradik itu.

Tuk! Tuk! Tuk!

Bunyi ketukan pintu dari luar membuatkan mereka bertiga berpaling.

Susuk tubuh seorang lelaki segak berpakaian santai Jeans dan tshirt berkolar menolak pintu bilik itu.

"Assalamualaikum." Sapa lelaki itu.

Mey Ling terus berdiri tegak. Begitu juga Farah dia menegakkan tubuhnya di atas katil itu..

"Tuan." Tegur dua gadis itu. Megat Fairus masih memandang wajah lelaki itu tanpa riak.

"Mey. Kamu masih dekat sini?" Soal Ins.Hanif.

"Ya tuan."

Ins. Hanif tersenyum lalu matanya memandang wajah manis Farah dan Megat Fairus. Melihat itu Farah terus memperkenalkan Abangnya pada Ins. Hanif.

"Angah ni Incas aku. Tuan ini abang saya." Beritahu Farah.

Megat Fairus hanya mengangguk. Tanpa Faham. Ins. Hanif menghulurkan tangannya menyalami lelaki itu. Bunga yang berada di tangannya diletakkan di atas meja di hujung katil.

"Hanif."

"Fairus." Ujar mereka serentak salam di sambut kedua lelaki itu.

Pintu di tolak dari luar tanpa ketukan menyentakkan mereka di dalam bilik itu sekali lagi.Semua mata tertumpu pada susuk tubuh dua orang lelaki.

"Mana anak bertuah ni. Aku dok tunggu dia mai amik, Dia biaq aku dok termenung tunggu dia mai nak bawak pi sepital. Sekali dia sampai dulu. Bertuah hang ni ngah." Bebel Megat Othman apabila melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Mujur menantu aku ni telepon tanya, Kalau daq aku dok tunggu hang lagi ni." Sambung Megat othman lagi.

Megat Othman melangkah masuk ke dalam bilik itu dia terus menu ke arah Megat Fairus.
Farah menundukkan kepalanya saat matanya bertentangan dengan mata kelabu milik Gib. Nafasnya dihelakan pandangan tajam Gib pada Ins.Hanif membuatkan Farah tidak senang duduk.

"Aduh.. Aduh.." Suara Megat Fairus mengaduh sakit.Semua mata masih tertumpu kearahnya.

"Abah.. Sorry angah lupa. Ah Ah Abah sakit! Sakit." Tangan yang berada di telinganya cuba di leraikan.

"Aku berjam tunggu depan rumah. Punya segak tunggu hang nak mai amik. Tau-tau hang dah sampai sini dulu."Telinga Megat Fairus di pulas kuat.

"Abah sakit! Sakit malu orang tengok." rungut Megat Fairus. Jatuhlah saham dia.

"Perduli apa aku."

Tanpa mempeduli pandang Gib. Farah sudah mengekek ketawa.

"Pulas lagi abah." Ujar Farah sambil ketawa.

"Aduh Abah sakit! Hang tunggu dik. hang tunggu."

Setelah puas, Megat Othman melepaskan telinga Megat Fairus. Badannya di kalih memandang Ins. Hanif.

"Tuan." Ins.Hanif yang mengenali Megat Othman terus Menegak tubuh.

"Kamu pun ada sini?" Soal Megat Othman.

"Ya Tuan."

Bahu Ins.Hanif di tepuk lalu Megat Othman terus melangkah mendekati Farah di atas katil.

"Lain kali bertinda mengikut arahan." Kepala Farah di luku keras.

"Aduh Abah."

"Itu baru sikit." Marah Megat Othman.

Kring!

Bunyi telefon yang kedengaran di dalam bilik itu menghentikan pebalahan anak beranak itu.

"Hmm..Okey aku datang."Ujar Gib setelah menjawab panggilan itu.

"Abah, Angah. Saya minta diri dulu."

"Pulak dah." Megat Othman memandang Gib.

"Ofice call." Gib mengukir senyuman memandang Megat Othman.

"Okey. Okey Jaga diri menantu abah bawak kereta elok-elok."

"Baik." Gib mengulurkan salam pada Megat Othman, Megat Fairus dan Ins.Hanif.

Farah hanya memerhatikan sahaja. Meyling mencuit sedikit peha Farah.

"Lengcai kau cemburu ke?"

<- Chapter belum edit :(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience