Bab 1

Romance Completed 154245

KOPI di dalam cawan yang masih berasap itu dihirup dengan perlahan-lahan. Dia duduk menyandarkan tubuh kekarnya di kerusi sambil menyilangkan kaki di atas meja kopi di dalam bilik hotel mewah dengan hanya memakai jubah mandi sambil memandang ke arah sekujur tubuh wanita yang ditutupi dengan kain selimut di atas katil. Hanya sebelah kaki putih mulus sehingga ke paras betis sahaja yang kelihatan kerana terjulur keluar dari kain selimut.

  Bibirnya menyungging senyuman senget. Bangga di atas kejayaannya mendapatkan mangsa untuk yang kesekian kalinya. Entah itu adalah wanita yang ke berapa puluh, dia sendiri tidak ingat kerana dia tidak pernah pula menghitung jumlahnya.

  Bukanlah susah untuk dia mendapatkan mana-mana wanita yang dia mahu. Dia ada segala-galanya termasuk harta, kuasa, kedudukan, rupa paras dan juga bentuk tubuh idaman para wanita di luar sana.

Setakat ini, belum pernah lagi ada mana-mana wanita yang menolaknya kerana hampir mustahil untuk mana-mana wanita menolak lelaki yang terlihat terlalu sempurna pada pandangan mata itu dan dia tidak perlu pun merayu untuk mendapatkan mereka. Cukup dia mandikan dengan wang dan kata-kata pujian sahaja sudah memadai. Cinta? Baginya cinta itu tidak wujud. Yang wujud hanyalah nafsu semata-mata.

Bunyi deringan telefon di atas meja mematikan lamunannya. Nama pembantu peribadinya yang terpapar di skrin telefon dipandang sekilas. Tidak sampai seminit perbualan, dia terus mematikan talian.

  Dia memandang ke arah jam besar yang bergantung di dinding bilik hotel itu lalu dia bingkas berdiri dan memakai pakaiannya. Dia harus segera pulang ke rumah untuk bersiap kerana dia perlu menghadiri satu perjumpaan dalam tempoh satu jam dari sekarang.

- - - - - - - - -

"Aqeem, sampai bila Aqeem nak hidup macam ni? Semalam Aqeem tak balik kan? Kahwin teruslah Qeem, daripada terus bawa anak orang ke hulu hilir. Aqeem tak rasa bersalah ke?" bebel Datin Samsiah.

"Kenapa tak cakap macam tu kat papa?" balas Haqeem dengan lagak bersahaja yang masih berdiri di atas anak tangga terakhir sambil membetulkan butang baju lengan kemejanya.

"Papa Aqeem tu..."

"Aqeem pergi dulu. Ada meeting ni. Petang nanti Aqeem nak pergi tengok rumah yang Aqeem beli tu." potongnya lalu berjalan melepasi ibunya.

"Haih! Budak ni!" gumamnya sambil menggeleng dan memerhati belakang tubuh Haqeem sehingga dia menghilang di sebalik pintu utama.

Memang benarlah peribahasa yang mengatakan bapa borek, anak rintik. Sikap anaknya itu saling tak tumpah seperti suaminya. Sudahlah seorang itu sahaja anaknya, perangai pula sebiji dengan ayahnya. Entah apa fungsi dia di dalam rumah itu. Orang luar melihat dia bahagia, hidup mewah dan disanjungi, namun hakikatnya adalah sebaliknya. Hatinya terasa kosong. Sangat kosong.

Haqeem mengerling sekilas jam di pergelangan tangannya lalu memandang ke arah deretan kedai di sebelah kirinya. Perutnya yang kosong perlu diisi kerana dia belum bersarapan lagi.

"Berhenti kat kafe depan tu," arahnya kepada Rozan pemandu dan pengawal peribadinya.

"Sempat ke tuan?" soal Rozan sambil memandang ke arah jam di papan pemuka, namun Haqeem tidak menjawab dan terus keluar dari kereta menuju ke kafe tepat di depan kereta.

Tidak lama kemudian dia keluar membawa segelas kopi di dalam gelas plastik dan satu beg kertas berisi roti. Belum sempat dia masuk ke dalam kereta, tiba-tiba ada seorang wanita memakai pakaian kasual memaut lengannya menyebabkan gelas yang dipegangnya terlepas dan terjatuh ke atas lantai.

"What the...." niatnya untuk memarahi gerangan manusia yang memegangnya itu terbantut sebaik sahaja dia melihat wajah wanita yang sedang memaut lengannya. Dia dapat merasakan gigilan pada tangan wanita itu. Reaksi wajah wanita itu kelihatan seperti orang yang sedang panik dan ketakutan. Matanya melilau-lilau ke sekeliling.

"Hey! Kau!" Rozan meluru ke arah mereka untuk menarik wanita itu, namun Haqeem memberikan isyarat supaya membiarkan sahaja.

Selang seminit, seorang lelaki muncul dari arah belakang bangunan dan sedang berlari. Lelaki itu kelihatannya seperti sedang tercari-cari. Dia melilau-lilau ke sekeliling lalu berlari melepasi mereka yang sedang berdiri membelakanginya. Kerana terlalu takut, wanita itu menguatkan lagi cengkamannya pada lengan Haqeem dan menyandarkan kepalanya di sisi bahu Haqeem.

Sebaik sahaja lelaki yang berlari tadi hilang daripada pandangan, wanita itu segera melepaskan pegangan tangannya di lengan Haqeem.

"Sorry and thanks," ucap wanita itu sambil menundukkan kepalanya beberapa kali dan tergesa-gesa melangkah menuju ke arah bertentangan.

Haqeem masih kaku pada kedudukannya dan hanya memerhati wanita itu sehingga dia menghilang di sebalik dinding bangunan.

"Saya pergi belikan yang baru," kata Rozan sambil mengutip gelas yang sudah kosong di atas lantai dan membuangnya ke dalam tong sampah lalu masuk ke dalam kafe untuk membelikan kopi yang lain.

- - - - - - -

Haqeem tidak menumpukan perhatian terhadap penerangan dan pembentangan selama mesyuarat berlangsung walaupun matanya memandang ke arah skrin besar yang terpapar di depan.

Fikirannya sibuk mengingat tentang wanita yang memaut lengannya tadi. Mata, bibir dan bentuk tubuhnya kelihatan sangat seksi walaupun wanita itu tidak pun memakai pakaian yang menjolok mata.

Dia mula berfantasi dan membayangkan adegannya dengan wanita itu. Giginya diketap. Dia mesti cari perempuan itu! Tetapi bagaimana? Dia tiada maklumat langsung tentang wanita yang ditemuinya hanya beberapa minit itu. Kalau matanya sudah berkenan, tidak boleh tidak. Dia mesti akan mendapatkannya walau dengan apa cara sekali pun.

"Tuan, kalau tiada masalah, kita proceed teruslah kontrak dengan syarikat ni. Lagipun, syarikat pengiklanan ni memang berpotensi besar untuk bagi keuntungan buat syarikat kita kalau kita ambil diorang sebagai medium pemasaran," kata Izhar yang duduk di sebelah Haqeem.

"Nanti saya tengok dulu proposal diorang." balasnya dengan reaksi tenang dan serius.

"Tapi tadi kan dah bentang proposal?" soal Izhar takut-takut. Hairan mendengar kata-kata bosnya itu sedangkan proposal itulah yang dibentangkan selama satu jam tadi.

"Saya nak teliti dan semak balik," tegas Haqeem dengan renungan serius tepat ke mata Izhar, pengurus pemasarannya. Padahal dia sendiri tahu dia yang tidak menumpukan perhatiannya tadi, jadi dia tidak dapat membuat keputusan sekarang.

Izhar melepaskan keluhan dan terpaksa akur.

- - - - - - - -

Dia duduk di atas sofa ruangan VIP yang terletak agak tinggi dari lantai bawah. Dia memerhati ke sekeliling melihat para pengunjung yang ada di dalam kelab malam mewah itu, namun tiada yang menarik perhatiannya.

"Tuan nak saya bawakan pelayan ke tuan?" Rozan berbisik di telinganya kerana bunyi muzik yang kuat menyukarkan pendengaran.

Dia menggangguk satu kali sebagai isyarat setuju dan Rozan pun terus beredar dari situ mencari pengurus kelab malam.

Tidak lama kemudian, Rozan kembali membawa seorang wanita seksi berambut perang bersamanya.

"I'll do anything for you," kata wanita itu sambil menggigit bibir dan meramas dada bidangnya lalu duduk di sebelahnya, tetapi entah kenapa dia tidak berminat.

Wajah wanita siang tadi benar-benar mengganggu fikirannya.

"I'm leaving," ujarnya lalu berdiri dan menyelitkan wang di celahan lurah dada wanita itu dan terus beredar dari situ diekori oleh Rozan dari belakang.

Ketika dalam perjalanan menuju ke keretanya, dia terpandang sepasang lelaki dan wanita yang sedang bergaduh tidak jauh dari kedudukannya di tempat meletakkan kenderaan. Pada mulanya dia tidak ambil kisah kerana itu mungkin pasangan kekasih yang sedang bertengkar. Namun, dia terpanggil untuk ke situ setelah melihat lelaki itu menampar dan menumbuk wanita itu.

"Zan!" Haqeem memanggil Rozan dan memberikannya isyarat untuk bertindak.

Tanpa basa basi, Rozan terus menarik tubuh lelaki yang masih berterusan memarahi dan menampar wanita yang sudah terduduk di atas jalan di depannya. Rambut wanita itu serabai dan menutupi seluruh wajahnya.

"Tak macho lah pukul perempuan bro!" herdik Rozan lalu menolak kedua-dua bahu lelaki itu dengan kuat membuatkan lelaki itu terundur beberapa tapak ke belakang.

"Kau siapa nak masuk campur urusan aku hah?! Ni hal antara aku dengan dia! Korang jangan nak masuk campur!" bentak lelaki itu sambil menudingkan jari telunjuk ke wajah Haqeem dan Rozan silih-berganti.

"Tempat umum bro! Please be gentle to a woman." kata Haqeem bersahaja dengan kedua-dua tangan di dalam poket seluar.

"Aku peduli apa!" bentaknya lagi lalu menolak Rozan ke tepi dan menghampiri wanita tadi kemudian menarik rambut wanita itu dengan reaksi wajah yang bengis.

Haqeem mendecit geram lalu menarik kolar baju lelaki itu dan menumbuk wajahnya beberapa kali sehingga lelaki itu terduduk. Kelihatan ada darah mengalir di hujung bibirnya. Wajah lelaki itu direnung tajam dengan mata yang dijegilkan.

"Kalau kau nak tunjuk kuat, bukan dengan perempuan bro! Stand up!" Haqeem menengking sambil menarik semula kolar baju lelaki itu, namun lelaki itu menepis tangannya dan terus berlari pergi dari situ.

Haqeem menyapu bajunya dengan tapak tangan sambil memandang ke arah wanita yang sedang menangis dan bersandar di tepi kereta.

"Miss, are you okay?" Haqeem menyoal lalu duduk mencangkung di sebelah wanita itu.

Wanita itu tidak menjawab soalannya dan masih terus menangis sambil memeluk kedua-dua lututnya.

"Miss, you ada cedera ke? Mari saya tengok," kata Haqeem lagi lalu menyelak rambut wanita itu menampakkan wajahnya.

"You?!" masing-masing terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience