Bab 3

Romance Series 12449

Didalam kelas 5Rajin masing masing membuat hal sendiri. Dimeja belakang terdapat tiga orang pelajar tengah membuat kilang tahi mata.

Biarpun kelas bising seperti pasar namun tidak mengganggu tidur tiga pelajar tersebut. Sedang kelas bising muncul seorang lelaki memakai blazer dan didalamnya berwarna biru.

Apabila lelaki itu datang semua makhluk yang berada didalam kelas terdiam. Tidak berani mengeluarkan suara bila lelaki itu sudah datang.

Terjongket kening lelaki itu "apasal korang diam? Tadi kemain kencang bising" sinis lelaki itu berkata. Murid kelas 5Rajin langsung tidak membalas. Takut ingin bidas.

Lelaki itu hanya tersenyum sinis sahaja segera dia berlalu pergi kearah meja belakang kelas. Dia memandang tiga sekawan baiknya sedang tidur. Tergeleng dia melihat.

Dia memandang satu persatu muka sahabat baiknya sebelum timbul idea untuk mengenakan mereka.

Dia mendekatkan mukanya kearah telinga kawan baiknya merangkap jiran sebelah mejanya. "Maa rabbuka" bisik lelaki itu dicuping telinga kawannya.

Terus sahaja kawannya bangun apabila mendengar bisikan tersebut. Turun naik dadanya mencari nafas dia memandang sekeliling. "Ya allah aku ingat dah mati tadi " ujar lelaki itu sambil mengurut perlahan dadanya.

Dia terdengar gelakakan kecil dari sebelah terus sahaja dia menoleh kearah kanan. Membulat matanya.

"Tak guna punya kawan! Sampai hati kau" ujar dia geram. Sanggup kawan dia buat macam. Terus sahaja dia menjeling tajam kearah kawannya.

Tersenyum sinis lelaki itu "siapa suruh kau tidur dalan kelas, wahai Syed Anas Bin Syed Ismail" ujar lelaki itu bersertakan sekali nama panjang.

Syed Anas membuat rolles eyes "suka hati aku lah. Ada kacau hidup kau ke wahai Tengku Amirul Fareez Bin Tengku Muaz" Syed Anas memulangkan kembali paku keras kepada sahabatnya. Menjeling tajam Tengku Amirul Fareez kearahnya.

Mereka berdua ini sebenarnya sudah lama berkawan sejak dari kecil lagi jadi masing masing sudah masak. Tak lupa juga, mereka adalah anak jutawan di malaysia.

Syed Anas memandang ke hadapan terjongket keningnya memandang dua lagi sahabatnya sedan tidur lena. Dia menyiku perlahan tangan Tengku Amirul Fareez.

Berkerut dahi Tengku Amirul Fareez dia memandang muka kacak Syed Anas. "Apa? " soalnya.
Syed Anas memuncungkan mulutnya.

"Tu dua ekor beruk lagi tak bangun " jawabnya.

"Jadi" soal Tengku Amirul Fareez. Dia faham maksud kawannya tapi sengaja ingin main tarik tali.

Syed Anas malah mahu melayan kerenah Tengku Amirul Fareez "kau tak payah acah acah tak tahu, jom kita kejutkan dua beruk tu" Jawab Syed Anas datar.

Dia bangun dari kerusinya dan menuju ke meja hadapan. Tengku Amirul Fareez hanya membontoti lelaki itu sahaja. Sampai disebelah Syed Anas dia membisik sesuatu.

"Kau kejutkan Aiman, aku kejutkan Faizs" ujarnya. Syed Anas membuat thumbs up.

Mereka berdua mendekatkan bibir mereka ditelinga sahabat baik mereka. Syed Anas memandang Tengku Amirul Fareez sekilas lalu sebelum dia mengira " 1! 2! 3! Maa rabbuka" bisik mereka berdua.

Terus tercelik kedua dua mata sahabat baik mereka. Mereka bangunkan kepala dari meletakkan di atas meja dan mengurut sikit dada.

Telinga mendengar suara gelakkan dari dua orang manusia yang diajar segera dia mencari. Matanya berhenti kaku dihadapannya. Membulat mata mereka.

Segera mereka bangun dari duduk dan mengetuk kepala Tengku Amirul Fareez dan Syed Anas. Geram dengan tindakan mereka.

"Auw"

"Auw"

Mereka gosok kepala yang diketuk dengan perlahan. Mata mereka tajam menikam muka sahabat karib mereka.

