H2

Crime Series 45700

"Papa!"


Sekali lagi Karsyad menjerit memanggil panggilan 'papa' membuatkan Dafika lari dan menerkup mulut anaknya dengan tapak tangan.

"Siapa budak ni? Asal dia panggil aku papa?"

Ezhar tersenyum lebar, lantas melangkah melewati Dafika serta Karsyad untuk masuk kedalam kedai.

"Dia ni a.. anak Fika."

Tergagap Dafika menjawab, riak selamba dari Ezhar merubahkan pecutan jantung semaksima yang boleh untuk berdegup.

"Anak kau? Bila kau kahwin?"

Ezhar kembali memusing badannya, agak terkejut dengan kenyataan Dafika.

"Errr... dah lama dah.."

Ujar Dafika kembali. Kalut dihati cuba ditutup.

"Kau selalu melawat aku, tapi tak pernah kau cerita pasal anak dengan laki kau."

Makin ketat Dafika rasa di celah kerongkongnya. Liur yang hampir kering cuba diteguk. Pedih terasa!
"Tak sempat nak cerita banyak, lagipun bukan lama waktu melawat tu."

Anak mata hazzel milik Dafika, Ezhar pandang dalam.
Selama 7 tahun dia meringkuk didalam penjara, hanya wanita itu yang melawat. Tapi tak banyak yang mereka borakan. Sekadar bertanya khabar.

"Aku datang sini nak jumpa Malik, dia sihat ke? Aku pergi rumah Atok dengan Wan, tapi berkunci jadi aku teruslah kekedai ni."
Ingin Ezhar berterima kasih dengan Dafika kerana hanya wanita itu yang masih setia berkawan dengannya. Namun kerana ego lelaki, semua itu dipendamkan.

"Malik dah lama mati, Kau tak sedar ke apa yang kau dah buat dengan dia?"


Serentak pandangan Ezhar dan Dafika menoleh pada Jamaidah yang menghampiri mereka secara tiba-tiba.

"Mati? bila Malik mati, kenapa aku tak tahu pun?"
Soal Ezhar bertalu. Kening tebalnya bercantum ketika pandangan dihala kepada Dafika, minta kepastian.

"Kau yang buat Malik mati, kau tak sedar ke Har?"

"Kejap! Akak ni siapa ek? Sorry aku dah lama duduk kat benua lain, aku lupa."

Ezhar mengangkat tangannya meminta Jamaidah menghentikan tuduhan terhadapnya.

"Kak.. sudah lah.. Malik meninggal bukan sebab Har. Polis dah sah kan dia mati lemas."

Mati lemas? Bila?
Ezhar meraup wajahnya dengan tapak tangan. Makin banyak persoalan yang belum terjawab!

"Kalau tak sebab Har pukul Malik sampai dia jadi gila, tak mungkin Malik pergi sungai tu sorang-sorang."


Ezhar merengus sebelum menjawab tegas.
"Kak.. aku tak kenal kau siapa. Kau nak cakap apa pun pasal aku, aku tak kisah. Taik Telinga aku dah cair dengar benda ni semua. Aku datang sini cuma nak jumpa Malik, Atok dan Wan. Kalau diorang takde kat sini. Aku akan tunggu kat rumah. Assalamuaalaikum."


Tanpa menunggu balasan kata, Ezhar keluar sambil mengalas begnya.

"Sombong! tak sedar ke dia tu bekas banduan?! Huh!"
Jamaidah mencebik bibir ketika tubuh Ezhar sudah jauh menghilang. Marahnya pada lelaki itu makin menimbun.

"Kak.. Kita semua tahu, Malik meninggal sebab lemas. Kes pukul tu dah lama kak. Takde kena mengena dengan Har."

"Tapi sebab Har pukul Malik, dia jadi hilang ingatan. Tak tentu hala. kehulu kehilir jalan sorang-sorang kat kampung ni! Sampai dia lemas pun takde siapa yang tahu. Tengok-tengok mayat dia dah timbul sendiri."

"Kak...."

"Hah! sudah lah! Kau dari dulu tak habis-habis nak pertahankan Har. Aku tak tak tahu apa yang Har bagi kat kau sampai kau langsung tak nampak yang dia tu jantan tak guna!"

Jamaidah kembali merengus seraya menapak panjang menuju ke bahagian dapur.


Dafika pula hanya mampu melihat. Nafas yang tersangkut dilepas perlahan.
Wajah Ezhar yang hadir sebentar tadi mula menerawang difikiran.
Sangkanya lelaki itu takkan menapak lagi di kampung ini. Mentelah Ezhar masih mempunyai keluarga di bandar.
Namun kemunculan Ezhar, kembali menerjah peristiwa demi peristiwa 7 tahun yang lalu.

"Mama... yang tadi tu papa Arsyad kan."

Dafika menunduk memandang Karsyad yang masih berada disisinya. Hampir terlupa akan anak lelakinya yang sejak tadi bersama mereka. Nasib tiada perkara lain yang dipersoalkan melainkan tentang Malik.

"Arsyad.. Dia bukan papa Arsyad. Arsyad jangan panggil macam tu lagi tau."

Hampir luruh jugak jantung Dafika tadi ketika Karsyad berulang kali memanggil Ezhar, sebagai 'papa'.


Mujur Ezhar tak banyak tanya. Kalau tak, masak jugak Dafika nak menjawab tentang status Othman Karsyad.

"Tapi mama pernah cakap, gambar yang ada dalam almari, gambar papa. Arsyad pernah tengok gambar tu, sebiji macam gambar pakcik tadi."

'Allahuakbar... Bila masa pulak Arsyad tengok gambar dalam almari tu?! Haish!'
Dafika garu sisi kepalanya yang berlapik tudung bawal, tak tahu apa jawapan yang harus diberi kepada soalan anak lelakinya tadi.

Ah! Arsyad semakin bijak!


Dafika merendahkan badan menyamai ketinggian tubuh Karsyad. Kedua bahu anaknya digengam.
"Arsyad, kalau Arsyad sayang kan mama. Arsyad jangan sebut lagi pasal papa. Arsyad ada mama, ada Atok, ada Wan. Kami semua sayangkan Arsyad. Dan mama akan jaga Arsyad sampai Arsyad besar dan berjaya. Arsyad faham?"

Kata-kata lembut dari Dafika membuatkan Arsyad mengangguk perlahan seraya leher mamanya dipaut erat.

Melihat aksi Karsyad, Dafika turut membalas pelukan anaknya. Biar apa pun terjadi, dia akan cuba sedaya upaya untuk mengelak anaknya dari mengetahui hal sebenar.

*****

"Har.."

Ezhar yang sedang menguis-nguis hujung selipar pada tanah menoleh kearah Dafika yang menghampirinya.

"Atok ngan Wan ke klinik, sekejap lagi diorang balik kot. Awak nak tunggu dalam rumah ke?"
Soal Dafika kembali seraya menapak ke anak tangga rumah kayu dihadapan mereka bersama Karsyad

"Takpe la, aku tunggu kat luar ni je, karang kalau aku masuk, orang kampung ingat aku nak mencuri pulak."

Dafika menoleh sekilas pada Ezhar, lelaki itu mampu lagi tertawa dengan kata-katanya sendiri.
'Har. aku tahu kau tak salah..'

Ezhar dibiar di bawah, sementara Dafika dan anaknya masuk kedalam rumah.

Seusai Karsyad membersihkan diri, Dafika membawa kembali anaknya keluar. Hajat nak menuju ke kedai semula untuk menyambung kerja.

"Kau tinggal kat sini ke?"

Hampir terkejut Dafika ketika mendengar suara Ezhar bertanya kepadanya. Sangkanya lelaki itu sudah tiada, rupanya Ezhar masih teguh berdiri di bawah rumah.

"Err.. ye.. saya tinggal sini.."
Teragak-agak Dafika menjawab, sambil menarik lengan anaknya untuk menuruni tangga.

"Suami kau mana?"
Ezhar terus bertanya, dirinya masih ditanah sambil kedua tangan dimasukan kedalam poket seluar.
Sesekali lidahnya membasah bibir, terasa kelat bila sudah hampir 3 jam dia tidak merasai asap rokok.
Nak merokok kat depan ni takut nanti tiba-tiba Atok dengan Wan datang. Nahas! Da lah orang tua tu memang benci dengan Ezhar.

"Kau dengar tak soalan aku?!"

Glup!
Tersentak kembali jiwa Dafika ketika Ezhar mengajukan soalan semula. Ingat nak diam je, tak mahu menjawab.

"Su.. Suami Fika.."

Bunyi deruman enjin ala-ala bot lama, membungkam kata-kata Dafika. serentak matanya memandang ke arah sebuah motorsikal Honda C70 dipandu masuk hingga menghampiri anak tangga.

Ezhar turut menoleh, Kelihatan Hajah Salhah terkial-kial turun dari motor ketika Haji Borhan menghentikan enjin.

"Har..."
Terketar suara tua Hajah Salhah memanggil cucunya.

Ezhar kaku, dipandangannya seolah-olah Wan sudah menerimanya.

"Lama dah kau sampai? Kenapa tak naik rumah?"

Kini soalan yang diaju oleh Atok, makin membuatkan Ezhar mati akal.
Bukankah 7 tahun lalu, kedua Atok dan Wannya mengeji serta mengutuk Ezhar, siap bersumpah dan mengaku yang Ezhar Iqbal bukan cucu mereka lagi!

"Har.."


Tersentak lamunan Ezhar ketika terasa lengannya disentuh oleh Wan. Mata tajamnya merenung tepat pada raup Hajah Salhah.
Hujung kelopak Wan seakan bergenang dengan air.

"Wan rindu kan Har.."

Akhirnya Hajah Salhah mengaku.


Ucapan lembut Wan, mengembalikan realiti Ezhar. Sangkanya sewaktu sampai disini, dia akan dimaki, dicaci atau mungkin Atok akan kejar di dengan parang kerana marahkan kes 7 tahun yang lepas.
Namun saat ni seolah-olah semua angan Ezhar berubah.

"Sudah... kita cakap kat atas.."
Haji Borhan mengarah lembut.

"Err... Fika ke kedai ye, masih banyak kerja yang belum siap."

Ujar Dafika yang dari tadi hanya melihat dari jauh pertemuan darah daging yang terpisah hampir 7 tahun lama.


Haji Borhan mengangguk seraya matanya melepaskan Dafika pergi sambil mengheret anak lelakinya.


Di dalam rumah, Ezhar masih lagi diam. Dia tak pasti kenapa Atok dan Wan kembali baik kepadanya. Sememangnya itu yang Ezhar mahu kan, tapi kenapa tiba-tiba?

"Kau keluar dari penjara, terus kesini ke?"

"Aa... errr... ye tok.. Har terus kesini."

Tergagap Ezhar menjawab. Masih kekok. mungkin sebab terlalu lama tak berjumpa Atoknya.

"Kau tak jumpa papa kau dulu?"


Papa?
Har dah takde papa lagi!
Ingin Ezhar menjawab soalan atoknya, namun hujung lidah menjadi kelu.

"Takpe la Har, mana-mana lah Har nak jumpa dulu. Itu terpulang pada Har, yang penting kami dah tengok Har keluar dengan selamat."
Hajah Salhah bersuara seraya meletakan dulang berisi 2 cangkir air kopi jenama Kapal Api diatas meja di tengah ruang.

"Atok.. boleh Har tahu pasal Malik.. tadi Har dengar dia dah..."

"Meninggal.."
Soalan Ezhar yang belum habis, dijawab perlahan oleh Hajah Salhah.

"Bila?"

"Dah 3 tahun Har.."
Kali ni Haji Borhan pula menjawab.


Perlahan Ezhan meraup mukanya sekali, halkum memutar kebawah menelan liur.

Kenapa Malik boleh mati? Dia belum habis bersemuka dengan lelaki itu. Dan sebab Malik la Ezhar dipenjara selama 5 tahun.

Dan dah nasib Ezhar, tahun kelima dia dipenjara, Entah banduan mana yang datang menuduh Ezhar membelasah dia sehingga mamat tu dimasukan ke hospital akibat kecederaan yang teruk.

Tak pasal-pasal pelepasan Ezhar tertangguh hingga 7 tahun.

Bangsat! Kalau dia jumpa jantan tu, memang dibaginya Sup kepala lutut ni hah!

"Betul ke Malik meninggal sebab lemas?"


Haji Borhan mengangguk lantas menghela nafas panjang.

Malik, cucu yang dijaga sejak bayi lagi. Entah mana salah penjagaannya sehingga lelaki itu membesar dalam aktiviti yang gelap. Sehingga Malik disahkan menghidap HIV.

"Atok, Wan... Har nak mintak maaf.. Terus terang bukan Har yang pukul Malik dulu.. Har.."

"Har.. Kami tahu bukan salah Har.. Atok dan Wan pun menyesal sebab tuduh Har."

Haji Borhan memangkah ayat Ezhar. Kesal! itu yang dirasa hingga kini.

"Jadi Atok tahu siapa sebenarnya yang pukul Malik?"

Keluhan berat Haji Borhan lepaskan sebelum menjawab soalan cucunya.
"Atok dan Wan sedar yang Har tak salah, setahun sebelum Malik meninggal. Dia ceritakan pada Atok dan Wan, bukan Har yang pukul dia. Tapi orang lain. Orang tu sengaja nak kena kan Har supaya Har dipenjara. Bila Atok tanya siapa yang buat semua ni, Malik taknak cerita. Sampai dia meninggal pun Atok tengok dia rasa bersalah pada kau Har. Atok mintak, kau maafkan lah Malik."


Sekali lagi Ezhar meraup wajahnya, nafas dihela panjang memikirkan segala yang berlaku. Jika betul Malik tahu dia telah dipergunakan, kenapa Malik taknak bukak mulut pada Ezhar?

Siapa sebenarnya manusia yang dimaksudkan oleh Malik? Dan kenapa dia harus memusuhi Ezhar.


Ah! Ezhar! Kau tak sedar ke kau tu dulu terlalu jahat, tahap syaitonirojim?!

Dah tentu kau ramai musuh!

Masalahnya sekarang, masih hidup kah manusia yang mahu kena kan Ezhar 7 tahun yang lalu?

"Har... Malik dengan Har dua-dua cucu kesayangan Wan, cukup lah Wan bersedih bila Malik dah meninggal. Wan harap Har jangan lah jauh dari Wan lagi. Wan mintak maaf sebab tak melawat Har di penjara. Sebab tu Wan selalu suruh Fika jenguk-jenguk Har. Sekurang-kurangnya Wan tahu Har selamat."

"Oo.. patut la Fika selalu datang jumpa Har, rupanya Wan yang suruh?"


Hajah Salhah mengangguk sambil mengukir senyum. Puas hati melihat perubahan pada cucunya itu.

"Lepas ni apa rancangan kau Har?"

Haji Borhan bersoal lagi setelah agak lama mereka mendiamkan diri.

"Tak tahu la Tok, Har nak cari tempat tinggal lepas tu nak usha-usha kerja."

"Eh! Har tak balik duduk dengan papa Har ke?"

Sudah. Apa Ezhar nak jawab dengan soalan cepu emas dari Wan nya?

"Kau masih marah dengan papa kau lagi ke Har?"

Duga Haji Borhan, sebenarnya dia sendiri pun tak tahu kenapa Ezhar begitu marahkan ayahnya sendiri sehingga melarikan diri dan tinggal bersama beliau sejak umur Ezhar 16 tahun.

"Har cuma nak berdikari Tok. Har nak cari hala tuju Har sendiri.."

Ezhar menjawab lembut, walaupun dia sendiri tak pasti dengan jawapannya tadi.

"Kalau macam tu tinggal je kat sini sampai Har boleh cari kerja dan tempat tinggal sendiri."

Hajah Salhah memberi cadangan. Teruja juga jika cucunya ingin kembali tinggal bersama.


Duduk kat sini?

Ezhar pandang sekeliling rumah kayu berlian yang dibina hampir berpuluh tahun lamanya. Masih kukuh dan masih sama seperti dulu.

Tapi betul ke dia nak tinggal disini lagi seperti dulu.

"Eh! bukan ke Fika dan anak dia tinggal kat sini jugak ke? Takpe ke kalau Har duduk sekali?"

Mendengar soalan Ezhar, Hajah Salhah menoleh kepada suaminya, mintak jawapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience