BAB 4

Romance Completed 5304

Sarah sedang menunggu doktor yang sedang merawat lelaki tadi. Ikutkan hati memang tak lah dia nak tunggu. Tapi bila mengenangkan hubungan kekeluargaan mereka terpaksalah dia menunggu. Family lelaki tadi dia dah bagi tahu. Mungkin sekejap lagi sampailah tu.

Seorang doktor lelaki muda keluar dari bilik rawatan. Sarah terus bangun dari duduk.

“Ermm awak ni ahli keluarga pesakit ke?” tanya doktor muda tu.

“Saya sepupu dia.”tipuku. Isykk takkan nak bagi tahu hal sebenar nanti doktor tu tak percaya pulak.

“Ok. Pesakit tak ada kecederaan yang serius. Cuma luka sedikit. Tadi mungkin dia pengsan sebab terkejut.” jawab doktor muda tu sambil tersenyum. Sarah mengangguk lega.

“Nama saya Johan.”tambahnya lagi. Aku mengerutkan kening memandang wajahnya. Aikk perlu ke sesi kenal nama bagai ni. Lagi satu tak payah sebut pun tak ape macamlah aku ni buta tak nampak tag nama dia kat kot putih tu. Kontra tu!

Aku tersenyum. “Sarah.” balasku ringkas. Orang berbudi kita berbahasalah kan.

“Owh sedap nama. Ok lah cik Sarah boleh masuk lawat pesakit dulu. Rasanya tak ada ape sangat. lagi satu ni kad saya. Kalau ada apa boleh terus call saya.” Sarah menyambut huluran kad tadi.

“Terima kasih Doktor.” Sarah tersenyum. Memang tak pernah dibuat orang sesi berkenalan dengan doktor ketika merawat pesakit. Siap dia bagi kad tu. Gila betul!

“ Sama-sama. Saya pergi dulu yea.” Johan berlalu pergi meninggalkan tempat rawatan.

Sarah menolak pintu bilik rawatan tadi. Dia segera masuk. Sekujur tubuh terbaring lemah diatas katil. Sarah membetulkan selimut yang sedikit terselak di tubuhnya. Hurmm nasib tak serius kalau tak mahu aku kena bagi report penuh dekat keluarga dia. Menyusahkan betul! bawak lagi motor macam pelesit. Padan muka! Fuhh jahat betul mulut si Sarah ni mengutuk tak ingat.

Nak diikutkan rasa hati memang dia malas nak tunggu mamat ni. Tapi disebabkan dia ni mak cik yang paling baik sedunia terpaksalah tunggu. Nak tahu kenapa Sarah kata yang Sarah ni mak cik mamat ni. Sebenarnya Sarah ni adalah anak angkat kepada nenek si Firham ni. Ibu bapa Sarah dah meninggal dunia pada usianya 5 tahun lagi, jadi nenek Firham telah bela Sarah sejak dari kecil lagi. So automatik neneknya jadi mak angkat Sarah dan Ibu Firham pula jadi kakak angkatlah yang sulung. Kiranya Sarah ni Mak su dialah sebab dia yang paling bongsu dalam keluarga. Tapi Sarah dengan Firham bukan heran pun. Malah kitaorang ni macam anjing dengan kucing, kalau jumpa mesti sering bertengkar. Firham bukan suka Sarah pun. Sarah pun tak suka Firham!

“Aku kat mana ni?” soal Firham dia pelik melihatkan dirinya yang berada diatas katil. Sarah menjeling. Macam tak ada ayat lain asal baru sedar pengsan je tanya ada kat mana cuba ubah sikit. Klise betul!

“Kau kat hospital lah.”balas Sarah acuh tak acuh. Terbeliak mata Firham melihat rupa gadis yang berada di depannya. Dia mengosok-gosokkan mata berulang kali melihat Sarah.

“Kau buat apa kat bilik aku ni? Kau nak cabul aku yea?” Sarah mengetap bibir. Dia ni sarkastik betul. Muka aku ni muka pencabul ke? Hampeh punya anak buah!

“Woit kau dah amnesia ke? Tadi kan kau accident, akulah yang tolong kau. Satu lagi apehal aku nak cabul kau ingat aku ni ape.” geram Sarah. Arghh!! benci mamat ni 44 kali.

Firham mengerutkan keningnya berfikir. Sekejap dia mengangguk kepala kemudian menggeleng kepalanya berulang kali. Sarah pelik melihatnya. ‘Eh takkan dah biol kot mamat ni? Hisy doktor Johan salah inject ubat ke tadi?’ gumannya dalam hati.

Firham memerhatikan wajah Sarah, sungguh dia fikir bidadari yang selamatkan dia sebelum pengsan tadi. Rupa-rupanya Makcik tua kampung ni yang datang. Hampeh menyesal aku Feeling tadi.

“Ooo..kau lah tadi yang tolong aku. Hurmm terima kasih.” Sarah tersenyum sinis. Alhamdulillah tak sia-sia jatuh motor tadi, mulut dah reti nak cakap terima kasih kalau tak selalunya mulut tu macam puaka. Mulut longkang!

“Sama-sama. Aku dah call ibu kau kat kampung nanti dia datang kot.” Sarah segera duduk di kerusi sebelah katil.

Firham menggeluh. Adoi minah ni ape kes lah pergi bagi tahu ibu kat kampung. Confirm orang tua tu mengamuk kat sini nanti. Baik aku telefon ibu cakap tak payah datang. Firham memandang kiri dan kanan mencari telefonnya. Dia segera mencapai telefon dan mendail nombor yang tertera.

Sarah memerhatikan Firham yang sedang mendail nombor. “Hello bu, Aisy ni. Ibu tak payah datang sini, Aisy tak apa-apa. Alah sikit je jangan risau. Aisy dah boleh keluar dah rasanya. Tak apa jangan risau. Ha ape ibu? oh dia ada je tu. Nak cakap kejap.” Firham menyuakan telefon kepada Sarah. Sarah segera mengambilnya.

“Hello… Oh jangan risaulah nanti Aira tengokkan dia. Kirim salam kat emak taw Long. Assalamuallaikum.” Sarah menghulurkan telefon kepada Firham. Firham mengambil dan meletakkan diatas meja.

“So aku tengok kau pun dah tak ada apa-apa jadi elok kiranya aku beransur balik. Besok aku datang jemput kau. Rasanya kau dah boleh keluar besok.”

“Wait! takkan kau dah nak balik. Duduklah sini sampai besok, teman aku kat sini. Bahaya taw aku seorang kat sini.” Terangkat kening Sarah mendengarnya. Macamlah si Firham ni perempuan nak teman segala bagai. Sarah memandang Firham yang semacam menggelabah.

Sarah mengorak senyuman.‘Mamat ni nampak macam penakut je he he he kenakan dia bagus jugak ni.’ gelak Sarah dalam hati.

“Ooo. Kau takut yek tidur hospital?” tebak Sarah. Berdesir mulut Firham mendengarnya. ‘Ceh minah ni tahu pulak kelemahan aku. Tak boleh jadi ni jatuhlah saham aku.’ gumam Firham dalam hati.

“Tolong sikit aku bukan takut. Cuma errr… eh bukan ibu suruh kau tengokkan aku ke? So jagalah aku malam ni.” pinta Firham. Dia bukan ape seram duduk kat hospital ni. Karang nanti ada suster ngesot pulak kat sini sapa nak tolong dia. Nampak sangat si Firham ni peminat tegar filem Indonesia.

Sarah tersenyum sinis. ‘Ceh dasar penakut ada hati nak berlagak lagi. Siaplah kau aku kenakan’.”

“Kau betul-betul takut yek?” giat Sarah.

“Hisyk kau ni mana ada aku takut. Dahlah kau baliklah buat semak je aku tengok muka kau. Lagi satu aku dah biasa dah tidur hospital. Tadi tu saja je aku nak test kau mana taw time ni kau nak ambil kesempatan nak berdua dengan aku. Maklumlah aku kan hot guy.” Sarah mencebik dia segera bangun dan menuju ke pintu.

Firham tergelak melihat reaksi Sarah ketika ini. ‘Comel jugak Sarah ni bila muncung sedepa ni he hehe’

Sarah berpaling semula “Kau jangan nak perasan sangat yek.” Sarah menjeling Firham yang masih ketawa. Sarah menyimpan senyum.

“Kalau kau nak tahu bilik sebelah tadi ada orang mati accident. Dengar cerita kena langgar trailer. Kesian..dengar cerita hancur semua.” Muka Firham berubah pucat. “ Ok lah aku balik dulu lagipun kau berani kan. Bye Firham Aisy nanti kirim salam dengan si Dia tu hehehe.” Sarah segera keluar. Dia ketawa melihat muka Firham yang berubah pucat tadi.

Firham segera menarik selimut. Dia mula membayangkan sesuatu. Firham terus berselibung. ‘Ibu tolong Aisy ibu, Aisy takut.’ Ceh Firham ni tak adalah berani sangat penakut rupanya. Hampeh!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience