"Apa yang kamu maksudkan, Drake?" Tiada lagi gelaran 'Tuan' saat dia memanggil Drake, begitu juga saat dia memanggil Rey.
Mereka sudah menganggapnya seperti keluarga.
Drake menoleh ke arah Taylor yang berjalan terencot-encot ke dalam bilik tidurnya.
Drake menelan ludah.
"Hardin mungkin membawa Fea ke rumah keluarganya" jawab Drake perlahan dengan penuh rasa sebal. Dia mengetap giginya menahan geram.
"Apa!? Untuk apa?" Taylor semakin penasaran. Hatinya mula rasa tidak enak.
Drake menjungkit bahu seraya menjawab secara acuh tak acuh.
"Mungkin mahu kenalkan Fea kepada orang tuanya dan berniat mahu menikahi Fea" Drake menunduk. Dalam masa yang sama, dia menghempas setiap barang yang dia masukkan ke dalam beg dengan pelbagai macam perasaan.
'Hardin, aku takkan terima kau sebagai keluarga jika kau menikah dengan adik aku tanpa keizinan aku. Jika itu berlaku, aku sanggup digelar pembunuh!'
Hanya Drake yang mengenali Hardin. Mereka berkawan sudah hampir belasan tahun. Malangnya, sekalipun dia tidak pernah pergi ke rumah keluarga Hardin.
Pernah beberapa kali dia menyuarakan hasrat mahu melawat keluarga Hardin, tapi lelaki itu memberi seribu satu alasan. Sehinggalah akhirnya dia terpaksa kuburkan niatnya untuk kesana.
Dan selama belasan tahun itu juga, dia dapat meneka yang lelaki itu meminati adik perempuannya. Tapi, memandangkan dia mengenali bagaimana sikap Hardin yang suka minum,suka berfoya-foya dan kaki perempuan, dia merasakan lelaki itu tidak layak sama sekali untuk menjalin apa-apa hubungan dengan adiknya.
Tapi, tatkala Taylor mula menjadi bodyguard kepada Fea, perasaan Hardin sedikit sebanyak tercabar melihat kemesraan mereka berdua.
Sejak dari itu dia mula menyimpan dendam.
"Kau mahu kesana?"
Drake memandang Taylor lantas mengangguk.
"Aku ikut" ujar Taylor pantas.
"Dengan keadaan kaki kau yang macam ni? No way" Drake tergelak kecil sebelum riak wajahnya berubah masam.
"Tolong izinkan aku ikut kau. Aku nak tebus semula kesalahan aku kerana gagal selamatkan Fea dan Fiona tempoh hari. Aku sanggup bergadai nyawa demi untuk pastikan Fea dan Fiona selamat"
Drake,
"...."
"Pergilah. Papa tahu kamu berdua boleh bawa Fea pulang dengan selamat." ujar Rey yakin. Dia menepuk bahu kedua anak lelakinya tanda memberi sokongan sepenuhnya.
Rey berdiri.
"Hal yang lain, serahkan pada papa" ujarnya seraya keluar.
Langkahnya terhenti di muka pintu. Dia menoleh kearah dua anak muda yang tekad mahu pergi selamatkan anak gadisnya,
"Papa akan minta bantuan Andrew dan Samuel" ujarnya seraya keluar.
Pembrey, UK
Jauh ditengah hutan, terdapat sebuah rumah batu yang tidak begitu besar. Rumah itu mempunyai ruang tamu yang kecil, satu bilik tidur dan ruang dapur yang agak sempit.
Sungguh pun begitu, rumah itu juga mempunyai bahagian bawah tanah. Ruangan itu dibina untuk menyimpan stok makanan jika tiba musim sejuk.
Sebelumnya, rumah tersebut didiami oleh atuk dan nenek Hardin. Papanya juga dibesarkan dirumah kecil ini sehinggalah atuk dan neneknya meninggal.
Rumah ini juga boleh dianggap sebagai rumah peninggalan mendiang atuk dan neneknya.
Papa Hardin sebenarnya berasal dari keluarga yang susah. Tapi berkat usaha, papanya berjaya melanjutkan pelajaran dan mempunyai kelulusan yang tinggi.
Papanya diterima bekerja disebuah syarikat besar dengan jawatan tinggi dan hasil kerja keras papanya, mereka berjaya memulakan sebuah perniagaan secara kecil-kecilan sehinggalah mereka mempunyai sebuah syarikat besar dan hidup mewah seperti sekarang.
Rumah usang itulah menjadi tempat dia menyembunyikan Fiona. Dia mengarahkan dua orang pengawal untuk menjaga Fiona.
"Bagaimana dengan dia hari ni?" soal Hardin yang baru tiba kepada salah seorang pengawalnya.
"Masih macam tu juga, Tuan." jawab Jared selaku ketua pengawal.
Hardin turun ke ruangan bilik bawah tanah menyusuri tangga batu yang tampak sedikit berlumut. Sampai sahaja di ruangan bawah, cahaya suram menyelubungi sekitar ruangan. Dihujung kanan, terdapat bilik berjeriji besi. Ruangan itu dahulunya menjadi tempat atuk Hardin menyimpan keldai yang digunakan untuk mengangkut barang jualan dari rumah ke pekan. Dan disudut ruangan, masih terdapat jerami yang masih tinggi yang sudah tidak digunakan lagi.
Dalam cahaya samar, dia dapat melihat seorang wanita terbaring lesu di sebuah katil kayu yang hanya beralaskan tikar yang dikait dari kulit pokok.
"Dia dah makan?" soalnya tanpa mengalihkan pandangan dari wanita itu.
"Belum Tuan. Dia belum makan dan minum sejak 4 hari lalu."
Hardin menoleh. Wajahnya berubah tegang, menatap wajah Jaret dengan bengis.
"Kau dah gila? Kalau dia mati macam mana, hah!?"
"Tapi Tuan.. Tuan tengok la tu" Jaret menghalakan pandangannya ke arah lantai yang dipenuhi dengan makanan yang berselerak.
"Semua makanan tu dia tepis hingga tumpah" adunya.
"Dia takut kalau-kalau kita letakkan racun dalam makanan dan minumannya" sambung Jaret lagi dengan bersungguh-sungguh.
Hardin mengeluh berat.
Gawat kalau wanita ini terus-terusan memberontak seperti ini. Dia tidak mahu membela mayat hidup disini.
Pindahkan dia ke ruangan atas buat sementara waktu. Hubungi Dr.Nicholas sekarang.
Hardin terpaksa melalukan itu sebelum kondisi Fiona semakin parah.
Niat sebenarnya hanyalah mahu menculik Fea seorang. Tapi memandangkan Fiona bertindak mengancam, dia terpaksa bawa wanita itu bersama lalu mengurungnya disini.
'Bisa gawat kalau mama dan papa tahu tentang hal ini' gumamnya dalam hati.
Jared mengikut seperti yang diarahkan bosnya.
Hampir setengah jam kemudian, Dr.Nicholas yang merupakan doktor peribadi Hardin tiba.
Fiona sudah dirawat dan diberikan ubat. Sekurang-kurangnya kondisi wanita itu semakin stabil. Dia boleh pulang kerumah dengan tenang. Dia rindukan wajah cantik Fea dan tak sabar mahu pulang ke mansion.
Saat dia tiba di ruangan hadapan mansion, Mamanya sedang menatap beberapa buah majalah perkahwinan.
"Mama buat apa tu, mana Fea?" Soalnya seraya memandang ke sekitar. Susuk Fea tiada disitu.
Dia menghampiri Shue lalu duduk berhadapan dengan wanita itu.
"Mama mahu menempah dress perkahwinan untuk Fea. Tak sabar rasanya mama nak terima menantu." ujarnya dengan senyuman lebar. Raut wajahnya terpancar kegembiraan saat tahu tidak berapa lama lagi, anaknya bakal berkahwin.
"Fea tak pilih sekali?" soal Hardin lagi.
