Bab 8

Horror & Thriller Completed 4404

"So sekarang ni aku nak start cari fathihah kat mana?" tanya Maisarah sambil membelakangkan Aris.

Tiada jawapan daripada Aris.

"Aris aku tanya ni!" Maisarah meninggikan suara. Masih tiada jawapan.

Maisarah pusing kebelakang dan kelibat Aris tidak kelihatan. Maisarah pelik. Dia memanggil manggil nama pemuda yang pernah disayanginya dulu. Tapi masih tiada sebarang jawapan dari pada pemuda itu.

"Maisarah"

Tiba tiba ada yang memanggil Maisarah. Suara seorang perempuan dan suara yang cukup dikenali Maisarah. Maisarah memandang empunya suara yang memanggilnya itu. Lihat sahaja wajah yang memanggilnya bulu romanya automatik ternaik. Perempuan itu adalah rakan sepermainannya, Atikah.

"Eh Maisarah kau pun ada kat sini? Aku takutlah tiba tiba je aku kat sini. Aku tak jumpa pun kawan kita yang lain. Maisarah teman lah aku. Aku takut" kata 'Atikah' dengan terketar ketar.

Atikah menghampiri Maisarah. Maisarah mula menjadi tidak keruan. Alamak apa aku nak buat ni? Aris, aku takut. Tolong aku please! Maisarah berkata sendirian di dalam hati. Tiba tiba Maisarah mendengar satu suara yang berbisik ke telinga Maisarah.

"Lari Maisarah, Lari"

Maisarah kenal suara itu. Itu suara Aris. Maisarah terus lari keluar daripada surau dan meninggalkan Atikah berseorangan. Maisarah berhenti di tandas perempuan yang berhampiran dengan surau. Dia ingin melihat sekiranya Atikah mengejarnya daripada belakang. Atikah berdiri tepat di muka pintu surau dan memandang tepat ke arah wajah Maisarah. Atikah tersenyum sinis. Maisarah yang mula rasa takut teruskan berlari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience