""kringggggg"....
Bunyi jam loceng yang sangat berdisiplin dengan kerjanya. haish.. kalau la manusia semua ni tahu macam mana peritnya menjadi jam loceng, dah lah kene menjerit nak kejutkan korang lepastu ada ke patut korang main campak je aku.. tension la kalau macam ni. mujur la tuan aku ni eheheh.. belum habis cakap dia dah bangun dah.
"Morning humpty. thanks sebab tolong kejutkan, nanti aku bagi kau 'makan' panasonic bateri ye"..
"haish apalah yang aku mengarut ni
************************
Nama penuh aku yang tertulis dekat surat beranak Fatimah Ilyana Binti Mohd Aman. Aku adalah anak bongsu daripada empat orang adik beradik. kak long aku Aisyah,umur dia 27 .Dia dah kahwin, so jangan mintak dengan aku no. phone dia. Karang tak pasal-pasal aku boleh tonton WWE secara live. Aku panggil abang ipar aku abang man a.k.a othman.Aku ada seorang abang, tapi abang aku takde kat sini. Dia sambung belajar dekat UK and aku ada seorang lagi kakak iaitu kak fina.Kerja kak fina ni rumit sikit,apalagi kalau bukan menganggur. Ayah aku dah takde.. sejak aku darjah 4 .Aku kagum dengan ibu aku , dia boleh jaga 4 orang anak sorang-sorang. Mum you're the best..
******************
'Ibu.. ibu.. cepat la orang dah lambat ni..' 'ye..ye.. sabarlah ibu datang la ni '..
Puan asiah terus menyambut tangan anak bongsunya untuk bersalaman sebelum emma ke sekolah.Belum sempat puan asiah menarik tangannya kembali,pipi puan asiah dicubit manja oleh emma.
'ish.. kamu ni ada-ada je'.
'hehehe.. ingat daku dalam doamu ibu'..
'hmm..ye la. macam-macam la kamu ni, ingat nanti jalan elok-elok. Ingat sikit kamu tu perempuan , jangan nak melompat lompat macam jantan pulak '
.'baiklah bonda kesayangan!! babai...muahh.. '
.Puan Asiah tergelak kecil melihat telatah anak bongsunya. Umur sudah menjangkau 17 tahun, tapi perangai mengalahkan budak tadika.
***********************
Okay, dekat sekolah aku ada tiga orang kawan rapat yang memang boleh diharapkan iaitu Ain dan Nina.Mereka berdualah susah senang aku, ye la mana tak nya minat sama,kelas sama, umur sama, rumah pon jiran kampung sebelah je.
'Emma.. jom kita tengok perlawanan bola keranjang'ujar Ain
. Aikk pelik betul si Ain ni.. sejak bila dia minat dengan bola keranjang, setahu aku minat kitorang sama , dan aku tak pernah teringat pulak yang aku minat dengan bola keranjang. Ataupun aku minat tanpa aku sedari.Tapi sejak bila.. kenapa.. apa.. dimana..
'Weii!! Emma jom la.. kenapa kau duduk termenung pulak?! '
.'Ain sejak bila kau minat dengan bola keranjang.?!? tak pernah dengar pon kau bercerita pasal bola keranjang !? ''.
"alaa.. kau tak tahu ke Emma, si Ain ni dah jatuh cinta"ujar Nina.
"Ooo.. patut la..kau minat siapa?! apa nama dia?! "
muka Ain merah padam apabila diusik oleh kawan-kawannya.
"emm.. nama dia.. nama dia.... ".
"Ammar!! "ujar Nani..
"Ooo.. Ammar budak kelas sebelah tu".
"Ehh.. kau kenal ke?!?"soal Ain hairan.
Setahunya Emma tak pernah ambil peduli tentang pelajar lelaki di sekolahnya,bukan sahaja nama, bahkan muka sekalipun dia tak pernah ingat.
"takde lah haritu dia ada jumpa aku dekat belakang sekolah emm.. ".
"serius ke Emma.. kau cakap apa dengan Ammar?!? ".soal Ain dengan nada yang serius
."emm.. aku.. emm.. ehh, Ain kita dah lambat ni. perlawanan tu dah nak mula dah".Emma cuba mengelak daripada menjawab soalan Ain.
"a'aah la... kita dah lewat ni " .ujar Nina.
"kalau macam tu , jom!! kita bergerak sekarang".sahut Ain tanpa mengingati pertanyaannya kepada Emma.
********************
"preeettt"!!!
Perlawanan yang begitu sengit sekali antara SMK Seri Makmur dan SMK Bersepadu Muhammad Ahmad.Namun keputusan kali ini berpihak kepada SMK Seri Makmur selaku tuan rumah.Ini semua kerana semangat yang ada pada pemain mereka terutamanya Ammar yang telah banyak menjaringkan bola.
"awak!! tahniah sebab dalam ramai-ramai orang awak yang paling bersemangat" puji Ain.
"eehh.. takde lah satu team yang bersemangat saya hanya buat sekadar yang termampu je". Ammar melontarkan senyuman kepada Ain yang terus membuatkan muka Ain menjadi merah
"ermmm.. awak sebenarnya.."Ain memberanikan dirinya untuk mengatakan sesuatu yang sudah lama terbuku di dalam hatinya.
"sebenarnya apa??! "soal Ammar sambil tersenyum manis yang pasti menambahkan lagi debaran yang berada di dalam hati Ain.
"emm.. sebenarnya sa.. sa.. saya su.. su... suka dekat awak "
***************************
Share this novel