BAB 7

Family Completed 7198

KEPALANYA rasa nak pecah. Hati terasa sakit sangat. Selepas hari tu tak sudah-sudah Nuar datang mengganggu. Sengaja diungkit kisah zaman jahiliahnya. Zaman keterlanjuran. Zaman kegelapan. Zaman yang mahu dia lupakan. Kalau boleh dia nak buang jauh ingatan itu. Pada Tuhan dia bermohon, moga ditabahkan hati.

Bila menangis kerana kekesalan diri, dia kerap kali teringatkan Kax. Sejak dia keluar, Kax tak pernah menjejaki. Dia rindu mahu mendengar suara itu memujuk tapi dia siapa. Sekarang, Nuar dah kembali. Rasa payah untuk menapak. Terasa berat kayuhan kaki. Bagaimana hendak dia melangkah, sedangkan merangkak pun payah?

Hari ini juga sama. Nuar datang lagi tapi bersendiri. Dan, seperti biasa diarah oleh Tina, dia terpaksa mendekat pada pelanggan. Masa sedang membersihkan meja, tangannya dicapai kemas. Adra kaku. Dia cuba menarik tangannya kembali tapi Nuar lagi gagah.

“I miss you,” bisik Nuar.

“Nak order apa, ya?” Adra buat tak tahu. Masih cuba meleraikan pegangan Nuar. Dia bukan Adra yang lama. Dia dah berubah. Cukuplah sekali dia izinkan lelaki asing menyentuhnya. Mati hidup balik pun dia tak sudi lagi.

“I miss you,” tekan Nuar sekali lagi.

“Tolonglah, Nuar…”

“At last!” Nuar mengeluh. Tangan Adra kian kemas digenggam. “Dengar juga suara awak panggil nama saya. Saya tahu awak kenal saya. Saya masih ingat awak dengan baik. Adra, saya rindu awak,” akui Nuar tanpa silu. Dia pandang Adra tak lepas. Cantiknya. Berseri. Kemudian, matanya jatuh pada perut Adra yang kempis terlindung di balik baju-T yang besar.

“What happened?”

Adra mencebek. Dia tahu Nuar maksudkan. Nuar maksudkan kandungannya dulu. Kandungan yang Nuar pandang jijik saat dia merayu lelaki ini bertanggungjawab atas keterlanjuran mereka.

“Allah dah bantu aku apa yang sepatutnya. Tak perlulah kau ambik tahu. Kalau tak apa nak order, aku nak ke belakang.” Adra cuba rentap tangannya tapi tubuhnya kaku bila ada suara memberi salam.

“Assalamulaikum?” Kax ukir senyuman biarpun dalam hati rasa menggelegak melihatkan layanan lelaki ini pada Adra.

“Waalaikummussalam… err abang?” Wajah terkejut Adra tak mampu disembunyi. Apatah lagi tangannya masih dalam genggaman Nuar.

“Tak elok kau pegang tangan Adra. Dia bukan isteri kau. Bukan juga adik atau kakak. Tak manis orang tengok. Eloklah kau lepaskan,” pinta Kax tenang. Sebenarnya dia rasa nak tumbuk je muka Nuar. Tapi, dia tahan hati.

Sabar. Dia tak nak berkasar. Bukan caranya. Dia di sini kerana kekuatan dan keizinan yang mama berikan.

“Dah kau siapa nak menyibuk? Pakwe dia ke apa?” Dia dengar Adra panggil abang tadi. Terkejut jugalah.

Tapi, Kax diam dan diam itu buat Nuar tercabar. Dia lepaskan tangan Adra dan senyum keji pada Kax. “Kau tahu tak yang dia ni bekas aku? Setiap inci tubuh dia pun aku tahu…”

Riak wajah Adra berubah. Birai matanya basah. Dia pandang Kax bagai merayu moga dihentikan segala ini. Telinga dia bernanah dan hati dia luluh. Kax guriskan senyuman pada Adra sebelum merenung Nuar.

“Aku yang jumpa dia tepi lorong. Mana boleh aku tak tahu kisah korang berdua tapi pada aku, tak perlu nak ungkit kisah lama. Dia dah berubah. Kau ada masalah ke dengan perubahan dia sebab kau sendiri masih tak berubah?” sembur Kax pedas. Biarlah dua-dua makhluk ini terasa moga tak tersalah langkah lagi.

Nuar gamam. Dia pandang keduanya silih berganti sebelum menapak keluar daripada restoran. Tina yang memandang hanya kerutkan wajah. Adra pula, dah menitis airmata. Hanya Kax tenang dalam senyuman.

Adra hilang kata. Antara masa lalu yang gelap dan masa depan yang belum lagi pasti, dia dah tak mahu terkorban. Tergadai diri atau tergadai perasaan, dua-dua tak mahu. Dia rasa tersepit sendiri.

Perlukah dia mengambil jalan tengah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience