"Awak pergi mana semalam? Satu hari tak balik" soal Ellya
"Tertidur dalam kereta kat tepi tasik"
"Dah takda rumah nak balik?"
"Awak ni kenapa? Saya balik balik awak nak perli semua ni. Elok lah daripada saya tak balik"
"Ha baguslah tu, bagus takpayah balik lagi senang"
"Stop it Ellya, saya penat bergaduh dengan awak tak habis2"
"So dah mengaku kalah?"
"Kalah apa?"
"Battle kita?"
"Ohhhh pandai dia nak gunakan pergaduhan kita dalam battle ehh..haaa nak kena niii"
Irsyad menerkam Ellya yang berada di atas katil, tetapi ada sesuatu perasaan yang menolaknya untuk bermesra bersama isterinya.
Sedang Ellya juga seronok akan sentuhan Irsyad.
Irsyad bingkas bangun dan berlalu ke bilik air.
Rumahtangga mereka semakin hambar, apa yang perlu dilakukan. Dia sedang sakit, dia tidak mampu untuk berbuat apa apa kudratnya tak sekuat dulu.
"Ya Allah teguhkan tiang rumahtangga kami..kuatkan hati kami" Ellya berdoa..
Selesai mandi Irsyad keluar..fikirannya bercelaru. Bagaimana dia hendak memberitahu isterinya akan apa yang telah dilakukan bersama Tania. Kuat kah isterinya mengetahui berita ini.. dia sudah buntu.
______________
"Kau biar betul Syad?"
"Hmm..perempuan tu letak ubat apa entah dalam air aku.."
"Gila la perempuan tu. sampai sanggup buat kau mcm tu sebab nak kahwin dengan kau punya pasal" Arif yang masih terkejut akan kenyataan Irsyad tadi cuba mengurut dadanya, tangannya juga tidak lekang memicit kepala memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah Irsyad.
"Aku yang ada masalah, kau yang lebih2 pening ni dah kenapa"
"Yelah bro, masak kau nanti nak bagitahu mama papa kau. Haa paling penting bini kau. Mcm mana kau nak bagitahu, baik kau bagitahu dulu dari si Tania tu bukak mulut pergi kat family kau"
"Tulah aku memang rancang nak buat mcm tu, tapi aku memang tak salah weh"
"Yee kalau kau taknak keadaan semakin buruk, kau bagitahu mama papa kau dulu. Then baru Ellya"
"Hmm yelah, aku harap diaorang faham weh"
"Mesti diaorang faham punya, takkan lah diaorang tak kenal kau. Aku sendiri pun kenal kau mcm mana"
"Thanks weh, kau lah sahabat. Aku belanja kau harini lunch"
"Alah kau time ada masalah sahabat, time senang muka aku pun kau tak heran nak pandang"
"Takpala aku tarik balik lah nak belanja"
"Eh eh kau ni.. aku tak cakap taknak kau belanja"
"Tahu takut"
_____________
Jari Irsyad mengetuk meja, seolah olah memikirkan sesuatu..tambahan pula harini kerjanya telah diselesaikan terlebih dahulu.. dia cuba mendail nombor papanya.
"Hello pa."
"Haa Syad kenapa?"
"Kita jumpa kejap lagi after lunch boleh pa? Syad balik rumah. Mama ada kan?"
"Haa yelah, mama kejap lagi balik lah tu dari butik. Ada apa kamu ni?"
"Ada masalah sikit pa"
"Pasal Ellya?"
"Tak tak..nanti Syad cerita..k lah pa jumpa nnti bye"
Telefon dimatikan.. Irsyad cuba mencari kekuatan untuk memberitahu ibu bapanya.
"Ada apa kamu ni Syad nak jumpa kami?" Soal Puan Hana dia berasa tidak sedap hati akan keadaan Irsyad kali ini kerumahnya
"Hak ah lah..mana Ellya? Kamu tak bawak dia kenapa kesian dia kat rumah"
Bertubi tubi soalan yang dilemparkan kepada Irsyad oleh ibu bapanya..tetapi dia hanya menunduk tak mampu untuk berkata..
Puan Hana yang melihat anaknya berkeadaan sebegitu lama dia mengusap belakang Irsyad perlahan..dia pasti anaknya sedang menghadapi masalah.
'Masalah dengan Ellya lah ni' desisnya
"Sebenarnya.."
"Sebenarnya apa?"
"Sebenarnya Syad terlanjur dengan Tania"
"Ya Allah!! Kamu ni Irsyad..papa tak sangka kamu buat perkara sebegini..apa guna isteri kamu ada? Tak puas lagi?" Berang En Kamarul, panas telinga nya saat itu. Mukanya juga sudah kemerahan.
Puan Hana tidak mampu memberikan sebarang reaksi, dia pasti ada perkara lain yg berlaku.
"Tapi pa..ni bukan salah Syad pa..dia..dia letak sesuatu dalam air Syad"
"Kamu kena bertanggungjawab Irsyad! Kamu jangan malukan papa dan mama kamu"
"Ye pa..Irsyad akan bertanggungjawab.."
"Kamu kena kahwin dengan dia!"
"Abang. Ellya mcm mana? Sanggup ke dia bermadu. Hana tak sanggup tengok menantu kita sedih nanti"
"Ellya dah tahu ke hal ni Syad?" Soal En Kamarul
Irsyad menggeleng.
"Kamu ada plan nak solve this problem?"
"Right now takda lagi. Syad buntu..Syad taktahu nak cakap kat siapa pa, ma" keluar air mata lelakinya.
Puan Hana yang masih kasihankan anaknya tak henti henti mengusap belakang Irsyad memberikan kekuatan.
Lama mereka begitu, En Kamarul tidak habis habis memikirkan cara untuk dia berhubung En Faizal tentang hal ini.
___________
Irsyad pulang dengan kehampaan..keluarganya seakan tidak menyokong dan tidak mempercayainya..apatah lagi Ellya..bagaimana dia harus menyelesaikan perkara ini.. dia rungsing..tidak tahu arah untuk dituju.. sedang dia termenung di parkir syarikatnya seseorang mengetuk tingkap kereta..
"Kau asal? Nak bunuh diri ke duduk dalam ni lama lama" soal Haris yang telah lama memerhati Irsyad dari luar sambil mengetuk tingkap kereta Irsyad.
"Hah??!" Irsyad sedikit terkejut lamunannya terhenti. Dia membuka tingkapnya terlihat muka Haris terpampang dihadapannya. Lantas dia keluar.
"Apa kau cakap tadi? Tak dengar lah."
"Mana nak dengar kau tutup tingkap kan tadi, aku ingat ada org nak bunuh diri tadi kemain lama duduk dalam kereta tu bertelur ke apa"
"Kau ingat aku ayam ke nak bertelur weh! Hahaha takdala aku cari ketenangan jap tadi before naik. Ha yg kau kat sini asal?"
"Stress betul kerja kau kan yelah ceo mestilah banyak benda stressful kan.. aku faham tu. Aku? Aku datang nak lepak dengan Ariff nak ajak kau sekali tu aku park kereta sekali nampak kereta kau"
"Ni bukan pasal kerja weh..personal problem. Eh bila kau jumpa Arif? " Irsyad sudah menunduk menahan hiba.
" Pasal apa? Rumahtangga kau ke? Bukan kau dengan Ellya elok je kan? Bini kau sihat? Haritu aku terserempak dengan dia, so kitaorang ingat nak lepak sama lah"
Haris yang selamba bertanya tentang Ellya dia tidak tahu akan keadaan Ellya.
"Hmm sikit lah..Ellya? Ellya alhamdulillah sihat. Tapi..hmm takda apa lah. Oh nak lepak ke? Kau tunggu lah aku ada kerja sikit nak siap, kau gerak dulu dengan Arif nanti roger"
"Tapi? Tapi apa? Haa yelah, kitaorang gerak dulu"
"Nanti jelah kita sembang panjang. Aku naik dulu"
Irsyad berlalu pergi. Haris yang masih terpinga akan 'tapi' Irsyad itu sudah mula curiga..
_________
"Woii buta ke??" Laura yang sedang memegang air tertumpah di baju Haris.
Mata mereka bertemu. Terpaku. Kenangan mereka terimbau kembali..
"You?!!"
"You??!" Mereka berdua bersahutan.
"Eh jap jap..korang dua kenal ke apa ni aku pulak pening" sempat Arif mencelah, dia melihat gadis dihadapan mereka itu cukup cantik.
"Takk"
"Tak" sekali lagi sahutan mereka sama.
"Korang ni jodoh lah. Jawab pun sama hahahaha"
Mata Haris masih tidak lekang memerhati Laura yang telah meninggalkan mereka. Lalu dia melihat Laura berborak seketika bersama Irsyad ketika keluar dari cafe tersebut. Dia tidak mahu melepaskan peluang kali ini, dulu dia menolak cinta Laura kerana ingin fokus belajarnya, namun dia tersalah langkah. Tolakannya agak kasar ketika itu. Mengakibatkan mereka seperti bermusuh.
Irsyad juga berlalu pergi ke meja dimana Arif dan Haris duduk..
"Haa sampai pun kau" Arif menyapa
"Yelah kan dah janji. Mestilah.."
"Kau kena sambung 'tapi' kau tadi. Aku nak dengar" Haris pantas menyampuk dan matanya masih fokus melihat Irsyad disebelah Arif.
"Sambung apa ni? Banyak betul benda aku tak tahu ni"
"Kau dah tahu Arif. Haris je tak lagi"
"Ohh k k sambung lah" Arif seakan faham apa yang cuba Irsyad sampaikan kepada Haris.
"Macam ni..Isteri aku..sakit..Barah otak.. still early stage..but deep inside I'm falling down to earth. Tapi aku tetap sayang dia, aku jaga dia. Aku tahu ada peluang untuk dia sembuh mcm dulu. Aku rindu dia yg dulu. Tapi bertambah lagi ujian aku bila aku kena game dengan Tania. Aku tak sangka dia sanggup buat aku mcm ni.."
"Berat ujian kau Syad..tabah kawan. Kau ada kitaorang, Ellya tu early stage ada possibility untuk sembuh, ramai cancer fighter boleh sihat kau just jangan putus asa je dengan dia. pasal Tania tu dia game kau apa? Aku ingat dah move on, perempuan hot mcm dia buat apa lagi hegeh kat laki orang doh"
"Hmm itu lah, aku harap dia dapat sembuh weh. Kau boleh tolong kan? Aku nak bawak dia berubat oversea. Dia taknak, aku try pujuk dia dah start fikir lain. Susah sekarang aku nak cakap dengan dia. Tania..aku terlanjur weh dengan dia. Dia bubuh something dalam air aku"
"In shaa Allah. Aku ada kenal pakar ni kat UK, kau boleh contact dia. Dia memang bagus bab cancer ni memang orang selalu cari dia. Nahh ni contact number dia, TER..TERR..LANJUR?? Kau serious lah dia buat sampai mcm tu"
Arif yang berada di sebelah Irsyad hanya memerhati.. dia sudah banyak kali memberi nasihat kepada rakannya itu.. mungkin kali ini Haris pula membantu.
"Thanks weh..ye..itu yang biggest problem aku sekarang. Mcm mana aku nak cakap kat bini aku..dahlah aku tengah pujuk dia, takkan aku nak tambah lagi masalah mcm ni. Aku risau kalau aku bagitahu dia, dia stress. Dia collapse"
"Pernah collapse ke before ni?"
"Pernah"
"Bahaya. Kau jangan biarkan dia macam tu. buat masa ni..kau fokuskan cara nak berubat dengan doktor yang aku cakap tu, pasal Tania. Kalau dia tuntut apa apa duit ke apa kau layankan aje"
"Dia tak tuntut duit.."
"Habis? Kahwin?"
Irsyad mengangguk lemah.
"Dia kata kalau dia mengandung mcm mana. Aku buntu Haris, Aku buntu" berkali kali Irsyad meraup wajahnya, rungsingnya kelihatan jambangnya juga sudah tidak terurus, rambutnya apatah lagi.
Share this novel