"Oh ya, Fea keluar dengan Daniel. Katanya mahu membeli beberapa barangan keperluan peribadi." cerita Shue tanpa selindung.
Hardin berdiri.
"Keluar!?"
Madam Shue mendongak dengan intens. Sikap anaknya berubah serta merta. Raut wajah itu tampak gelisah.
"Ya, kenapa?" jawab Madam Shue lembut.
Hardin meraup wajahnya berkali-kali.
Dia kemudian berajak keluar lalu segera menghubungi Daniel.
"Kamu bawa dia kemana?" suaranya tegas dengan tonasi suara yang penuh intimidasi saat anak buahnya mengangkat telefon.
"Maaf bos. Awalnya saya berkeras tidak mahu membawa bakal isteri bos keluar, tapi Madam mendesak."
jawabnya gugup.
"Awak tak faham soalan ke,hah!?" bentak Hardin geram.
"Ke Mall" jawabnya pantas.
"Bawa dia pulang sekarang!" arahnya lantas mematikan talian.
Dia mengeluh berat sebelum melangkah masuk semula ke dalam mansion.
Madam Shue sekadar menggeleng perlahan.
"Kamu tak boleh kongkong Fea. Dia cuma nak keluar beli barang keperluan, itu pun tak boleh! Risau sangat kalau bakal isteri dia tu hilang. Budak Daniel tu kan ada" gerutu Madam Shue tanpa mengalihkan pandangannya dari majalah.
"Barang apa yang penting sangat sehinggakan tak boleh nak tunggu Hardin pulang dulu" bebel Hardin kesal.
"Tuala wanita" bidas Madam Shue pantas.
Mata Hardin terangkat menatap mamanya. Dia mengulum senyum beberapa detik sebelum wajahnya berubah serius.
"Sampai ke mall? Farmasi pun banyak jual" gerutunya lagi.
"Di mall banyak pilihan. Lagi pula, Fea hanya menggunakan jenama yang fancy dan jarang dijual di farmasi" jelas Madam Shue lembut.
"Betul ke? Kenapa tak cuba saja brand lain, kan banyak. Fungsinya juga kan sama"
Madam Shue menutup majalah lalu diletakkan kembali ke atas meja. Dia mengeluh berat sebelum menatap wajah anak bujangnya.
"Hardin, kamu tu tidak lama lagi bakal menikah dan menjadi suami. Sebelum masuk ke alam perkahwinan, kamu harus kenal dulu pasangan kamu sebelum melangkah ke next step. Hal seperti ini, kamu juga harus ambil tahu, penting."
"Mama cuba beri yang mama punya pada Fea tadi, tapi tidak sama dengan yang dia selalu guna. Ini bukan perkara yang sepele yang kamu boleh pandang remeh. Diwaktu datang bulan, keselesaan amatlah penting. Jika tidak, boleh memudaratkan" jelas Madam Shue panjanh lebar.
Hardin mengangguk perlahan. Dia mula faham walaupun tidak sepenuhnya. Tapi, dia tetap tidak sedap hati saat wanitanya itu keluar ke tempat awam. Dia tidak mahu orang tahu dimana Fea tinggal kerana mungkin juga sekarang ini, wajah mereka terpamer di mana-mana paparan berita online.
Hampir satu jam menunggu, kedua mereka belum juga muncul. Dia bangun dan berjalan ke muka pintu.
"Fea belum lagi sah menjadi isteri kamu, kamu sudah seperti kucing hendak beranak. Kalau sudah menikah nanti, mama tak tahu nak bayangkan watak kamu bagaimana. Nak simpan dia dalam poket seluar ke?" seloroh Madam Shue.
"Mama ni, ke situ pulak" Hardin mengulum senyum.
Dia akui, dia cemburu saat ada lelaki yang cuba dekat dengan Fea termasuk Taylor dan Ed. Selagi mereka belum berkahwin, selagi itulah hatinya tidak tenteram.
Yang pasti, dia mahu jadikan Fea isterinya yang sah dalam masa yang terdekat ini juga.
Bersambung...
Share this novel