JDM01-prologue

Romance Completed 16825

Kelam kabut keadaan Andika pada pagi itu, apabila Personal Assistantnya, Carlyle tiba tiba menghantar surat resign dengan alasan mahu menamatkan zaman bujangnya dan menetap di Singapura selepas berkahwin dengan gadis kota singa itu.
"So funny, lepas kahwin tak perlu kerja kah?, pelik pelik perangai budak sekarang ni. GenY memang tak serius. Akibatnya Andika terlajak bangun kerana sudah tidak ada orang yang menghubunginya setiap pagi untuk mengejutkannya. Usai mandi, Andi perlu menyemak senarai appointmentnya pada hari itu. Andi menggosok kemeja dan menyediakan bijirin untuk sarapan pagi sambil bercakap di telefon dengan Dato Dahlan, CEO wisma Titan, merangkap bossnya.Pagi ini baru Andi tahu pukul 9 pagi dia perlu pergi ke pejabat Maju Jaya Group untuk satu perbentangan proposal. Dan pagi itu juga Dato Dahlan mahu Andika membentangkan proposal itu kepadanya terlebih dahulu. Andi memilih untuk membuat perbentangan melalui telefon sebelum Andi berangkat pergi ke tempat kerja. Semasa memulakan suapan pertama, Tiba tiba Andi terfikir adakah dia sudah pun memastikan dokumen proposal tersimpan di dalam laptopnya. Andi mengambil laptop dan menekan suis on.

"Arghh... CARLYLE, mengapa mesti hari ini engkau resign, dokumen proposal tertinggal di pejabat" jerit batin Andika.Jika PA nya itu masih bekerja dia tidak akan mengalami kekalutan sebegitu, kerana Carlyle sangat cekap dengan tugasnya.

Andika sudah tiba di pejabat selepas memandu dengan kelajuan tinggi tadi. Semua staff tidak berani menghalang laluan pengarah urusan Titan Construction mereka yang tampak tegang itu.

"Azli call Fuad masuk bilik I sekarang. Suruh Akram hantar kopi ya, cepat." arah Andika kepada Azli receptionist di pejabat Andika .
Andi sedang menunggu staff yang di arahkan menemuinya bila ada bunyi ketukan di pintu.
"Masuk" sahut Andika.

"Boss, maaf, tak sangka boss masuk cepat sangat, saya belum vacuum bilik boss" ujar Pak Ramli, tukang cuci di situ. Semua jawatan dan pangkat diisi oleh kaum lelaki, salah satu syarat untuk bekerja di pejabat Andika, mestilah seorang lelaki selain memiliki tahap pendidikan yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon. Di wisma Titan masih ada staff wanita yang bekerja di bawah pengarah yang berbeza. Cuma Andika seorang sahaja yang telah menetapkan syarat sebegitu untuk satu alasan mudah : Andika sangat benci kepada kaum wanita, selain ibu dan neneknya.

"datang vacuum sebentar lagi, pak Ramli keluar dulu saya ada meeting penting dengan Fuad. Kul 8.30 saya nak keluar, datang vacuum waktu tu boleh?" ujar Andika dengan sopan, walaupun sekeras apa pun peribadi seorang Andika dia tetap menghormati ibu bapanya dan warga emas yang lain.

" Boss, ini kopinya, Akram mencelah masuk ketika pak Ramli keluar dari bilik Andika.

"Akram call Fuad datang ke sini segera I dah terlambat nak keluar sekejap lagi" Kata Andika.

Sambil menunggu Fuad, Andika menyalin dokumen proposal ke dalam laptopnya.

"" masuk"Andika menyahut bila terdengar bunyi ketukan."Sorry boss, I lambat" kata Fuad.
"Carlyle dah berhenti semalam, apa tindakan you Fuad. " soal Andika.

"Bos dari semalam saya sudah menghantar permohonan kepada semua kolej dan University supaya menyenaraikan pelajar terbaik mereka untuk jawatan pembantu peribadi boss" balas Fuad.

"Baiklah, saya nak awak buat saringan awal seperti biasa, sebelum awak serahkan senarai itu kepada saya, boleh?" Ya, boss, saya faham.
"Fuad, cuba you minum kopi ni" Andika, menolak kopi di dalam cawan yang di sediakan oleh Akram.
Fuad menyisip sedikit kopi itu sebelum tersedak.
"pahitnya boss" komen Fuad.
"Saya nak awak ajar chai wala kita tu cara buat kopi yang sedap ataupun cari chai wala yang baru." arah Andika sebelum keluar dari situ. Andika berhenti di meja receptionist terlebih dahulu.

"Azli tolong ambil mesej semua orang yang call saya, pastikan nama, syarikat dan nombor telefon jelas ya."arah Andika.

"ok boss, saya faham"kata Azli.

Sejurus Andika pergi. berselang cuma 5 minit seorang lelaki menceroboh pejabat itu.

" Encik cari siapa, dah ada appointment? "soal Azli.
" I nk jumpa Andi, I girlfriend Andi so I tak perlu buat appointment "balas Hani Mukhzani .
Azli merengus kesal, walaupun mengenakan mekap dan baju sexy seorang wanita, Azli tahu 'Perempuan' itu sebenarnya adalah seorang 'Lelaki'. bahasa kasarnya Pondan,dan bahasa sopannya "Mat Nyah.

" Encik Andika baru keluar pergi meeting. Boleh Saya dapatkan nama dan nombor telefon cik, bila boss Andi balik, I call you. "kata Azli.
"No... I akan tunggu my bae dalam bilik dia, tolong buka pintu"kata Hani.
"Maaf CIK, kunci bilik Boss Andi, cuma dia seorang saja pegang, "ujar Azli. Dalam hatinya merungut marah kepada jejaka yang mengaku girlfriend Andika itu.
"bercinta sesama jenis, nabi tak mengaku umatlah"kutuk Azli tapi cuma mampu melakukannya di dalam hati.

"Okay I akan tunggu di sofa tu, tolong belikan saya karipap Ikea 20 biji dan Starbucks frapp machiato,extra cream,Venti Size" pesan kekasih Andika itu.
"Maaf i bukan OB nak ikut arahan you. bagi phone you, I nak install grab food apps,you boleh pesan apa saja, jangan lupa untuk minta homemade food your mom ya"Azli berkata sinis.

"perempuan mana makan sampai 20 biji karipap Ikea yang besar saiznya tu, elleh nak jadi perempuan,tapi makan nacam... Err.. macam apa ya?, ha.. macam gergasi "batin Azli mengutuk.

"tak payah, I buat sendiri,I bukan kolot ok"kata Hani.
* *
* *
* *
" Baiklah class, Fakulti kita baru menerima permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pembantu peribadi di salah sebuah anak syarikat di Wisma Titan. Top ten student dari exam yang lepas akan dihantar sebagai calon pekerja. Nama yang terpilih akan menjalani temuduga dalam tempoh sebulan akan datang, semua di minta bersedia. Tapi ingat anda bukan bersaing sesama anda ya tetapi anda bersaing dengan fakulti pengurusan pejabat dari uni uni dan kolej kolej yang lain. Good luck saya ucapkan. "ujar puan Aisyah. Syakirin menadah tangan memohon agar rezekinya untuk bekerja sudah tiba. Syakirin sudah lama bermimpi untuk cepat bekerja bagi membantu ibu dan bapa nya yang kian uzur.
* *
* *
* *

Fuad termenung meneliti senarai nama pelajar yang dihantar oleh kolej kolej dan uni uni yang dipilihnya.
" Adoi, masak aku, semua nama pelajar perempuan, matilah aku nak mengganti jawatan pembantu peribadi untuk Mr Nice Gay tu"kutuk Fuad di dalam hati.

" Eh sekejap Nur Syakirin ni lelaki ke perempuan. Kalau ikut nama Nur, ini macam nama perempuan, tapi setahu aku Syakirin ni nama lelaki. Ah.. peduli apa, perempuan zaman sekarang bukan suka di panggil Nur pun. Fuad tiada pilihan selain menghantar nama nama tersebut tanpa membuat sebarang tapisan. Tapisan yang di maksud kan oleh Andika ialah membuang nama pelajar perempuan. Fuad perlu menyemak CV setiap orang pelajar tersebut dan menepikan nama pelajar perempuan. Syarat gila Andika.

"Tidak boleh ada pekerja wanita di pejabat I"jerit Andika pada Fuad saat mereka mencari tea lady untuk syarikat itu dan hasilnya mereka menggaji Akram yang bertugas sebagai Chai wala tetapi tidak pandai membuat minuman kepada pengarah urusan mereka itu.

"Ah...aku kena cari tea boy Yang baru juga, matilah nak...."Fuad teringat arahan Andi kepadanya tadi.
"Aku harap sangat PA baru nanti pandai buat air"kata Fuad kepada diri sendiri.Fuad terpaksa mengaku walaupun Lelaki dikatakan hebat memasak tetapi bab menyediakan minuman masih dimenangi oleh kaum wanita, manisnya minuman terletak kepada senyuman si pembuat air,
"nak air apa bang?... I love you satu"Fuad melakonkan dua watak dalam satu masa.satu dengan suara kepit dan satu suara jantan yang macho.

"Hurm.. suara kepit aku ni lagi lembut dari suara 'girlfried' boss tu, hehehe"berbakul kutukan diberikan kepada Hani Mukhzani .
* *
* *
* *
Tepukan hangat bergema seusai Andika membuat perbentangan proposal. Andika kembali semula ke pejabat selepas meeting. Dia, memeriksa senarai email masuk.
Senarai nama pelajar untuk jawatan pembantu peribadi."perkara untuk email dari Fuad menarik perhatian Andika.
"Erm...

Sharifah,
Diana,
Nur...
Syakirin, dan...
Suliza...
Siapalah tetapkan syarat setiausaha dan pembantu peribadi mesti Seorang wanita.?"batin Andika mengutuk.langsung tidak ada nama lelaki, kecuali satu tu jer.. bolehlah"kata Andika.
B*
E*
R*
S*
A*
M*
B*
U*
N*
G*

sudut ilmu:Chai dalam bahasa Hindi ,dan Urdu bermaksud "teh", seperti masala chai, Dan wala merujuk kepada orang yang bertanggungjawab menyediakan teh, jadi chaiwala ialah pembuat teh yang selalunya Seorang lelaki. pihak Titan construction menggunakan istilah Chai Wala bagi menggantikan nama tea lady.

next chapter Will be published once it was ready. terima kasih masih memberikan sokongan kepada Che da.... Jangan lupa follow Area Faera untuk mendapatkan notifikasi lovely wars

Share this novel

DHIA AMIRA
2022-08-30 13:21:26 

mst ada sbbkn knapa andika ni haters beno ngn lady2

DHIA AMIRA
2022-08-21 13:35:25 

best jugk citer marikh ni

DHIA AMIRA
2022-08-21 13:35:09 

chai wala a.k.a tea lady ... oic ... info ni ...


NovelPlus Premium

The best ads free experience