BAB 1

Romance Completed 49595

“SAT! SAT!” Teriak Samser apabila aku melaung-laung namanya berulang kali. Yang sebenarnya sengaja aku menjerit-jerit begitu. Nak bagi dia pressure sikit. Aku tahu dia tak suka dengan aku, tapi aku peduli apa?

Samser kembali membawa fail-fail yang diminta oleh aku untuk difotostat. Aku membuat wajah yang tegang seperti menahan amarah yang maha dashyat, walhal aku sedikitpun tak kisah. Dia membuat reaksi selamba sahaja, seolah tak kisah dengan reaksi wajah aku. Eh, memang cari penyakit mamat sorang ni. Getusku di dalam hati.

“Kenapa awak buat kerja lambat sangat? Tahu tak saya ada banyak meeting lepas ni? Yang asyik terhegeh-hegeh apasal?” marahku dengan suara yang sengaja aku tinggikan. Kalau nak tahu, mamat depan aku ni namanya Samser Farisii. Bukan Salman Al Farisi ye, Samser Farisi namanya.

“Maafkan saya Cik Fitri, tadi ink mesin tu habis. Saya tukar kejap.” Ujarnya dengan peluh yang merintik di dahi. Eh, comel pulak dia buat muka kasihan macam tu. Fikir aku di dalam hati. Aku lihat dia mengeluh. Mungkin dia fikir aku tak percaya dengan alasannya. Kemudian dia menunjukkan lengannya yang terkena dakwat yang tumpah. Alahai, kasihannya!

“Kalau Cik Fitri tak percaya, tengok lengan saya. Habis /ink/ ni tumpah.” Beritahu Samser lagi. Aku diam dan memandangnya sinis. Sengaja aku pura-pura tak mahu percaya!

“Ada saya kisah? Dah, sekarang pergi susun kertas-kertas yang awak fotostat ni. Sekejap lagi pengarah besar nak tengok. Ingat, jangan lambat. Bukan saya tak tahu awak ni, buat kerja bukan main lambat.” Komenku lagi.

Aku sempat mengerling kearahnya dan aku lihat dia sedang mengetap bibir. Mungkin bengang dengan aku agaknya. Aku tergelak di dalam hati. Nasiblah kau Samser dapat bos macam aku. Gelakku lagi.

“Ha! Apa lagi termenung tu. Cepatlah siapkan!” tengkingku lagi dengan ekor mata yang tajam. Seolah-olah mahu menelan Samser hidup-hidup sahaja. Samser mengangguk-angguk dan mengangkat kertas-kertas yang baru sahaja difotostatnya sebentar tadi.

Aku kembali memandang skrin laptopku dan menyambung kerjaku yang tertangguh. Beberapa ketika kemudian aku tergelak mengingati detik pertama Samser diterima masuk ke dalam jabatan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience