BAB 1

Fantasy Completed 4006

Sungguh damai dan menenangkan susasa pagi ini dengan hembusan bayu lembut, kicauan burungmenari gembira, sang mentari memancar gah, malah awan juga berhias segak. Alhamdulillah indahnya dunia ciptaanmu.

Tiba-tiba, ketenteraman pagi itu dipecahkan oleh bunyi lori yang masuk ke kawasan padang ragut tempat Tok Janggut dan anak anak buahnya sedang leka meragut rumput sebagai hidangan sarapan pagi itu. Serta merta selera anak buah Tok Janggut mati. Lori merah yang besar itu berhenti betul betul dihadapan kandang Tok Janggut dan anak buahnya tinggal. Kemudian mereka melihat Pak Hambali – tuan mereka turun dari lori merah yang besar itu. Kelihatan juga seorang lelaki Cina turut sama turun dari lori yang besar tersebut.

Beberapa saat kemudian datang lagi sebuah lori yang sama besarnya dengan lori yang mula mula datang tadi. Lori itu juga turut berhenti dihadapan kandang yang didiami oleh Tok Janggut dan anak anak buahnya sejak sepuluh tahun yang lalu.

“Siapa yang datang tu tok?” Soal Aan sambil menghampiri Tok Janggut – kambing paling tua dan ketua bagi kawanan kambing di padang ragut itu.

“Entah! Aku pun tak tahu. Aku rasa ada kawanan kambing baru yang sampai. Dapatlah kita kawan baru kat sini bagi menggantikan kawan kawan kita yang dah kena sembelih tu.” Jawab Tok Janggut.

Kata kata Tok Janggut itu telah mendapat reaksi yang pelbagai dari anak anak buahnya. Mereka tidak sabar dan begitu teruja untuk mengetahui siapakah kawan kawan mereka yang akan turun dari dua lori merah yang besar itu.

Tiba tiba Pak Hambali dan lelaki Cina itu serta dua orang lelaki Melayu dalam lingkungan 20an bergerak ke belakang dua buah lori. Mereka membuka bahagian belakang lori tersebut dan muncullah sekawan lembu dari lori yang pertama dan sekawan kerbau dari lori yang kedua. Bilangan mereka agak banyak juga. Jika dibuat campur tolak darab dan bahagi ada 40 ekor semuanya. 20 ekor kawanan lembu dan 20 ekor kawanan kerbau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience