3

Family Completed 11588

Tengku adi bangun dari katilnya. Dia menyarungkan baju ke tubuh sasanya itu. Dia melangkah menuju ke radio dan memasang lagu kegemarannya. Dia menari-nari sewaktu menggosok gigi dan bercukur. Kemudian, dia terus menuju ke hujung kawasan biliknya yang menempatkan treadmillnya dan mula berlari. Dengan cara inilah dia mengekalkan bentuk tubuh badannya.

“Adi, dah bangun belum?” pintu bilik tengku adi dibuka. Kelihatan mummynya masuk dan merapati dirinya. Dia memperlahankan kelajuan treadmillnya. Dia juga mengelap peluhnya di dahi.

“mummy nak cakap sikit ni. Daddy kamu nak kamu keluar dengan kami melawat kawan dia.” Terus tengku adi menghentikan treadmillnya. Dia bersandar di treadmillnya sambil mengelap peluhnyaa yang jatuh bercucuran.

“ni mesti nak kenalkan adi dengan anak kawan dia kan? Daddy tak berhenti lagi ke berangan-angan nak adi kahwin muda?” soal tengku adi tidak berpuas hati. Bapanya tengku muzafar betul-betul membuatkan dia hilang akal apabila terus mendesak agar tengku adi berkahwin awal. Seringkali jugalah tengku adi dibawa melawat setiap sahabat daddynya itu. Seringkali disuruh berkahwin, tengku adi akan menolak.

“mummy pun pening dengan perangai daddy kamu tu. Adi ikut ye, mummy dengan daddy pergi rumah kawan daddy?” soal tengku asimah penuh berharap. Malas dia mahu menghadap pelbagai tuduhan suaminya itu. Terlalu manjakan anaknya yang seorang itulah acapkali melontar keluar dari mulut tengku muzafar.

“yelah mummy. Bagi adi mandi dulu. Sekejap lagi adi turun.” Tengku asimah mengangguk senang. Dia melangkah keluar dari bilik anak bujangnya itu.

“anak bujang awak tu dah bangun?” soal tengku muzafar dari atas sofa. Akhbar yang dibacanya diletakkan di meja kopi. Dia mengajak isterinya duduk di sebelahnya.

“dia pergi sama tak?” soal tengku muzafar serius. Tengku asimah mengangguk. Dia mencapai alat kawalan jauh televisyen dan ditukar ke siaran MTV.

“alhamdulillah. Bolehlah saya kenalkan dia dengan anak kawan saya tu. Anak kawan saya tu sopan- santun, hormat orang tua dan pandai buat kerja rumah. Memasak pun number one memang cukup pakej untuk saya jadikan menantu.” Terang tengku muzafar penuh teruja. Dia terus memikirkan annak kawannya itu.

“abang, saya tak suka betul kalau bab abang nak jodohkan anak kita tu. Biarlah dia pilih sendiri.” Luah tengku asimah. Dia memandang ke arah suaminya.

“lah, kenapa pula? Bukan haritu awak ke yang beriya-iya nak tengok adi tu bernikah dengan orang yang baik-baik?” soal tengku muzafar tidak berpuas hati. Dahulu isterinya juga meluahkan kepadanya impian mahu anak mereka bernikah dengan gadis yang baik. Tetapi sekarang?

“saya rasa serba salah lah. Pernah saya terbaca di internet kisah orang bercerai-berai sebab tiada cinta dalam hubungan rumah tangga dan perkahwinan mereka tu telah diatur oleh keluarga. Saya tak nak anak kita sampai bercerai berai,bang.” Tengku asimah memandang ke arah suaminya sayu. Tengku muzafar terdiam mendengar kata-kata isterinya namun hatinya kuat mengatakan tengku adi akan bahagia bersama pilihannya.

“aisyah, kau ni dah kenapa? Asyik-asyik nak menyusahkan aku jelah kerja kau. Ni pinggan kaca dari itali tau. Susah nak dapat tapi senang saja kau pecahkan. Kesini kau.” Jerkah puan azreen kepada aisyah. Aisyah yang ketakutan merapati ibu tirinya itu.

“ini balasan kau sebab pecahkan barang aku.” Serpihan pinggan yang pecah dicapai oleh puan azreen dan digoreskan kuat ke lengan aisyah. Darah merah mengalir keluar dari lengan mulus aisyah.

“padan muka. Buat lagi kalau nak kena.” Ujar puan azreen sebelum ghaib. Aisyah mengutip satu persatu serpihan kaca yang besar dan dibuang ke dalam tong sampah. Dia mencapai penyapu dan penyodok dan mula menyapu kaca yang tinggal. Dia menuju ke biliknya untuk merawat lukanya.

“aisyah, ni ayah ada bawakan hadiah.”ayahnya menolak pintu biliknya. Aisyah terkejut dengan tindakan ayahnya dan tidak sempat menutup lukanya. Ayahnya terus mendapatkan dirinya.

“aisyah, kenapa ni?” soal encik kamal cemas.

“tak ada apa-apalah. Aisyah okay je. Luka pun sikit je. Ayah tak payah risau lah.” Ujar aisyah sambil tersenyum. Encik kamal mencapai krim antiseptik dan menyapu ke luka anak gadisnya itu.

“ayah, sakit.. sakit.” Adu aisyah sambil cuba menarik tangannya. Tetapi encik kamal mencengkam tangannya tidak membenarkan.

“siapa buat aisyah ni?” soal encik kamal. Dia memandnag tepat ke arah anak mata anaknya.

“aisyah buat sendiri.” Balas aisyah perlahan. Dia tidak mahu bertentang mata dengan ayahnya. Dia tahu ayahnya itu memang pakar membaca apa yang bermain di fikirannya sekarang.

“auntie azreen buat ke?” tebak encik kamal. Dia tahuu isterinya yang melukakan tangan aisyah tetapi saja dia bertanya kepada anaknya.

“mana ada, merepeklah ayah ni. Auntie azreen duduk dalam bilik je tadi. Aisyah terjatuhkan pinggan, waktu nak kutip serpihan tu jatuh dan terkena lengan aisyah ni. Tu yang luka.” Bohong aisyah. Dia berharap ayahnya tidak tahu dia berbohong. Sungguh dia tidak suka kalau ayah dan ibu tirinya itu bergaduh. Dia mahu ayahnya bahagia seperti dulu.

“yelah. Ni aisyah dah solat maghrib belum?” aisyah menepuk kepalanya. Doa terus berlari menuju ke bilik air untuk mengangkat wuduk. Encik kamal menggeleng melihhat perangai kalut anaknya itu.

“adoi, sakit... sakit.” Laung aisyah kuat sebelum keluar dari bilk air setelah mengangakat wuduk. Dia menadah tangan membaca doa.

“kenapa, aisyah” soal encik kamal dari atas katil bercadar princess barbie.

“air terkena luka tadi. Pedih sekejap.” Aisyah menggaru kepalanya, malu. Sejadah yang disangkut dicapai dan dibentang. Aisyah juga mencapai telekung pemberian arwah ibunya dan disarungkan.

“ayah dah solat? Kalau belum jomlah sekali.” Pelawa aisyah. Encik kamal menggeleng.

“sekejap ayah angakt wuduk. Ayah imamkan aisyah ye?” sebaik saja ayahnya masuk ke bilik air untuk mengambil air wuduk, aisyah mengucap suyukur kepada allah kerana ayahnya mahu menjadi imamnya hari ini. Dapatlah dia kumpul pahal solat berjemaah hari ini.

“assalamualaikum warahmatullah” kepala encik kamal dipalingkan ke kanan.

“assalamualaikum warahmatullah.” Kepala encik kamal dipalingkan ke kiri. Dia meraup mukanya setelah selesai. Tangannya ditadahkan.

“ya alalh yang maha maha pemurah lagi maha pengasih, kau ampunkanlah dosa kesemua umatmu ya allah. Kau titipkanlah hidayah kepada mereka yang leka dan terpesong dari ajaran rasulmu. Kau kurniakanlah kami rezeki yang halal ya allah, kau permudahkanlah perjalanan kami di atas muka bumi milikmu ini ya allah. Kau permudahkan urusan timbangan amalam kami kelak ya allah. Amin ya rabbal alamin.” Encik kamal dan aisyah meraup tangan ke muka. Mereka bersalaman dan aisyah mengemas semula sejadah dan telekungnya.

Dia mengerling ke arah ayahnya yang tidak berganjak dari katilnya sedari dia mengemas sejadah yang mereka gunakan. Dia merapati ayahnya yang kelihatan seperti sedang fikirkan sesuatu.

“amboi ayah, dah sampai ke negera mana dah tu?” seloroh aisyah sambil meraih tangan ayahnya dan dibawa ke bahunya. Dia duduk di sebelah ayahnya.

“mana ada sampai negara mana-mana pun, ayah tak lepas. Lupa bawa passport.”gurau encik kamal. Aisyah ketawa mendengar gurauan ayahnya itu.

“betul-betul lah ayah, apa yang ayah fikirkan?” aisyah nertanya serius. Risau melanda hatinya melihat ayahnya termenung jauh. Fikirnya encik kamal ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

“ayah tengah berfikir siapa yang nak masak malam ni? Aisyah ke auntie azreen?” bohong encik kamal. Walhal dia sedang berfikir ptentang permintaan sahabat karibnya itu.

“alah ayah ni, aisyah masaklah macam biasa. Ayah nak makan apa?? Aiayah boleh masakkan.” Aisyah bertanya teruja.

“ayah nak makan chicken chop, boleh?” tanya encik kamal sekadar bergurau.

“boleh jelah. Semudah ABC je tau. Ayah nak berapa keping? 10 pun aisyah boleh masak tau.” Ujar aisyah membangga diri. Encik kamal mencuit hidung anaknya itu. Bahagia rasanya dapat meluangkan masa bersama.

“kawan ayah nak datang. Aisyah masakkan 7 keping boleh?” aisyah mengangguk. Dia terus menuju ke dapur untuk ‘bersilat’ .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience