BAB 1

Family Completed 3500

"Emak,emak..Danial lapar mak." ujar Danial pada Inah. Inah menggeleng. "Tak boleh,Danial. Ini bekalan untuk bapa kamu." tegur Inah. "Tapi,mak..saya lapar." kata Danial lagi.

Inah rasa kasihan pada anak bongsu nya itu. Dia memberi bekalan itu pada Danial . "Nah,ambil ni. Nanti..kalau bapa sampai..Katakanlah,emak yang makan." ujar Inah.

Danial dengan gembira mengambil nasi itu. Hanya nasi dan dua ekor ikan. Dia makan dengan lahap nya.

* *

"Abang dah balik. Sayang,abang lapar." ujar Awie.
Hanya yang dia nampak disitu adalah Danial dan Dania. "Danial,mana emak kamu?" soal Awie.

"Dapur." balas Danial sepatah. "Ayah terasa lapar. Nak cari makanan yang emak kamu masak dahulu,ya? Ayah nak kedapur." ujar Awie.

"Inah,makanan saya mana?" soal Awie. "Err.Abang dah bal..balik ke?" Inah menyoal. "Mestilah. Nak rasa air tangan isteri. Mana makanan nya,Inah?" soal Awie lagi.

"Saya makan,ayah!" teriak Danial. Awie menoleh.
"Ya,saya makan. Sedap ikan tu,emak~" ujar Danial. "Adik,ikan kakak mana? Kan kita dah bagi bagi. Kenapa adik ambil kakak punya?" soal Dania yang datang secara tiba-tiba.

"Dalam perut adik,kak!" Danial tersenyum.
"Awak kata awak nak sediakan makanan buat saya! Awak memang tiada guna! Yang cari duit tu saya! Bukan budak ni!" jerit Awie. Dia keluar dari rumah itu.

Inah menangis.

* * *

"Inah lebih baik kita meninggalkan mereka berdua dan bergerak ke pekan. Mahu?" soal Awie. "Lebih bagus begitu. Saya tak tahan tinggal dengan budak - budak ni. Dan,asyik perlu mengalah aje. Jom?" ajak Inah. Awie tersenyum.

ESOK..

"Dania,Danial..Pergi isi air disungai ya? Bekalan air macam nak habis." ujar Inah. Danial dan Dania mengambil gelen. Mereka pergi kesungai. Selepas beberapa minit..mereka pulang kerumah.

Mereka dapat melihat Inah dan Awie sedang berkemas kemas. Hanya baju Danial dan Dania saja mereka tidak sentuh.

"Emak,nah. Dah penuh." hulur Dania. Inah terkejut. Dia tak tahu apa mahu buat. Dia memarahi mereka.

"M..mak suruh isi..yang air mata menitik tu! A..air tu tak bersih! Air yang kamu isi tu tak bersih! Buang dan isi semula air mata menitik tu!! Ada ditepi sungai!! Sekarang!" jerit Inah.

Mereka keberatan. Segera kesungai dan mengisi semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience