"What?" ujar Adi Ashraf tanda tak percaya dengan kata-kata yang dilontarkan oleh lelaki itu. Matanya mencerlung tajam ke arah lelaki yang tak bernama dihadapannya ini.
Adi Ashraf menahan diri daripada mahu menerpa ke arah lelaki yang mengaku sebagai teman lelaki isterinya. Manakala, Izz Faris bertindak sebagai penghalang sebaik pengakuan itu diucapkan oleh lelaki yang tak dikenali itu.
Ariana Atilia mengeluh berat. Bukan ini yang diharapkan oleh dirinya. Kedua-dua tangannya yang dipegang dilepaskan dengan segera. Tindakan gadis itu membuatkan kedua-dua lelaki itu memandang ke arahnya serentak.
Ariana Atilia menarik nafas panjang sebelum menjelaskan keadaan yang sebenar kepada mereka berdua. Izz Faris memegang lengan Adi Ashraf. Risau sekiranya mahu mengamuk pula nanti kawan dia tu.
"Ash..." panggil Ariana Atilia lembut.
Adi Ashraf menoleh perlahan. Tangan lelaki itu diambil oleh isterinya lalu diusap sesekali. Cuba menenangkan perasaan lelaki itu yang sedang berkecamuk.
"Kenalkan ini kawan aku yang aku bagitahu kau pagi tadi. Yang paling penting dia bukan boyfriend aku." ucap Ariana Atilia cuba menjelaskan keadaan yang mengelirukan ini.
Mata Ariana Atilia dijegilkan ke arah lelaki yang sesuka hati mengaku sebagai teman lelakinya. Ada juga yang makan penumbuk dia hari ni.
Pandangannya beralih semula ke arah suaminya semula. Riak wajah lelaki itu tidak serius seperti tadi. Hanya beriak biasa membuatkan hatinya tenang sedikit. Dia meneruskan kata-katanya lagi.
"Ris, kenalkan ini husband aku." kata Ariana Atilia kepada lelaki yang dipanggil Ris itu.
Adi Ashraf melihat lelaki itu atas bawah. Lelaki itu hanya beriak bersahaja.
"Sebenarnya Ash, Ris memang nak jumpa kau. Tapi tak tahu pulak kau orang berdua jumpa dalam keadaan macam ni." jelas Ariana Atilia lagi kepada Adi Ashraf. Dia tersenyum kekok. Harap itu dapat mengurangkan lagi keadaan tegang diantara kedua-dua lelaki itu.
Adi Ashraf diam tak membalas. Matanya masih dihalakan ke arah lelaki yang bernama Ris itu dengan lebih lama. Huluran tangan daripada lelaki itu secara tiba-tiba membuatkan Adi Ashraf mengangkat kening.
"Aku Haris. Haris Irfan. Kawan Ariana." ucap lelaki yang bernama Haris Irfan itu. Perkataan kawan itu ditekan dengan sengaja.
Adi Ashraf menoleh ke arah isterinya semula. Dia mengecilkan mata ke arah Ariana Atilia. Ariana Atilia menunduk kerana takut dengan pandangan suaminya. Dia sedar yang dia salah.
Lalu, pandangan Adi Ashraf dihalakan kembali ke arah Haris Irfan. Matanya mengerling tangan lelaki itu seketika. Akhirnya, huluran tangan lelaki itu disambut.
"Aku Adi Ashraf. Husband Ariana." ucap Adi Ashraf senada. Pegangan tangannya semakin kuat. Haris Irfan terkerut menahan kesakitan akibat tindakan lelaki itu. Adi Ashraf melemparkan senyuman sinis.
Tindakan Adi Ashraf menarik perhatian Ariana Atilia. Tangan suaminya ditarik pantas. Mahu patah juga jari Haris Irfan tu nanti dibuatnya. Adi Ashraf menjeling tajam ke arah isterinya.
"Aku Izz. Izz Faris. Kawan Adi Ashraf." celah Izz Faris cuba berbaik dengan Haris Irfan. Dia menghulurkan tangan sambil melemparkan senyuman. Haris Irfan membalas senyuman lelaki itu semula.
Adi Ashraf menjegilkan mata kepada Izz Faris. Kecewa dengan tindakan sahabat baiknya. Takkan lelaki itu tak ingat apa yang dikatakan oleh Haris Irfan sebentar tadi?
Lelaki itu dengan sesuka hati mengaku sebagai teman lelaki kepada isterinya sendiri! Dia merengus kegeraman dalam diam.
"Tangan kau okay tak?" ucap Ariana Atilia dengan nada risau kepada Haris Irfan. Lelaki itu mengangguk kecil. Senyuman mengejek sengaja diberikan kepada Adi Ashraf. Cuba berlagak apabila Ariana Atilia lebih risaukan dirinya berbanding suaminya sendiri.
Adi Ashraf mengepal penumbuk. Mahu saja ditumbuk muka lelaki itu sehingga pecah. Biar sampai bibir lelaki itu tidak mampu lagi mengukir senyuman selepas ini.
"Baguslah tangan kau elok. Sebab lepas ni aku akan pastikan tangan kau patah, Ris." ucap Ariana Atilia memberi amaran. Dia masih tak berpuas hati apabila kawan baiknya itu mengaku sebagai teman lelakinya di depan suaminya sendiri. Memang memintak.
Adi Ashraf tersenyum kemenangan mendengar kata-kata isterinya. Haris Irfan menjeling tanda tak puas hati apabila dirinya seakan kalah.
"Boleh tak kita pergi makan? Aku lapar." ucap Izz Faris sudah tak tahan dengan keadaan yang tegang antara mereka. Perutnya yang berkeroncong perlu diisi juga!
Ariana Atilia mengangguk tanda setuju. Dia memandang ke arah suaminya dan Haris Irfan cuba mengetahui pendapat mereka berdua. Tanpa sengaja, anggukan kepala mereka dibalas dengan serentak.
"Kau..." ucap mereka berdua serentak lagi. Mereka berbalas pandangan tajam. Cuba membunuh satu sama lain dalam diam. Ariana Atilia mengeleng kepala. Bala.
??????
"Izz, tambahlah lagi." pelawa Ariana Atilia kepada Izz Faris. Lelaki itu mengangguk laju. Dia makan dengan berselera sekali.
Ariana Atilia tersenyum. Matanya mengerling seketika ke arah suaminya di sebelah. Riak wajah dingin lelaki itu mematikan senyumannya serta-merta.
"Ash, tak makan sekali ke?" tanya Ariana Atilia cuba memujuk suaminya. Tahu lelaki itu masih marah akan dirinya. Haris Irfan hanya memerhatikan mereka berdua.
"Kalau orang tak nak makan jangan dipaksa Riana. Aku nak makan. Suapkanlah macam selalu kita buat." sampuk Haris Irfan dengan sengaja. Mahu membuatkan Adi Ashraf makin panas.
Ariana Atilia membulatkan mata. Kaki sahabatnya dipijak sekuat hati. Geram dengan mulut tempayan Haris Irfan. Macam dia tak tahu lelaki itu mahu membuatkan dirinya dimarahi oleh Adi Ashraf.
"Ouch, sakitlah!" marah Haris Irfan kepada Ariana Atilia. Dia memegang kakinya yang sakit. Ariana Atilia tak mengendahkan lelaki itu. Dia lebih risaukan suaminya yang sedang berdiam diri sekarang ni.
"Memang aku tak nak. Tak berselera bila boyfriend kau ada dekat sini." balas Adi Ashraf perlahan. Namun, didengari oleh Ariana Atilia. Dia mengeluh perlahan. Mengapa nasib dia begitu malang sekali?
"Aku nak pergi tandas kejap." ucap Ariana Atilia bangun berdiri. Dia mengatur langkah ke tandas wanita dengan segera. Adi Ashraf menghantar pemergian isterinya dari ekor mata.
Izz Faris melihat pandangan Adi Ashraf kepada Ariana Atilia. Sudah terpapar riak wajah kerisauan disebalik wajah dingin sahabatnya. Telefonnya yang mula berdering mengalihkan perhatiannya.
Adi Ashraf menoleh ke arah Izz Faris. Dia melihat sahabatnya bercakap dengan seseorang di dalam telefon dengan serius. Tak lama kemudian, Izz Faris bangun berdiri selepas menamatkan panggilan.
"Adi, aku kena pergi dulu. Ada urgent meeting. Kau nak ikut aku tak?" tanya Izz Faris. Lelaki itu mengerling jam tangan risau terlambat.
Haris Irfan tersenyum sendirian apabila mengetahui lelaki itu akan pergi. Nampaknya bolehlah dia melepak dengan Ariana Atilia tanpa gangguan.
"Tak apalah. Aku balik dengan Riana." jawab Adi Ashraf sambil memandang ke arah Haris Irfan. Takkan dia biarkan mereka berdua berdua-duaan tanpa dia disisi isterinya.
"Okay. Pergi dulu. Nanti ada apa-apa call." pesan Izz Faris sebelum meninggalkan Adi Ashraf. Adi Ashraf mengangguk kecil.
Kini hanya dirinya dan Haris Irfan sahaja yang berada di situ. Ariana Atilia masih berada di dalam tandas. Tangannya disilangkan ke dada sambil merenung tajam ke arah Haris Irfan dengan perasaan tak puas hati.
"Apa masalah kau sebenarnya?" soal Haris Irfan berterus-terang. Malas mahu berbasa basi lagi. Tak suka apabila direnung sebegitu.
"Apa masalah aku? Mungkin itu sepatutnya soalan yang kau patut tanya dekat diri kau sendiri." bidas Adi Ashraf tenang. Tak menunjukkan sebarang tanda-tanda tak puas hatinya kepada lelaki itu.
Haris Irfan mengulum senyuman. Wajahnya didekatkan ke arah Adi Ashraf. Nak sangat kan tahu apa masalah dia? Jika begitu, dia akan berterus-terang sahaja tanpa perlu berselindung lagi.
"Kau, masalah aku. Kau ingat lepas kau jadi suami Ariana kau boleh rampas dia dari aku? Dia tu satu-satunya kawan baik aku. Kalau kau sakitkan hati dia walaupun sekali, aku takkan teragak-agak rampas dia balik, faham?" ugut Haris Irfan berani. Dia tak pernah bermain-main dengan kata-katanya.
Sejak awal lagi, dia tak bersetuju Ariana Atilia berkahwin dengan Adi Ashraf. Kerana dia tahu kawan baiknya itu juga yang akan merana pada akhirnya. Dia tak sanggup mahu menanggung perasaannya apabila melihat Ariana Atilia dilanda kesedihan sebegitu sekali lagi.
Cukuplah penderitaan yang dialami oleh gadis itu selama ini. Tak perlu ditambah lagi dengan luka baru yang akan diberikan oleh Adi Ashraf. Tak akan dia benarkan lelaki itu menyakiti Ariana Atilia walau sekali.
Adi Ashraf terasa sedikit tergugat dengan amaran yang diberikan oleh Haris Irfan. Tetapi, dia tak menunjukkan sebarang reaksi kepada kata-kata lelaki itu. Belum sempat dia membalas, Ariana Atilia datang semula ke arah mereka berdua.
"Ash, Ris, Izz mana?" soal Ariana Atilia pelik. Dia mengambil tempat di sebelah Adi Ashraf. Haris Irfan pula bertindak seolah-olah tiada apa yang berlaku antara dia dengan Adi Ashraf sebentar tadi.
"Dia balik dulu ada urusan. Kau nak balik dengan aku ke?" tanya Adi Ashraf. Dia memandang ke arah isterinya. Ariana Atilia mengangguk laju. Nasib baik suami dia berlembut hati semula.
"Tadi kau orang berdua buat apa masa aku tak ada tadi?" kata Ariana Atilia ingin tahu. Dia memandang ke arah kedua-dua lelaki itu silih berganti. Haris Irfan mengangkat bahu.
"Sembang kosong, kan Adi?" kata Haris Irfan selamba. Adi Ashraf mengiyakan saja kata lelaki itu. Malas mahu bertekak di depan isterinya sendiri.
"Riana, jom balik." balas Adi Ashraf pula. Dia sudah tak tahan mahu menghadap lelaki dihadapannya ini. Rahangnya diketapkan.
"Aku yang bawa dia datang sini. Biar aku yang hantar dia balik." celah Haris Irfan. Ariana Atilia menjegilkan mata ke arah rakannya itu. Gila ke apa?
Adi Ashraf bangun berdiri. Perasaan amarahnya sudah tak dapat dibendung lagi. Dia benar-benar tercabar dengan Haris Irfan pada ketika ini.
"Fine. Hantar dia balik kalau itu yang kau yang nak. Tapi kau kena ingat. Yang Ariana isteri aku bukan isteri kau. Remember that." pesan Adi Ashraf sebelum meninggalkan mereka berdua dengan perasaan amarah yang membuak-buak.
??????
"Ris, apa kau buat ni?" rungut Ariana Atilia geram dengan sikap lelaki itu kepada suaminya. Haris Irfan mempamerkan riak muka tak bersalah.
"Bukan salah aku. Mana aku tahu dia suami kau. Dia yang berlagak sangat kan? Padan muka dia." kata Haris Irfan tanpa serba salah. Ariana Atilia menyilangkan tangan. Dia berdecit.
"Bukan salah kau? Kau yang tak datang kenduri kahwin aku hari tu kan? Kalau kau datang mesti tak jadi macam ni. Sekarang tengoklah. Ash mesti marah aku. Ini semua salah kau, Ris." jelas Ariana Atilia dengan perasaan kecewa.
Kini, semua usaha dia untuk mendapatkan kepercayaan Adi Ashraf hilang begitu saja. Dia ingatkan dapatlah suaminya itu dengan Haris Irfan berbaik-baik. Namun, lain pula jadinya. Dia mengeluh buat sekian kalinya.
Riak muka kecewa Ariana Atilia membuatkan Haris Irfan serba salah. Baru dia menyedari tindakan melulunya secara tidak sengaja melukakan hati rakan baiknya itu.
"Riana, aku minta maaf okay? Aku janji tak buat lagi. Please?" pujuk Haris Irfan. Dia tak mahu bergaduh dengan gadis itu hanya kerana perkara sebegini.
Ariana Atilia memicit pelipis kepalanya. Dikerling rakannya itu dari ekor mata. Matanya dijulingkan ke atas. Tangannya mencekak pinggang.
"Aku maafkan kau. Tapi...kau kena tolong aku berbaik dengan Ash. Faham?" ucap Ariana Atilia serius sambil menudingkan jari ke wajah Haris Irfan.
Lelaki itu mengangguk kecil sebagai balasan. Nak tak nak, dia perlu tolong juga memandangkan memang salahnya sendiri. Ariana Atilia menghela nafas lega. Haris Irfan mengulum senyuman.
Demi kau, Riana.
??????
Adi Ashraf melabuhkan punggung di sofa ruang tamu. Dia mengerling jam yang tergantung di dinding. Dalam diam, dia sedang menunggu isterinya pulang.
Dia menyesal kerana meninggalkan Ariana Atilia bersendirian bersama Haris Irfan. Dia tahu dia seperti memberikan peluang kepada lelaki itu untuk bersama isterinya. Namun, dia tak dapat menahan perasaan apabila Haris Irfan mencabar dirinya.
Pintu rumahnya yang terbuka luas membuatkan dia menoleh ke arah pintu tersebut. Figura isterinya muncul di sebalik muka pintu. Riak wajah dingin dikekalkan.
"Baru nak balik. Ingatkan dah tak ingat jalan balik tadi." kata Adi Ashraf dengan nada memerli isterinya. Ariana Atilia diam.
Dia mengambil tempat di sebelah Adi Ashraf. Namun dihiraukan sepenuhnya oleh lelaki itu. Barangkali masih merajuk. Ariana Atilia menundukkan muka.
"Ash, kau marah lagi ke?" ucap Ariana Atilia perlahan. Hujung baju suaminya ditarik sesekali. Adi Ashraf mengerling seketika ke arah isterinya.
"Kau rasa? Sepanjang hari aku risaukan kau. Tunggu kau call. Aku tak kisah kau nak berkawan dengan siapa. Tapi susah sangat ke nak bagitahu aku dengan siapa kau keluar?" soal Adi Ashraf sambil memandang ke arah isterinya. Ariana Atilia diam tak berkutik. Kepalanya masih ditundukkan.
Adi Ashraf melepaskan keluhan berat. Dia bangun berdiri untuk memberi ruang untuk isterinya bersendirian. Namun tangannya ditarik oleh gadis itu.
"Ash...aku minta maaf. Aku tak ada niat nak buat kau risaukan aku. Aku betul-betul nak kenalkan kau dengan Haris. Haris cuma kawan aku tak lebih dari tu. Aku minta maaf, Ash." rayu Ariana Atilia sambil menyalami tangan suaminya. Suaranya kedengaran serak sedikit.
Adi Ashraf berdehem. Tindakannya membuatkan Ariana Atilia mengangkat muka. Wajahnya yang sembap kerana menangis sejak dari tadi melembutkan hati Adi Ashraf serta-merta. Bibir mengukir senyuman nipis.
"Kau nangis?" soal Adi Ashraf cuba mengusik. Ariana Atilia mencebik. Orang dah minta maaf buat macam ni pulak. Dia melepaskan tangan suaminya.
Telefon pintar milik Ariana Atilia mula berdering menandakan panggilan masuk secara tiba-tiba. Adi Ashraf menghulurkan tangan mahu melihat pemanggil yang menganggu waktu mereka bersama. Kepala Ariana Atilia digelengkan.
Adi Ashraf merampas telefon pintar isterinya tanpa kebenaran gadis itu. Ariana Atilia meraup muka. Sudah tahu apa nasib dirinya selepas ini.
Nama Haris Irfan yang terpapar di skrin telefon isterinya membuatkan Adi Ashraf tersenyum sinis. Tanpa ragu-ragu, panggilan tersebut disambungkan.
"Riana-"
"Ni aku, Adi. Aku nak kau dengar sini baik-baik. Aku tak akan biarkan kau rampas Ariana Atilia daripada aku. Dia isteri aku. Kau tak ada hak nak ambik dia dari aku. Aku tak akan sesekali sakitkan dia macam yang kau cakap.
Tapi kalau kau sendiri yang cuba rampas dia daripada aku, aku akan pastikan kau tak dapat jumpa Ariana lagi." ucap Adi Ashraf menahan amarah. Dia terbayangkan keadaan itu benar-benar terjadi.
Tiada balasan daripada Haris Irfan. Ariana Atilia menelan air liur. Adi Ashraf menarik nafas panjang sebelum menamatkan panggilan. Kata-kata terakhirnya disampaikan kepada Haris Irfan.
"Mark my words."
Sorry lambat update!
Author busy sikit ??
Anyway, don't forget to vomment!
Love you??
Share this novel