"Kau apasal ah getuk kepala aku?! Kau ingat bapak aku tak bayar zakat ke! " ucap Tengku Amirul Fareez dingin. Syed Anas mengganguk kepalanya, mensetujui apa yang dikatakan oleh Tengku Amirul Fareez.

Sebelum sambung kita perkenalan dulu lagi dua sahabat ini. Mereka adalah Aiman Mukhris dan Faizs. Mereka telah berkawan dari darjah satu sehingga mereka satu asrama. Mereka ini juga merupakan anak jutawan.

"Memang patut pun korang kena ketuk. Siapa suruh kejutkan kitaorang." kata Faizs dengan nada datar. Masih geram dengan tindakan kawannya.

"Alah lek ah sikit je tadi pun aku kena dengan toyol sebelah ni " ucap Syed Anas bersama kutukan yang dituju untuk Tengku Amirul Fareez.

Tengku Amirul Fareez hanya membuat rolles eyes sahaja. Tidak terkesan dalan hati akan kutukan tersebut.

Aiman Mukhris memandang satu persatu muka yang berada dihadapanya. "Korang ada cerita apa apa ke nak share hari ni? " alang alang semua dah berkumpul terus sahaja bertanya.

Terus sahaja Tengku Amirul Fareez memandang wajah Aiman Mukhris. "Aku ada benda nak share dengan korang" jawabnya.

Ternaik alis kanan Faizs "pasal secret admire kau lagi ke? " soal Faizs malas.

Tengku Amirul Fareez menggelengkan kepala "bukan pasal tu tapi yang ni pasal seorang budak perempuan, nampak macam baru sekolah sini " jawabnya dengan nada marah.

"Asal suara kau macam nak marah je, bro " soal Syed Anas prihatin. Yang lain hanya melihat sahaja.

Tengku Amirul Fareez menghelakan nafas kasar "macam ni pagi tadi aku ronda satu sekolah tiba tiba ada perempuan ni langgar aku. Aku dah minta maaf tapi dia marah aku. Yang tak boleh bla, Muka dia cantik mata kelabu lebih kurang macam budak nerd sekolah kita tapi dingin nak mampus. Lepas tu, yang aku geramnya dia panggil aku anak orang utan" ucap Tengku Amirul Fareez dengan panjang lebar.

Yang lain sudah tergelak."Wow tak sangka ada yang berani cakap macam tu dekat kau. Aku ingat nerd tu sorang je rupanya ada lagi" kata Aiman Mukhris sinis. Yang lain masih lagi gelak.

Tengku Amirul Fareez menggengam tangan menjadi penumbuk. Urat urat hijau mula timbul disekitar dahi. Apabila sudah melihat wajah ketua mereka begitu mereka berhenti gelak.

Mata berwarna hazel itu memandang tajam satu persatu wajah dihadapanya. "Tunggulah budak tu nanti! Dia telah menempah list hitam dalam leader Aspura! Aku akan pastikan hidupnya takkan aman disekolah" ujarnya dingin.

Syed Anas, Aiman Mukhris dan Faizs tersenyum sinis mendengarnya. Nampaknya mereka ada musuh baru selepas kumpulan Aspuri dan Alphamate.

Mata hazel, mata amber, mata coklat dan mata dark brown beradu menikam antara satu sama lain menyampaikan satu saluran yang hanya diketahui oleh mereka sahaja. Mereka bukanlah gay tapi itulah cara kumpulan mereka.

Siapa yang tidak kenal kumpulan Aspura. Yang tidak tahu itu baik tak payah tinggal Malaysia.

Mereka berlima adalah hotstuff yang paling popular disekolah mahupun diluar. Wajah yang kacak, raut yang tampan, memiliki sepasang warna mata yang unik dan berbadan sasa yang diidamkan setiap perempuan mahupun lelaki diluar sana.

Itulah mereka Tengku Amirul Fareez, seorang ketua pengawas sekolah. Syed Anas, ketua bagi pengawas pusat sumber. Aiman Mukhris serta Faizs, mereka merupakan ketua dan penolong bagi pembimbing rakan sebaya. Ooo tidak lupa juga, Tengku Amir sepupu kepada Tengku Amirul Fareez. Dia adalah pengawas disiplin. Mereka semua memiliki jawatan tertinggi disetiap unit masing masing. Tidak lupa juga, mereka adalah anak kepada jutawan diasia tenggara.

Biarpun mereka sering keluar masuk bilik disiplin namun mereka juga yang mengharumkan nama sekolah dipersada antarabangsa dan sentiasa berada didalam top 10 aliran tingkatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience